Semasa mengandung, wanita akan mengalami perubahan hormon, fizikal serta emosi yang sangat ketara. Sebahagian besar perubahan ini sangat dipengaruhi oleh pemakanan harian ibu hamil. Oleh itu, wanita mengandung perlu menitik beratkan nutrisi makanan yang diambil. Mengamalkan makanan yang sihat serta makanan pemberi tenaga menjadi keperluan utama wanita mengandung. Apa yang diambil oleh ibu akan memberi kesan secara langsung kepada janin di dalam kandungan.
Dengan pemakanan yang baik, ia akan dapat menampung keperluan tambahan badan dari semasa ke semasa. Ingat ya, letakkan matlamat menjaga pemakanan ni antara usaha untuk menyeimbangkan keperluan nutrisi badan, menyokong pertumbuhan bayi serta mengekalkan berat badan yang sihat ibu mengandung.
Jumlah Makanan Wanita Mengandung Perlu Ambil
Jika hamil dengan satu janin, wanita mengandung memerlukan tambahan 340 kalori setiap hari bermula trimester kedua dan dilebihkan sedikit lagi setelah masuk ke trimester ketiga. Untuk senang faham, ianya lebih kurang sama dengan segelas susu skim dan separuh sandwich dari segi bacaan kalori.
Wanita mengandung yang hamil anak kembar pula perlu mengambil 600 kalori tambahan setiap hari. Jika kembar tiga perlu mengambil 900 kalori tambahan setiap hari. Para ibu perlu memastikan makan dengan secukupnya supaya dapat kekal sihat dan bertenaga sepanjang tempoh kehamilan. Jangan sebab takut berat badan berlebihan, para ibu sukat makan sehingga tak cukup nutrisi pula. Selagi mana ibu-ibu mengambil makanan yang tinggi nutrisi mengikut kadar yang berpatutan, pasti kesiahatan dan berat badan akan terkawal.
Nutrisi Makanan Semasa Kehamilan
Selalu dengarkan orang kata, wanita mengandung perlu makan berganda sebab perlu makan untuk dua orang. Walaupun kenyataan ini kurang tepat, tapi wanita mengandung memerlukan nutrisi daripada vitamin dan makronutrien tambahan untuk menampung keperluan badan sendiri serta untuk perkembangan sihat bayi di dalam kandungan.
Makronutrien merupakan komponen pemakanan seperti vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan pada kadar yang sederhana. Makronutrien ialah nutrisi yang membekalkan tenaga dalam bentuk kalori. Bahagian utama makronutrien ialah lemak, protein dan karbohidrat. Semasa hamil, wanita perlu mengambil setiap jenis nutrien dalam makronutrien ini lebih banyak berbanding biasa.
Panduan Nutrisi Makanan Keperluan Wanita Mengandung
Berikut merupakan garis panduan untuk keperluan beberapa jenis nutrisi dalam makanan utama yang perlu diubah berdasarkan keperluan wanita mengandung:
- Kalsium (1200 miligram)
- Folat (600-800 mikrogram)
- Besi (27 miligram)
- Protein (70-100ams/sehari, dan akan meningkat setiap trimester)
Sebahagian besar wanita mengandung boleh memenuhi keperluan pemakanan mereka yang yang meningkat dengan memakan pelbagai jenis makanan menyihatkan seperti:
- Protein
- Karbohidrat Kompleks
- Jenis lemak sihat seperti Omega-3, minyak zaitun
- Vitamin dan Mineral.
Makanan Yang Bagus Untuk Wanita Mengandung
Wanita mengandung perlu menitik beratkan pengambilan makanan seharian kerana nutrisi yang ada dalam makanan tersebut akan membantu kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan. Di antara makanan harian yang bagus untuk diamalkan serta mudah untuk didapati ialah:
Makanan Bagus Ibu Mengandung #1: Produk Susu
Kalsium dan Protein sangat diperlukan untuk menampung keperluan badan wanita mengandung serta perkembangan janin dalam kandungan.
Produk tenusu merupakan antara sumber Kalsium dan Protein terbaik kerana turut mengandungi Magnesium, Zink, pelbagai jenis Vitamin B serta sejumlah Fosforus.
Yogurt juga merupakan produk tenusu yang tidak kurang baiknya untuk wanita mengandung kerana kaya dengan kandungan probiotik yang bagus untuk kesihatan pencernaan khasnya.
Makanan Bagus Ibu Mengandung #2: Ubi Keledek
Ubi keledek merupakan sumber terbaik Beta Karotena kerana ianya kaya dengan kandungan nutrisi tersebut. Beta Karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan berubah menjadi Vitamin A di dalam badan kita.
Wanita mengandung disarankan untuk meningkatkan pengambilan Vitamin A sebanyak 10 hingga 40 peratus dalam diet pemakanan harian mereka. Ini kerana Vitamin A sangat diperlukan untuk tumbesaran janin yang sihat.
Sebanyak 100 hingga 150 gram ubi keledek yang dimasak dapat menampung keperluan harian ibu mengandung.
Makanan Bagus Ibu Mengandung #3: Legum Atau Kekacang
Legum atau kekacang adalah sumber serat, Kalsium, Asid Folik, Zat Besi dan Protein berasaskan tumbuhan. Di antara makanan lain yang termasuk di dalam kategori jenis makanan ini adalah kacang tanah, kacang soya, kacang pis, lentil dan pelbagai jenis kekacang yang lain.
Kesemua nutrien ini sangat bagus dan diperlukan oleh wanita mengandung. Contohnya Asid Folik sangat diperlukan terutanya semasa trimester pertama. Ini bagi mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub neural (kecacatan pada tulang belakang).
Nampak kan betapa pentingnya wanita mengandung menjaga pemakanan semasa hamil. Ini kerana, apa yang dimakan oleh ibu hamil akan disalurkan secara langsung kepada bayi di dalam kandungan. Jadi, sangat penting untuk memastikan makanan yang diambil tu berbaloi atau tidak untuk diri sendiri dan anak di dalam kandunagn kita.
Sharing Is Caring,
Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144
019-9377380
#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh
Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9
Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri