ESP ialah Energizing Soy Protein iaitu produk protein soya dalam bentuk serbuk yang sangat membantu dalam kesihatan jangka panjang secara keseluruhan. ESP ni merupakan antara hot item dan sering menjadi pilihan pelbagai …
ESP ialah Energizing Soy Protein iaitu produk protein soya dalam bentuk serbuk yang sangat membantu dalam kesihatan jangka panjang secara keseluruhan. ESP ni merupakan antara hot item dan sering menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat. Namun, ESP turut terheret sama dalam isu kontroversi semasa kerana ESP berasal daripada soya.
Pelbagai isu panas yang timbul berkaitan soya ni. Soya dikatakan tidak selamat dan menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser.
Malah tidak kurang juga kontroversi soya di kalangan ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana dikatakan penyebab anak mereka mendapat eczema.
Apabila dikatakan yang penduduk Korea dan Jepun dah lama makan soya tapi mereka sihat je, malah ramai di kalangan mereka yang panjang umur, timbul pula kenyataan yang mendakwa bahawa soya yang melalui proses penapaian (fermentation) adalah lebih selamat. Yang tak ditapai berbahaya.
Apabila kajian dijalankan ke atas penduduk Asia, didapati bahawa penduduk Asia ni jauh lebih sihat berbanding penduduk Amerika yang tidak makan soya.
Malah sebagian daripada soya yang diambil oleh penduduk Asia ni tidak melalui proses penpaian pun.
Terdapat juga beberapa journal yang menyatakan bahawa tidak ada sebarang perbezaan pun antara soya yang ditapai atau tidak.
Soya ni antara sumber protein utama bagi Vegan (golongan yang tidak mengambil sumber haiwan). Golongan ni banyak membuat kajian tentang soya berkaitan kontroversi yang timbul terutamanya isu kesihatan melibatkan kanser.
Hasilnya, mereka dapati, mereka yang mengambil daging lebih berisiko mendapat kanser.
Macam mana tu? Zaman sekarang ni kan serba-serbi cucuk. Lembu cucuk. Ayam cucuk. Makanan pun dah bukan yang semulajadi.
Pastu timbul pulak isu soya bukan makanan sunnah. Pulak dah. Kalau camtu sila jangan sentuh Nasi Lemak Kampung Baru, goreng pisang cheese, brownies kedut, nasi goreng ikan masin, beriani gam dan macam-macam lagi lah yer…heeeee
Jadinya, apakah isu utama soya ni?
Isu sebenarnya ialah GMO. Soya kat pasaran sekarang ni, banyak yang GMO. Diubah dari segi genetik, diproses dengan bahan kimia yang menjadi punca pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser dan eczema.
Produk tenusu terutamanya susu segar sering diambil oleh semua peringkat usia terutamanya orang dewasa untuk mendapat bekalan Kalsium harian yang mencukupi, terutamanya wanita yang mudah diserang penyakit Osteoporosis. Namun, ada sesetengah …
Produk tenusu terutamanya susu segar sering diambil oleh semua peringkat usia terutamanya orang dewasa untuk mendapat bekalan Kalsium harian yang mencukupi, terutamanya wanita yang mudah diserang penyakit Osteoporosis.
Namun, ada sesetengah daripada kita yang tidak dapat menelan produk tenusu khasnya susu segar. Sebagai alternatifnya, mereka beralih kepada pil atau suplemen Kalsiumbagi menampung kekurangan Kalsium dalam tubuh.
Namun demikian, dalam keghairahan mengambil suplemen Kalsium, tanpa disedari yang produk Kalsium yang diambil itu boleh mengundang masalah kesihatan di kemudian hari.
Suplemen Kalsium yang mengandungi Kalsium semata-mata, boleh menyebabkan penyakit batu karang, masalah perut, sembelit, plak pada arteri serta kanser prostat.
Sebab itulah, kalau nak pilih suplemen Kalsium, perlu pilih yang betul-betul berkualiti dan tidak memberi kesan sampingan yang tidak elok untuk kesihatan jangka panjang.
Ostematrix Yang Komprehensif Bukan Sekadar Untuk Kesihatan Tulang
Untuk membina tulang yang kuat, kita tidak boleh bergantung kepada Kalsium sahaja. Ostematrix menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk Kalsium, Vitamin D, Magnesium, Fosforus,Zinc,Kuprum dan Boron.
Semua nutrien yang disenaraikan sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapamnya 99% dalam badan kita. Di samping menghalang endapan sesetengah mineral yang boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan.
Sebagai contoh, Boron di dalam Ostematrix akan bantu kekalkan kandungan Kalsium dan Magnesium untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang, serta bantu tingkatkan hormon untuk kesihatan jisim tulang.
Selain daripada itu, Boron turut membantu mengurangkan kehilangan Vitamin D semasa proses metabolisma Kalsium. Vitamin D ni pula sangat penting dalam membantu badan menyerap Kalsium dengan lebih efektif lagi.
Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium
Nampak kan, tiap satu vitamin atau mineral yang terkandung di dalam Ostematrix ni saling berkait rapat dan menyokong fungsi bagi memberi kesan yang paling optimun.
Disebabkan Ostematrix ni bukanlah hanya sekadar Kalsium, jadi di antara manfaat kesihatan yang bakal diperoleh oleh mereka yang mengamalkannya termasuklah:
Membina tulang dan gigi yang kuat – bantu merawat tulang retak, kuku rapuh, gusi berdarah.
Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal – mengurangkan stress, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena, membantu mood swing.
Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf – pengambilan Ostematrix sebelum tidur bantu mengurangkan kebas, kejang, sakit sendi, artristis.
Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
OsteMatrix™ Membekalkan:
1,000mg (100% Pengambilan harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
400mg (100% Pengambilan harian) Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400IU ( 100% Pengambilan harian) Vitamin D untuk merangsang penyerapan Kalsium.
Kalsium sememangnya penting dan sangat diperlukan oleh tubuh. Kekurangan Kalsium boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kejang otot, kebas, isomnia, sembelit, sakit kaki dan pinggang, luka lambat sembuh, sakit sendi, berisiko mendapat penyakit jantung dan darah tinggi, metabolisma rendah, keletihan dan rambut gugur.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Kurma merupakan sejenis buah yang berasal daripada Timur Tengah iaitu negara Arab. Kurma yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral sangat bagus untuk kesihatan semua orang termasuklah ibu hamil dan …
Kurma merupakan sejenis buah yang berasal daripada Timur Tengah iaitu negara Arab. Kurma yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral sangat bagus untuk kesihatan semua orang termasuklah ibu hamil dan janin.
Manfaat Kurma Untuk Ibu Mengandung & Bayi Dalam Kandungan
1) Menambah Tenaga
Kurma mengandungi glukosa yang tinggi dan bagus untuk kesihatan. Glukosa akan bertindak sebagai pemberi tenaga kepada tubuh badan ibu yang melakukan pelbagai jenis aktiviti harian.
2) Mencegah & Kurangkan Anemia
Kandungan zat besi di dalam kurma boleh membantu para ibu hamil yang mengidap anemia meningkatkan lagi jumlah sel darah merah.
Ini turut menjadikan ibu-ibu lebih sihat dan bertenaga.
3) Merangsang Sistem Saraf
Kandungan potassium akan meningkatkan lagi rangsangan terhadap sistem saraf. Ianya bukan sahaja meningkatkan kecergasan otak dan menajamkan daya ingatan para ibu, malah turut memberi impak positif kepada bayi.
Selain daripada itu, ia turut merangsang sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah penyakit kanser payu dara dan rahim.
4) Memudahkan Proses Bersalin
Kurma boleh membantu para ibu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana terdapat bahan khusus di dalamnya yang membantu proses berkenaan.
5) Cepat Berasa Kenyang
Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap oleh badan dan akan memberikan tenaga segera apabila dimakan sewaktu lapar. Apabila berasa kenyang, ia akan mengelakkan daripada mengambil makanan seharian secara berlebihan.
6) Membantu Pembentukan Gigi
Selain menguatkan tulang, kandungan kalsium yang agak tinggi di dalam kurma dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi pada janin. Kalau nak bayi cepat tumbuh gigi, jangan lupa amalkan pengambilan kurma sewaktu hamil.
7) Menjaga Kesihatan Pencernaan
Masalah pencernaan seperti sembelit sering berlaku di kalangan ibu hamil. Kurma yang kaya dengan serat dapat mengatasi dan menjaga kesihatan pencernaan para ibu hamil sekalian.
8) Mengandungi Pelbagai Khasiat
Kurma mengandungi Protein (1.8-2%), Serat (2%-4%), Gukosa (50%-57%), Vitamin A, Vitamin C, Sodium, Potassium dan pelbagai jenis nutrien yang lain.
