Alternatif Kecantikan Kulit Bagi Yang Tidak Suka Vitamin Bancuhan
Assalamualaikum dan dalam sejahtera 🙂 Bagi pengamal Shaklee, ramai yang dah tahu ESP, Collagen dan Vivix memang sangat bagus dalam membantu kesihatan serta keanjalan kulit dan awet muda. Ketiga-tiga vitamin …
Assalamualaikum dan dalam sejahtera 🙂
Bagi pengamal Shaklee, ramai yang dah tahu ESP, Collagen dan Vivix memang sangat bagus dalam membantu kesihatan serta keanjalan kulit dan awet muda. Ketiga-tiga vitamin ini selalunya dibancuh di dalam minuman atau dimasukkan ke dalam makanan.
Namun ada sebahagian daripada pengguna yang sama ada tidak boleh telan vitamin bancuhan atau disebabkan terlalu busy dan agak rushing ke tempat kerja sampai tak sempat nak bancuh-bancuh semua ni.
Tapi jangan risau, anda mempunyai alternatif vitamin kecantikan wajah dan kulit yang didatangkan di dalam bentuk kapsul. Vitamin-vitamin yang dimaksudkan ialah Vitamin C, Vitamin E, B Compleks dan GLA.
Fungsi-fungsi Vitamin
1) Vitamin C
Vitamin C ni sangat penting dan tidak boleh diabaikan untuk kecantikan kulit kerana Vitamin C berfungsi dalam membantu penghasilan kolagen dalam tubuh. Kolagen kan sangat sinonim dengan awet muda? Kolagen akan membantu kulit anda kelihatan anjal dan halus.
Selain daripada itu, Vitamin C juga membantu menghasilkan kulit yang kelihatan lebih cerah berseri sekiranya diamalkan secara konsisten.
2) Vitamin E
Vitamin E ni sangat terkenal sebagai agen anti-oksidan. Anti-oksidan akan membantu meneutralkan radikal bebas yang ada di dalam tubuh anda yang selama ini mungkin menjadi penyebab kepada masalah kulit yang berpanjangan.
Sekiranya anda mengamalkan Vitamin E secara konsisten, anda akan dapati kulit anda akan kurang kedutan serta kelihatan lebih bersih. Vitamin E ni sangat disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah blackhead dan whitehead pada wajah. Juga mereka yang mempunyai masalah jeragat.
3) B Complex
B Complex membantu mengurangkan kesan berminyak pada wajah. Pengamal B Complex akan mendapati wajah yang dulunya kelihatan kusam telah bertukar kepada wajah baru yang lebih berseri-seri 😀
4) GLA Complex
Kandungan Borage Oil yang terdapat di dalam GLA Complex membantu dalam menstabilkan hormon tubuh anda. Hormon yang tidak stabil juga boleh menjadi salah satu punca jerawat yang teruk.
Selain daripada itu, GLA Complex sangat membantu dalam melembabkan kulit anda.
Jadi, kepada anda yang lebih senang memilih vitamin dalam bentuk kapsul, lepas ni boleh lah senyum sampai ke telinga. Wajah pun makin sihat dan berseri-seri. 🙂
Ketahui juga Cara Dapatkan Kulit Cantik Melalui 5 Jenis Makanan serta Petua Kulit Cantik Berseri yang lain.
Anda boleh berhubung dengan saya kalau berminat untuk mencuba produk ini. Konsultasi sudah pastilah sepanjang hayat 😀
Terima kasih 🙂