Demam Pada Bayi Yang Patut Dirisaukan Oleh Ibu Bapa
Demam yang berlaku di kalangan bayi pada dasarknya tidak patut menjadi kebimbangan yang melampau kepada ibu bapa. Ini kerana demam adalah sebahagian daripada kaedah semulajadi badan melawan jangkitan. Namun, sebagai ibu …
Demam yang berlaku di kalangan bayi pada dasarknya tidak patut menjadi kebimbangan yang melampau kepada ibu bapa. Ini kerana demam adalah sebahagian daripada kaedah semulajadi badan melawan jangkitan.
Namun, sebagai ibu bapa prihatin, kalau bayi kita selalu demam, menangis dan merengek, memang tak dapat nak elak rasa risau dan bimbang di hati kan?
Tapi, ada kalanya, para ibu bapa tidak boleh mengambil ringan akan hal ini kerana demam mungkin menjadi lebih serius andai bayi berusia di bawah 6 bulan. Sebenarnya, jarang sangat bayi seusia ini mengalami suhu badan yang tinggi.
Maka, segeralah berjumpa doktor sekiranya para ibu bapa mendapati bayi:-
- berusia di bawah 3 bulan dan suhu badannya mencecah 38 darjah C atau lebih;
- berusia di bawah 6 bulan dan suhu badannya mencecah 39 darjah C atau lebih.
8 Sebab Mengapa Bayi Sering Demam
Walaupun bayi demam kerana melawan jangkitan, atau kadang-kadang tanpa sebab yang jelas, namun terdapat beberapa punca biasa yang menyebabkan bayi demam:-
- virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
- masalah pernafasan seperti pnumonia dan bronkiolitis
- jangkitan salur telinga
- jangkitan salur kencing
- sakit tekak
- krup
- flu
- selsema
Cara Mengesan Demam Pada Bayi
1) Sentuhan Kulit ke Kulit
Ibu bapa boleh mengagak bayi mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahi mereka (kajian telah menunjukkan yang kaedah ini adalah tepat sebanyak 75 %).
2) Termometer
Termometer akan memberikan bacaan suhu badan yang lebih tepat. Namun, sekiranya anak masih berusia di bawah 3 tahun, jangan menggunakan termometer oral (mulut).
Termometer telinga adalah yang paling cepat dan tepat untuk mengambil bacaan suhu anak. Namun, kosnya agak mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.
Jika bayi masih terlalu kecil untuk termometer telinga, boleh ambil suhu mereka pada bahagian ketiak menggunakan termometer bebuli.
Pegang hujung bebuli termometer pada ketiak bayi dengan merapatkan sikunya ke sisi selama lebih kurang 5 minit (termometer bebuli digital akan berbunyi bip setelah suhu diambil).
Bacaan suhu pada ketiak akan memberikan bacaan 1-2 darjah C lebih rendah daripada bacaan internal. Jadi, tingkatkan jumlah bacaan yang diambil.
3) Jalur Demam
Walaupun penggunaan jalur demam ni sudah agak kurang popular sekarang di samping bacaannya kurang tepat, namun ia adalah pilihan terbaik untuk mendapat bacaan badan bayi yang sedang meronta-ronta.
Jadi, bagi ibu bapa yang telah mendapati bayi kesayangan mereka demam, jangan lupa pula mengambil langkah seterusnya untuk merawat demam di kalangan bayi agar demam tersebut dapat disembuhkan segera dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan di kemudian hari.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144