Semalam, sewaktu turun ke tingkat bawah rumah, saya tengok Mat Toreh dah kaku. Terlentang tak bergerak. Hati dah tertanya-tanya, apa yang tak kene dengan Mat Toreh ni?
Bila diperhatikan betul-betul, Mat Toreh dah tak ada di muka bumi ni. Makanan yang saya berikan pun tak terusik. Sedih pulak rasanya.
Berita penting ni mesti disampaikan segera kepada encik suami ni. Beliau sangat sayangkan Mat Toreh tu.
Saya call handphone suami, tak berjawab. Mungkin tak sedar, mungkin juga beliau sedang meeting. So tinggalkan whatapps jer yang berbunyi “Abang, Mat Toreh dah tak ada”.
Tak lama lepas tu, suami saya call balik nak double confirmkan cerita sebenar. Balik jer dari pejabat, terus suami saya check Mat Toreh. Memang sah dah meninggal.
Suami saya terus ambil penyodok kecil untuk gali kubur buat Mat Toreh. Mat Toreh akhirnya disemadikan di belakang dapur rumah kitaorang.
Saya tahu suami saya memang sedih atas kehilangan Mat Toreh ni. Dah hampir 2 tahun lebih juga Mat Toreh hidup dengan kami. Dari selebar 1 1/2 jari dah membesar jadi 2 1/2 jari.
Memang suami saya sayangkan Mat Toreh dan kawan-kawannya. Tapi beliau tetap redha dengan pemergian Mat Toreh.
Gitu kisah Mat Toreh. Si Arowana perak. Mendapat gelaran tu sebab ia agak lasak.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144