Apabila telah disahkan mengidap kencing manis, antara perkara utama yang perlu dititkberatkan oleh pesakit ialah penjagaan pemakanan selain daripada mengelakkan terluka atau memastikan luka segera sembuh atau kering. Penjagaan diet bagi pesakit kencing manis ni sangat penting agar bacaan gula dalam darah terkawal dan tidak menyebabkan penyakit kencing manis ni semakin parah.
Makanan bagi pesakit kencing manis perlulah seimbang, berzat serta asli. Makanan tersebut haruslah bersifat ‘wholefood’ iaitu tidak diproses secara kimia, ‘refined’ ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan.
Makanan ini mempunyai indeks glisemik yang rendah di mana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.
Makanan Yang Disyorkan Kepada Pengidap Diabetes
Makanan yang digilakkan kepada pesakit kencing manis adalah seperti berikut:-
1) Bijirin Penuh
Bijirin penuh atau ‘whole grain’ sebagai sumber karbohidrat kompleks yang penuh khasiat dalam pemakanan. Contohnya beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam
2) Sumber Protein
Contoh sumber protein sihat ialah ayam kampung, ikan yang tidak gatal dan bisa seperti (tenggiri, merah, selar, siakap, jenahak, selayang, tamban, kerisi bagi sesetengah orang), telur ayam kampung (2 biji seminggu).
3) Buah
Buah-buahan yang disyorkan kepada pesakit diabetes ialah jambu batu/air, pear, pic, anggur, epal, delima, betik, oren
4) Kekacang
Kekacang seperti kacang kuda, kacang tanah, kacang hijau, kacang buncis, kacang panjang
5) Sayur & Ulaman
Sayur-sayuran serta ulam-ulaman yang digalakkan pula ialah kobis, bunga kobis, brokoli, sawi, taugeh, kacang pea, bayam, timun, kangkung, pegaga, peria, kailan, ulam raja, daun sup/saderi, daun ketumbar, daun dan buah merunggai/kelo.
6) Produk Tenusu
Jenis-jenis susu yang elok untuk pesakit diabetes pula ialah susu kambing, susu lembu segar, pasteur, steril, susu tepung penuh krim asli (contohnya Fernleaf 1 cawan sehari atau selang sehari), keju – sebagai gantian kepada susu pekat manis, susu rendah lemak/skim.
7) Gula & Manisan
Gula perang, gula tebu merah asli (jaggery sugar cane), gula organik, gula kelapa, gula nipah, gula kabung asli, madu lebah asli – sebagai gantian gula pasir putih dan susu pekat manis.
8) Minyak & Lemak
Di antara minyak dan lemak pula ialah minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli (sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen seperti marjerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa.
Sekiranya pesakit diabetes turut mengalami masalah darah/kolestrol tinggi, kurangkan pengambilan lemak.
Catatan: Bagi makanan bernombor 6, 7 dan 8, memandailah dengan mengambil sedikit sahaja sekadar untuk memberi khasiat tenaga, vitamin dan mineral kepada tubuh.
Mengambil Suplemen Untuk Pengawalan Gula Dalam Darah
Suplemen atau makanan tambahan yang semulajadi seperti Vivix boleh diamalkan oleh pesakit kencing manis di samping 8 jenis makanan di atas.
Vivix mengandungi resveratrol yang bertindak membantu menurunkan sekaligus mengawal paras gula dalam darah agar berada pada tahap normal dan sihat. Jadi Vivix ni sangat sesuai untuk pengidap diabetes.
Bagi yang belum mempunyai sebarang petanda penyakit kencing manis, langkah berjaga-jaga perlulah diambil dengan menitikberatkan diet dan cara hidup yang sihat. Tapi kalau ada yang mak ayah atau ahli keluarga yang dah kene diabetes ni, baik lipat gandakan lagi penjagaan tu. Nak-nak kalau dah beransur remaja dewasa 😛
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Kalau sudah positif ada kencing manis wajib perlu ada glucose meter untuk periksa paras gula.
akubiomed recently posted…Ekplorasi dunia makro dengan Extension Tube
Betul, senang nak pantau.
Alhamdulillah.. Setakat ni masih sihat.. Kadang-kadang takut juga nak check kesihatan.. Haha.. Terima kasih atas perkongsian ni..
Hafizul recently posted…Kenanglah Yang Lama Agar…
Sama-sama, semoga bermanfaat dan sihat sokmo?
alhamdulillah takde lagi keturunan diabetes setakat ni..ciktom biasa amal jus delima, minyak zaitun,vco n habatusauda setiap pagi..alhamdulillah rasa sihat dan cergas..
cik tom recently posted…Ayurpure Slim | Kuruskan Badan Serta Cantik, Selamat dan Efektif
Alhamdulillah. Semoga sihat2 sokmo ciktom
wah,,nak cuba juga lah lepas ni..biasa jus delima je fiqa amal,,yang lain tak pernah lagi..
Afiqah recently posted…Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih
;pehh..
banyak jugak benda leh makan.
so..makan ajelah eh. hehe..
okeh. dompet dah sampai. terima kasih.
bini tak marah.
jangan riso.
titan recently posted…Let the storm rage on, the beautiful RAINBOW always come after that.
Oke, bereh ??