• Putrajaya, Malaysia
  • December 3, 2024

Sebelum berkahwin macam-macam kelebihan yang dapat kita lihat dalam diri pasangan. Tapi apabila telah bergelar suami isteri, berkahwin tak sampai pun lagi setahun, macam-macam rungutan pula yang timbul.

Si isteri mungkin mula terasa bengang apabila suami didapati tidak suka menolong melakukan kerja rumah, biar jer rumah bersepah-sepah, kalau nak minta tolong jaga anak nan sorang baru ni, liat jer. Padahal sebelum kahwin, dialah lelaki paling gentleman. Terasa bagaikan puteri masa tu.

Suami pula mula rasa tak puas hati mungkin dengan penampilan isteri yang kurang menarik berbanding zaman bergelar anak dara dulu. Kalau yang jadi surirumah tu, lagilah haru. Macam tak sempat bersiap. Kadang-kadang suami naik rimas dengan isteri yang suka bertanya itu, ini atau dengan kata lain, jenis banyak mulut.

Errrkkkk!!! Macam mana boleh jadi begini???

 

 

tips pasangan suami isteri bahagia

 

Apa Erti Sebuah Perkahwinan?

Sebenarnya kalau kita berkahwin kerana mempunyai tujuan tertentu, seperti nak dilayan bagaikan putera puteri, nak pasangan paling sempurna,nak kehidupan paling bahagia, nak penuhi seribu satu macam impian kita, mungkin inilah semua akan terjadi.

Sebelum kita berkahwin, kita bukan hidup sepenuhnya bersama pasangan. Tapi apabila telah menjadi suami isteri, tinggal sebumbung, berkongsi serba-serbi, kita akan dapat melihat diri pasangan yang sebenarnya. Setakat mana kalau orang yang jenis suka bermuka-muka mampu bertahan kan?

Sebaik-baiknya, letaklah matlamat perkahwinan semata-mata kerana ingin mencari keredhaan Allah.

Perkahwinan adalah salah satu proses kita mengenali hati budi pasangan serta menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk saling melengkapi kelemahan pasangan. Baru lahir sebuah rumahtangga yang penuh rahmah dan mawaddah.

 

 

pasangan suami isteri harmoni

 

Kalau merajuk manja tu biasalah kan, dah jadi asam garam rumah tangga. Tapi jangan kita berlebih-lebih. Nanti terjadi pula sesuatu yang tidak diingini. Minta dijauhkan!

Apabila Allah telah mengurniakan kita dengan pasangan, bermakna kita perlu yakin, beliaulah jodoh terbaik untuk kita. Selami kelebihan diri pasangan masing-masing, pasti senyuman manis terukir di bibir.

 

Video kat bawah ni menceritakan tentang hakikat perbezaan pasangan suami isteri yang patut kita ambil iktibar untuk saling melengkapi. Cari titik keserasian dalam setiap perbezaan tersebut.

 

 

 

Jadikanlah perbezaan sifat, tabiat dan kegemaran pasangan kita sebagai pemanis dan penyeri kehidupan alam berumahtangga. Dengan itu, pasti rahmat Allah akan sentiasa berpanjangan, hidup kita pun semakin berkat.

Satu lagi tips dalam kehidupan bahagia, termasuk rumahtangga ialah, banyak memberi, tidak terlalu berkira dan kurangkan komplen atau bersungut. Mesti kita dapat menjalani kehidupan seharian yang sentiasa ceria dan gembira 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

16 thoughts on “Kenapa Ramai Pasangan Yang Sering Merungut Selepas Kahwin?

  1. dalam perkahwinan ni kene saling melengkapi 🙂 kalau salah sorg tersasar bimbing la cpt2 ke pangkal jalan hehe jgn biar lama2 insyaAllah semua dalam kawalan kita nak pilih jalan bahagia atau derita 😀
    ima recently posted…Surah Ruqyah & RayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge