• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Sebagai usaha memaksarelakan diri mengemaskini blog supaya tidak bersawang, saya akan menyahut cabaran daripada diaryofmuhammad.com untuk Cabaran 30 Hari Entry. Macam-macam perasaan berbaur, excited, cuak, tercabar, rasa masa yang menghambat dan nak pengsan takut tak dapat buat pun ada…hehehe

Berikut merupakan topik yang perlu dibuat selama 30 hari. Terasa kembali ke zaman kampus plak… 😛

Hari #1: Pengenalan tentang diri anda. Gambar terbaru

Hari #2: Makna di sebalik nama blog anda

Hari #3: Percutian keluarga

Hari #4: Segalanya tentang ibu bapa anda

Hari #5: Video tentang telatah anak/anak saudara anda yang mencuit hati

Hari #6: Rumah impian anda (lagi bagus kalau letak gambar)

Hari #7: Buku yang anda suka

Hari #8: Lokasi pelancongan impian anda

Hari #9: Impian yang sedang anda usahakan

Hari #10: Outdoor activity kegemaran anda

Hari #11: Quote yang sangat bermakna buat anda

Hari #12: Kereta impian anda (lagi bagus kalau letak gambar)

Hari #13: Jika income anda sejuta ringgit sebulan, setiap bulan, apa perancangan anda?

Hari #14: Restoran kegemaran anda

Hari #15: Cadangan untuk menjadikan Malaysia a better place to live

Hari #16: Sesuatu yang anda rindui

Hari #17: Perkara terbaik yang berlaku kepada anda pada minggu ini

Hari #18: 3 perkara yang anda sukakan tentang personaliti anda

Hari #19: Perkara yang membuatkan anda takut

Hari #20: Perkara yang membuatkan anda tercabar

Hari #21: Binatang kesukaan anda

Hari #22: Pakar motivasi kegemaran anda

Hari #23 Insan terpenting kepada anda

Hari #24: Cara terbaik habiskan masa lapang

Hari #25: Obsession anda

Hari #26: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada ibu bapa anda

Hari #27: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada pasangaan anda

Hari #28: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada anak-anak/anak saudara anda

Hari #29: Apa definisi kejayaan menurut anda

Hari #30: Impian anda untuk 30 hari akan datang

Ok, cabaran Hari #1: Pengenalan Tentang Diri Anda. Gambar terbaru

Gambar pasangan bahagia
Gambar tak berapa nak baru, kalau nak juga, nanti saya posing balik…kiki

Saya merupakan ibu kepada dua orang anak syurga  lelaki yang semakin membesar. Anak sulung saya ialah Kashful, berusia 4 tahun, manakala yang ke-2, Asif, baru nak masuk 14 bulan.

Kashful Anak Soleh
Kashful

Jarak umur Kashful dengan Asif hampir 3 tahun lebih. Kiranya sedikit jauh jugak lah kan? Pada awalnya, Kashful agak sukar nak sesuaikan diri dengan kehadiran adik ni. Maklumlah dah biasa bersendirian.

Asif Anak Soleh
Asif

Cabaran yang timbul terutamanya nak minta dia berkongsi barang-barang serta sayangkan adik. Memang risau kalau keadaan ini berterusan. Apa saya buat?

  • Ajar berkongsi. Selalu cakap kat Kashful sharing is so much fun! Mama kene mix language sebab dia lahir di luar negara, tapi sekarang, Bahasa Melayu dia dah kira jauh lebih baik walaupun ada jugak sengau slang tu…hehehe
  • Ajar Kashful tentang giliran seperti nak tengok channel TV, guna barang-barang, dan sebagainya
  • Tunjukkan keseronokan bermain dengan Asif – kalau Asif ketuk kepala atau tepuk-tepuk muka saya – saya ketawa (sambil-sambil tu cakaplah “adik, tak boleh buat macam ni, sakit nanti”)
  • Lakukan aktiviti bersama – mandikan dia bersama, main bersama
  • Positifkan perkara negatif – “Elak guna perkataan ‘marah, geram, benci, bising dan sebagainya’. Gantikan dengan perkataan ‘perlahan, lembut, baik, sayang’. Maknanya kalau nak larang, JANGAN kata “Jangan marah adik“, sebaiknya guna “Cakap perlahan dengan adik/be nice/be gentle with adik“.
  • Minta Kashful jaga Asif sekejap kalau nak ke bilik air/solat/ambil barang (dalam pemantauan juga ye)
  • Puji Kashful selalu bila dia buat sesuatu yang positif dengan adik – contoh:-
    • Mama bangga sangat Kashful suka tolong mama jaga adik
    • Pandainya kashful jaga adik
    • You are the best kids
    • You are the best big brother
  • Tunjukkan Asif sayang/cari Kashful, cakap kat Kashful
    • Asif love you very much
    • Kashful, adik nak main dengan abang ni
    • Kashful, cepat datang, adik nangis nak Kashful
  • Doa sentiasa kepada Allah. Yang ini sudah pasti sebab DIA yang memegang hati kita.

Hasilnya sangat Alhamdulillah. Kashful sekarang bukan setakat nak peluk cium Asif, siap serah diri kasi adik lenyek dia lagi. Pastu riuh-rendah panggil mama minta diselamatkan. Dah adik punya berat kurang 3-4 kg jer dari abangnya. Mana tak semput kawan tu….hahahaha

Sedikit perkongsian daripada pengalaman sendiri. Walaupun hidup dalam cabaran, sentiasa tenang dan redha menghadapinya. Pasti Allah hikmahkan dengan sesuatu kemanisan yang tidak terduga.

Kepada pembaca myliferia.my yang budiman, kalau nak join cabaran ni pun sekali, jomlah. Nanti tinggalkan komen ye. Boleh saya menjejaki kalian pula. Seronok beramai-ramai buat assignment ni 🙂

Terima kasih 🙂

Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan seluruh Malaysia,

New-Name-Card

Home

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

0 thoughts on “Hari #1: Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge