Diet adalah cara pemakanan yang betul. Bukan berlapar tahan makan atau ikat perut untuk kurus. Konsep yang salah selama ini sering digunapakai oleh kita yang nak kurus ni. Akhirnya berlakulah crash diet dan yo-yo diet.
Sebenarnya diet melalui pemakanan adalah kita perlu makan. Makan setiap 3-4 jam. Yang orang duk kata makan perlu kerap tapi jaga portion dan cara penyediaan makanan tu, inilah dia. Baru boleh kurus secara sihat.
Diet yang betul kan merupakan kunci utama untuk kurus, ye tak?
Kenapa Orang Nak Kurus Perlu Makan
#1: Tingkatkan Metabolisma
Sejam selepas bangun tidur, kita perlu memastikan agar kita mengambil sarapan. Kalau kita lambat mengambil sarapan, kadar metabolisma tubuh akan menurun.
Metabolisma kan bantu membakar kalori. Bila lambat bersarapan, perut akan berasa lapar, malah kita mungkin akan bertukar ke craving mood. Tanpa disedari, kita akan makan dengan banyaknya.
Tapi disebabkan masa ni metabolisma dah turun, proses pembakaran kalori makanan tadi akan menjadi lebih perlahan.
#2: Pilih Karbohidrat
Karbohidrat memang berfungsi memberi tenaga, namun pengambilannya perlu dikurangkan. Kawal dan pilih karbohidrat yang lebih baik dan menyihatkan.
Biasanya karbohidrat ringkas seperti nasi, mee, bihun, roti, pizza, pasta akan memberi tenaga selama 2 jam. Lepas tu kita akan berasa lapar. Kalau silap pilih karbohidrat, perut pun mudah buncit.
Karbohidrat terbaik adalah karbohidrat komplex.
#3: Mengambil Protein
Dalam menu diet seharian, kita digalakkan melebihkan pengambilan protein seperti ikan, ayam dan daging tanpa lemak, produk tenusu, kekacang dan sebagainya.
Ini kerana protein akan memberikan tenaga yang lama sekaligus rasa kenyang pun lebih lama. Selain daripada itu, fungsi utama protein juga membina otot-otot dalam tubuh kita.
Jaringan otot yang lebih banyak akan meningkatkan metabolisma dan seterusnya mengaktifkan lagi pembakaran kalori.
#4: Makan Sayur-sayuran Pelbagai Warna
Pastikan dalam setiap hidangan, kita mengambil sayur-sayuran pelbagai warna, sekurang-kurangnya 3-7 warna bagi wanita dan 3-9 warna bagi lelaki.
Ini kerana setiap warna pada sayur-sayuran tersebut mempunyai pelbagai vitamin berbeza yang diperlukan oleh tubuh.
Jumlah pengambilan sayur-sayuran adalah sebanyak semangkuk sup sederhana besar.
#5: Minum Air Kosong Yang Banyak
Kita perlu memastikan agar pengambilan air seharian kita adalah mencukupi. Pilihan terbaik yang paling mudah adalah air kosong.
Air sangat diperlukan oleh tubuh untuk mempercepatkan proses perkumuhan dan penghadaman.
Ambil air kosong sekitar 3-6 Liter sehari mengikut keperluan tubuh masing-masing. 1 Liter air diperlukan oleh setiap 25 KG berat tubuh kita.
Sebab itulah, kalau nak diet, nak kurus langsing secara betul, kita tak boleh berpuasa. Bukan puasa bulan Ramadhan tau. Yang Tu dah wajib. Means, kita tak tahan lapar sepanjang hari semata-mata nak kurus.
Kalau nak berpuasa sunat, amalkan puasa Isnin-Khamis dengan menitik beratkan amalan yang disyorkan oleh Islam iaitu mempercepatkan berbuka dan melewatkan sahur.
Jadi, tentu dah nampak kan, kenapa nak kurus kita perlu makan?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144
memang kena makan.
nanti lapar.
titan recently posted…Abang, nurse kata nanti bawa GL untuk buat bayaran bersalin kat hospital.
tau takpe, jangan sampai kebulur, nanti makan orang plak 😛