Tidak kiralah sama ada sedang bekerja atau tinggal di rumah menguruskan keluarga dan anak-anak, pendapatan sampingan dah jadi macam satu keperluan. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat serta …
Tidak kiralah sama ada sedang bekerja atau tinggal di rumah menguruskan keluarga dan anak-anak, pendapatan sampingan dah jadi macam satu keperluan.
Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat serta keperluan-keperluan wajib lain seperti yuran taska anak, peralatan persekolahan, kos pengangkutan dan sebagainya, memang memeritkan.
Dalam kita duk mencari pendapatan sampingan tu, mestilah kita nakkan sesuatu yang senang diuruskan. Yang paling penting ia tidak akan mengganggu tugas hakiki kita sebagai seorang pekerja atau surirumah.
Jangan sampai kita hilang fokus atau tidak mengikut keutamaan yang sepatutnya.
Apa kata Puan Fatimah Azzahra Ismail mengenai perkara ni?
Bisnes Pilihan Yang Menjamin Masa Depan
Biasanya cara paling mudah untuk mendapatkan pendapatan sampingan adalah melalui bisnes. Tak kiralah bisnes secara online ke atau pun offline. Ikut kesesuaian masing-masing. Mana yang kena dengan jiwa gitu.
Salah satu bisnes yang paling hot sekarang ni adalah MLM. MLM ni memang boleh memberi peluang dan pulangan yang lebih besar kepada orang yang terlibat dengannya.
Tapi bukan MLM yang “haram jadah” tu. Yang memijak orang bawah kaw-kaw, yang atas goyang kaki. Ala-ala head hunting pun yer.
MLM ni tak semua yang tak bagus. Akibat mereka yang tak bertanggungjawab serta mengejar keuntungan peribadi, habis nama dan imej baik MLM tercalar.
Malah, saya sendiri, suatu masa dulu, kalau sebut MLM, awal-awal lagi dah PANGKAH besar-besar. Kalau boleh tak mahu dengar pun pasal MLM ni. Sebabnya, banyak sangat dah saya terdengar atau terbaca pasal keburukan MLM.
Dasyat kan penangan MLM ni.
Itu, dulu lah. Sekarang ni kita dah boleh buat pilihan terbaik.
Apa yang penting, kalau nak ceburi sebarang bisnes sekalipun, pastikan ianya patuh syariah serta menjaga batas-batas dan bersesuaian dengan status kita yang masih bekerja atau telah mempunyai pasangan.
Kalau kita seorang isteri, pastikan dapat restu suami dahulu. Jangan sampai busy berniaga, anak-anak, suami dan rumah tangga jadi tunggang-langgang. Batas pergaulan pun nak kena jaga. Almaklumlah, bila kita dah terlibat dengan perniagaan ni, jaringan orang yang kita perlu berurusan tu semakin luas dan lebar. Berpada-padalah dalam setiap perkara, kan?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Ada sesetengah daripada kita, dengar jer Multi-level Marketing (MLM), terus reject. Tanpa disiasat terlebih dahulu bagaimanakah corak serta pelan peniagaan MLM yang dijalankan. Walaupun MLM ni semakin membanjiri dunia perniagaan di …
Ada sesetengah daripada kita, dengar jer Multi-level Marketing (MLM),terus reject. Tanpa disiasat terlebih dahulu bagaimanakah corak serta pelan peniagaan MLM yang dijalankan. Walaupun MLM ni semakin membanjiri dunia perniagaan di negara kita, namun masih ramai lagi yang menganggap MLM ni haram dan ada yang melabelkannya sebagai haram jadah.
Apakah Multi-level Marketing (MLM)
Secara umumnya, Multi-level Marketing adalah salah satu cara perniagaan alternatif yang berkaitan pemasaran yang dilaksanakan melalui banyak level (tingkatan). Biasanya dikenali dengan istilah Upline (tingkat atas) dan Downline (tingkat bawah). Peniaga akan dipanggil Upline sekiranya mempunyai Downline.
Pokok utama dalam pernigaan MLM ini digerakkan melalui jaringan ini, sama ada bersifat vertikal (atas bawah) atau herizontal (kiri kanan).
Sebenarnya perniagaan MLM ni sangat luas kalau ingin dibahaskan. Namun, bagi yang mengamalkan perniagaan ini, perlu memastikan agar asas minima Syariah perlu dipatuhi.
Asas Minima Perniagaan Yang Patuh Syariah Islam
1) Produk MLM Mestilah Dibeli Dengan Tujuan Sebenarnya
Perlu mempunyai produk benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan, vitamin, makanan tambahan yang berkualiti dan selamat, unik, berkesan dan sebagainya.
Produk MLM yang tidak diketahui kualiti serta kegunaannya mempunyai kesan terhadap kesihatan tidak dibenarkan dalam Islam. Ini kerana ianya hanyalah bertujuan untuk menampakkan yang ia mematuhi undang-undang dan shariah, padahal sebaliknya.
Kekuatan MLM terletak pada produknya yang bermutu tinggi, bukan kepada objektif jangka pendek iaitu mengumpul modal (dana).
2) Produknya Bukan Emas & Perak
Produk MLM perlu boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana, jika emas dan perak dijual beli beli secara tangguh, ia akan tergolong di dalam riba’ jenis Nasiah.
3) Komisyen Yang Diberikan Kepada Ahli Untuk Setiap Penjual & Ahli Di Bawahnya Mestilah Jelas
Tiada komisyen tanpa usaha. Ini bermakna, orang atas hanya berhak mendapat komisyen daripada orang bawahan yang dibantunya sahaja.
4) Keuntungan @ Komisyen Bukan Berdasarkan Kepala @ Ahli Yang Ditaja
Keuntungan dikira berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Ini sebagai bukti yang perniagaan ini menumpukan kepada penjualan produk dan perkhidmatan, bukannya permainan wang (money game).
5) Tidak Mewajibkan Ahli Membuat Belian Sendiri Pada Jumlah Tertentu
Syarat sebegini selalunya dibuat oleh upline yang ingin mendapat komisyen dari orang bawahnya. Ianya dilarang kerana dibimbangi mirip kepada paksaan belian.
Namun, sekiranya syarikat meletakkan syarat Jualan Minima untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ianya dibenarkan dengan syarat ianya dibuat atas asas ju’alah. Justeru itu, syarat dan hukum ju’alah perlulah dipastikan sempurna.
6) Setiap Upline @ Orang Atas Menaruh Usaha Atas Jualan Orang Bawahnya
Di antara contoh usaha yang boleh dilakukan seperti mengadakan perjumpaan, memberi taklimat, motivasi, teknik pemasaran, tidak kira secara online atau offline.
Ini perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut shariah. Jika tidak, ia dibimbangi akan terjerumus kepada keraguan syubhah.
Ini kerana, konsep perniagaan dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan tersebut diperolehi tanpa usaha. Lantaran itu, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.
Perlu diingat, kebanyakan ahli MLM di kaki 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya walaupun ia seolah-olah dilantik oleh orang bawahnya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen daripada bilangan ahli yang begitu berangkai dan jauh?
7) Tidak Menggunakan Skim Piramid @ Skim Siapa Masuk Dulu Untung Selamanya
Jika keadaan ini berlaku, hak orang yang masuk atau mendaftar kemudian akan berkurangan. Sangat tidak adil. Justeru itu, pelan pemasaran perlu memberi hak kepada semua. Malah orang bawahan mampu mendapat untung yang lebih tinggi sekiranya berjaya menjual produk yang lebih banyak daripada orang atasnya.
8) Mempersembahan Sistem Komisyen & Bonus Yang Telus & Boleh Difahami
Sistem tersebut juga perlu boleh dipantau oleh ahli dengan mudah dan jelas. Ini bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9) Menstruktur Plan Pemasaran Di Antara Ahli & Orang Bawahnya Secara Musyarakah
Ianya adalah perkongsian untung rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Kalau dilihat kepada asas minima perniagaan yang patuh shariah ni, kita bukan perlu gerun sangat dengan MLM pun. Lihat kepada jenis perniagaan yang kita buat. Kalau tak MLM sekalipun, tapi jual produk yang tidak berkualiti, berbahaya atau dengan cara menipu orang ramai, ia tetap menjadi haram.
Istilah MLM haram jadah pula muncul akibat ada segelintir ahli (yang biasanya upline) yang menyalahgunakan pelan perniagaan yang disediakan dengan mencipta pelan baru yang menekan downline. Biasanya ia bertujuan untuk kepentingan sendiri bagi mengaut keuntungan atau mendapatkan pangkat.
Seringkali apabila kita bertanyakan resipi kejayaan seseorang yang telah mencapai satu tahap yang agak membanggakan, pasti salah satu daripada rahsia kejayaan mereka adalah meletakkan sesuatu keutamaan (priority) dalam kehidupan. Senarai keutamaan …
Seringkali apabila kita bertanyakan resipi kejayaan seseorang yang telah mencapai satu tahap yang agak membanggakan, pasti salah satu daripada rahsia kejayaan mereka adalah meletakkan sesuatu keutamaan (priority) dalam kehidupan.
Senarai keutamaan adalah senaraiperkara-perkara yang kita nak buat, tidak kira dalam jangka masa pendek, sederhana atau panjang.
Ianya sangat penting bagi membantu kita untuk FOKUS, dan mengawal diri agar tidak terlalai dibuai keasyikan dunia.
Bagaimana Melakukan Senarai Keutamaan Harian
Sediakan sehelai kertas atau sebuah buku, kemudian tulis perkara-perkara tersebut:-
#1: Penting & Segera (Wajib Buat Tanpa Bertangguh)
#2: Penting Tapi Tak Segera (Wajib Buat Tapi Boleh Tangguh)
#3: Tak Penting Tapi Segera (Tak Buat Pun Tak Mengapa Tapi Kalau Nak Buat, Perlu Buat Sekarang)
#4: Tak Penting & Tak Segera (Tak Buat Pun Tak Mengapa, Boleh Buat Jer Bila Ada Masa Free)
Contoh Senarai Keutamaan Harian
Hari: Khamis, Tarikh: 18 Jun 2015
#1: Penting & Segera (Wajib Buat Tanpa Bertangguh)
#2: Penting Tapi Tak Segera (Wajib Buat Tapi Boleh Tangguh)
Kemaskini senarai pelanggan
Kemaskini birthday anak cucu
Buat plan mingguan
Habiskan baca buku
#3: Tak Penting Tapi Segera (Tak Buat Pun Tak Mengapa Tapi Kalau Nak Buat, Perlu Buat Sekarang)
Jawab call
Reply email bukan dari customer/prospek
#4: Tak Penting & Tak Segera (Tak Buat Pun Tak Mengapa, Boleh Buat Jer Bila Ada Masa Free)
Scroll newsfeed
Tengok TV
Baca novel
Ikuti gossip-gossip semasa
Jadi bila kita dah buat senarai dan kategori keutamaan ni, baru nampak yang mana lebih penting kan? Nombor 1 tu memang perlu buat sekarang, takde tapi nanti dah. Nombor 4 tu pulak, tak perlu nak consider dulu, tak payah buat sebab kat situlah yang selalu buang masa berharga kita.
Amacam, boleh?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Berniaga secara online memang menjadi salah satu cabang bisnes yang agak popular pada masa kini. Dengan kepesatan teknologi, ramai wanita yang telah menceburi bidang online ni tak kiralah mereka yang sedang …
Berniaga secara online memang menjadi salah satu cabang bisnes yang agak popular pada masa kini. Dengan kepesatan teknologi, ramai wanita yang telah menceburi bidang online ni tak kiralah mereka yang sedang bekerja atau suri rumahtangga sepenuh masa atau lebih glamer dengan gelaran Work At Home Mom (WAHM). Tapi, sebagai ibu, sejauh mana cabaran nak berniaga online sambil menguruskan anak-anak?
Biasanya ramai ibu yang bekerja online ni merungut yang tiap kali nak mengadap komputer, anak kacau, asal jer pegang handphone, anak rebut, baru jer nak reply call/SMS/WhatApps customer, anak sibuk ajak bermain.
Alasan ni semua yang ramai para ibu dan WAHM rasa yang mereka tak dapat nak berniaga online. Semuanya sebab anak.
Tapi kalau anda nak tahu cara terbaik macam mana nak uruskan anak-anak agar tak kacau kita buat kerja, takdelah nak berebut gajet dengan kita, cepat-cepat tengok video best ni.
Segala permasalahan yang selama ni sering berlaku kepada para mak dan WAHM di luar sana dah terjawab melalui video kat atas ni kan?
Anak-anak kita memang nak mak, mama, mummy, ibu, omak diaorang berjaya. Tapi anak-anak kecil ni manalah nak tahu kita tengah berbisnes online kan?
Mesti sedih dan kecik hati diaorang kalau tahu yang kita anggap mereka ni beban dalam hidup kita. Punca kegagalan kita tak dapat nak berniaga online.
Anak-anak ni kan adalah anugerah yang tidak ternilai. Masa bersama mereka pun sangat pantas. Sedar-sedar dah besar. Tahu-tahu dah ada cucu. Sekurang-kurangnya kita saling membahagiakan dan meninggalkan memori terindah sewaktu proses pembesaran permata hati kita.
BTW, ramai jer ibu bekerjaya dan WAHM yang sangat berjaya dalam bisnes online. Salah seorang daripada mereka adalah Puan Lyna Noh yang share tips kat dalam video kat atas ni lah 🙂
Alhamdulillah saya telah layak ke pusingan akhir Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Contest best ini adalah anjuran daripada blogger hebat dan tidak asing lagi iaitu Tuan Denaihati. Manakala penaja …
Alhamdulillah saya telah layak ke pusingan akhir Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Contest best ini adalah anjuran daripada blogger hebat dan tidak asing lagi iaitu Tuan Denaihati. Manakala penaja bagi contest ini pula terdiri daripada:-
Pusingan pertama berlalu dengan tenang. Pusingan kedua pula agak huru-hara pada saya. Sebabnya, pada saat-saat akhir saya dapat tersenarai. Pusingan ketiga atau terakhir ni pula, setiap peserta perlu menulis satu entri tentang Blogger Buat Duit Online.
Dengan rasa berbesar hatinya saya ingin berkongsi tentang pengalaman blogger Lyna Noh atau lebih dikenali sebagai Master Lyna Noh buat duit secara online. Beliau merupakan salah seorang blogger yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan secara online.
Beliau mencapai pangkat tertinggi dan mendapat gelaran Master melalui perniagaan Shaklee yang turut dijalankan secara online sepenuhnya.
Latar Belakang Bisness Online Master Lyna Noh
Mommy kepada 3 orang cahayamata lelaki ini memulakan pelbagai jenis bisnes secara online pada tahun 2006. Pada masa ni beliau masih bekerja di salah sebuah syarikat minyak terkemuka Malaysia sebagai seorang Jurutera. Pada tahun ini juga beliau mendaftar sebagai ahli Shaklee.
Pada peringkat permulaan, beliau hanyalah menjadi salah seorang pengguna produk Shaklee sahaja. Alang-alang dah makan vitamin Shaklee kan, baik jadi ahli. Dapat harga yang jauh lebih jimat, betul tak?
Bisnes online yang disertai oleh beliau sebelum serius dengan Shaklee termasukkan affiliates, adsense, butik dan sebagainya secara part time.
Beliau sendiri telah merasai keberkesanan serta kelainan suplemen Shaklee berbanding produk lain yang pernah diambil sebelum ini. Lagipun produk Shaklee melalui pelbagai jenis ujian klinikal yang sememangnya tidak diwajibkan ke atas pengeluar suplemen.
Akhirnya beliau telah jatuh cinta dengan produk serta syarikat gergasi ini. Pada tahun 2010, beliau mula serius dalam bisnes Shaklee secara online. Daripada saat itulah, beliau sering berkongsi tentang pengalaman sebagai pengguna serta kebaikan produk Shaklee melalui blog.
Bagaimana Master Lyna Noh Menjana Pendapatan Secara Online?
Bermula dengan berkongsi pengalaman dan kebaikan produk Shaklee, lama-kelamaan beliau mula mendapat tempahan melalui medium blog tersebut iaitu VitaminSemulajadi. Fan page vitamin beliau pula ialah Vitamin Shoppe.
Kalau anda nak tahu, jumlah follower di fan page beliau melebihi 9,000 orang! Wah, bukan calang-calang nak dapat follower seramai ini kan?
Selain daripada mendapat pembeli, semakin ramai pula mendaftar sebagai ahli setelah berpuas hati dengan suplemen yang diambil. Rata-rata daripada mereka yang menceburkan diri di dalam bisnes Shaklee ni kerana mempunyai hasrat yang sama dengan Master Lyna Noh.
Hasrat murni mereka ialah membantu anda mendapatkan kesihatan yang lebih baik serta menaikkan taraf hidup masing-masing. Semua yang berminat untuk berbisnes akan dimasukkan ke dalam group rahsia iReach.
Pelbagai info yang sering beliau kongsikan kepada ahli iReach. Termasuklah tips berniaga, tips marketing, tips SEO, motivasi malah pelbagai ilmu tentang kehidupan. Kejayaan demi kejayaan ahli iReach turut dikongsikan agar menjadi inspirasi kepada semua ahli yang ingin berjaya.
Bagaimana Master Lyna Noh Membahagikan Masa Untuk Bisnes Online?
Bukan mudah untuk berjaya. Hanya dengan kesungguhan, ketekunan dan pengorbanan yang sangat tinggi telah menjadi azimat kejayaan Master Lyna Noh. Urusan bisnes Shaklee ni biasanya beliau lakukan pada waktu malam atau sewaktu makan tengah hari.
Jadi, memang bisnes Shaklee ni langsung tidak mengganggu kerja-kerja hakiki beliau di pejabat.
Apa yang paling mengagumkan saya, beliau telah mencapai rank tertinggi di dalam Shaklee iaitu Master Coordinator sewaktu masih bergelar seorang jurutera pada tahun 2012.
Beliaulah ikon jutawan muslimah. Hebat menjadi usahawan, pada masa yang sama pengurusan rumahtangga serta kerjaya tetap tip top.
Kekaguman saya semakin menebal kerana sehingga detik beliau meletak jawatan, rakan sekerja serta bos beliau tidak tahu yang beliau menjalankan bisnes Shaklee. Juga menyandang jawatan (rank) tertinggi dah pada masa tu, hebat kan?
Setelah bergelar Master Coordinator dalam tempoh 2 tahun serius berbisnes, beliau meletakkan jawatan kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bisnes Shaklee.
Pada tahun 2013, beliau telah dianugerahkan Presidental Master Award, setahun selepas bergelar Master Coordinator.
Bisnes Shaklee ni beliau masih teruskan secara online walaupun telah berhenti kerja. Selama ini pun, coaching, perbincangan atau seminar dijalankan secara online atau melalui media sosial lain seperti facebook, whatapps, youtube, instagram, twitter dan sebagainya.
Pendapatan Melalui Bisnes Online
Menurut Master Lyna Noh, rasa best sangat buat bisnes Shaklee secara online ni apabila pendapatan online beliau melebihi gaji sebagai jurutera.
Nak tahu income Master Lyna? Yang ini tidak dapatlah saya nak bagitau sebab saya pun tak tahu, hehehe.
Tapi anggaran kasar pendapatan tahunan yang Shaklee tawarkan untuk anda ialah:-
Pangkat Supervisor = RM 20,000 dan ke atas
Pangkat Senior Supervisor = RM 36,000 dan ke atas
Pangkat Coordinator = RM 80,000 dan ke atas
Pangkat Senior Coordinator = RM 150,000 dan ke atas
Pangkat Key Coordinator = RM 250,000 dan ke atas
Pangkat Senior Key Coordinator = RM 350,000 dan ke atas
Pangkat Master Coordinator = RM 500,000 dan ke atas
Mesti naik juling biji mata melihat angka yang ditawarkan oleh Shaklee kan? Ni belum termasuk intensif kereta serta pakej perlancongan dalam dan luar negara yang bertaraf VIP.
Sudah pastilah bagi anda yang layak. Semua yang mendaftar sebagai ahli mempunyai peluang yang sama. Nak dengan tak jer.
Di Sebalik Tabir Blogger Jutawan
Tidak keterlaluan kalau saya gelarkan Master Lyna Noh sebagai blogger jutawan. Namun di sebalik kemasyhuran semua itu, beliau hanyalah seorang insan yang sangat bersederhana.
Beliau juga sangat mudah didekati. Kalau saya ingin minta pendapat beliau, whatapps atau PM jer, inshaa Allah, beliau akan membantu.
Beliau sering menekankan “kekayaan yang dikejar adalah untuk kemaslahatan orang lain”. Beliau sering memberi nasihat dan motivasi di dalam iReach, betulkan niat berbisnes. Bukan untuk kepentingan diri. Bantu orang seramai mungkin. Help more people, money will follow you.
Inilah serba sedikit tentang usahawan muslimah hebat yang menjadi idola kami di dalam Shaklee. Namun perkongsian yang diberikan setiap hari sangat sesuai untuk dipraktikkan untuk semua bidang kehidupan. Inshaa Allah, saya bakal menjejaki langkah beliau suatu hari nanti.
Kalau anda ingin mengenali lebih dekat lagi dengan Master Lyna Noh, boleh ke laman web peribadi beliau iaitu MySuperkids.net. Blog tersebut banyak beliau kongsikan pengalaman travel ke serata pelusuk dunia. Biasanya secara backpacking.
Website tentang bisnes Shaklee pula ialah LynaNoh.com. Kalau nak terjah Facebook beliau, boleh ke Lyna Noh atau Fan Page peribadi beliau Mommy Lyna. Pasti dapat terasa auranya.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi buat Team Denaihati serta semua penaja contest ini. Semoga bertambah rezeki kalian semua atas usaha memberi manfaat kepada orang lain.
Tugasan akhir ini sebenarnya sangatlah memberi impak positif kepada diri saya sebagai peserta dan juga para pembaca sekalian. Mencari sudut positif dalam diri orang lain akan membuatkan diri kita turut mendapat tempias gelombang positif tersebut.
Seterusnya aura positif tersebut akan terus tersebar. Sebab tu saya sering katakan yang Team Denaihati selalu berjaya membuatkan orang lain melakukan amal kebaikan.
Anda Ingin Berjaya Buat Duit Online Seperti Master Lyna Noh?
Jom sertai saya untuk membina empayar bisnes secara online. Saya boleh dihubungi seperti berikut:-