Antioksidan, antioksidan ni apa? Apa penting sangat antioksidan untuk kita ni? Wajib ke kita nak amalkan antioksidan ni?
Bahan antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak.
Bahan antioksidan ni, dia akan menstabilkan radikal bebas tadi dengan cara melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki oleh radikal bebas.
Selain daripada itu, bahan antioksidan juga mencegah berlakunya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif (oxidative stress).
Bila terlalu banyak bahan radikal bebas dalam badan dan aktiviti tekanan oksidatif yang sangat tinggi, daripada sinilah terjadinya pelbagai jenis pennyakit kronik seperti kanser, jantung, strok, gout, diabetes, batu karang, darah tinggi dan sebagainya.
Perasan tak, kalau kita potong epal, biarkan seketika, bahagian isi epal yang dipotong tadi akan bertukar warna.
Semakin lama dibiarkan, epal tersebut akhirnya akan rosak dan membusuk.
Perkara ni bukan berlaku kepada epal jer, boleh dikatakan pada semua benda.
Contoh terhadap epal ni sebab senang sangat nak nampak perubahan ketara kepada warna epal apabila ia dibiarkan.
Itulah kesan tindakan oxidative stress. Kehadiran radikal bebas juga menjadi punca epal tadi semakin buruk.
Secara semulajadinya, tubuh kita memang menghasilkan radikal bebas.
Namun, secara semulajadinya juga, tubuh kita akan menghasilkan antioksidan yang akan meneutralkan atau menyingkirkan radikal bebas ekoran sistem pertahanan tubuh yang mantap.
Tapi, segalanya hancur musnah apabila berlakunya lambakan radikal bebas dalam badan.
Macam mana radikal bebas boleh berleluasa dalam badan kita?
Dek kerana kita ni jenis makan minum biasanya ikut sedap mulut je, suka makanan berlemak, berproses, makanan segera dan segala mak nenek makanan yang dicampur bahan tambahan.
Ni tak tambah lagi kerajinan kita nak beriadah dengann stress sokmo.
Pencemaran air, tanah, udara khasnya dan juga perokok turut menyumbang kepada kehadiran radikal bebas yang berlambak-lambak.
Ni belum kira pendedahan seharian terhadap sinar UV. Sinaran matahari pun sebagai salah satu penyumbang kepada jumlah radikal bebas pada badan kita
Bila dah macam ni, jangan harapkan magic untuk sihat sepanjang hayat.
Ikut logik pun, dalam perang, 10 orang askar yang sangat hebat, walaupun guna pistol, tapi askar penyerang ada 10,000, confirm lembik askar hebat tu.
Samalah dengan tubuh kita ni.
Tubuh kita dah memang diciptakan dengan begitu hebat dan sempurna sekali, siap dengan pertahanan dia sekalilah.
Tapi, bila diserang bertubi-tubi dari semua arah, benteng pertahanan ini akan runtuh.
Masa nilah jadi pelbagai jenis penyakit.
Macam Mana Nak Neutralkan/Singkirkan Radikal Bebas?
Terdapat beberapa bentuk bahan antioksida yang boleh diperolehi.
Diantaranya ialah vitamin, mineral dan fitokimia. Pelbagai jenis bahan antioksidan akan saling bekerjasama melindungi sel normal dan pada masa yang sama akan meneutralkan radikal bebas.
Namun, terdapat beberapa tips lain untuk mengurangkan serta menyingkirkan radikal bebas dari tubuh kita iaitu:-
1) Amalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.
2) Berhenti dan jauhi asap rokok.
3) Jaga pemakanan dengan mengurangkan atau mengelakkan makanan berproses, makanan segera, makanan tinggi bahan tambahan.
4) Ambil juga makanan terutamanya sayur berdaun dan buah tinggi antioksidan seperti beri, lobak ungu, strawberi, ceri, anggur dan sebagainya.
Nak Mudah Singkirkan Radikal Bebas???
Telan je Vivix yang sangat tinggi dengan antioksidan. Vivix memang pilihan terbaik dan paling mudah.
Vivix ni merupakan sebatian fitokimia yang sangat kaya dengan resveratrol dan dan polifenol.
Dengan gabungan polifenol, ia menjadikan Vivix 10X lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol sahaja.
Kalau nak trydan order sendiri Vivix, boleh klik pada ikon di bawah:-
Jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi selepas membuat pembelian.
Jika perlua bantuan untuk order atau dapat offer lebih best, booleh whatapps 019 937 7380 atau klik link https://goo.gl/JXQ3bC.
Semoga dengan mengamalkan suplemen antioksidan ini, kesihatan kita semua akan menjadi semakin baik. Sembuh daripada penyakit sedia ada dan tidak diserang penyakit yang ditakuti.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Anti oksidan ni penting untuk tubuh badan. Ianya perlu untuk hilangkan toksin-toksiin badan yang menghuni badan kita..
Kalau kita tak keluarkan toksin-toksin ni.. dalam jangka masa panjang boleh mendatangkan pelbagai penyakit
dedauncomel.com recently posted…Antara Sebab Kenapa Adam dan Hawa Saling Melengkapi..
Memang betul, antioksidan sangat-sangat penting untuk tubuh
Ye betul. Biasanya sayur dan buah yang kulitnya berwarna gelap tinggi antioksidan
Banyak betul kelebihan Shaklee ini, beruntung buat siapa menggunakannya.
Khairul Zamri recently posted…Balung Herbal Teh
Betul. Jom lah en. Khairul try guna Vivix 🙂