• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024
Salam Maulidur Rasul semua 🙂
Tengah buat apa tu? Cuti am macam ni mesti syok kalu nak layan hobi kan? Tambah-tambah pulak masih dalam mood cuti sekolah.

 

Hobi k imah sejak zaman kanak-kanak ribena dulu adalah berbasikal. Kalau zaman naik basikal “lerun” dulu, tiap-tiap petang mesti mau round keliling kampung. Tak dapat round dengan geng, round sorang-sorang pun jadi jer…hehehe

 

 

Kat kampung hari ni cuaca mendung lagi, langit pun masih kelam. Tak dapek lah nak meronda. Buatnya tengah syok layan perasaan berbasikal, sekali datang hujan tiba-tiba, mau kuyup ahkak nanti 😛

 

Selain daripada berbasikal, k imah suka gak masak. Seronok tengok orang yang nikmati masakan kita kalau hasil masakan tu memenuhi selera diaorang.

 

Lagipun, melalui masakan ni, dapat kita hantar mandrem (doa yang baik-baik jelah….hahaha), aura positif dan usaha menjaga kesihatan buat insan tersayang.

 

Nanti masa nak menyediakan masakan tu, selawat banyak-banyak, niatkan segala macam perkara yang elok-elok untuk orang yang nak makan hasil masakan kita tu.

 

Lagi-lagi, hobi apa ye?

 

K imah pun suka menjahit. Boleh tak ingat dunia kalau menjahit tau. Cuma sekarang ni lebihkan tumpuan pada baby dan anak-anak dulu.

 

Jahit pun yang simple-simple je sekarang. Jahit pakaian koyak ke, jahit nametag dan lencana sekolah anak ke, jahit yang lurus-lurus tanpa pattern gitu…hehehe

 

Hobi best akak yang lain adalah berHaiku. Haiku ni puisi Jepun, ada kigo (kata musim), ada syarat suku kata tiap baris, ada metafora, ada maksud tersirat dan tersurat.

 

Mula-mula tu macam complicated jugak nak belajar haiku. Belum lagi tanka dan senryu.

 

Tapi, bila kita dah menguasai haiku, memang kita akan terasa kat mana-mana roh haiku tu wujud. Nampak bunga buat haiku, nampak nyamuk nak hasilkan haiku, tengah baring, tengah jalan, sampaikan sepanjang masa terfikirkan haiku…hehehe

 

Korang punya hobi apa? Ada yang sama dengan k imah tak? Meh lah kita berkongsi cerita 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “Hobi Waktu Lapang Yang Menyeronokkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge