• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Disebabkan banyak kesilapan yang tidak disedari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan, maka usaha mereka menjadi sia-sia.

Lebih trauma lagi, saiz badan yang asalnya macam belon harijadi dan mengembang jadi macam belon udara panas.

Bila dah jadi macam ni, mesti dah rasa give up. Dah tak mahu cuba dah cara lain untuk mengurangkan berat badan yang semakin naik.

Jom saya kongsikan sedikit perkara asas dan jenis senaman yang mudah diikuti untuk bantu dapatkan berat badan yang ideal.

 

Bagaimana Nak Kurangkan Berat Badan Melalui Diet?

 

diet untuk kurus

Perkara-perkara asas untuk bantu turunkan berat badan dengan cepat & berkesan melalui diet ialah:-

1) Perkara pertama ialah dengan membaiki diet harian kita dengan makanan dan minuman yang lebih baik.

2) Apa-apa sahaja makanan dan minuman yang bagus untuk kesihatan, maka ianya turut bagus untuk mengurangkan berat badan, sekaligus menjaga kesihatan pada tahap yang paling optimum.

3) BASIC RULE: apa yang manis, bergoreng, berminyak dan segera, sebaiknya jangan diambil langsung

4) Contoh makanan yang bagus ialah yang biasanya susah dikunyah seperti:-

  • roti gandum
  • nasi perang (kerana mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah
  • sayur-sayuran
  • buah-buahan
  • lemak sihat seperti minyak zaitun.

Diet ini adalah diet sihat yang umum, asas namun berkesan untuk mengurangkan lebihan lemak dalam badan.

 

Bagaimana Nak Kurangkan Berat Badan Melalui Senaman?

senaman untuk kurus

Jenis senaman terbahagi kepada  2 kategori iaitu:-

1) Senaman Kardiovaskular

2) Strenght Training

Senaman kardio melibatkan sebarang senaman yang meningkatkan kadar denyutan jantung kita.

Contoh senaman kardio ialah:-

  • Jogging
  • Berjalan
  • Berenang
  • Skipping
  • Aerobik
  • Jumping jack.

Senaman ‘strenght training’ pula ialah senaman yang meningkatkan jisim dan saiz otot kita sebagai fungsi utama.

Contoh senaman strength training ialah:-

  • Angkat berat (guna dumbell)
  • Pilate (menumpukan perut/core dan flexibility)
  • Barre (ala-ala ballet)
  • Yoga

 

Anda juga WAJIB baca Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat & Berkesan untuk mendapatkan info yang lebih lanjut untuk kurus.

Kaedah 3B juga tidak kurang hebatnya dalam bantu menjadi kurus dengan pantas. Ini kerana Kaedah 3B merangkumi proses kurus yang lengkap dan sihat.

Lepas ni, boleh ucapkan selamat tinggal pada saiz badan yamg macam tong drum. Bersedialah menerima bentuk badan baru yang fit lagi menawan shape nya :). Tak rugi pun mencuba cara mudah untuk turunkan berat badan.

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Perkara Paling Asas Diet & Senaman Supaya Badan Boleh Jadi Macam Kerengga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge