• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Kanser perut ni adalah antara kanser yang agak serius dan membimbangkan kerana kehadirannya sangat sukar dikesan serta agak mengelirukan.

Menurut Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad, Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kabangsaan Malaysia (UKM), “Kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam menangani kes kanser di Malaysia.”

 

vivix bantu pesakit kanser perut

Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan tersebut di tahap yang kronik dan terlalu lewat.

“Umumnya, pesakit tidak akan menimbulkan apa-apa aduan di mana keadaan ini menyukarkan doktor menentukan jenis penyakit yang dihidapi.

“Kadangkala, gejala yang dihidapi oleh pesakit kanser perut mempunyai persamaan dengan pesakit yang menghidap gastritis atau ulser perut,” katanya.

Kebanyakan pesakit ulser perut yang datang berjumpa doktor mengadu sakit pada bahagian ulu hati.

Oleh itu, mereka dirawat sebagai pesakit ulser atau gastrik tanpa pemeriksaan lanjut seperti X-ray atau endoskopi.

Biasanya, kata beliau hingga kini dari segi rawatan kanser perut masih belum menunjukkan satu peningkatan kerana hasilnya ditahap yang kurang baik.

“Selama empat abad, jumlah kematian dan ketahanan hidup selama lima tahun, masih belum menunjukkan peningkatan kadar penyembuhannya,” ujar beliau.

Ini disebabkan, ketumbuhan penyakit ini berlaku secara senyap dan kronik serta lewat dikesan maka prognosisnya bergantung pada tahap pertumbuhan kanser tersebut.

Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer) berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat.
Antara ketumbuhan ganas yang paling banyak ditemui ialah dari jenis sel-sel rembesan (secreation) perut (adenokarsinoma) sel-sel limpa (limfoma) dan sel-sel serat (leiomiosarkoma).

Kanser perut ini berbahaya kerana ia boleh merebak tanpa kawalan dan mengakibatkan saluran makanan ke perut tersumbat.

Ia mengakibatkan terhalangnya pengaliran makanan ke usus dan menyukarkan laluan makanan yang masuk ke perut.

 

Gejala Pesakit Kanser Perut

Gejala kanser perut bergantung kepada tahap keseriusan kanser yang dihidapi, sama ada kanser perut peringkat awal atau kanser peringkat lanjut.

vivix bantu pesakit kanser perut

  • Kanser perut peringkat awal

Kanser perut pada peringkat ini adalah kanser yang masih belum merebak hingga ke lapisan otot (muskularis propia) di mana ia hanya berlaku pada permukaan perut (mukosa) atau submukosa

  • Kanser perut peringkat lanjut

Manakala kanser yang dikategorikan jenis ini, apabila ia telah menembusi lapisan otot atau telah tersebar pada lain-lain anggota tubuh yang berhampiran atau yang jauh.

Gejala klinikal yang paling kerap berlaku ialah:

  • Sakit pada abdomen (70.1 peratus)
  • Kemerosotan berat badan ( 59.8 peratus)
  • Muntah (16.5peratus)
  • Asites (busung) (13.4 peratus)

 

Keadaan ini disertai dengan tanda-tanda fizikal termasuklah:

  • Ketulan pada ulu hati epigestrium (16.5 peratus)
  • Asites (busung) 13.4 peratus
  • Anemia (kurang darah) 7.2 peratus

 

Kebanyakan pesakit mengadu mengalami rasa:

  • Nyeri pada bahagian ulu hati yang tidak menentu.
  • Ketidakselesaan.
  • Bisa-bisa pada perut yang timbul dan hilang.
  • Hilang selera makan atau aneroksia dan disertai loya.
  • Penurunan berat badan.

Gejala ini berkaitan lokasi dan bentuk ketumbuhan yang dihidapi oleh seseorang. 

Pesakit yang mempunyai ketumbuhan polypoid pada bahagian atas perut (kardia) akan mengalami masalah disfagia atau susah menelan.
Begitu juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan yang sama pada bahagian antrum pilorik mengakibatkan pesakit muntah kerana berlakunya penyumbatan pada saluran pemakan pilorus.

Manakala kanser yang berlaku pada keseluruhan dinding perut linitis plastika, mereka akan terasa cepat kenyang dan perut penuh apabila diisi sedikit makanan.

Keadaan ini disebabkan keseluruhan perut mengecil.

Jika berlaku luka (ulserasi) pada ketumbuhan tersebut, selain rasa nyeri kesan sampingan lain yang timbul ialah muntah darah (hematemasis) atau najis yang mengandungi darah (melena)

Luka yang serius mengakibatkan kebocoran pada perut.

Di samping itu, tanda-tanda lain yang timbul akibat penyebaran sel-sel kanser pada organ-organ lain (metastasis) mengakibatkan perut:

  • Membesar kerana busung (asites)
  • Mata menjadi kuning (jaundis) kerana berlakunya penyumbatan saluran
    hempedu
  • Nyeri tulang
  • Gejala urat saraf yang disebabkan penyebaran ke otak dan selaput otak (meningitis)
  • Batuk dan sesak nafas kerana sel-sel kanser merebak ke paru-paru.
  • Terdapat benjolan pada ulu hati di mana pesakit kelihatan pucat, biasanya pesakit ini berada di tahap yang serius.

Akibat kehilangan darah yang terlalu banyak, pesakit menjadi pucat kerana kekurangan zat besi.

Komplikasi Pesakit Kanser Perut

Secara keseluruhannya pesakit akan mengalami:
* Pendarahan
* Muntah darah
* Berak darah
* Tersumbat kawasan perut
* Kebocoran perut
* Anemia (kurang darah)
* Kurang berat badan
* Selepas pembedahan
* Bahagian perut yang telah dibuang mengakibatkan cirit-birit kerana kurang
penghadaman makanan
* Kurangnya zat makanan

 

Langkah Pencegahan Mendapat Penyakit Kanser Perut

Sebagai langkah awal untuk mengesan kanser perut ialah memastikan semua jenis kesakitan pada ulu hati atau perut mendapat penyelidikan yang rapi. Ini penting terutama pada pesakit yang berumur melebihi 40 tahun.

Mereka yang mempunyai sejarah muntah darah dan najis berdarah haruslah menjalani endoskopi untuk memastikan punca perdarahan tersebut.

Hanya dengan mengambil berat mengenai gejala klinikal doktor dapat mengesan penyakit ini lebih awal.

Baca juga tentang Cara Rawatan & Suplemen Alternatif Pesakit Kanser Perut.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge