• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Egg Benedict Sandwich ni adalah menu sarapan program detoks dan eat clean saya untuk Day-1. Sangat mudah untuk disediakan dan menyihatkan.

 

 

 

resipi sihat dan mudah

 

Macam mana dapat nama Benedict ni?  Saya belum lagi mengkaji asal usul macam mana telur ni dapat nama.

Mungkin orang pertama yang memperkenalkan cara menyediakan telur ni bernama Benedict,  kot?  Hehehe

 

Bahan-bahan Egg Benedict Sandwich

  • 2 keping roti multi-grains
  • 1-2 biji telur ayam
  • 2 gelas air
  • 1 sudu besar cuka
  • Salad
  • Tomato
  • Timun
  • Bawang
  • Serbuk lada hitam

 

Cara Menyediakan Egg Benedict Sandwich

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Anggaran 1/2 periuk.
  2. Masak air sehingga mendidih di atas api yang sederhana.
  3. Apabila air dah mendidih, masukkan cuka.
  4. Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil satu-persatu. Pastikan telur kuning tak pecah.
  5. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam air mendidih secara perlahan-lahan.
  6. Biarkan selama 30 saat ke 1 minit atau sehingga telur putih telah pejal tetapi telur kuning masih cair di dalam.
  7. Angkat menggunakan senduk berlubang dan toskan sekejap.
  8. Boleh dihidangkan bersama roti dan salad ala-ala burger gitu ???

 

Resipi egg benedict sandwich ni memang sangat menyihatkan sebab takde pun guna minyak atau garam tambahan tapi rasanya cukup enak bila dah bergabung dengan roti dan salad semua tu.

 

Kalau tengah dalam proses nak turunkan berat badan, sangatlah disyorkan buat resipi tau 🙂

 

Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge