• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Sistem imuniti boleh diibaratkan sebagai perisai atau tentera di dalam badan kita. Ia bertindak melawan jangkitan, pelbagai jenis penyakit yang bakal menurunkan kualiti kesihatan kita. Tanpa pertahanan terhadap sistem imuniti ini, virus, bakteria, parasit, toksin dan lain-lain patogen berbahaya akan mudah menyerang badan kita. Justeru itu, kita badan akan mudah menjadi lemah dan sakit.

Sistem imuniti tubuh kita ni bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Memang langsung tak berhenti sebab serangan terhadap sistem imuniti kita ni sentiasa ada. Kita je tak perasan sebab ianya terlalu halus, berbentuk micro-mekanisma.

Apabila badan dah tak boleh nak lawan atau dah berada di tahap yang agak serius serta di luar kemampuan tubuh, baru kita mula rasa tak selesa, rasa tak sedap badan pun ye.

 

Antibiotik Bertindak Melawan Kuman

Selalunya kalau kita terkena jangkitan kuman, virus, patogen dan sebagainya, doktor akan berikan antibiotik kan? Antibiotik perlu diambil dengan aturan masa yang betul, dose yang betuk dan mesti dihabiskan  dalam tempo tertentu.

Jika tidak,  ia akan menyebabkan “resistance” iaitu apabila serangan yang sama berlaku pada waktu lain, antibiotik berkenaan tidak lagi berkesan (potent) untuk kita.

Pendek kata, bakteria, virus atau patogen sudah tak menjadi kudis atau tak lemah dengan antibiotik tersebut.

 

Apakah Interferon?

Interferon ialah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan dan ianya hanya akan aktif apabila sel-sel dijangkiti oleh mikrob, sel kanser, virus, kuman, patogen dan sebagainya.

Secara ringkasnya, interferon bertindak membantu melindungi tubuh dari serangan ribuan penceroboh asing yang boleh melemahkan tubuh dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Apa yang menariknya, interferon ini telah ditemui oleh pakar imunologi yang terkenal dunia, Dr. Yosuhiko Kojima di Universit Tokyo pada tahun 1954. Hasil ujian dan penyelidikan beliau selama 40 tahun setelah menguji beratus sebatian semulajadi, Dr. Kojima telah berjaya menemui 4 campuran unik elemen semulajadi yang menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran semulajadi interferon.

Daripada hasil ujian beliau jugalah, maka diwujudkan Nutriferon yang merupakan satu-satunya suplemen perlindungan di US yang menggalakkan interferon secara semulajadi.

 

Apakah nutriferon

Nutriferon merupakan suplemen berpaten yang akan bertindak sebagai penggalak sistem imun tubuh (immune booster). Ia merupakan suplemen yang hebat dan efektif dan telah melepasi set-set ujian saintifik  yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan semulajadi.

 

Bahan-bahan Utama Nutriferon

Nutriferon dihasilkan dengan gabungan unik ekstrak 4 jenis tumbuhan semulajadi:-

 

antibiotik semulajadi

 

1) Biji Plantago (Plantago Asiatica)

Mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang digunakan untuk merangsang sel-sel imun.

 

2) Bunga Safflower (Carthamus Tinctorius)

Mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih yang akan memusnahkan virus dan kuman.

 

3) Ekstrak Biji Labu (Cucurbita Moschata)

Mendorong pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh. Juga sebagai penentang radikal bebas ( yang sering menjadi punca kanser)

 

4) Kuntuman Bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera Japanica)

Digunakan dalam perubatan Asia. Sangat baik digunakan untuk melawan pencerobohan virus dan kuman.

 

Nampak kan, betapa pentingnya kita meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita? Dengan mempertingkatkan lagi sistem imuniti tubuh, segala penyakit, kuman, bakteria mungkin dah tak lut nak datang menyerang tubuh kita dan kita akan kekal sihat lebih lama 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Kenapa Sistem Imuniti Penting Untuk Tubuh Kita

  1. Kadang kadang saya terfikir tentang immunity ni. Jika kita baca buku tulisan seorang bekas askar America tentang immunity ni yang saya lupa namanya , kesan sebenarnya agak menakutkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge