• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Balik raya ke Kemaman Terengganu haritu, terkejut KIM dengan cuaca yang sungguh panas. Boleh kira berapa kali hujan turun. Kalau turun pun, sekejap sangat. Ibarat angin lalu jer, gitu. Kalau basuh baju tu memang sejam dua jer dah kering. Musim panas macam ni, memang kena pastikan badan kekal terhidrasi agar kondisi badan kita pun terus cergas dan sihat. Risau juga bila banyak berita tentang anak-anak yang terkena strok haba. Memandangkan sekarang masih lagi mood raya bulan Syawal ni, jom KIM kongsikan idea minuman hari raya open house yang bantu kekalkan tahap kehidratan badan.

 

Minuman Badan Terhidrat Di Hari Raya Open House #1: Air Kelapa

Selain daripada tinggi khasiat untuk kesihatan badan, air kelapa juga sangat terkenal dengan gelaran air isotonik semulajadi. Air kelapa mempunyai beberapa elemen penting seperti fosforus, sodium, potassium, magnesium dan kalsium yang sangat diperlukan oleh tubuh terutamanya apabila bersukan.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is hari-raya-open-house-minuman-musim-panas-air-kelapa-558x400.png

 

Air kelapa merupakan minuman tenaga yang lebih sihat berbanding air isotonik yang dijual di pasaran. Badan kita akan kehilangan banyak mineral semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak dan banyak berpeluh, Paling best tu, air kelapa juga lebih tinggi kandungan mineral berbanding kebanyakan air tenaga yang dijual.

Pergi hari raya open house dengan dihidangkan air kelapa sejuk, gerenti tak cukup 1 gelas kan? Memang menyegarkan. Lagipun air kelapa ni sedap walaupun diminum begitu sahaja. Anak-anak KIM pun suka air kelapa ni.

 

Minuman Badan Terhidrat Di Hari Raya Open House #2: Air Tembikai

Buah tembikai bukan sahaja tinggi dengan vitamin dan mineral malah mengandungi 92% air. Tak hairanlah dengan memakan buah tembikai sahaja pun kita dapat hilangkan rasa dahaga, apatah lagi apabila dibuat jus.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is hari-raya-open-house-minuman-musim-panas-air-tembikai-434x400.png

 

Sebenarnya memang salah satu khasiat buah tembikai adalah membantu badan kita kekal terhidrat. Jadi memang sangat sesuai dihidangkan kepada para tetamu di musim cuaca panas ni. Malah kombinasi air dan serat yang tinggi yang terkandung dalam buah tembikai akan buat kita kekal kenyang dalam satu jangka masa yang lama. Berita baik untuk yang sedang berdiet, kandungan kalori buat tembikai adalah rendah. 

Jus buah tembikai ni pun sangat mudah untuk disediakan. Jadi sangat sesuai kalau dijadikan hidangan minuman semasa hari raya open house rumah kita.

 

Minuman Badan Terhidrat Di Hari Raya Open House #3: Infused Water

Kalau nak sedikit kelainan untuk hidangan minuman hari raya open house kita, bolehlah cuba infused water. Infused water ni sangat segar dan tinggi khasiat sebagai alternatif air kosong tapi berperisa semulajadi,

 

This image has an empty alt attribute; its file name is hari-raya-open-house-minuman-musim-panas-infused-water.jpg

 

Infused water ni sangat mudah disediakan dan boleh diperlbagaikan sebab pelbagai jenis buah serta sayur serta herba yang boleh kita gunakan. Buah, sayur dan herba yang digunakan itu pun boleh dimakan. Jadi memang tak membazir dan berbaloi untuk disediakan. Satu lagi, infused water ni kita boleh sediakan lebih awal. Jadi kalau tetamu datang, taklah kalut kita nak kacau air. 🙂

 

Minuman Badan Terhidrat Di Hari Raya Open House #4: Performance Drink

Performance Drink merupakan minuman isotonik tanpa karbonat dan mengandungi gula semulajadi yang sangat minima. Performance Drink merupakan minuman tenaga yang dibangunkan oleh Shaklee bagi membantu memberi tenaga berpanjangan serta mengurangkan rasa haus yang melampau.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Hari-raya-open-house-kebaikan-performance-drink.jpg

 

Paling istimewa, Performance Drink dibangunkan khas untuk para angkawasan NASA, Amerika Syarikat. Pihak NASA telah meminta Shaklee menghasilkan minuman yang boleh membantu para angkasawan NASA kekal terhidrat. Cuaca yang ekstrem di angkasa serta peralihan cuaca dan suhu sewaktu para angkasawan turun ke bumi boleh menyebabkan kadar hidrasi yang sangat tinggi. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan para angkasawan. Alhamdulillah, dengan Performance Drink, semua masalah ni dapat diatasi.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Hariraya-open-house-performance-drink-NASA-400x400.jpg

 

Tak ke bangga para tetamu hari raya open house kita kalau dihidangkan dengan air angkasawan, ye tak? hihihi. Apa yang paling penting, minuman tersebut sedap dan berkhasiat.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Hari-raya-open-house-resipi-performance-drink-1-400x400.jpg

 

Kalau ada nak KIM tolong order kan air Performance Drink semulajadi untuk tetamu jemputan hari raya open house nanti, segera roger KIM okay. I’m more than happy to make all of you happy and healthy. Boleh juga order sendiri Performance Drink ni. 

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge