Fibroid biasanya terjadi kepada sekurang-kurangnya 20% wanita di dunia yang dalam lingkungan usia 30 hingga 50 tahun. Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes juga mempunyai risiko yang amat besar untuk mendapat penyakit fibroid ini berbanding wanita yang berat badan mereka adalah normal.
Apakah Itu Fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan (benign: bukan kanser) yang tumbuh di dalam lapisan otot di rahim (uterus). Fibroid juga turut dikenali sebagai Uterine Fibroids, Myomas atau Fibromyomas. Fibroid juga merupakan ketumbuhan di dalam otot (smooth muscle) dan tisu (fibrous tissue).
Malignant (ketumbuhan kanser) yang tumbuh di dalam otot (smooth muscle) di dalam rahim pula dipanggil leiomyosarcoma rahim. Bagaimanapun, ianya jarang terjadi.
Jenis-jenis Fibroid
Terdapat 4 jenis fibroid, bergantung kepada di mana ia tumbuh yang sering berlaku, iaitu:-
1) Intramural
Fibroid ini terjadi pada dinding rahim dan ini adalah fibroid yang paling biasa berlaku.
2) Subserosal Fibroid (Subserosa)
Fibroid jenis ini terjadi di luar dinding rahim. Ianya boleh membesar dan menjadi seperti bertangkai (pedunculated fibroids). Fibroid jenis ini boleh terus tumbuh dan menjadi agak besar.
Jika membesar, ia akan menyebabkan simptom tekanan. Apabila menekan pundi kencing, pesakit akan selalu nak kencing. Selain itu, ia juga boleh menekan salur kencing yang mana akan menyebabkan air kencing kembali ke buah pinggang, seterusnya akan menyebabkan buah pinggang membengkak atau mendapat jangkitan.
Sekiranya fibroid jenis ini menekan tiub fallopio, ia akan menyebabkan wanita berkenaan sukar mengandung (ectopik). Jika menekan perut atau usus pula, akan menyebabkan perut terasa penuh atau kembung.
3) Submucosal Fibroid (Submucosa)
Fibroid ini terjadi di dalam otot di bawah lapisan dinding rahim. Biasanya menyebabkan pendarahan yang banyak kerana luas permukaan uterus bertambah.
4) Cervical Fibroid
Fibroid jenis ini yang berlaku pada serviks.
Simptom-simptom Fibroid
Sebenarnya ramai pesakit fibroid tidak tahu yang mereka sedang mengidap fibroid kerana kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom. Namun, di antara simptom-simpton yang boleh berlaku ialah:-
- Anemia (disebabkan oleh haid yang banyak)
- Sembelit
- Sakit belakang
- Tidak selesa di bahagian bawah abdomen (terutamanya apabila fibroid tersebut besar)
- Kerap membuang air kecil
- Sakit pada bahagian kaki
- Haid yang sangat sakit
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Bengkak di bahagian bawah abdomen (terutama apabila fibroid tersebut besar)
Simptom-simptom lain termasuklah:-
- Masalah untuk bersalin
- Masalah kehamilan
- Masalah kesuburan
- Kerap keguguran
Punca Berlakunya Fibroid
Sebab sebenar berlakunya fibroid masih belum dapat dipastikan. Semasa tahun pembiakan wanita (woman’s reproductive years), tahap estrogen dan progesteron adalah tinggi. Apabila tahap estrogen tinggi, terutamanya ketika hamil, fibroid cenderung untuk membengkak. Apabila tahap estrogen rendah, fibroid cenderung untuk mengecut, contohnya sewaktu wanita menopaus.
Namun, fibroid ni sangat berkait rapat dengan genetik dan peningkatan hormon estrogen yang tinggi berbanding progesteron. Punca utamanya adalah radikal bebas.
Dengan kehadiran radikal bebas, ia akan mengubah gen, mengacau keseimbangan hormon serta merosakkan sel uterus secara langsung, yang mana berkembang sebagai fibroid.
Bagaimana Fibroid Didignosis
Dalam kebanyakan kes, simptom fibroid jarang dirasai oleh pesakit dan pesakit tersebut tidak menyedari akan penyakit yang sedang dihidapi oleh mereka. Kebiasaannya mereka mendapat tahu tentang kewujudan penyakit fibroid ni ketika melakukan pemeriksaan vagina.
Di antara cara fibroid didiagnosis ialah:-
1) Ultrasound
Imbasan ultrasound dilakukan terhadap pesakit sebagai langkah mengenalpasti fibroid sekiranya doktor mensyaki terdapat ketumbuhan fibroid pada pesakit. Imbasan ultrasound akan mengesahkan samada pesakit berkenaan mempunyai fibroid atau tidak.
Imbasan ultrasound selalunya akan dilakukan ketika pesakti sedang haid yang banyak dan apabila ujian darah tidak menunjukkan sebarang keputusan.
2) Trans-Vaginal Scan
Pengimbas kecil akan dimasukkan ke dalam vagina pesakit untuk melihat rahim dengan lebih jelas.
3) Hysteroscopy
Ia merupakan teleskop kecil yang memeriksa keadaan di dalam rahim. Ketika proses ini, jika perlu, biopsi (sampel tisu diambil untuk diuji) akan dijalankan pada lapisan dinding rahim.
4) Laparoscopy
Laparoscopy adalah sejenis alat yang kecil yang bole memeriksa keadaan di luar rahim (di mana doktor memeriksa saiz dan bentuknya). Laparoscope adalah tiub kecil yang fleksibel. Ketika prosedur ini dijalankan, jika perlu, biopsi akan dilakukan di bahagian luar rahim.
5) Biopsy
Sampel kecil di lapisan rahim akan diambil dan akan diperiksa dengan menggunakan mikroskop.
Jemput ke entri saya tentang Tips Kesihatan Dan Pemakanan Bagi Pesakit Fibroid Oleh Dr. Hamid Arshat (pakar Sakit Puan) untuk mengetahui bagaimana penjagaan serta apa yang perlu diambil berat bagi mengelakkan serta merawat fibroid.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
kak ipar ciktom pernah ada fibroid time pregnant 1st baby..fibroid membesar sekali dgn baby..alhamdulillah waktu nak deliver..spatutnya doc akan buang sekali fibroid lepas lahirkan anak..check2 fibroid dah takde sampai anak ke 2 n sekarang..alhamdulillah..
cik tom recently posted…Ayurpure Slim | Kuruskan Badan Serta Cantik, Selamat dan Efektif
Alhamdulillah, mujur dah menghilang. Seram gak bila dah membesar sekali dengan baby tu.
Alhamdulillah semua nya selamat.takut dengar kes sebegini
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Kan, wanita orang berisiko?