Mesti tak sangka kan, buah yang nampak kecil, sangat bermanfaat untuk kesihatan semua orang, termasuklah ibu hamil dan janin. Dengan rajin mengamalkan pengambilan kurma setiap hari, pasti kesannya akan dapat terasa.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Manfaat bijirin penuh terhadap kesihatan telah dikenalpasti seawal kurun ke-4 lagi. Penyelidikan terkini mengenai potensi bijirin penuh dan kaitannya terhadap kesihatan telah menunjukkan bahawa makanan ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan …
Manfaat bijirin penuh terhadap kesihatan telah dikenalpasti seawal kurun ke-4 lagi. Penyelidikan terkini mengenai potensi bijirin penuh dan kaitannya terhadap kesihatan telah menunjukkan bahawa makanan ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan boleh menurunkan risiko beberapa penyakit kronik.
Khasiat &Manfaat Bijirin Penuh Terhadap Risiko Masalah Kesihatan Kronik
1) Kesihatan Usus
Makanan bijirin penuh tinggi dengan serat. Serat dapat membantu sistem penghadaman dengan melancarkan pergerakan najis. Oleh sebab itulah kita lebih senang membuang air besar dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
Ia juga dikaitkan dengan penurunan risiko untuk mendapat kanser usus besar (kolon) dan radang usus.
Sesetengah serat di dalam bijirin penuh (seperti oligofruktosa dan inulin) boleh bertindak sebagai prebiotik.
Ia boleh menggalakkan pembiakan bakteria bermanfaat di dalam usus dan mengurangkan kadar bakteria perosak untuk memelihara kesihatan usus kita.
Pastikan juga mengambil air kosongdengan secukupnya kerana serat akan menyerap lebih banyak air.
2) Kanser
Kajian terkini menunjukkan bahawa, dengan pengambilan bijirin penuh yang tinggi boleh membantu mengurangkan risiko sesetengah jenis kanser.
Aktiviti antioksidan yang tinggi serta kesan perlindungan daripada fitokimia, Vitamin E, mineral dan serat yang tinggi di dalam bijirin penuh memainkan peranan yang penting mencegah kanser tersebut.
3) Diabetis Jenis 2
Kajian juga menunjukkan bahawa risiko penyakit diabetes jenis 2 dapat dikurangkan dengan pengambilan bijirin penuh secara kerap.
Kesan ini mungkin disebabkan oleh kehadiran serat yang membantu dalam pengurusan berat badan, iaitu aspek penting dalam mengawal penyakit diabetis.
Tambahan pula, serat juga diketahui dapat membantu mengawal glukosa darah bagi pesakit diabetis.
4) Penyakit Kardiovaskular
Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh secara konsisten dapat menjadi penyumbang kepada menurunkan risiko penyakit jantung.
Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh kehadiran pelbagai jenis komponen di dalam bijirin penuh terutamanya serat dan fitokimia.
5) Pengurusan Berat Badan
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh boleh menurunkan risiko obesiti dan pertambahan berat badan.
Serat di dalam bijirin penuh membantu memberikan rasa kenyang, dan seterusnya mengurangkan kuantiti makanan yang dimakan serta mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan.
Sebab itulah bijirin penuh ni dikatakan boleh membantu mengekalkan kesihatan secara keseluruhan. Oleh yang sedemikian, ia perlu diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup yang sihat.
Ini termasuklah makan secara seimbang dan mengambil pelbagai jenis makanan, elakkan merokok dan meminum alkohol secara berlebihan (bukan muslim), makan secara sederhana serta melakukan aktiviti fizikal atau bersenam setiap hari.
Buat julung-julung kalinya, pihak Shaklee mengadakan Clearence Sale untuk Vitamin E, Beli 2 dapat 50% potongan. Maknanya Beli 2 botol Vitamin E, bayar untuk 1 botol Vitamin E sahaja. Bila lagi …
Buat julung-julung kalinya, pihak Shaklee mengadakan Clearence Sale untuk Vitamin E, Beli 2 dapat 50% potongan. Maknanya Beli 2 botol Vitamin E, bayar untuk 1 botol Vitamin E sahaja. Bila lagi nak ada clearance sale untuk Vitamin E yang macam ni, memang tak tahulah saya.
Kebaikan Vitamin E
Tinggi antioksidan – bantu elakkan/rendahkan risiko mendapat kanser
Melambatkan proses penuaan – menjadikan diri awet muda
Melicinkan kulit dan menghilangkan parut
Menlembapkan kulit yang kering
Mencegah jeragat di samping memudarkan jeragat yang ada
Menjadikan rambut semakin cantik, sihat dan lebat.
Meningkatkan kesuburan lelaki dan meningkatkan fungsi sperma
Menggalakkan hubungan seksual – dikenali sebagai vitamin cinta.
Membantu mengurangkan kekejangan otot kaki – bersifat anti radang dan membantu pengaliran darah yang baik.
Apa lagi kiter? Buat yang memang baru nak mencuba kehebatan dan kebaikan Vitamin E ni, apatah lagi pengamal tegar Vitamin E, jangan lepaskan peluang. Grab sekarang sebab nama pun clearance sale kan. Jadinya sehingga stok masih ada jelah. Kalau tak sampai tengah bulan, stok Vitamin E untuk clearance sale ni dah habis licin, jangan menyesal tak sudah ye.
Jom kongsi juga dengan mak ayah. Sudah pasti inilah pilihan terbaik untuk mereka. Dengan Vitamin E Shaklee yang dijamin selamat, berkesan dan mesra alam 🙂
Psst, ni dahlah dapat Vitamin E dengan separuh harga, untuk bulan Oktober ni, siapa yang join ahli Shaklee, akan dapat percuma sebotol Vitalea (multivitamin) berharga RM 88.75. Kiranya macam free membership jugaklah.
Hubungi saya kalau nak tahu lebih lanjut lagi ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Ya, sememangnya Shaklee menjalankan perniagaan yang menggunakan Multi-Level Marketing (MLM) sebagai medium pemasarannya. Apabila mengetahui tentang MLM, timbul pula persoalan adakah perniagaan Shaklee berteraskan Islam? Terdahulu saya ada berkongsi tentang Asas …
Ya, sememangnya Shaklee menjalankan perniagaan yang menggunakan Multi-Level Marketing (MLM) sebagai medium pemasarannya. Apabila mengetahui tentang MLM, timbul pula persoalan adakah perniagaan Shaklee berteraskan Islam? Terdahulu saya ada berkongsi tentang Asas Minima Perniagaan Yang Patuh Shariah. Termasuklah MLM.
Bagaimana Shaklee Dikatakan MLM Patuh Shariah Islam
1) Produk Shaklee Dibeli Dengan Tujuan Yang Sebenarnya
Suplemen merupakan produk utama yang dihasilkan oleh pihak Shaklee bagi membantu kehidupan manusia yang lebih sihat. Di samping itu, memberi peluang kepada ahlinya untuk menambah pendapatan.
Sebagai contoh, Puan Aminah beli Set Bersalin Shaklee untuk mengalami proses berpantang yang lebih mudah, bertenaga dan selesa. Plus, badan pun makin slim. Manakala Encik Azman pula membeli Set Kurus Lengkap bagi menurunkan berat badan secara sihat.
Jadi, sememangnya produk Shaklee dibeli untuk tujuan yang jelas dan nyata.
2) Produk Shaklee Bukan Emas & Perak
Shaklee merupakan syarikat yang menhasilkan produk makanan tambahan (suplemen), penjagaan badan serta set pencuci yang langsung tidak ada kaitan dengan emas dan perak.
3) Shaklee Memberikan Jumlah Komisyen Yang Jelas Kepada Setiap Ahli Untuk Setiap Penjual & Ahli Di Bawahnya
Sebagai contoh, Shaklee telah menyediakan satu jadual khas pembayaran bonus kepada ahlinya:-
4) Keuntungan @ Komisyen Shaklee Bukan Berdasarkan Kepala @ Ahli Yang Ditaja
Dalam Shaklee, setiap pembelian produk akan mempunyai point (UV) tertentu. Yang mana bonus dan keuntungan akan dikira berdasarkan jumlah UV tersebut.
Bagi setiap ahli baru yang mendaftar, tidak ada sebarang UV diberikan sekiranya mereka hanya membuat pendaftaran ahli tanpa sebarang pembelian produk.
5) Shaklee Tidak Mewajibkan Ahli Membuat Belian Sendiri Pada Jumlah Tertentu
Bagi mereka yang ingin mendaftar ahli Shaklee, tidak ada sebarang syarat wajib daftar dengan membeli produk terlebih dahulu. Setiap ahli yang bakal mendaftar bebas untuk mendaftar keahlian sahaja atau terus membuat pembelian dengan harga ahli yang lebih istimewa.
Namun, sekiranya mereka ingin mendapatkan bonus, syarat minimun adalah mencapai 150 UV dan sekiranya ingin mendapat kehlian percuma, syaratnya adalah mendaftar dengan 200 UV. Contohnya dengan membeli 2 botol Vivix atau 3 kotak Collagen.
6) Setiap Upline @ Orang Atas Shaklee Menaruh Usaha Ke Atas Jualan Orang Bawahnya
Adalah menjadi tanggungjawab upline dalam Shaklee untuk membimbing downline yang turut sama ingin menceburi bidang perniagaan ini.
Sebagai contoh, kami di dalam group iReach yang awesome akan dibimbing tidak kira secara online (group coaching di FB, whatapps, webinar dan sebagainya) dan offline (kelas, bengkel, perjumpaan dan sebagainya).
Semuanya adalah percuma melainkan sekiranya perlu, ahli akan dikenakan kos tertentu yang masih dikira minima.
7) Shaklee Tidak Menggunakan Skim Piramid @ Siapa Masuk Dulu Untung Selamanya
Shaklee tidak sesekali mengamalkan sistem piramid yang menindas orang baru. Dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih, mereka yang untung lebih. Malah banyak pencapaian dalam sejarah Shaklee, orang yang daftar kemudian mendapat rank yang lebih tinggi daripada mak nenek diaorang (upline/orang yang telah lama mendaftar). Adilkan?
8) Shaklee Mempersembahkan Sistem Komisyen & Bonus Yang Telus & Boleh Difahami
Sebelum sistem secara atas talian dilancarkan di Malaysia, para ahli perlu menelefon atau mendapatkan cetakan bonus bulanan daripada pihak pejabat Shaklee.
Namun, dengan sistem atas talian (online) yang ada sekarang, setiap ahli Shaklee mendapatkan semua maklumat pembelian, bonus, keahlian orang bawah (downline) dan sebagainya dengan lebih mudah, jelas, terperinci dan senang difahami.
9) Shaklee Menstruktur Pelan Pemasaran Di Antara Ahli & Orang Bawahnya Secara Musyarakah
Biasanya setiap bulan, pihak Shaklee akan mengadakan pelbagai jenis promosi yang memberi keuntungan kepada ahlinya sendiri. Sebagai contohnya pada bulan lepas, bagi ahli yang layak, dengan pembelian minima 50 UV sahaja, mereka layak mendapat ESP atau Vita-C dengan harga 50% dan percuma Zinc Complex.
Pada bulan ini pula, bagi yang layak, dengan pembelian minina RM 200 – RM 399, layak mendapat free ESP yang harga pasarannya adalah RM 150. Berbaloi-baloi dan rugi sangat siapa yang tak rebut peluang ni.
Segalanya jelas dan akan dimaklumkan kepada semua ahli di dalam sistem atas talian atau ada sesetengah ahli yang dihubungi melalui telefon.
Sebenarnya, banyak lagi point yang boleh dikongsikan tapi saya rasa ni dah panjang berjela-jela ni,hehehe. Saya kira, dengan pelan pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak Shaklee ni, kita boleh fikir sendiri sama ada ianya patuh shariah atau tidak, kan?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Makanan ringan, segera atau junk food ni memang sangat popular di serata dunia. Malah pelbagai variasi makanan ringan dihasilkan untuk menarik minat setiap lapisan masyarakat. Namun, tanpa disedari, akibat pengambilan makanan …
Makanan ringan, segera atau junk food ni memang sangat popular di serata dunia. Malah pelbagai variasi makanan ringan dihasilkan untuk menarik minat setiap lapisan masyarakat. Namun, tanpa disedari, akibat pengambilan makanan segera secara berterusan, bahaya pula yang bakal dihadapi dari segi kesihatan.
Makanan segera ni lebih digemari masyarakat moden dewasa ini bersesuaian dengan cara hidup yang sentiasa ingin cepat, jimat dan mudah. Malah makanan segera ni telah diperkenalkan seawal usia bayi lagi.
Makanan segera dan makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang berkhasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam pada kadar yang tinggi, di samping rendah atau tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya (Ask The Dietitian-‘Junk Food,’ Joanne Larsen (MS RD LD), 1996, di dietition.com).
Makanan rapu biasanya mengandungi kadar mononatrium glutamate (MSG), bahan pengawet, pewarna, perasa, garam dan gula yang tinggi bagi mengekalkan kesedapan dan kesegaran.
Namun, semua bahan yang digunakan ni telah dikenalpasti sebagai antara punca utama kepada masalah kesihatan seperti obesiti (kegemukan), kerosakan gigi, kanser dan jantung berlubang.
Peningkatan mendadak penyakit-penyakit kronik juga berlaku apabila makanan rapu ni telah diberikan seawal usia bayi lagi.
Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Kepada Kesihatan & Kehidupan
1) Makanan Ringan & Darah Tinggi
Para pengkaji dari Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakersfield California, dan Prevention Concepts, Inc. di Los Angeles, pernah menjalankan satu kajian yang melibatkan 200 orang pelajar sekolah.
Hasil kajian tersebut mendapati 8/10 pelajar-pelajar berkenaan mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan.
Ujian makmal menunjukkan 1/3 daripada mereka mengandungi kadar kolestrol di dalam darah yang tinggi dan 10% daripada mereka menghidap penyakit darah tinggi.
Kajian jelas menunjukkan lebihan lemak tepu yang terdapat di dalam makanan ringan akihirnya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang telah meningkat (CBC4Kids Daily News Story, The Dangers of a Junk Food Diet, March 16 2000, cbc4kids.ca/general/whatsnew/daily-top-stories).
2) Makanan Ringan & Asma (Lelah)
Di dalam kajian lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunya peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak.
Kajian ini melibatkan 100 kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak menghidapnya mendapati, mereka kurang mengambil sayur-sayuran, Vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini.
Kes-kes asma didapati meningkat sebanyak 50% di dalam jangka masa 10 tahun (Junk Food Linked to Child Asthma, Richard T. Herrick (MD), Titan Support Systems Inc, USA, 1998, titansupport.com/people/medical/childasthma).
3) Makanan Ringan & Sakit Jantung
CNN.com.health bertarikh 14 Mac 2000 melaporkan, makanan ringan meningkatkan risiko remaja menghidap jantung.
Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan kolestrol yang terdapat di dalam makanan ringan pada hari ini. Penemuan ini telah dibentangkan di dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim, California (CNN.com.health, Study: Junk Food Raises Teens’ Risk Of Heart Disease, Elizabeth Cohen, March 14, 2000, .cnn.com/2000/HEALTH/03/14/teen.arteries/.
4) Makanan Ringan & Kesan Pada Otak
Makanan ringan juga merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah dilakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini.
Mereka mendapati, makanan ringan yang sememangnya mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak.
Ini disebabkan otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak menganggu perasan glukosa tersebut.
Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinngi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yangsesuai untuk otak manusia (Junk Food Impairs Brain: Study, Steven de Sousa, Feb. 26 2001, University of Toronto, newsandevents.utoronto).
5) Makanan Ringan & Buta
Golongan yang suka mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan lemak didapati menghadapi risiko yang sangat tinggi mendapat masalah buta apabila berusia 55 tahun kelak.
Penyakit yang dikenali sebagai Macular Degeneration yang sering menyerang para perokok, kini mula menyerang penggemar makanan ringan.
6) Makanan Ringan & Masalah Sosial (Keganasan)
Kajian daripada Universiti Oxford, England mendapati makanan ringan juga menjadi punca peningkatan keganasan dalam masyarakat. Peningkatan ini semakin ketara sejak 50 tahun kebelakangan ini.
Perkara ini mungkin disebabkan kekurangan zat-zat tertentu terutamanya Omega-3, sekiranya seseorang banyak mengambil makanan ringan. Omega-3 sangat membantu dalam pengawalan emosi seseorang.
7) Makanan Ringan & Obesiti
Makanan ringan atau makanan segera memang dipenuhi dengan bahan aditif dan juga gula, garam serta lemak yang tinggi. Timbunan segala macam bahan-bahan ini di dalam tubuh turut menjadi punca utama masalah obesiti (kegemukan).
Obesiti yang tidak dibendung akan memudaratkan kesihatan yang mana boleh menganggu fungsi organ dalaman tubuh kerana dipenuhi lemak yang tidak perlu. Obesiti juga menjadi salah satu punca utama penyakit kronik seperti jantung, strok, dan memendekkan jangka hayat pengidapnya.
Seram pula saya rasa apabila isu makanan ringan ni melibatkan anak-anak kita secara langsung. Memikirkan pihak kantin dan koperasi sekolah pun rata-rata turut menjual makanan ringan, makin sukarlah nak kawal pengambilannya di kalangan anak-anak. Mungkin perkara ini perlu diketengahkan sewaktu mesyuarat PIBG sekolah nanti.
Tapi mencegah tu lebih baik dari mengubati. Kita mulakan dahulu di peringkat rumah lagi. Apabila anak-anak didedahkan tentang bahaya makanan ringan ni, lama-kelamaan, mereka sendiri yang tidak mengambilnya. Ianya lebih mudah walaupun memerlukan ulangan kesabaran yang tinggi bagi pihak ibu bapa.
Last but not least, saya kongsikan video daripada ibu-ibu prihatin dengan kesihatan anak-anak mereka ni:-
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Selalu sangat kita dengar yang “merokok membahayakan kesihatan”. Lebih malang lagi, asap rokok yang dihembuskan tu sangat berbahaya terhadap anak, isteri, ahli keluarga, malah orang di sekeliling perokok tersebut. Tapi macam …
Selalu sangat kita dengar yang “merokok membahayakan kesihatan”. Lebih malang lagi, asap rokok yang dihembuskan tu sangat berbahaya terhadap anak, isteri, ahli keluarga, malah orang di sekeliling perokok tersebut. Tapi macam takde maknanya semua ni kepada para perokok tegar.
Kandungan asap rokok terdiri daripada pelbagai jenis bahan beracun dan yang paling utamanya ialah Tar, Nikotin serta Karbon Monoksida. Gabungan segala macam bahan berbahaya ini boleh memudaratkan kesihatan, malah boleh membawa maut.
Sebenarnya, perokok tu bolehlah dikategorikan sebagai orang yang menempah kubur sendiri. Yelah kan, setiap hisapan asap tu merupakan hisapan maut. Tapi sangat kasihan apabila ianya turut memudaratkan kesihatan orang yang tidak bersalah.
Kalau nak tahu pasal merokok, boleh rujuk video perkongsian pengalaman daripada Encik Uzir ni:-
Kesan Asap Rokok Terhadap Pasangan (Isteri) Perokok
Lebih terdedah kepada kanser
Mengurangkan kesuburan serta akan mengalami gejala putus haid lebih awal
Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
Melahirkan bayi yang kurang berat badan
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok
Meningkatkan statistik kematian akibat tabiat merokok
Mudah menjadi perokok setelah dewasa kelak
Mendapat jangkitan paru-paru
Pertumbuhan paru-paru akan terganggu.
Lebih mudah mendapat penyakit lelah
Kesan Asap Rokok Terhadap Ibu Hamil & Janin Dalam Kandungan
Pendarahan dari uri (abruption placenta)
Mengalami kurang berat badan sehingga 20-30%
Kuguguran janin
Pertumbuhan janin terencat sehingga 30% lebih tinggi
Kematian janin dalam kandungan
Kesan Asap Rokok Terhadap Bayi
Risiko peningkatan serangan lelah
Sindrom kematian mengejut
Kanser otak sehingga 22%
Masalah dan penyakit pernafasan
Perkembangan kecerdasan otot terjejas
Jangkitan telinga
Lukemia
Oleh yang demikian, kalau perokok ni tak mahu fikirkan kesihatan diri sendiri, sekurang-kurangnya, ingatlah orang tersayang. Takkan langsung tak tersentak di jiwa andai kematian orang lain disebabkan oleh tindakan kita walaupun tanpa niat kan?
Ibarat orang yang cuai memandu, kemudian mengakibatkan kemalangan maut bagi pihak orang lain. Padahal boleh jer nak elak kalau mengambil langkah berjaga-jaga pada peringkat awal, ye tak?
Ada orang kata, orang gemuk ni nampak seksi. Ada pula yang lainnya berpendapat yang suami buncit ni nampak lagi menawan. Tapi macam mana datangnya istilah dan kepercayaan ni semua sehingga kita …
Ada orang kata, orang gemuk ni nampak seksi. Ada pula yang lainnya berpendapat yang suami buncit ni nampak lagi menawan.
Tapi macam mana datangnya istilah dan kepercayaan ni semua sehingga kita menganggap gemuk dan buncit ni adalah perkara yang remeh-temeh?
Pada si suami pula, aahhh, buat apa nak jaga badan lagi, kan dah kahwin? Isteri mesti setianya kalau setakat buncit. Jaga hati, jaga keperluan, settle!
Topik yang agak berat jugak sebenarnya sebab nak ubah minda orang kita ni bukan mudah!
Tahukah korang yang lemak visceral lebih bahaya untuk kesihatan berbanding jumlah lemak badan?
Lemak visceral ni adalah lemak yang terkumpul sekitar bawah kulit, celah otot dan sekitar bahagian organ penting seperti jantung, hati dan paru-paru.
Apa yang paling membimbangkan, lebihan lemak yang terkumpul ni menyebabkan pendedahan terhadap risiko penyakit kronik seperti jantung, strok, darah tinggi, kencing manis adalah berkali ganda berbanding mereka yang normal.
Kaitan Berat Badan Dengan Hidup Atau Kematian
1 atau 2 orang yang gemuk akan mati lebih awal kerana komplikasi yang berkaitan dengan berat badan mereka. Masalah Akibat Obesiti
Jangka hayat yang lebih singkat
Kurang peluang pekerjaan
Masalah tulang
Trombosis vena yang mendalam (Deep Vein Thrombosis)
Kanser
Masalah sendi
Angin pasang (hernia)
Serangan jantung
Masalah pernafasan
Tekanan darah tinggi
Diabetes jenis 2
Peluh yang banyak
Kolestrol tinggi
Artritis
Rendah diri
Murung
Pergerakan terhad
Diskriminasi sosial
Bukan satu dua masalah yang timbul, malah risiko yang hampir menganggu keseluruhan hidup, secara fizikal dan emosi.
Oleh itu para suami, isteri yang nak anda kurus, bukan sebab nak suami diaorang tu nampak hansem semata-mata. Korang dah jadi yang terbaik dan paling hensem lagi macho kat mata diaorang sebaik sahaja akad nikah dilafazkan.
Para isteri memang sangat bimbangkan kesihatan suami sebabnya nanti yang menanggung akibatnya adalah orang yang mereka sayangi juga. Tempias pun terkena pada seluruh keluarga.
Memang bukan mudah nak ubah tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal yang dah sebati dalam hidup kita. Tapi yang penting, mulakan langkah pertama dan konsisten mengamalkannya.
Islam pun mahukan penganutnya menjaga anugerah kesihatan kan? Nak beribadah pun lebih mudah.
Keluarga sihat keluarga sejahtera, keluarga sejahtera, keluarga bahagia.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Makanan ini dikatakan superfoods kerana mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh kita. Malah tanpa kita sedari, hampir kesemua 5 jenis superfoods ni kita makan setiap hari. Nak best lagi, kesemuanya adalah …
Makanan ini dikatakan superfoods kerana mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh kita. Malah tanpa kita sedari, hampir kesemua 5 jenis superfoods ni kita makan setiap hari. Nak best lagi, kesemuanya adalah murah, mudah didapati dan memang sangat baik untuk kita semua.
5 Superfoods Yang Pasti Dijumpai Di Malaysia
#1: Bawang Putih (Garlic Complex)
Sebenarnya ada sebab kenapa sayur-sayuran jenis ini sering dijadikan serbuk, ekstrak dan tablet. Bawang putih tinggi kandungan anti-oksida dan dikenali sebagai pencegah tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kolestrol tinggi.
Dengan mengambil beberapa ulas bawang putih setiap hari akan bantu meningkatkan lagi sistem imun tubuh kita.
#2: Telur
Ramuan makanan setiap hari yang kaya dengan sumber protein (ESP/Cinch Shake) akan bantu membina dan membaiki sel-sel dan tisu-tisu di dalam badan.
Telur putih mengandungi asid amino (B Complex/VitaLea) penting. Manakala telur kuning pula kaya dengan zat besi (VitaLea).
Walaupun kuning telur dilabelkan sebagai tidak bagus kerana kandungan kolestrolnya, pengambilan yang sederhana adalah penting untuk badan kita menghasilkan Vitamin D (Ostematrix).
#3: Cili
Sebagai rakyat Malaysia, memang sangat sukakan cili walaupun ada sebahagaian kecil yang tidak suka masakan pedas.
Capsaicin, sejenis sebatian yang terdapat di dalam Cili menghasilkan rasa pedas (panas/heat) yang diketahui mengandungi sifat-sifat anti-kanser, dan membantu pengeluaran mukus dan enzim yang melindungi perut.
Bahan ini juga meningkatkan kadar metabolisma tubuh, sekaligus melonjakkan pembakaran kalori.
#4: Bayam (VitaLea)
Tengok bayam, ingat kat Popeye yang jadi kuat lepas makan bayam, hehehe. Bayam ni sangat kaya dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi secara sihat.
Bayam mengandungi anti-oksidan, anti-kanser dan juga kandungan Vitamin K yang tinggi untuk menguatkan tulang.
Tambahan lagi, bayam sangat kaya dengan beta-kerotena (Carotomax) yang sangat bagus untuk kesihatan mata.
#5: Halia (Peppermint Ginger Plus)
Halia adalah bahan anti-radang yang juga berfungsi untuk membantu penghadaman dan mengurangkan rasa loya.
Sama ada di dalam teh atau kari bersama rempah-ratus yang lain, halia adalah sejenis akar yang digunakan secara meluas di dalam masakan rakyat Malaysia.
Justeru itu, kita sangat disyorkan untuk sentiasa mengambil halia di dalam makanan atau minuman kita.
Tak sangka betul, makanan yang memberi kesan hebat terhadap kesihatan kita sangat mudah dan murah untuk diperolehi. Tak perlu bersusah payah nak pergi intai superfoods luar negara, dalam Malaysia ni pun banyak khazanah kesihatan yang berharga.
Amalkan superfoods ni di dalam menu harian kita. Ingat tau, kunci yang pertama untuk kurus adalah diet yang betul. Pilih jer superfoods di atas, tapi cara masakan pun kene pilih yang betul juga tau.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything