Hari ke-5 ni adalah hari terakhir bagi yang mengikuti program detoks parasit yang soft/light punya. Termasuklah yang menggunakan full set tetapi nak buat untuk 5 hari sahaja.
Resipi Bihun tuna ni sebenarnya macam salad bihun tuna pun yer. Resipi yang tak perlu digoreng. Cuma potong-potong bahan-bahan yang ada, lepas tu gaul.
Nak buatkan dia pun senang.
Bahan-bahan Bihun Tuna
- Bihun direndam dalam air panas seketika atau boleh direbus sekejap
- 1 tin tuna dalam air (water canned tuna)
- 1/2 biji lemon/ 1 biji limau nipis/ 2-3 biji limau kasturi
- 2 batang serai dihiris nipis dan dicingcang halus
- 2 inci lobak merah dipotong nipis dan halus
- 1/2 – 1 biji tomato dipotong dadu
- daun bawang, daun sup dan daun kasturi dipotong nipis
- garam secukup rasa
- serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
Cara Menyediakan Bihun Tuna
- Bahan hirisan seperti daun bawang, daun sup, daun ketumbar, serai dimasukkan ke dalam mangkuk besar/sederhana besar.
- Basuh dan toskan bihun yang masih panas.
- Masukkan bihun ke dalam mangkuk yang berisi bahan hirisan.
- Masukkan tuna, tomato, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam dan jus lemon/limau nipis/limau kasturi.
- Gaul biar mesra.
- Siap!
Senang sangat kan? hehehe…nanti boleh lah cuba bihun tuna yang ala-ala eat clean ni 😀 Makan bersama smoothie manggo, terpaksa makan sikit sebab dah kenyang.
P/S: Jangan lupa ambil Set Detoks Parasit lepas makan ye. Ikut seperti dalam jadual yang saya beri tu.
Jom join group detoks parasit bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks parasit ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144