Tomyam ayam sihat ni memang special. Sebabnya, paste tomyam ni kita buat sendiri. Bahan-bahan terkawal. Takde serbuk perasa atau bahan pengawet tambahan.
Saya post cepat-cepat entri pasal tomyam ayam sihat ni sebab ada yang request mintak resipi melalui whatapps. Tu pun terdelay sehari dua, sorry ye. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan.
Dah alang-alang memang nak masuk blog, so saya buatlah terlebih dahulu sharing pasal resipi ni.
Sehari dua ni memang berderet entri resipi. Terasa bagaikan chef detoks dan eat clean lah pulak, ahakkkss!
Ok, jom kita masak tomyam ayam sihat.
Bahan-bahan Tomyam Ayam Sihat
- 1 biji tomato**
- 3-4 biji cili padi (kalau tak suka pedas, kurangkan cili padi)**
- 1 biji cili besar (lada hidup)**
- 2 ulas bawang putih**
- 1/2 labu bawang besar**
- 2 hiris lengkuas, (jangan banyak sangat, nanti tak sedap)**
- 2 helai daun limau purut**
. - 1 bahagian dada ayam dipotong kecil
- 1 batang serai diketuk
- 2 helai daun limau purut disiat
- Sayur-sayuran (lobak merah, brokoli, jagung muda-baby corn, bunga kobis, cendawan dan sebagainya)
- 1 batang daun ketumbar (jika suka)
Cara Menyediakan Tomyam Ayam Sihat
- Blend semua bahan yang bertanda ** hingga hancur. Kemudian tumis di dalam non stick pan dengan sedikit minyak.
- Dalam periuk yang lain, panaskan air hingga
- Masukkan ayam.
- Seterusnya masaukkan bahan tumisan tadi.
- Masukkan serai dan sayur-sayuran.
- Kemudian, masukkan sos ikan.
- Kecilkan api dan masukkan daun limau nipis dan daun ketumbar.
- Siap dan. Boleh dihidangkan.
Nota: Kalau suka rasa masam, boleh perahkan jus lemon/limau nipis dalam tomyam ayam sihat ni. Mesti lagi terangakat!
Jangan lupa mencuba resipi ni tau. Memang puas hati. Boleh hirup kuah jer pun dah sedap.
Aiii, tetiba terasa laparlah pulak!hihi
Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂
Whatapps ke 019-9377380
Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Wahh menyelerakan… sedap ni buat hidangan sekeluarga hari minggu… marveles!!.. 🙂
Khir Khalid recently posted…Dialog Implikasi Teknologi UOW Technopreneur Week
Memang sodappsss, dah ulang buat dah ni…hehe
Terima kasih untuk sharing resipi tomyam ayam ni, Boleh cuba masak kat rumah nanti
Khairul Zamri recently posted…Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan
Boleh2, cuba jangan tak cuba;)
aummmm– nanti atie try.. tengok ape jadik.. hee~
Hahaha, sila atie, mesti ulang makan, tadi pun buat n anak minta lagi utk esok
kelihantannya enak jdan simpel masaknya adi pengen nyoba masak.
vitri recently posted…pintu kamar mandi Jakarta