Buat julung-julung kalinya, pihak Shaklee mengadakan Clearence Sale untuk Vitamin E, Beli 2 dapat 50% potongan. Maknanya Beli 2 botol Vitamin E, bayar untuk 1 botol Vitamin E sahaja. Bila lagi …
Buat julung-julung kalinya, pihak Shaklee mengadakan Clearence Sale untuk Vitamin E, Beli 2 dapat 50% potongan. Maknanya Beli 2 botol Vitamin E, bayar untuk 1 botol Vitamin E sahaja. Bila lagi nak ada clearance sale untuk Vitamin E yang macam ni, memang tak tahulah saya.
Kebaikan Vitamin E
Tinggi antioksidan – bantu elakkan/rendahkan risiko mendapat kanser
Melambatkan proses penuaan – menjadikan diri awet muda
Melicinkan kulit dan menghilangkan parut
Menlembapkan kulit yang kering
Mencegah jeragat di samping memudarkan jeragat yang ada
Menjadikan rambut semakin cantik, sihat dan lebat.
Meningkatkan kesuburan lelaki dan meningkatkan fungsi sperma
Menggalakkan hubungan seksual – dikenali sebagai vitamin cinta.
Membantu mengurangkan kekejangan otot kaki – bersifat anti radang dan membantu pengaliran darah yang baik.
Apa lagi kiter? Buat yang memang baru nak mencuba kehebatan dan kebaikan Vitamin E ni, apatah lagi pengamal tegar Vitamin E, jangan lepaskan peluang. Grab sekarang sebab nama pun clearance sale kan. Jadinya sehingga stok masih ada jelah. Kalau tak sampai tengah bulan, stok Vitamin E untuk clearance sale ni dah habis licin, jangan menyesal tak sudah ye.
Jom kongsi juga dengan mak ayah. Sudah pasti inilah pilihan terbaik untuk mereka. Dengan Vitamin E Shaklee yang dijamin selamat, berkesan dan mesra alam 🙂
Psst, ni dahlah dapat Vitamin E dengan separuh harga, untuk bulan Oktober ni, siapa yang join ahli Shaklee, akan dapat percuma sebotol Vitalea (multivitamin) berharga RM 88.75. Kiranya macam free membership jugaklah.
Hubungi saya kalau nak tahu lebih lanjut lagi ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Kita tidak boleh sesekali berasa terjamin sihat dan akan terselamat daripada sebarang penyakit apabila menjadi pengamal suplemen tapi pada masa yang sama tak jaga makan. Makanan ringan dan segera menjadi rutin …
Kita tidak boleh sesekali berasa terjamin sihat dan akan terselamat daripada sebarang penyakit apabila menjadi pengamal suplemen tapi pada masa yang sama tak jaga makan. Makanan ringan dan segera menjadi rutin harian. Malah, mengamal suplemen tegar sekalipun begitu berisiko mendapat penyakit berbahaya sekiranya mengamalkan corak pemakanan yang sama.
Dah tu, buat apa susah payah makan suplemen?
Kenapa Suplemen Menjadi Satu Keperluan Untuk Kesihatan Zaman Moden
1) Kehilangan Zat Sewaktu Proses Penyediaan Makanan
Proses memotong, menghiris, mencincang bahan makanan boleh menyebabkan berlakunya kehilangan zat pada makanan tersebut.
Ditambah pula penggunaan suhu yang tinggi/panas yang boleh merosakkan zat pada makanan yang disediakan. Contohnya kaedah menggoreng atau deep frying.
Kaedah ini juga boleh menghasilkan lemak trans (trans fat) yang tidak sihat kepada tubuh iaitu menjadi penyebab kepada pengumpulan kolestrol.
2) Pola Pemakanan
Pola makanan yang baik adalah pola makanan sihat dan seimbang, namun penelitian mendapati, banyak orang tidak mendapat cukup vitamin dan mineral dalam makanan seharian. Sebab itulah kita perlukan suplemen bagi membantu mencapai kesihatan optima dan mengurangkan risiko kesihatan. (American Medical Association Journal 2002; 287: 3127-3129)
3) Gaya Hidup
Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman beralkohol serta kurang melakukan aktiviti fizikal/berolahraga meningkatkan keperluan tubuh untuk zat gizi (vitamin/mineral) tertentu.
Suplemen dapat menampung kekurangan zat di dalam tubuh dengan syarat turut mengambil makanan yang sihat dan seimbang.
4) Pencemaran Berlaku Di Mana Sahaja
Kita sering terdedah dengan perbagai pencemaran dari makanan minuman serta alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan sebagainya. Pencemaran yang berlaku boleh merosakkan sel di dalam tubuh.
Suplemen diperlukan bagi mambantu membaiki sel yang rosak serta menghasilkan sel baru yang sihat. Ini kerana tubuh kita sudah tidak mampu menampung kerosakan sel yang berlaku secara berterusan.
5) Memenuhi Keperluan Badan
Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi sesetengah nutrien. Ada kalanya makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan zat yang cukup mengikut keperluan tubuh.
6) Vitamin Penting Tidak Dapat Dihasilkan Sendiri
Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin untuk pertumbuhan yang optimum. Di antaranya ialah Vitamin A, C, D, E, K dan B (Tiamin, Riboflavin, Niasin, Asid Pantotenat, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik).
Walaupun mempunyai peranan yang sangat penting, badan hanya dapat menghasilkan Vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif.
Sumber pelbagai vitamin diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.
7) Gangguan Penyerapan Nutrisi Daripada Makanan
Ada masanya lauk makan tengah hari kita ialah tempe (sumber kalsium) dan sayuran hijau seperti bayam (sumber zat besi). Walaupun kelihatan seperti menu sihat namun kalsium dan zat besi tidak disyorkan di ambil bersama.
Gabungan kedua-dua zat ini akan menghalang tubuh dari menyerap nutrisi yang terlibat. Jadi badan akan kekurangan Kalsium dan Zat Besi pada masa yang sama.
Jom rehat minda dengan layan poster-poster kat bawah ni:-
Sekiranya kita bercadang nak amalkan suplemen, mengambil manfaat daripada suplemen tersebut, amalkan secara konsisten dan ikut panduan pemakanan suplemen tersebut untuk hasil yang paling optimum. Pastikan memilih juga suplemen yang benar-benar berkesan, selamat dan mesra alam 🙂
Drugfree bermaksud tidak mengandungi dadah atau dalam bahasa perubatannya adalah, tidak mengandungi ubat. Bersempena Kempen Sihat Tanpa Ubat anjuran iReach, Shaklee yang dah bermula ni, Myliferia nak anjurkan Kempen Kurus Tanpa …
Drugfree bermaksud tidak mengandungi dadah atau dalam bahasa perubatannya adalah, tidak mengandungi ubat. Bersempena Kempen Sihat Tanpa Ubat anjuran iReach, Shaklee yang dah bermula ni, Myliferia nak anjurkan Kempen Kurus Tanpa Ubat jugalah 🙂
Sebelum kita pergi jauh lagi, jom kita dapatkan sedikit info tentang beza ubat dan suplemen.
Kenali Ubat
Di antara info tentang ubat adalah seperti berikut:-
1) Bahan kimia yang boleh mengubah fungsi biokimia dalam tubuh untuk menghapuskan simptom penyakit.
Contohnya, kalau kita demam, biasa akan rasa pening, lemah badan, lemau dan mungkin berlarutan selama seminggu kan?
Tapi bila makan ubat, semua tu dah tak rasa, 2 hari jer dah sembuh.
2) Dikenali sebagai bahan asing oleh tubuh kita. Maknanya bahan dalam ubat tu tak menyokong proses semulajadi sistem tubuh kita.
3) Semua orang akan rasa kesan yang sama daripada ubat. Kalau makan ubat selsema, 2-3 hari dah sembuh.
4) Kalau tersalahguna ubat (overdose, bukan untuk penyakit berkaitan), boleh sebabkan kematian.
5) Ubat hanya mengurangkan simptom, tapi bukan merawat punca penyakit.
Keperluan Kepada Ubat
Ubat ni hanya merawat apabila sudah ada simptom penyakit. Kan kita selalu jumpa doktor bila dah sakit, kan?
Banyak kes-kes rawatan peyakit yang sudah terlambat dan pesakit tidak dapat diselamatkan. Ini kerana:-
1) Tiada simptom yang ditunjukkan sehingga ke peringkat terakhir.
2) Ramai orang kelihatan sihat, tapi sebenarnya menderita penyakit berbahaya di dalam diam.
Sebab tu, ramai jer orang meninggal secara tiba-tiba dan masih muda.
Kadang-kadang, dapat penyakit 3 serangkai sekaligus.
Kalau penyakit seperti jantung dan strok, sekali menyerang, ia boleh mengubah keseluruhan hidup kita
Kenali Suplemen
Di antara info tentang suplemen adalah seperti berikut:-
1) Suplemen ialah nutrisi yang diperlukan oleh tubuh bagi membina sel, tisu, enzim serta tindakan biokimia tubuh.
2) Selamat untuk tubuh.
3) Mencegah dan merawat punca penyakit terutamanya yang disebabkan oleh ketidakseimbangan nutrisi.
Kenapa Perlukan Suplemen
Ramai di antara kita yang mengidap penyakit degeneratif yang disebabkan oleh kekurangan nutrisi seperti:-
Bergantung Pada Ubat vs Bergantung Kepada Suplemen
Begitulah halnya kalau kita nak kurus. Ini kerana, kegemukan adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi, bukan sebab makan banyak semata-mata. Haaa….mesti dah pening kan? hehe
Sebagai contoh, kalau kita kekurangan anti-oksida (sumber seperti Vivix,Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E), ia boleh menyebabkan rintangan insulin ( insulin resistance).
Fungsi utama insulin ialah mengawal keseimbangan tahap glukosa dalam darah.
Insulin juga bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan.
Bila nutrisi tak cukup, maka akan sebabkan kegagalan badan untuk menghasilkan insulin atau mengurangkan jumlah insulin.
Jadi, bila kita makan makanan bergula, gula tu gagal diserap dalam sel badan kita dan terus kekal dalam darah.
Bila gula dalamdarah meningkat, ia boleh mengakibatkan berlakunya penyakit-penyakit kronik termasuklah masalah obesiti.
Sebab itulah, kalau kita nak kurus, kita perlukan suplemen yang mengandungi nutrisi yang terlibat.
Inshaa Allah, badan kita kurus secara sihat, tanpa ubat, tanpa dadah.
Tapi, pastikan pilih suplemen yang betul-betul selamat, berkesan dan semulajadi seperti Shaklee.
Kalau anda nak order Set Kurus Shaklee, jangan lupa hubungi saya ye.
Vitamin E ni memang terkenal untuk bantu mengurangkan jeragat serta bagus untuk mereka yang berkulit kering. Tapi ramai yang tidak tahu yang Vitamin E ni tinggi anti-oksidan yang mana sangat bagus …
Vitamin E ni memang terkenal untuk bantu mengurangkan jeragat serta bagus untuk mereka yang berkulit kering. Tapi ramai yang tidak tahu yang Vitamin E ni tinggi anti-oksidan yang mana sangat bagus untuk kesihatan kita termasuklah kesihatan kardiovaskular, mata, paru-paru dan mencegah sesetangah jenis kanser. Malah Vitamin E boleh bantu awet muda 🙂
Biasanya Vitamin D amat sinonim dengan matahari. Memang pun! Tapi sebenarnya Vitamin D boleh diperolehi melalui sumber makanan atau supplement. Jadi tak perlulah nak berjemur bagai untuk dapatkan Vitamin D ni…hehe …
Biasanya Vitamin D amat sinonim dengan matahari. Memang pun! Tapi sebenarnya Vitamin D boleh diperolehi melalui sumber makanan atau supplement. Jadi tak perlulah nak berjemur bagai untuk dapatkan Vitamin D ni…hehe
Sebelum ni saya ada buat entry tentang Kepentingan Vitamin & Mineral kan? Kali ini kita pergi lebih detail sedikit tentang apa itu Vitamin, Enzim & Mineral. Bila kata tahu fungsi dan …
Sebelum ni saya ada buat entry tentang Kepentingan Vitamin & Mineral kan? Kali ini kita pergi lebih detail sedikit tentang apa itu Vitamin, Enzim & Mineral. Bila kata tahu fungsi dan definisi kawan baik 3 serangkai ni, baru kita lagi nampak sebab apa mereka sangat penting kan…hehe
Apakah Itu Vitamin?
Vitamin ialah satu sebatian kimia organik (mengandungi karbon) yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil untuk pembesaran secara normal, metabolisma (menghasilkan tenaga untuk sel) dan kesihatan.
Kita memerlukan vitamin untuk menghasilkan enzim dan hormon; yang merupakan sesuatu yang sangat penting yang digunakan oleh tubuh untuk pelbagai tindakbalas kimia yang diperlukan untuk hidup.
Vitamin ini semua perlu kita dapatkan daripada makanan atau supplement. Ini kerana vitamin ni tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita.
Apakah Itu Enzim?
Enzim ialah sebatian kimia yang dihasilkan oleh tubuh kita hasil daripada gabungan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Enzim ni mempercepatkan lagi tindak balas kimia di dalam tubuh kita.
Apakah Itu Hormon?
Hormon ialah mesej kimia yang dihasilkan oleh tubuh untuk memberi tahu/arahan kepada organ untuk melakukan sebarang fungsi yang berkaitan.
Hormon bertindak mengawal selia pelbagai aktiviti termasuk tumbesaran, tekanan darah, dengupan jantung, kadar glukosa dan karektor seksual seseorang.
Vitamin Bukan Pengganti Makanan
Kita memerlukan 13 jenis vitamin untuk mendapatkan kesihatan optimun, tanpa pengecualian ye. Tapi anda perlu ingat bahawa vitamin ni bukan makanan atau pengganti kepada makanan. Sebabnya vitamin ni takde kalori dan tak boleh beri tenaga kepada kita secara langsung.
Namun, badan kita perlu vitamin terutamanya Vitamin B untuk menukarkan makanan yang kita makan tu kepada tenaga. Wahhh, nampak tak kepentingan vitamin sekarang?
Sebab Perlu Pilih Vitamin Semulajadi?
Vitamin semulajadi tidak mengandungi dadah, bahan kimia berbahaya atau bahan-bahan terlarang yang menjejaskan kesihatan. Tujuan kita makan vitamin sebab nak dapatkan segala zat yang diperlukan oleh tubuh, kalau kita main bedal jer vitamin yang ada di pasaran, mungkin kita akan mendapat mudarat pada masa hadapan.
Jadi, pilihlah vitamin yang dah dijamin sentiasa berkesan, sentiasa selamat, sentiasa semulajadi dan sentiasa mesra alam macam Shaklee ni haaa!!! 🙂
Vitamin C adalah vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan daya ketahanan melawan penyakit, kecantikan serta kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Vitamin C tidak dapat disimpan lama di dalam tubuh, …
Vitamin C adalah vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan daya ketahanan melawan penyakit, kecantikan serta kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Vitamin C tidak dapat disimpan lama di dalam tubuh, sebab tu kita perlu mengambilnya. Buah-buahan dan sayur-sayur biasanya sangat kaya dengan Vitamin C.
Peranan & Sumber Vitamin C
Kalau anda nak tahu, sebiji SR Vita-C Plus bersamaan 7 biji oren! Manalah kita nak larat makan 7 biji oren setiap hari, ye tak?
Bagi Chewable Vita-C Plus, baby seawal usia 1 tahun dah boleh kasi kalau sudah minum formula. Jika yang fully bf, mak-mak lah yang makan agar khasiat tersalur untuk si manja.
Semua orang sudah tahu kepentingan vitamin kan? Kenapa badan kita perlukan vitamin dan mineral pun dah terjawab pada entri saya yang lepas. Hari ni saya nak share kan apa vitamin …
Semua orang sudah tahu kepentingan vitamin kan? Kenapa badan kita perlukan vitamin dan mineral pun dah terjawab pada entri saya yang lepas.
Hari ni saya nak share kan apa vitamin yang saya dah ambil lepas sarapan pagi tadi. Tadaaa!!!
1) B Complex
B Complex ni saya ambil 1 biji jer. B Complex sangat bagus untuk kesihatan saraf. Saraf ni pula adalah sangat penting untuk kelancaran sistem tubuh kita secara menyeluruh.
Lagipun B Complex ni bantu kurangkan kulit berminyak. Dah nama orang perempuan kan, walaupun saya ni jenis sempoi jer tapi kalau bab-bab cantik ni, saya pun suka! hehehe
2) Lecithin
Lecithin saya ambil 2 biji. Tadi ada popia daging korban yang saya goreng untuk tetamu semalam. Sayang kalau buang, nanti membazir.
Jadi Lecithin ni akan tolong menghalang lemak dan minyak popia yang saya makan tu melekat pada salur darah. Boleh makan tanpa rasa bersalah…yezzzaaa!!!
3) Omega Guard
Saya ambil 1 biji. Pagi-pagi dah makan makanan bergoreng, jadi Omega ni pun tolong Lecithin buat kerja. Ala-ala teamwork gitu! Omega ni lagi power sebab ia bantu singkirkan lemak-lemak lama yang melekat pada salur darah.
4) SR Vita-C Plus
Saya ambil 3 biji tadi. Vitamin C ni kaya anti-oksidan. Jadi kita sediakan tubuh kita dengan pendinding (shield) dari radikal bebas tak kira yang dah ada dalam badan atau pencemaran dari luar.
Vitamin C ni pun bantu tingkatkan imun tubuh untuk lawan penyakit. Kalau demam, batuk, selsema, sangatlah disyorkan ambil Vitamin C ni.
Nak lagi best, Vita-C Shaklee ni ada kolagen. Kolagen kan bantu kulit anjal, awet muda, so, mestilah kene suka jugak….hahaha
5) VitaLea
VitaLea ni saya ambil 2 biji. VitaLea adalah multivitamin yang sangat famous sebagai pembekal tenaga. Hujung minggu macam hari ni ni, lagilah lah kene jadi ironwomen sebab banyak urusan yang nak kene settle.
6) Alfafa Complex
Alfafa saya ambil 5 biji. Alfafa ni walaupun boleh juga diambil oleh orang lelaki, tapi ia jadi produk Shaklee kegilaan ramai kaum wanita. Selain untuk detox tubuh, ia boleh jadi milk booster, masker, jamu wanita dan banyak lagi.
Oh ye, kalau kita ada masalah berat badan dan kulit muka yang sampai sudah tak settle lagi, ambillah Alfafa ni. Mungkin badan penuh toksin, jadi sia-sia jer makan pelbagai jenis supplement.
Bilangan pengambilan dan cara makan ni berbeza atas setiap individu. Ia bergantung kepada masalah kesihatan mana yang nak diselesaikan atau keperluan tubuh masing.
Air kosong jangan lupa minum. Selalunya saya suka letak air kosong dalam bekas air 1 liter. Satu letak kat laptop, satu kat tempat solat. Time ni selalunya saya minum air banyak. Kalau dapat 2-3 botol sehari memang sangat bagus.
Jadi kalau anda berminat untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee yang terjamin berkesan, selamat, semulajadi dan mesra alam sokmo-sokmo ni, jangan lupa hubungi saya tau.
Berilah peluang tubuh anda menjadi sihat agar dapat digunakan ke arah yang lebih bermanfaat.
Setiap tahun, kita membelanjakan sejumlah wang yang agak besar untuk membeli vitamin, mineral atau sebarang makanan tambahan yang lain. Walaupun sebahagian daripada kita sanggup memperuntukkan gaji bulanan mereka untuk kesihatan yang …
Setiap tahun, kita membelanjakan sejumlah wang yang agak besar untuk membeli vitamin, mineral atau sebarang makanan tambahan yang lain. Walaupun sebahagian daripada kita sanggup memperuntukkan gaji bulanan mereka untuk kesihatan yang lebih baik, namun tidak kurang juga yang masih ramai lagi yang memandang sepi perihal kesihatan diri dan keluarga.
Kenapa Vitamin Sangat Penting?
Badan kita memerlukan 13 jenis vitamin dan sekurang-kurangnya 10 jenis mineral. Vitamin dan mineral ni sangat penting untuk kesihatan kita bagi membolehkan kita terus hidup dan menjadi sihat.
Vitamin dan mineral ni diperlukan untuk menghasilkan beribu jenis enzim, hormon dan penghantaran atau interaksi mesej kimia (chemical messenger) untuk membantu tubuh membesar, membaiki sebarang kerosakan, menghasilkan tenaga, detoksifikasi atau nyahkan bahan buangan, melawan jangkitan dan secara keseluruhannya memastikan tubuh berfungsi dengan baik.
Ia turut diperlukan untuk memastikan tulang sentiasa kuat, mata yang tajam dan minda yang sentiasa peka.
Apa yang paling penting, vitamin dan mineral dapat membantu melindungi tubuh kita daripada pentakit yang sangat digeruni seperti kanser dan masalah jantung.
Semua vitamin dan mineral ni boleh kita perolehi melalui pemakanan. Walaupun kita menjaga pemakanan harian, belum tentu tubuh kita mendapat kesemua zat yang diperlukan akibat kehilangaan boleh berlaku dengan pelbagai cara.
Sebab tu kita perlukan supplement. Tapi pastikan ianya betul-betul berkesan, selamat, semulajadi dan mesra alam seperti Shaklee.
Adakah Kita Benar-benar Perlukan Vitamin/Supplement?
Secara ringkasnya adalah YA. Seperti yang dinyatakan, badan kita belum tentu mendapat cukup zat akibat kehilangan yang berlaku. Selain daripada itu, pertambahan usia kita turut mengurangkan jumlah penghasilan vitamin atau hormon-hormon, enzim-enzim serta zat untuk kelangsungan badan yang sihat.
Apa yang paling utama, terdapat vitamin yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita dan hanya boleh diperolehi melalui makanan, contohnya Vitamin E.
Justeru itu, pengambilan vitamin dan mineral bukan sahaja membantu kita menjaga kesihatan pada masa sekarang, malah meningkatakan lagi kualiti hidup pada masa akan datang.
Ingin mendapatkan supplement untuk kesihatan anda dan orang tersayang?
Walaupun Vitamin A boleh diperolehi melalui pemakanan kita, namun kita tidak boleh menjamin badan dapat menyerap Vitamin A tersebut sepenuhnya. Ini kerana banyak faktor kehilangan nutrien dalam makanan …
Walaupun Vitamin A boleh diperolehi melalui pemakanan kita, namun kita tidak boleh menjamin badan dapat menyerap Vitamin A tersebut sepenuhnya.
Ini kerana banyak faktor kehilangan nutrien dalam makanan tersebut seperti bermula dari ladang (proses memetik atau tuai buah-buahan atau sayur-sayuran), bahan kimia yang digunakan, cara penyediaan makanan dan sebagainya.
Sumber Vitamin A daripada supplement Shaklee boleh didapati dalam Carotomax, VitaLea ataupun Meal Shake.