Ramai ibu yang beranggapan yang ovarian cyst (sista ovari) boleh mengganggu ketidaksuburan mereka. Sedangkan sangkaan ini adalah salah menurut Dr. Zubaidi Ahmad, doktor yang sangat sinonim dengan masalah kesihatan ibu dan anak.
Apakah Ovarian Cyst (Sista Ovari)?
Ovarian cyst merupakan kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari, berdiameter melebihi 3 cm.
Kantung ini boleh wujud dalam pelbagai saiz, sehinggakan ada yang membesar sehingga menyamai saiz sebiji tembikai.
Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti lendir atau air yang dipanggil simple cyst, atau ada yang lebih kompleks dengan mempunyai lendiran yang likat, darah atau bahagian-bahagian pejal dan keras.
Jenis-jenis Cyst Yang Sering Terjadi
Di antara cyst yang selalu berlaku ialah:
1: Follicular Cyst
Follicular Cyst terbentuk daripada folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah jenis cyat yang paling kerap terjadi dan jarang memberi masalah atau komplikasi.
2: Corpus Luteum
Corpus Luteum Cyst boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur.
Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap di dalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk.
Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besardan memberikan komplikasi seperti pendarahan, pecah (burst) atau twist (berpintal) dan ia menyebabkan kesakitan.
3: Endometriomas
Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
4: Dermoid Cyst
Dermoid Cyst juga terjadi daripada sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu.
Ianya jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya “twisted” atau berpintal.
5: Polycystic Ovaries
Polycystic Ovaries terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepaskan telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini terbentuk dan memenuhi ovari.
Dermoid cyst terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadang-kadang bercampur dengan rambut dan lemak.
Jenis cyst yang lain adalah jarang-jarang berlaku dan ditemui.
Hampir kesemua ovarian cyst yang berlaku sebelum usia menopaus adalah tidak berbahaya. Kanser ovari sebelum usia menopaus juga adalah sangat jarang berlaku.
Berapa Kerap Ovarian Cyst Terjadi?
Ovarian cyst memang kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakkannya memang tidak sedar pun yang mereka sedang mengalamiya ekoran kerana ianya jarang memberikan gejala atau masalah kepada pengidapnya. Walau bagaimanapun, 1 dalam 10 orang wanita mungkin memerlukan pembedahan di kemudian hari.
Namun demikian, sekiranya cyst tadi terjadi di kalangan wanita dalam lingkungan usia sekitar 50-70 tahun, ianya lebih cenderung menjadi kanser serta lebih berbahaya.
Bagaimana Wanita Boleh Dapat Cyst
Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiup fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rahim wanita. Ia menghasilkan telur (ovum) serta hormon seperti estrogen dan progesteron.
Pada setiap satu kitaran haid, telur membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dikenali sebagai folikel. Apabila telur matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovom tadi.
Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.
Dalam kes cyst, seseorang wanita boleh mendapat cyst ovari apabila folikel yang matang yang sepatutnya pecah tadi tidak pecah, sebalik membesar melebihi 2 cm.
Rakan Hamil Ibu, 🙂
Naimah Wahab
WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)
Email: [email protected]
Shaklee ID: 1001144
dia punya istilah agak rare juga..
apapun sungguh kasihan kepada mereka alami ovarian cyst nie..
mrhanafi recently posted…Jurus Sakti Dalam Penulisan Copywriting
Macam-macam istilah yang kita tak pernah dengar. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kesembuhan segera’