Pengambilan Vitamin atau Supplement sebenarnya tidak mempunyai waktu “wajib” tertentu untuk diambil. Namun, pengambilan vitamin yang bersesuaian dengan fungsinya akan membolehkan zat daripada vitamin tersebut dapat diserap dan berfungsi secara paling optimum.
Secara amnya,
Masa Yang Sesuai Makan Vitamin
1. Ambil vitamin kecuali Zinc selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.
2. Sekiranya Zinc diambil bersama makananan, Zinc akan bergabung dengan makanan dan akan dibawa keluar dari badan sewaktu proses pembuangan.
3. Vitamin sustained released bagus diambil bersama makanan keranan nutriennya dilepaskan secara perlahan-lahan. Makanan membantu proses sustained release tersebut.
4. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama-sama untuk penyerapan optimum.
5. Vitamin Larut Air (B & C) seelok-elok nya diambil dengan segelas air dan elakkan pengambilan makanan yang berlemak/berminyak.
6. Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) diambil selepas mengambil makan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
7. OsteMatrix (Kalsium) seeloknya diambil bersama produk tenusu seperti susu. Pastikan Kalsium anda mempunyai Magnesium sebab Magnesium membantu Kalsium lebih mudah untuk diserap.
8. Iron diambil bersama Vitamin C sebab Iron perlukan Vitamin C untuk lebih mudah diserap.
9. Minum air masak 2-3 Liter sehari. Lebih banyak lebih baik.
Jadual Ringkas Mengambil Vitamin Untuk Penyerapan Terbaik
Kalsium lebih baik diambil bersama makanan. Namun tidak mengapa untuk mengambil dos yang besar sebelum tidur.
Magnesium sebelum tidur.
B-Complex terbaik diambil pada waktu pagi untuk keberkesanan yang unggul.
Vitamin C terbaik diambil pada waktu pagi (asid askorbik dikhuatiri menyebabkan sakit perut). Ambil Vitamin C pada waktu pagi sebagai persediaan menghadapi radikal bebas.
Tiada masa tetap untuk telan Vitamin C.
Zinc diambil 1/2 jam – sejam sebelum makan tengah hari atau sebelum makan malam.
Jangan mengambil Zinc dengan perut kosong seperti sewaktu sebaik sahaja bangun tidur awal pagi kerana boleh menyebabkan loya.
Pantang Larang Vitamin
Jangan telan bersama-sama:-
Alfafa & VitaLea – dikhuatiri akan menghasilkan toksin dalam badan.
Ostematrix & VitaLea – Kalsium (Ostematrix) apabila bertemu dengan Zat Besi/Iron (VitaLea), maka akan bergabung dan akan dibuang, tidak dapat diserap oleh badan.
Jangan bancuh vitamin bancuhan seperti ESP, Cinch, Meal Shake dengan air mendidih kerana boleh mematikan zat.
Jangan ambil vitamin bersama kafein seperti teh dan kopi serta air bergas.
* Sekiranya ingin minum kafein atau mengambil ubat dan produk kesihatan lain, jarakkan pengambilan 1-2 jam dengan produk Shaklee
Namun, pengambilan vitamin terbaik adalah bersesuaian dengan keperluan tubuh masing-masing.
Sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin dan perlukan konsultasi berpanjangan, boleh hubungi saya.
Terima kasih
Salam, saya ada beli vitamin c 1000g bio life,bilakah waktu terbaik makan vitamin itu dan boleh ke makan dalam keaadan perut kosong?