Korang kan, buat apa-apa, ada tak perasan, “owh, benda ni dah ubah akulah!”
Shaklee ni memang sebuah company besar, buat bisnes penjagaan kesihatan diri, rumah dan seisi keluarga secara semulajadi.
Tapi sejak join Shaklee, saya perasan yang banyak perubahan sikap ke arah yang lebih positif yang saya perolehi.
Salah satunya adalah pengurusan emosi.
Rasanya lebih tenang, lebih mudah nak cool down.
Dalam group kami ni, bukan sahaja kami didedahkan tentang strategi nak buat bisnes, tips marketing, ayat storytelling dan macam-macam lagilah tips meniaga ni, tapi part yang utama yang sering ditekankan adalah amalan rohani dan kebergantungan hanya kepada Allah.
Allah kan punca rezeki kita. Pemilik saham secara total.
Nak dapat saham dunia atau akhirat, kenelah ambil hati serta buat yang disukai oleh pemilik saham tu kan?
Kalau jenis cepat marah dan moody, kan Dia tak suka. So macam mana Dia nak beri saham tu kat kita. Sikit pun takdak chance nak dapat, kan kan?
Tulah, macam perasan jer, kalau anak-anak tumpahkan air atau makanan, pecahkan pinggan mangkuk atau kaca ke (oh my collections!!!), macam “ok, duduk sana sikit, mama nak bersihkan ni”.
Perghhh, rasa macam bangga diri sendiri kejap, akulah mama yang terbaik di donia ini….hahaha
Tapi sebenarnya, kita akan rasa happy dan tenang, tak stress bila tak marah. Cuma nasihatkan lah balik kat anak-anak tu supaya lebih berhati-hati lain kali.
Btw, saya suka beri mug dan pinggan kaca kat anak-anak yang dah berumur dalam 3 tahun ke atas sebab kalau plastik, air sokmo tumpah.
So far beri kaca ok. Kaca kan berat sikit, jadi lebih stabil.
Yang haritu pinggan corelle boleh pecah tu sebab abang ngah nak tiru gaya ala-ala pelayan restoran dalam tv bawa hidangan.
Dah tangan comel dia tu, mana boleh tampung pinggang beso.
Tapi lepas kejadian tu, memang dia beringat sungguh!
Sekali lagi bila teringat kes tu, saya happy sangat sebab tak menyinga dengan anak masa tu.
Takpelah pecah pinggan corelle pun, corelle pecah boleh diganti, hati anak, walaupun masih kecil, kalau berderai, andai dah sembuh sekalipun, lukanya boleh melekat di jiwa hingga dewasa.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia