Zaman sekarang ni kerja dari rumah bukan lagi menjadi sesuatu perkara yang asing dah. Tidak kiralah sama ada ianya dijalankan secara part time atau full time. Tambah-tambah lagi di zaman teknologi di hujung jari ni. Perkembangan teknologi yang pesat juga menjadi pemangkin utama ramai di kalangan kita yang buat kerja dari rumah. Sebahagian besarnya menjalankan bisnes secara online walaupun terdapat di antara kita yang melaksanakan bisnes secara offline dari rumah.
Kelebihan Kerja Dari Rumah
Kerja dari rumah ni mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Di antara keberuntungan orang yang melakukan kerja dari rumah ialah:
1. Masa Yang Fleksibel
Salah satu kelebihan bekerja dari rumah yang tidak dapat diperolehi oleh orang yang bekerja di pejabat tidak kira kerajaan atau swasta ialah masa yang fleksibel. Kalau di pejabat kita perlu mengikut masa kerja yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. Sekiranya kita melanggar waktu kerja berkenaan, kita boleh diambil tindakan tatatertib.
Sebaliknya, sekiranya kita bekerja dari rumah, kita yang menentukan sendiri waktu kerja kita. Kita juga boleh menyesuaikan waktu kerja mengikut keperluan harian kita. Apabila masa kerja yang tentukan sendiri mengikut keperluan kita, hidup kita akan jadi lebih tersusun dan teratur.
2. Mempunyai Lebih Masa Untuk Diri Sendiri dan Keluarga
Perasan tak, orang yang bekerja di pejabat terutamanya di kawasan bandar perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk perjalanan pergi balik ke pejabat. Ini belum termasuk lagi sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas akibat kemalangan ataupun cuaca yang buruk. Lagi lamalah stuck kat jalan raya sahaja. Ini belum kira lagi cabaran bagi mereka yang menggunakan kenderaan awam.
Untuk yang bekerja dari rumah, dudah tidak ada lagi isu perlu bersesak-sesal lagi dalam kenderaan awam atau menghadapi jem sewaktu perjalanan pergi balik dari pejabat. Lagipun, kat rumah ni, kita tak perlu pun nak bersiap bagai macam orang nak ke pejabat. Melainkan kalau kita ada mesyuarat secara dalam talian dengan pelanggan. Itupun bersiap seminima mungkin, asalkan kelihatan kemas dan profesional.
Jadi, masa yang ada boleh kita luangkan untuk melakukan sebarang aktiviti yang kita suka atau ditumpukan kepada keluarga kita.
3. Kita Adalah Boss
Apabila bekerja sendiri dari rumah, kitalah boss dan kitalah kuli. Kita sendiri yang buat keputusan untuk kemajuan dan kecemerlangan diri serta kerja yang sedang kita laksanakan di rumah ni. Kelebihan apabila kita menjadi boss ni adalah kebebasan untuk membuat keputusan. Kita juga bebas melaksanakan pelan dan gerak kerja yang kita rancangkan.
Bekerja dari rumah ni boleh menggalakkan kita menjadi lebih kreatif dalam memikirkan strategi untuk menaikkan bisnes yang kita setup dari rumah tu. Ia boleh mendorong kita untuk menjadi proaktif, progresif dan lebih berdikari.
Bisnes Shaklee Boleh Dijalankan Dari Rumah
Shaklee ni bukan sahaja menawarkan rangkaian produk penjagaan diri (supplement semulajadi), penjagaan kulit dan rumah sahaja tau. Shaklee turut menawarkan peluang perniagaan untuk sesiapa sahaja yang berdaftar dengannya. Bisnes Shaklee pun salah satu bisnes fleksibel dan boleh dijalankan dari rumah. Pelan perniagaan Shaklee pun simple dan mudah untuk diikuti oleh sesiapa sahaja.
Shaklee ni kan, kalau kita beli barang dan cukup point dia, kita akan dibayar bonus bermula daripada dua angka. Kalau buat bisnes lagilah banyak bonus kita. Boleh dapat dua, tiga, empat, lima dan sehingga ke infiniti setelah kita mencapai kelayakan bonus tersebut. Tapi bisnes Shaklee ni mesti diusahakan lah walaupun buat kerja dari rumah. Kalau mengharapkan bonus banyak tapi tak buat apa-apa, memang takde harapanlah nak merasa bonus tu.
Setakat pengalaman KIM jalankan bisnes Shaklee, pihak Shaklee tak pernah sekalipun tak bayar bonus yang kita layak dapat. Selalunya bonus akan dibayar setiap 15 haribulan atau lebih awal. Macam bulan ni, harini iaitu 12 Julai 2023, bonus dah masuk tau. Alhamdulillah.
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang peluang menjalankan bisnes Shaklee, jangan lupa hubungi KIM, ok.
Sharing Is Caring,
Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144
019-9377380
#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh
Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9
Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri
Wah bestnya Bisnes Shaklee!