Biasalah kan, setiap orang tu, kalau buat apa-apa mesti bersebab. Macam saya, masa awal-awal nak try Shaklee, semuanya sebab nak menyusukan bayi. Ni semasa anak pertama lah.
Alhamdulillah, rezeki anak bila mamanya jenis susu melimpah ruah.
Apabila melahirkan anak nombor 2, saya mengalami keguguran rambut yang boleh tahan teruk jugak lah.
Naik risau dibuatnya. Tak sanggup lah kalau muda belia lagi kepala dah togel. Dah la rambut jenis tak berapa nak lebat kot.
Lepas tu saya try lah Energyzing Soy Protein (ESP) yang sangat hot dan sold out sokmo tu. Tahun ni ntah berapa kali dah ESP yang baru restock, terus sold out dalam beberapa hari.
Memang sesuai lah sangat ESP sold out! Alhamdulillah sangat berkesan dengan saya.
Lepas amalkan ESP, bila nak lurutkan rambut, takdelah rambut gugur teruk sebagaimana sebelum ini.
Memang happy dan syukur sangat-sangat lah.
Bila mengandung anak ke-3, saya memang tak lepas peluang untuk “rembat” terus Set Berpantang Shaklee (Postnatal Set). Masa tu, Postnatal Set ada termasuk di dalam promosi YES pack.
Kenapa Set Pantang Shaklee?
Sebabnya, sewaktu berpantang anak pertama dan kedua dulu, belum kenal lagi dengan Set Pantang Shaklee.
Masa anak pertama dulu, bukan main bersemangat lagi beli set jamu. Siap 2 jenis lagi set jamu untuk berpantang. Hehehe…punyalah bersemangat nak berpantang kan.
Masa lepas bersalin tu, bukan mainlah saya berparam pilis bagai. Tapi, yang lecehnya, habis paste param dan pilis yang dah kering tu berterabur dalam bilik.
Makan jamu pulak, bimbang baby kepanasan. Jadi hold dululah masa awal-awal tu. Sudahnya, tak habis pun jamu tu semua sampai bersalin lagi anak nombor 2.
Masalah utama yang saya alami bagaimana kebanyakan ibu lepas bersalin adalah sukar nak membuang a.k.a sembelit.
Ya Allah, Tuhan jer yang tahu betapa seksanya setiap kali nak ke toilet.
Dah la risau luka yang masih baru, terpaksa pula menahan kesakitan.
Memang trauma lah masa berpantang anak pertama dan kedua dulu.
Sebab itulah, apabila dah kenal Shaklee secara lebih mendalam, saya bertekad nak try juga Set Pantang Lengkap Shaklee ni. Masa tu ada program YES dan Set Pantang ni termasuk kat dalam senarai program tu.
Kalau tak silap, saya tengah mengandung 5-6 bulan gitu, dah siap rembat Set Pantang ni awal-awal. Bukan apa kan, kalau time nak bersalin tu, tiba-tiba ada item dalam Set Pantang tu takde stok, mau tak menangis bucu katil akak ni kan? huhuhu…tak sanggup mak!
Memang berpantang anak ke-3 kalini, saya on dengan Set Pantang Shaklee, selebihnya macam biasalah, jaga makan, berbengkung, bertungku, pakai stoking, mandi air herba dan air suam.
No more jamu dan pilis param tu.
Bukan saya ban jamu atau pilis param, tapi sebab pengalaman saya sendiri yang merasakan ianya agak leceh nak guna.
Selain daripada itu, disebabkan dah ada 2 orang lagi anak-anak yang masih kecil yang perlukan perhatian, jadi memang dah tak boleh nak berpantang bagaikan queen macam baru bersalin anak sulung dulu.
Alhamdulillah sangat-sangat, berpantang kalini memang berbeza sungguh.
Takde dah trauma nak membuang atau bertapa lama kat dalam toilet (memang saya pastikan Ostematrix sentiasa di sisi).
Dalam pantang lepas 2 minggu tu, saya dah mula buat kerja-kerja rumah. Dah basuh baju dan jemur kain. Tapi masih berhati-hati dan beringatlah. Bengkung dan stoking memang tak tinggal. Pergerakan pun slow and steady jelah walaupun rasa badan sangat cergas dan bertenaga.
Nak dijadikan cerita, saya diduga time pantang tu dan perlu menjalani minor operation pada miss B. Bila operate kat sini, dokkor takkan jahit tau. Seram lah jugak tengok luka yang ternganga time cuci tu.
Lepas operate tu, nurse pesan suruh ambil protein banyak-banyak supaya luka cepat sembuh. Apa lagi, kupulun ler ESP yang memang dah sedia ada dalam Set Pantang ni.
Plus, ambil dan sapu juga Vivix. Teruja sangat dengan testimoni orang berpantang yang luka mereka cepat sembuh selepas amalkan Vivix.
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah izinkan luka operation saya sembuh dengan cepat dan rasanya sangat menakjubkan. Dalam seminggu lebih ke-2 minggu gitu. luka tersebut telah bertangkup.
Set Berpantang Lengkap pada saya, memang perlu dimiliki untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan baby selepas mengamalkan Set Mengandung Lengkap.
Melalui pengalaman peribadi juga, kehadiran Vivix sangat membantu dan berbaloi untuk penyembuhan luka lepas bersalin.
Vivix memang terbaik. Sebab itulah, dengan rezeki bonus sebab mengerjakan Shaklee, saya dapat belikan mak saya Vivix ni. Semoga mak saya pun mendapat manfaat kesihatan daripada produk paling premiun di Shaklee ni. Satu kepuasan sangat tau dapat hadiahkan Vivix pada orang tersayang.
Boleh whatapps 019 937 7380 atau klik terus pada link ini https://goo.gl/JXQ3b.
Boleh juga order sendiri dengan klik ikon di bawah:-
Semoga dengan ikhtiar Set Pantang + Vivix akan memberi satu pengalaman berpantang yang baru, yang lebih menyeronokan kepada para ibu-ibu sekalian.