Peribahasa “Jauh Berjalan, Luas Permandangan” tu memang betul. Boleh tambah lagi “Jauh Berjalan, Luas Permandangan, Tambah Pengalaman, Tingkatkan Pengetahuan”.
Alhamdulillah, walaupun dah lama berlalu, tapi rezeki yang Allah berikan untuk berkelana dan menetap di bumi Amerika Syarikat selama 3 1/2 tahun. Sangatlah bermakna.
Sebenarnya, bila kita berada di tempat orang, khasnya negara lain, ianya dapat mengubah corak pemikiran serta sikap kita.
Berada di negara 4 musim bukan seronok nak menikmati perubahan cuaca serta pemandangan indah semata-mata, sebaliknya apa nilai hebat yang dapat kita bawa dan amalkan sepanjang hidup.
Apabila bakal suami mendapat panggilan untuk bertugas di sana, ditambah pula selepas peristiwa hitam 9/11, perasaan diri dan keluarga bercampur-baur untuk menjejaki kaki ke negara Uncle Sam tersebut.
Demi tugas, kami yang bernikah sebelum berangkat ke sana berserah kepada Allah Yang Esa agar sentiasa dipelihara.
Kami tinggal di hotel lebih kurang sebulan sebelum memasuki rumah.
Kejutan pertama yang KIM terima, sewaktu berjalan kaki dari hotel ke rumah kenalan, KIM ditegur dengan ramah-mesra oleh seorang aunty orang kulit putih.
So surprise ok! Sebab dalam kepala asyik terfikirkan layanan buruk diaorang kepada orang Islam selepas tragedi 9/11 sebagaimana digambarkan oleh media.
Jadi, tak hairanlah kalau apa yang orang tempatan hadapi sangat berbeza dengan apa yang digembar-gemburkan oleh berita.
Walaupun ada yang kes betul-betul berlaku tapi kita tak boleh percaya 100% apa yang dilaporkan.
Tambah pulak dengan dunia tanpa sempadan sekarang ni. Fitnah pun bermaharajalela.
Antara atitud positif yang sangat ketara yang diamalkan oleh diaorang ialah sikap di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, memang terasa kitalah raja di jalan raya.
Berdiri sahaja kita di tepi jalan, hampir confirm semua kenderaan akan berhenti. Beri laluan kepada pejalan kaki. Apatah lagi kalau kita keluar dari shopping complex nak melintas ke kawasan parking.
Ibarat kata, boleh terus jer melintas, sure pemandu kenderaan akan berhenti. Tapi better hati-hati lah juga. Bimbang diaorang takperasan kan.
Thats why, sangat frust juga bila ramai pemandu kita yang tak beri laluan di kawasan sekolah. Apatah lagi di kawasan lintasan zebra tu.
Ada satu lagi sikap positif diaorang yang sangat terkesan di hati saya ialah apabila berada di restoran.
Kebetulan kalau area yang kami pergi, susah nak jumpa kedai Arab, restoran makanan segera yang jual makanan berasaskan ikan atau vegetarian yang jadi pilihan.
Kagumnya KIM bila tengok ada satu family ni, lepas makan, diaorang kemas meja. Sampah buang ke dalam tong sampah, tray letak kat tempat asal dia.
Akibat terkesan sangat dengan sikap diaorang ni, terus perkara tersebut jadi amalan KIM sekeluarga sampai sekarang.
Sehinggakan ada sesetengah pelayan kedai tu naik segan plak, mungkin tak biasa dapat pelanggan macam kitaorang….hahaha
Tapi kalau kita tak mulakan, siapa lagi kan?
Islam pun ajar kita bertimbang rasa. Tak salah pun nak tolong kemas. Secara tidak langsung, kita dah terapkan sikap ringan tangan kat anak-anak kan, ye dok?
Jadi, pada KIM, tak ksahlah travel dekat ke jauh, dalam negara atau luar negara, pasti ada sesuatu yang baik boleh kita ambil daripada travel tersebut apabila kita betulkan niat asal kita.
Bila kita ke tempat orang, banyak benda baru seperti budaya, cara hidup, sikap, suasana dan sebagainya yang dapat kita pelajari.
Yang penting, ambil dan amalkan yang baik, tinggalkan dan abaikan yang tidak bermanfaat.
Jom layan gambar-gambar KIM di negara 4 musim ni.
Pengalaman kawan-kawan macam mana pulak?
Semoga ada rezeki untuk travel ke Tanah Suci Mekah Madinah, Brunei, Okinawa, Korea dan US nanti????
Naimah Wahab
019-937 7380