• Putrajaya, Malaysia
  • December 3, 2024

Keyakinan diri ni sangat memberi impak dalam kehidupan dan tindakan kita seharian. Keyakinan adalah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Kayakinan diri pula adalah kepercayaan yang diri kita boleh mengendalikan kehidupan kita dengan baik serta dapat menempuh segala cabaran hidup dengan jayanya. Banyak sangat perihal keyakinan diri yang menjadi petikan dalam kata-kata motivasi yang dijadikan sebagai azimat kehidupan. 

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kata-kata-Motivasi-percaya-diri-600x338.jpeg

 

Kepentingan Membina Keyakinan Diri

Keyakinan diri tidak hadir dengan sendirinya tetapi perlu dipupuk dan dibentuk dari semasa ke semasa. Kita sebagai orang luar sering menganggap yang mereka yang telah sampai di kemuncak kejayaan sangat beruntung sebab berbakat dan gifted. Sedangkan mereka yang sangat berjaya tadi sebenarnya memang konsisten berusaha bersungguh-sungguh dan sangat menjaga minda dan sering membisikkan kata-kata motivasi kepada diri sendiri.

 

Kebolehan kita mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai satu-satu kejayaan banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri kita sendiri. Sebab itulah apabila kita lebih yakin pada diri sendiri dan masa depan kita, maka lebih terbukalah peluang kejayaan untuk diri kita. Pernah rasa tak, apabila kita yakin dengan diri kita, kita akan lebih bersemangat dan berkomitmen tinggi dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 

Jenis-jenis Keyakinan

  1. Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya.
  2. Keyakinan terhadap diri sendiri
  3. Keyakinan diri terhadap orang lain
  4. Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri

 

7 Sebab Kenapa Perlu Yakin Diri

Krisis kepercayaan diri ni memang sering melanda sesiapa sahaja dan boleh berlaku dalam setiap situasi kehidupan kita. Bezanya cuma dari segi bagaimana kita bertindak balas apabila berhadapan situasi tersebut. Kalau kita mampu mengawal perasaan kurang yakin dan percaya diri, kita pasti dapat melalui saat tersebut dengan baik, malah terus mengatasi perasaan tersebut. Sebaliknya, ia boleh mendorong kita mengambil tindakan yang tidak sewajarnya. Di antara ebab kita perlu mempunyai rasa yakin dan percaya diri adalah:

  1. Membuatkan kita dari rasa cemas dan ketakutan
  2. Membuatkan kita merasa lebih berharga
  3. Membuatkan kita lebih sabar dan tidak mudah putus asa
  4. Membuatkan kita lebih mudah menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang lain
  5. Membolehkan kita melihat potensi diri kita yang sebenar
  6. Membuatkan kita lebih mudah berasa bahagia dan bersyukur
  7. Membuka ruang untuk mencapai kejayaan yang lebih besar

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kata-kata-Motivasi-percaya-diri-3-600x398.jpg

 

6 Cara Meningkatkan Keyakinan dan Kepercayaan Diri

Kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Semua orang boleh membina rasa yakin diri sendiri tanpa perlu menhadiri program atau seminar motivasi yang berbayar. Di antara cara mudah yang boleh diamalkan dalam menerapkan rasa yakin diri adalah:

  1. Berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
  2. Jauhi perkara-perkara negatif dan dekali perkara-perkara positif
  3. Jaga dirisendiri (life style) melalui pemakanan, senaman/aktiviti fizikal, tidur serta minda.
  4. Ubah bahasa gerak geri dan imej diri
  5. Jauhi rasa takut
  6. Amalkan kata-kata positif terhadap diri sendiri

 

Ayat-ayat Al-Quran Tentang Yakin Dan Percaya Diri

Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamu orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran: 139)

Sesungguhnya orang yang mengatakan: “Tuhankami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan jangan kamu berasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (Fusshilat: 30)

Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang yang berilmu. (QS. Al ‘ankabut: 43)

 

Kata-kata Bijak Pandai Tentang Yakin Dan Percaya Diri

Kita adalah apa yang diri kita yakini – C.S. Lewis

Jika kamu memerlukan seseorang yang kamu percayai, percayalah pada dirimu sendiri – Bob Dylan

Aku tidak mempercayai sesiapapun kecuali diriku sendiri – Anne Frank

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kata-kata-Motivasi-percaya-diri-5-593x400.jpg

 

Kepercayaan diri adalah rahsia pertama kejayaan – Ralph Waldo Emerson

Percayalah pada dirimu sendiri, kamu telah banyak bertahan, dan kamu akan bertahan apa pun yang akan datang – Robert Tew

Percayalah kepada diri sendiri, kemu tahu lebih banyak daripada yang kamu fikirkan – Dr. Benjamin Spock

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Kata-kata-Motivasi-percaya-diri-4-600x400.jpg

 

Percayalah kepada dirimu sendiri, tidak peduli apa yang orang lain fikirkan – Arnold Schwarzenegger

 

Adalah dipercayai yang orang yang tidak yakin dengan diri sendiri sebenarnya mempunyai krisis kepercayaan terhadap Tuhan. Mereka tidak yakin yang mereka adalah makhluk ciptaan terbaik, yang mampu mentadbir dan mengimarahkan alam ini. Sebagai seorang muslim, Allah telah menyatakan yang manusia merupakan ciptaan terbaik. Jadi, tanamkanlah kepercayaan diri tentang kehebatan diri sendiri di samping tidak lari daripada sunatullah untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan yang diimpikan.

Merasa diri tidak hebat atau serba kekurangan itu normal tapi mengawal mengatasi rasa tersebut tersebut adalah sesuatu yang luar biasa. Terlalu banyak kata-kata motivasi yang mendorong untuk kita terus meningkatkan kejayaan diri. Mereka yang berjaya selalunya mempunyai rasa yakin diri serta motivasi yang tinggi. Sebab itulah mereka berkongsi rasa dan pengalaman sendiri melalui kata-kata motivasi yang dikongsikan. Kita mempu mengubah diri kita untuk lebih berkeyakinan dan percaya diri. Ayuh mulakan sekarang!

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

1 thought on “Impak Kata-kata Motivasi Yakin Diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge