• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Semalam saya dan suami bawa Kashful dan Asif pergi ke Mini Legoland. Wah, bunyi macam Legoland kat Johor Bahru jer kan? hehehe…sila jangan bayangkan macam tu tapi memang tempat kanak-kanak bermainlah.

 

Sebenarnya tempat ni adalah rumah kedai 2 tingkat yang dijadikan Pusat Permainan Kanak-kanak yang diberi nama Kid’s Atom Zone. Terletak di Taman Mawar, Sepang. Diberi jolokan Mini Legoland sebab permainan dia adalah juga ala-ala lego gitu, dari saiz kecil hingga besar.

 

Saya tahu pasal Mini Legoland ni selepas Tadika Bondamama Bijak IQ tempat Kashful belajar bawa pelajar mereka ke sana. Balik jer dari sana, hari-hari Kashful duk harut (merengek-rengek) minta dibawa ke sana.

 

Masa dia asyik ajak ke Legoland tu, jenuh jugalah terangkan pada dia yang Legoland jauh, papa masa tu oustation…bla..bla..bla…

 

Sekali bila dah tahu yang Legoland yang dimaksudkan itu adalah Kid’s Atom Zone, baru berani janji nak pergi. Budak-budak jangan sebarang janji, nanti mereka akan tuntut hingga tertunai…hehehe. Lagipun nak ajar mereka bercakap benar serta menunaikan janji kan.

 

Jom layan gambar kanak-kanak riang ini sedang teruja bermain 🙂

 

 

Kid's Atom Zone
Asif nak ikut Abang Kashful buat peace, sudahnya jadi hi-10…kiki

 

 

Kid's Atom Zone
Asif yang sangat berani, selamba jer dia meniti atas palang tu!

 

 

Kid's Atom Zone
OK, mama mengaku yang anak mama ni memang berani, turun sendiri jer slide.

 

 

Kid's Atom Zone
Seronok diaorang jatuh atas ribu juta lemon bola-bola kecil 🙂

 

 

Kid's Atom Zone
eh,eh, mama pun tumpang sekaki?? Cover line jaga Asif… 😛

 

 

Kid's Atom Zone
Kashful & Asif nak pergi makan angin kat ladang pulak…bye-bye..

 

 

Kalau sesiapa berminat nak bawa anak-anak pergi ke sana, boleh hubungi pihak Kid’s Atom Zone seperti di bawah:

 

 

Kid's Atom Zone

 

Para pakar mendapati ukuran otak kanak-kanak yang jarang diajak bermain 30 peratus lebih kecil berbanding otak anak normal yang sebaya dengannya. Rata-rata kanak-kanak yang cerdas dan ceria adalah kanak-kanak yang sentiasa diajak belajar dan berfikir ketika bermain.

 

Jadi ajaklah anak-anak untuk sentiasa bermain! Di mana-mana sahaja. Asalkan persekitarannya tempat bermain adalah selamat dan kondusif.

 

Pada saya harganya dah sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kegembiraan yang anak-anak akan dapat nanti. Ikutkan diaorang, memang tak mahu balik. Berkampung kat situ pun takpe….hehehe. Tapi janganlah dibandingkan dengan KidZania pulak, jauhlah bezanya, padanlah dengan harga kan? 🙂

 

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

19 thoughts on “Mini Legoland; Kids Atom Zone

  1. setuju… 🙂 jangan janji dengan anak nanti dia bakal tuntut heee..nie kita jadi serba salah nak kalau time kita sibuk dan outstation..sering lupa pulak itu uh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge