Ujian Pap Smear adalah antara prosedur paling awal untuk mengesan kehadiran sel kanser pangkal rahim atau kanser serviks.
Melalui ujian ini, apabila kanser serviks telah dikesan pada peringkat awal, maka peluang untuk dirawat dan sembuh adalah lebih cerah berbanding jika ianya telah berada pada tahap yang serius.
Walaupun kanser pangkal rahim atau kanser serviks ini adalah pembunuh nombor 2 kepada wanita Malaysia selepas kanser payudara, namun kehadirannya masih boleh dibendung dan ditangani.
Kenali tanda-tanda yang mungkin menjadi punca diri anda menghidapi masalah kanser serviks atau pangkal rahim ini.
Simptom Kanser Pangkal Rahim Atau Kanser Serviks
Kanser pangkal rahim atau kanser serviks ini tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom pada peringkat awal serangan sehinggalah kanser ini merebakk ke bahagian lain.
Di antara simptom atau gejala kanser pangkal rahim atau serviks ini ialah:-
- Pendarahan selepas putus haid.
- Sakit semasa melakukan hubungan seksual.
- Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh haid kering atau selepas haid.
- Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
- Penambahan lelehan daripada faraj.
Memandangkan simptom atau gejala kanser pangkal rahim (serviks) ini hanya muncul apabila kanser tersebut telah merebak, jadi amatlah penting untuk semua wanita terutamanya yang telah berkahwin untuk menjalani ujian Pap Smear secara berkala.
Baca juga entri tentang Suplemen Alternatif Bagi Pesakit Kanser Serviks (Kanser Pangkal Rahim).
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144
sejak dah kahwin ni, memang rajin gak membaca bab nih.
haha
titan recently posted…Lelaki kahwin dan badminton kawasaki.
Memang kenelah rajin. Jadi wife advisor 😎😎