Apabila kita sebut jer pasal kolestrol, mesti terbayangkan masalah ni biasanya berlaku pada orang yang berlebihan berat badan atau obes sahaja kan? Orang yang slim lagi kurus kering mesti terasa sihat dan tak ada risiko penyakit yang berkaitan kolestrol seperti masalah kardiovaskular (jantung), strok, penyempitan salur darah, kegemukan dan sebagainya.
Tapi sebenarnya sangkaan tersebut adalah sangat meleset sama sekali. Banyak jer kes orang kurus ni badan tinggi kolestrol, tapi yang berbadan comel tu, bacaan kolestrol cantik jer.
Kepentingan Kolestrol Untuk Tubuh
Namun, dalam kita asyik bimbangkan tentang kolestrol, kita tak boleh tolak terus kepentingan kolestrol ni tau. Tubuh kita memerlukan kolestrol untuk:-
1) Pembinaan Membran
Membran sel ni kerjanya adalah untuk melindungi sel kita dan mengawal aktiviti keluar-masuk bermacam-macam benda ke dalam sel kita.
2) Metabolisma Larut Lemak
Kolestrol berfungsi untuk melancarkan proses metabolisma vitamin-vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E, K.
3) Hormon
Kolestrol diperlukan untuk penghasilan hormon
4) Jus Hempedu
Kolestrol juga berfungsi untuk penghasilan jus hempedu.
Kadar Kolestrol Dalam Tubuh Yang Sihat
Sebab itulah badan kita ni perlukan kolestrol, tapi awas dengan kuantitinya. Kadar kolestrol yang patut ada dalam badan kita ialah:-
- LDL (kolestrol jahat) – tidak melebihi 2.6 mg/dL
- HDL (kolestrol baik) – mesti lebih dari 1 mg/dL
- Jumlah total kolestrol – mesti kurang dari 5 mg/dL
Sekiranya selalu buat blood test dan ada tertulis bahagian kolestrol, sila perhatikan betul-betul, bacaan kolestrol kita tu berada dalam kategori mana.
Faktor Penyumbang Kepada Jumlah Kolestrol Yang Tinggi
Di antara penyebab meningkatnya paras kolestrol dalam darah ialah:-
1) Pemakanan
Faktor pemakanan ni antara punca utama masalah kolestrol tinggi dalam tubuh kita. Almaklumlah, bersarapan dengan roti canai dan teh tarik, makan tengah hari pulak gulai/kari kambing dengan air milo ais, makan malam pulak western food dengan ice blended.
Ni tak termasuk tea break dengan goreng pisang cheese, pizza, kfc dengan air gas bagai. Syorga donia kekdahnya…huhuhu
2) Stress
3) Merokok
4) Hati Yang Tidak Sihat
Ni bukan sakit hati yang kat orang tu…hehe (pun ada risiko gak kalau sakit hati sampai stress), tapi liver problem.
5) Alkohol & Ubat-ubat Tanpa Kawalan
Pengambilan alkohol & ubat-ubatan yang berlebihan dan tanpa kawalan boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kolestrol dalam badan seseorang.
Miasalnya, asal sakit jer, terus makan ubat tanpa preskripsi.
Bagaimana Badan Kita Mendapat Kolestrol
1) Makanan
Secara langsungnya, kita mendapat kolestrol daripada makanan yang kita ambil setiap hari. Kalau kita makan makanan yang tinggi kolestrol seperti makanan segera, makanan yang diproses.
2) Hati
Hati akan melepaskan/mengeluarkan kolestrol apabila kita mengambil makanan yang mengandungi lemak trans (trans fat) dan lemak tepu.
Selain daripada itu, hati turut mengeluarkan kolestrol sekiranya terdapat sel kita rosak bagi kerja-kerja penyembuhan.
Bahayanya stress ni sebabnya, kolestrol turut dilepaskan oleh hati apabila kita stress. Jadi tak hairanlah yang stress ni boleh jadi punca pelbagai jenis penyakit berbahaya, kan?
Sebab itulah kolestrol ni boleh ada dalam kuantiti yang sangat tinggi dalm tubuh seseorang walaupun mereka kurus kering. Kalau tak jaga makan dan biarkan diri hanyut dalam stress yang berpanjangan, tunggu sahajalah penyakit mana yang datang. Ikuti juga Tips Kawal & Kurangkan Kolestrol Berbahaya.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
wah,stress pun boleh kena kolestrol..lepas nie nak kena kawal stress nie
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Betul, dengan stress, macam2 penyakit datang
Kalau tak kawal makan memang payah la, tapi nak buat macam mana makanan depan mata semuanya sedap2. 🙁
Suhimi Nain recently posted…Tips Menulis Ebook Percuma Untuk Blogger (Part 1)
Malan je tapi perlu kawal
fuhh..
gemuk atau kurus, semua kena hati-hati.
nak sihat nih, banyak benda kena perhati.
kalau tak, susah la..
titan recently posted…10 barang pilihan SAYA Sempena Lazada Malaysia 4th Birthday Sale
Kann, memang perlu berwaspada