• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Perasan tak, sana-sini detoks. Buka Facebook ada sharing detoks. Google info, tup-tup jumpa pasal detoks. Demam detoks dah semua orang nih…hehe. Cuma jangan pening pulak sebab detoks ni ada banyak jenis. Sebab ramai dah terkeliru antara detoks parasit dan detoks toksin. Eat clean dan parasite killer food. Lain jenis detoks, lainlah juga cara dan peraturannya.

 

 

tips kurus cantik cepat dan mudah
Parasit ada di mana-mana bahagian tubuh kita

 

 

Info & Peraturan Detoks Parasit Untuk Kesihatan Lebih Baik

 

Di antara persoalan dan juga info penting yang perlu diambil kira kepada yang ingin menjalani detoks parasit ialah:-

 

1) Detok Parasit Bukan Untuk Kurus

Tujuan utama detoks parasit sebenarnya bukanlah untuk kurus. Ianya lebih kepada menjaga kesihatan dengan cara menyingkirkan parasit dari tubuh kita. Jadi perlu ingat yang target asalnya bukan untuk kurus. Tapi dan yang pastinya side effect dia memang boleh kurus. Best, kan?

Pengalaman saya, 1st time buat detoks akhir bulan Februari lepas, dalam masa 5 hari, turun 1.6 KG. Tupun tak ikut waktu detoks parasit sebab dah terlepas tarikh, tapi gunakan Set Detoks Parasit. Guna semua iaitu Vivix, Nutriferon, Garlic, Alfafa, Herblax kecuali DTX Complex sebab takde stok kat rumah ni.

Bulan Mei ni, saya ambil full set.

 

2) Dilaksanakan Dalam Masa Tertentu

Detoks parasit ni tak boleh main sesuka hati jer kita nak buat sebagaimana detoks jenis yang lain tu. Kene ikut tarikh kalendar Islam iaitu sewaktu full moon. Pasaipa nak full moon? Sebabnya time nilah parasit paling aktif (mengawan, bertelur dan membiak dengan agresifnya).

 

3) Beza Detoks Parasit Dengan Detoks Toksin

Berbezalah sangat. Sebabnya detoks toksin tu bertindak untuk reset badan kita. Maknanya ia akan cuci keseluruhan tubuh kita daripada toksin, bukan buang parasit. Lain detoks, lain suplemen yang terlibat. Meal plan dia pun berbeza tau!

 

4) Orang Yang Boleh Buat Detoks Parasit

Semua orang boleh buat detoks parasit ni tau. Tak kiralah ibu mengandung, ibu menyusu (sayalah tu!), hatta kanak-kanak seawal 2 tahun.

Cuma ibu mengandung ni bersyarat lah iaitu mesti tidak mempunyai sebarang masalah atau risiko kehamilan seperti pernah keguguran, kandungan sukar nak lekat atau rahim lemah, pernah mengalami pendarahan (bleeding) dan macam-macam lagi yang berkaitanlah.

Bagi ibu menyusu pula, kene fahamlah konsep yang anak mungkin akan terdetoks sekali bagi yang nak try kalau anak bawah 6 bulan. Macam saya, buat detoks masa baby 3 bulan dan sekarang 5 bulan (siap guna full set detoks parasit lagi), Alhamdulillah, baby saya ok je, ceria sokmo lagi 😀

Tapi kalau nampak baby terkesan kuat seperti cirit-birit, keluar ruam yang teruk, mungkin boleh kurangkan dos atau start berdetoks bila baby dah capai umur 6 bulan.

Kanak-kanak 2 tahun sebenarnya dah boleh buat detoks. Macam kat Amerika Syarikat, memang dah amalkan ni. Tapi kita kat Malaysia ni, hal-hal detoks masih baru dan belum ada testimoni lagi. Kalau ada pun, tak viral sangat lagi.

 

5) Makanan Pantang Semasa Detoks

Kalau nak ikutkan, memang banyak jugaklah nak kene pantang sewaktu berdetoks parasit ni. Tapi untuk memudahkan kita terutamanya mereka yang baru pertama kali nak mencuba detoks parasit, makanan larangan utama sewaktu berdetoks adalah seperti berikut:-

  1. Gula putih (termasuklah makanan yang bersumberkan gula putih). Tapi boleh ganti dengan pemanis yang asli seperti gula tebu organik, gula perang, madu, gula kabung, gula apong dan sebagainya.
  2. Tepung gandum dan segala macam makanan yang berasaskan tepung seperti biskut, kek, roti.
  3. Segala jenis roti
  4. Kafein kecuali yang organik
  5. Kordial kecuali jus buah asli atau kita blend sendiri

 

Sebenarnya, bila kita dah buat detoks parasit ni, lagi senang kita nak join detoks jenis lain. Nak-nak detoks toksin tu, Sebabnya, lepas berdetoks parasit, kita tak rasa nak mengunyah sangat, dah takde atau kurang craving to sugar (ketagih nak mende manis).

Detoks toksin ni, 3 hari pertama kene makan sayur dan buah. Pitam weh kalau nak terus buat bagi mereka yang tak biasa atau kurang tabah, hihi. Sebab tu detoks parasit ni best. Macam-macam menu harian sebelum ni boleh layan. Asal masak sendiri sebab nak kawal bahan-bahan terlarang tadilah.

 

 

Jom join group detoks parasit bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks parasit ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Info & Peraturan Detoks Parasit Untuk Kesihatan Lebih Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge