Pada 28hb Ogos baru-baru ini, dengan berbesar hatinya kami sekeluarga menerima tetamu daripada Okinawa, Jepun. Beliau ni merupakan novelis sastera berbahasa Melayu serta penulis buku haiku dan tanka yang agak dikenali di dalam dunia penulisan karya Jepun (haiku dan tanka) di Malaysia.
Mengimbau kembali detik perkenalan saya dengan Puan Hajah Halela atau lebih dikenali sebagai Leyla Shuri ni bermula dalam dunia maya. Daripada jemputan untuk mengenali haiku di dalam slot karya dan sastera Melayu online, akhirnya membawa beliau ke rumah kami.
Dalam senggang waktu yang ada, saya menuntut ilmu haiku, tanka dan senryu dengan Sensei Leyla Shuri bersama rakan seangkatan Puan Elliza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Za.
Kami akan mengadakan perbincangan secara online sama ada melalui Skype, Facebook Group atau Messenger. Kesinambungan daripada itu, maka terhasilah projek Haiku Tanka Bicara Sakura yang telah melalui fasa akhir kemaskini baru-baru ini.
Memang lain tau bila sensei ada kat sebelah. Laju jer datang idea…kikiki
Jom layan gambar di sepanjang Kak Leyla Shuri a.k.a Sensei Leyla Shuri menjadi tetamu di teratak saya 🙂
Selamat tinggal Kak Leyla. Sekarang ni Kak Leyla berada di Singapura. Menziarahi keluarga di sana termasuk keluarga dua orang anak perempuan beliau. Rindu juga dengan cucu-cucu beliau yang comel-comel tu.
Sebenarnya, dengan kedatangan Sensei Leyla, bukan ilmu menulis jer yang dapat, ilmu kecantikan dan kesihatan pun tak habis-habis nak timba. Lepas ni semakin awet muda lah saya….hahaha
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.
2 thoughts on “Kenangan Bersama Penulis Novel & Sensei Haiku Tanka Dari Okinawa, Jepun.”
terima kasih. dapat juga belajar perkataan tanka dan subaru.
saya juga tahu sikit sikit haiku tapi tak berpeluang memiliki koleksinya… insan marhaen recently posted…Subuh Sepi’e
terima kasih. dapat juga belajar perkataan tanka dan subaru.
saya juga tahu sikit sikit haiku tapi tak berpeluang memiliki koleksinya…
insan marhaen recently posted…Subuh Sepi’e
Sama-sama. Seronok sebenarnya belajar ilmu baru 🙂
Kalau berminat nak memiliki novel serta buku haiku tanka Sensei Leyla, maklumkan pada saya ye.