COD Shaklee Putrajaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Dengar khabar anda sedang mencari pengedar Shaklee Putrajaya yang boleh berikan konsultasi produk Shaklee sepanjang hayat? Konsultasi tu bukan sahaja berkenaan cara …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Dengar khabar anda sedang mencari pengedar Shaklee Putrajaya yang boleh berikan konsultasi produk Shaklee sepanjang hayat? Konsultasi tu bukan sahaja berkenaan cara …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Dengar khabar anda sedang mencari pengedar Shaklee Putrajaya yang boleh berikan konsultasi produk Shaklee sepanjang hayat?
Konsultasi tu bukan sahaja berkenaan cara makan vitamin Shaklee, pantang larang, malah eBook dan tips-tips kesihatan.
Apa khabar warga Putrajaya khasnya dan semua pengunjung laman Myliferia istimewanya? Semoga sihat sejahtera dan sentiasa gembira selalu.
Sekiranya anda mencari pengedar yang bukan sahaja boleh membekalkan produk vitamin kesihatan kepada anda, malah tunjuk ajar terbaik dalam cara pengambilan supplement, sayalah yang anda cari.
Hubungi saya segera untuk membantu anda mendapatkan kesihatan serta taraf hidup yang lebih baik.
Terima kasih 🙂
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Cerita pasal Shaklee ni memang tak akan berkesudahan. Ada jer info atau sebarang topik yang ingin dikongsikan. Pada entri yang lalu saya ada menyentuh tentang …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Cerita pasal Shaklee ni memang tak akan berkesudahan. Ada jer info atau sebarang topik yang ingin dikongsikan. Pada entri yang lalu saya ada menyentuh tentang Tips & Panduan Penting Sebelum Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee agar tidak menyesal di kemudian hari.
Kali ini saya ingin menyentuh dengan lebih terperinci tentang Tips & Keistimewaan Mendaftar Ahli Shaklee Dengan 200 UV (point).
€ Free Membership
Anda tidak perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM 65. Jimatlah kan sebab setiap sen wang yang anda keluarkan tu, anda mendapat produk yang dikehendaki. Cuma tambah Shaklee Standard Shipping, RM 10 untuk Semenanjung dan RM 20 untuk Borneo (Sabah & Sarawak).
€ Harga Ahli
Sudah pastilah anda terus layak menikmati harga ahli dengan pendaftaran ini.
€ Bonus Tunai
Bonus tunai ini confirm anda dapat pada tengah bulan seterusnya. Minimum kelayakan untuk memperolehi bonus tunai adalah dengan 150 UV.
Haaaa, jangan tak tahu, nak mendaftar 200 UV ni kene ada strategi. Caranya ialah anda beli barang mengikut keperluan anda ataupun pakat borong ramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan.
Dengan merujuk senarai Vitamin Shaklee kat bawah ni, saya sertakan beberapa cadangan:-
1) Set Kurus & Inch Loss Lengkap
Alfafa (L) – 25 UV
ESP – 39 UV
Omega – 35 UV
2X Canister Cinch Shake – 37 UV = 74 UV
VitaLea – 23 UV
B Complex – 13 UV
Total UV = 209
Total Harga Retail = RM 872.00
(Nanti dulu!!! Anda akan mendapat harga ahli yang jimat antara 20-25% daripada jumlah harga di atas, cer kira, banyak mana jimat, berbaloi-baloi :))
Untuk memudahkan anda membuat anggaran:
Dalam setiap RM 100 harga retail di atas, anda boleh jimat di antara RM 20-RM 25. Banyak, kan?
Selain daripada berfungsi sebagai Set Kurus, ia turut bertindak sebagai Set Kulit Cantik dan Set Menyusu kepada anda. Bayar untuk 1 set, hakikatnya anda dapat at least 3 in 1 set.
2) Set Susu Melimpah Ruah
Set Susu Melimpah Ruah Lengkap terdiri daripada:-
Alfafa (L) – 25 UV
2X Canister ESP – 39 UV = 78 UV
SR Vitamin C – 23 UV
Ostematrix – 16 UV
VitaLea – 23 UV
B Complex – 13 UV
Omega – 35 UV
Total UV = 213
Total Harga Retail = RM 829.50
Sama seperti cadangan 1 tadi, anda jimat antara 20-25% daripada jumlah harga di atas. Kalau dianggarkan dengan RM 20 sekalipun, anda dah jimat sekurang-kurangnya RM 160 (RM20 x 8).
Selain daripada berfungsi sebagai Set Susu Melimpah Ruah, ia turut bertindak sebagai Set Kulit Cantik dan Set Kurus kepada anda.
3) Kongsi Pembelian, Contohnya 6 Canister ESP
6 Canister ESP = 39 UV x 6 = 234 UV
Boleh kongsi dengan keluarga atau kawan-kawan anda:-
1 Canister ESP untuk anda yang nak kurus
1 Canister ESP untuk ayah anda yang mengidap diabetes
1 Canister ESP untuk anak anda yang sedang belajar
1 Canister ESP untuk kawan anda yang nak pekatkan susu badan
1 Canister ESP untuk sahabat anda yang mempunyai masalah kulit
1 Canister ESP untuk mak saudara anda yang ada gastrik
Anda kumpul jer order, lepas tu borong atas nama anda 🙂
4) 3 Kotak Collagen
3 Kotak Collagen = 74 UV x 3 = 222 UV
Boleh kongsi dengan keluarga atau kawan-kawan anda:-
1 Kotak Collagen untuk anda yang nak nampak awet muda
1 Kotak Collagen untuk ibu anda yang sakit sendi
1 Kotak Collagen untuk sahabat anda yang ada masalah kulit
5) 2 Botol Vivix
Botol Vivix = 118 UV x 2 = 236 UV
Boleh kongsi dengan keluarga atau kawan-kawan anda:-
1 Botol Vivix untuk anda yang nak nampak awet muda
1 Botol Vivix untuk mak saudara/ayah kawan anda yang mengidap kanser/darah tinggi/kencing manis/jantung dan sebagainya.
Ni di antara 5 contoh atau cadangan sahaja. Pastikan anda pilih vitamin yang anda betul-betul consume supaya tak membazir. Jadi, nak buat stok pun tak der hal sebab expired date produk Shaklee selalunya menjangkau sehingga 2 tahun.
Semua contoh di atas adalah harga retail, kalau anda membuat pembelian sebanyak 200 UV, maka anda terus menikmati keistimewaan harga ahli.
Anda juga boleh merujuk entri Tips & Panduan Penting Sebelum Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee agar anda tidak menyesal di kemudian hari.
Terima kasih kerana sudi menyinggah 🙂
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 “Naimah, macam mana nak makan vitamin ni?” Bila saya minta rujuk kepada upline beliau, katanya upline beliau pun tak pasti sangat. Ada juga yang …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
“Naimah, macam mana nak makan vitamin ni?” Bila saya minta rujuk kepada upline beliau, katanya upline beliau pun tak pasti sangat.
Ada juga yang bertanya, “Boleh tak nak tukar sponsor/upline?” Kiranya nak masuk bawa sayalah. Bila saya minta rujuk pada upline beliau, beliau kata beliau diminta rujuk group, bertanya itu ini pun, tak dapat jawapan yang dikehendaki. Nak tukar upline bukan semudah nak register tau. Lebih banyak perkara yang akan menyusahkan diri sendiri.
Ini hanyalah dua contoh yang berlaku pada saya apabila saya tolong guide serba sedikit mereka yang ada persoalan tentang vitamin Shaklee yang dibeli melalui pengedar atau mendaftar dengan upline yang tidak mengambil berat kepentingan customer atau anak buah mereka.
Bagi yang mendaftar ahli tidak kira untuk makan sendiri atau untuk membuat biz, biasanya mereka mendaftar dengan kenalan atau keluarga terdekat. Alasannya sebab nak mudah atau support diaorang.
Bagus dah niat tu, tapi kalau menyukarkan diri sendiri di kemudian hari, bukankah ianya menjadi sesuatu yang merugikan? Tambahan pula kalau berniat nak jana pendapatan sampingan.
Pastikan sponsor/upline tahu sekurang-kurangnya tentang panduan untuk makan vitamin. Contohnya, air perlu diambil 2-3 Liter sehari. Jika kurang, vitamin tidak dapat diserap dengan sebaik-baiknya. Buah pinggang pula akan terbeban kerana terpaksa bekerja keras.
Untuk mendapatkan result terbaik, sudah pasti anda perlu mengikut pantang larang yang terlibat. Bagaimana nak dapatkan result yang paling optimun kalau anda tersilap makan vitamin?
Sebagai contoh, VitaLea tidak digalakkan diambil sekaligus dengan Ostematrix kerana iron (zat besi) di dalam VitaLea akan bergabung dengan kalsium (Ostematrix). Seterusnya menghalang penyerapan zat serta dibuang terus dari badan. Tak ke sia-sia dan membazir duit jer?
Walaupun anda mendaftar ahli disebabkan ingin mendapat keistimewaan harga ahli yang jauh lebih murah, tanpa anda sedari anda sebenarnya layak mendapat sekurang-kurangnya cash bonus.
Biasanya kalau point pembelian terkumpul bulanan mencecah 150 UV, anda dah layak dapat cash bonus. Lagi tinggi pembelian, lagi tinggi cash bonus yang anda terima.
Point tersebut tidak semestinya daripada anda seorang jer. Kalau ada kawan-kawan atau saudara-mara yang minta tolong anda belikan produk Shaklee, point tersebut akan masuk kepada anda. Free-free jer dapat bonus, syok kan? 🙂
Anda boleh juga merujuk entri tentang Keistimewaan & Panduan Mendaftar Ahli Shaklee 200 UV.
Peraturan yang ditetapkan oleh pihak Shaklee sering dikemaskini. Sebagai contoh yang terkini, semua pengedar Shaklee perlu menjual produk Shaklee pada harga yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee.
Pengedar dilarang sama sekali menjual produk Shaklee pada harga ahli kepada mereka yang bukan ahli. Tindakan tegas dengan melucutkan keahlian pengedar tersebut akan diambil. Akibatnya, pengedar tersebut tidak layak menerima bonus dan tidak boleh mendaftar lagi. Tindakan yang sama juga akan diambil kepada ahli yang makan sendiri.
Bayangkan kalau anda tidak dimaklumkan oleh upline anda tentang peraturan ini? Sia-sia sahaja anda mendaftar sebagai ahli sekiranya keistimewaan yang sepatutnya anda nikmati sudah lenyap dalam sekelip mata.
Kalau anda nak tahu, kebanyakan leader yang berjaya atau yang sudah bergelar Master Coordinator tu bermula daripada pengalaman sendiri makan produk Shaklee ni. Lepas tu mereka share kebaikan produk. Dengan ilmu produk serta pemasaran dan teknik bisnes yang diajar, mereka berjaya dengan begitu cemerlang sekali.
Sekiranya tiba-tiba anda ingin membuat bisnes, maklumkan saja pada saya, maka anda akan dimasukkan ke dalam secret group Dreams, Creams dan yang super duper best seperti iReach. Di sana banyak tips bisnes, marketing, teknikal, motivasi dan kehidupan yang dikongsi bersama.
Tahniah kerana anda telah membuat keputusan yang bijak. Sekurang-kurangnya untuk penjimatan anda di antara 20-25%. Besar kan? Sekarang mungkin anda hanya menjadi ahli makan sendiri, akan datang mana tahu anda adalah Master Coordinator Shaklee yang paling berjaya! Nak join bisnes terus pun, orait aper?
Mudah sahaja caranya, anda boleh mendaftar secara online atau maklumkan sahaja kepada saya 🙂
Diharap agar beberapa points yang dikongsikan di atas akan membantu anda untuk membuat pilihan terbaik sebelum mendaftar sebagai ahli atau pengedar Shaklee. Peluang yang ada kepada semua ahli adalah sama rata, tinggal kita sahaja yang nak gapai atau lepaskan.
Terima kasih kerana sudi menyinggah 🙂
Persoalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Anda buat apa setiap kali hujung minggu? Harini kebetulan saya berpeluang join picnic di Taman Tasik Shah Alam bersama leaders iReach. Ni sebenarnya aktiviti …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Anda buat apa setiap kali hujung minggu? Harini kebetulan saya berpeluang join picnic di Taman Tasik Shah Alam bersama leaders iReach.
Ni sebenarnya aktiviti santai, bukan serius dan formal bagai. Aktiviti bersama family cam sokmo-sokmo tu 🙂
Kebanyakan yang join ni adalah kaum ibu. Jadi bapa yang sudi datang memberi sokongan tu, tolong jagakan anak-anak. Layan jer diaorang main playground yang boleh tahan besar gak.
Walaupun program ni program santai, namun borak kami, borak berisi tau. Selain hal-hal tentang kehidupan, ada juga diselitkan tentang perjalanan bisnes Shaklee ni. Di antara tips dan outcome yang dikongsikan ialah:-
Betulkan niat kita join bisnes Shaklee ni. Kita tahu Shaklee adalah produk yang semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam. Niatkan untuk berkongsi kebaikan dan yang paling penting menolong seramai mungkin orang di luar sana yang mempunyai masalah kesihatan dan kewangan.
Bagi yang ada blog, updatelah blog sokmo – sentiasa :). Jadi dapat bantu orang dapatkan maklumat terbaik untuk info kesihatan yang mereka cari.
Galakkan orang menjadi ahli Shaklee walaupun untuk makan sendiri sebab penjimatan yang diperolehi adalah agak besar iaitu antara 20-25%, lagipun berpeluang dapat benefit lain seperti 3C.
Perkara ni berbalik kepada perkara pertama tadi gak, secara tak langsung, kita menolong orang lain dapat the best value untuk wang mereka.
Kalau nak bisnes tu, kira lain cerita lah. Kene buat cerita panjang lah pulak.
90% adalah doa dan pengharapan pada Allah, 10% adalah usaha kita. Tapi jangan salah faham, ni bukan bermaksud usaha perlu sikit jer. Ini adalah gambaran yang menunjukkan dalam apa-apa perkara, semuanya hanya berlaku dengan izin Allah.
Jadi, jaga hubungan dengan Sang Pemilik Dunia ini terlebih dahulu, usaha yang bersungguh-sungguh perlulah seiring.
Tu baru 4 perkongsian. Banyak lagi tips yang diberikan. Memang seronok sebab contoh tu semua boleh diaplikasikan di dalam kehidupan harian kita.
Memang tak rugi join aktiviti sebegini. Kalau ada rezeki,insya Allah saya akan join lagi aktiviti anjuran team iReach ni.
Terima kasih 🙂
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Protein hebat. Protein merupakan asas blok binaan untuk kesihatan yang kritikal dalam pembinaan dan pengekalan otot, pemulihan tisu, keimunan dan hampir keseluruhan fungsi tubuh. …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Protein hebat. Protein merupakan asas blok binaan untuk kesihatan yang kritikal dalam pembinaan dan pengekalan otot, pemulihan tisu, keimunan dan hampir keseluruhan fungsi tubuh.
Selain itu, protein juga dapat membantu menangkis kelaparan dan melonjakkan tenaga. Dr Shaklee mencipta protein pengasingan pertama pada tahun 1961 dan produk Shaklee mengandungi soya berkualiti tinggi dan protein tenusu yang membantu untuk mengekalkan tenaga, kecergasan dan stamina.
Kacang soya (Glycine max): Protein yang semulajadi tinggi dalam menangkis rasa lapar. Terdapat di dalam Cinch Shake Mix dan ESP Soy Protein Isolate Powder. Shaklee menggunakan soya berbentuk bukan GMO untuk memberikan kualiti terbaik.
850 gm/ 30 sajian
ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasakan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Kekalkan hari anda dengan penuh bertenaga dan ceria.
Untuk mencuba atau mendapatkan ESP ni, boleh menghubungi saya.
Terima kasih 🙂
iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Semua orang yang join bisnes Shaklee ni rasa best ke? Apa yang best sangat? Anda tahu tak banyak perkara yang tak best sebenarnya kalau join …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Semua orang yang join bisnes Shaklee ni rasa best ke? Apa yang best sangat? Anda tahu tak banyak perkara yang tak best sebenarnya kalau join biz Shaklee ni?
Memang tak sempat nak buang masa langsung. Masa yang selama ni duk scroll newsfeed FB, layan movie Korean, tengok Drama Melayu, gossip pom pang pom pang, semua dah digunakan untuk buat duit. Pastu, camana?
Join hari ni tak terus dapat bonus ribu-ribu minggu depan. Kene usaha dulu, study berkenaan produk, marketing, relationship dan macam-macam lagi.
Pastu kene share kebaikan produk, beri konsultasi kepada pengguna. Nak kene berusaha lah pulak, tak boleh goyang kaki jer.
Macam tak masuk akal jer, modal hanya RM 75 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 85 untuk Sabah dan Sarawak. Ni pun bayaran untuk member kit. Pastu dah ramai jadi jutawan. Pendapatan 5-6 angka pun dah ramai. Uisshhh, biar betul.
Adakah jadi katak di bawah tempurung? Nak belajar pasal produk ke markerting ke atau apa-apa sahaja, stay kat rumah jer, online! Nak meeting pun online jer. Webinar, webforum dan macam-macam lagi.
Malah, buat order pun kat rumah jer. Shaklee yang uruskan. Tak berpeluang ambil angin pejabat pos atau bersesak-sesak dan beratur panjang.
Dah bonus banyak, derma dengan belanja keluarga tu sesuka hati jer. Tak fikir panjang dah. Pantang orang susah ada, mesti nak cari peluang bersedekah.
Kalau kita ada masalah, tak kiralah pasal bisnes ke atau kehidupan ke? Mesti akan ada orang nak ambil tahu. Tak sempat nak stress seorang lama-lama.
Pastu, kalau ada yang buat silap, adalah orang yang nak tegur.
Jadi kita tak syoklah nak terus buat silap.
Kalau skim piramid ni, siapa yang lama join, jadi upline atas-atas, orang tu akan lebih kaya. Downline yang penat bekerja.
Dalam Shaklee, dah jadi Master Coordinator jutawan pun kene kerja lagi kuat. Bantu anak buah berjaya jadi jutawan gak.
Pastu, kalau siapa rajin berusaha, boleh pintas upline diaorang, bonus dapat lagi banyak. Tak ke jadi anak derhaka, gitu???
Kita diajar berangan-angan. Yang berjaya tu semua memang kuat berangan. Macam mana cara tu, diaorang kabo kat secret group jer. Jadi, kalau sesiapa yang teruja nak tahu, kene join dululah. Kene tapislah pulak….hmmmm…
Sebenarnya banyak lagi perkara tak best join biz Shaklee ni. Cukuplah 8 points dulu. Lagi lama duk dalam ni, lagi banyak plak jumpa.
Ni tak kira yang nak join untuk makan sendiri lagi.
Tak sangka pulak, nak Join Shaklee Secara Percuma pun ada, boleh caya ke ni?
Tapi kalau anda berdegil, tak kisah dengan perkara-perkara tak best di atas tu, nak jugak join Shaklee, bolehlah contact saya.
Lain orang, lain sebabnya nak buat biz Shaklee ni, kan?
Terima kasih 🙂
iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144.
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Shaklee adalah fenomena!!! Itulah yang sedang melanda negara kita sekarang. Sana-sini orang bercakap dan mencari produk Shaklee. Tak perlu nak paksa-paksa orang beli, mereka datang …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Shaklee adalah fenomena!!! Itulah yang sedang melanda negara kita sekarang. Sana-sini orang bercakap dan mencari produk Shaklee. Tak perlu nak paksa-paksa orang beli, mereka datang sendiri mencari produk yang sememangnya sentiasa semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam ini.
Bezanya dekat sini, adakah anda mendapatkan produk Shaklee daripada pengedar yang betul-betul boleh guide anda? Tidak membiarkan anda terkontang-kanting keseorangan selepas membuat pembayaran?
Bagi yang nak buat bisnes pula, adakah anda berada di dalam group yang benar-benar memberi sokongan anda dari segala sudut tidak kira berkenaan produk, teknik marketing, konsultasi pengguna, motivasi diri dan sebagainya?
Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee Bersama Naimah Wahab
A) Untuk Kegunaan Sendiri:-
#1) Harga Ahli
Sudah pastilah anda mendapat harga ahli yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
#2) Bonus Tunai
Sekiranya point terkumpul bulan tersebut mencapai 150UV (points), anda layak mendapat bonus tunai pada pertengahan bulan seterusnya. Lagi banyak point yang anda kumpul, lagi tinggilah bonus tunai anda, tau!
#3) Keahlian Kekal
Keahlian anda sebanyak RM 75 (WM) dan RM 85 (EM) adalah seumur hidup. Ini bermakna anda tidak perlu kekalkan UV tertentu untuk terus menjadi ahli.
#4) Konsultasi Seumur Hidup
Anda akan diberi konsultasi secara berpanjangan berkenaan cara makan vitamin, pantang larang, jadual makan khas atau sebarang persoalan berkaitan Shaklee.
#5) eBook
Anda akan diberikan eBook berkaitan produk yang dibeli, malah eBook-eBook lain pun anda dapat.
#6) Exclusive Group
Anda akan dimasukkan ke dalam group tertutup yang exclusive yang penuh dengan perkongsian tentang Shaklee, tips-tips menarik serta pelbagai info kesihatan.
B) Untuk Berniaga
Selain daripada kesemua 6 keistimewaan di atas, sekiranya anda berminat untuk berniaga selepas mencuba produk Shaklee, anda akan mendapat keistimewaan tambahan yang lain, iaitu:-
#1) Untung Runcit
Anda akan mendapat untung runcit sekitar 20-25% bagi setiap barang yang dijual.
#2) Ganjaran 3C
Anda berpeluang menikmati ganjaran 3C iaitu Cash, Car dan Convention dari Shaklee.
Cash – Bonus setiap bulan untuk jualan 150UV dan ke atas**.
Car – Insentif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan**.
Convention – Peluang umrah/percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee**.
** Bagi yang layak sahaja.
4) eBook
Banyak koleksi eBook seperti Cara Makan Vitamin Shaklee termasuk pantang larangnya, eBook Inch Loss In 2 Week, eBook Susu Melimpah Ruah, eBook 15 Masker Shaklee dan macam-macam lagi. eBook untuk bina kejayaan dalam Shaklee pun ada tau.
Nanti saya boleh berikan softcopy tersebut untuk anda edit bahagian contact. Tinggal nak share jer dengan pelanggan anda.
5) Testimoni
Koleksi softcopy testimoni pelanggan yang menggunakan produk Shaklee ni pun berlambak-lambak dalam simpanan saya. Kalau nak, saya boleh kasi. Pun sama, tinggal anda edit bahagian contact name jer.
6) Kumpulan Sokongan
Anda tidak akan dibiarkan bersendirian. Malah anda akan dibantu secara berkumpulan tak kira masa sama ada melalui WhatApps Group, Chat Group, Facebook Group dan sebagainya. Dalam kumpulan ini, upline, downline dan sideline saling tolong-menolong dan berganding bahu dalam setiap hal.
Satu perkara yang amat dititikberatkan di dalam kumpulan kami ialah amalan rohani. Ini kerana, banyak bukti mereka yang berjaya di dalam group ini adalah dengan diiringi amalan rohani yang betul-betul konsisten.
Amalan yang macam mana tu? Hanya mereka yang berada di dalam group ini sahaja yang dapat tahu (>_<)
7) Super Secret Exclusive Group
iReach merupakan Super Secret Exclusive Group di bawah naungan Master Lyna dan Zainul yang sarat dengan info tentang produk, tips perniagaan, tips pemasaran, motivasi dan sebagainya.
Anda kenal tak siapa mereka? Mereka adalah pasangan idola di dalam dunia Shaklee ni.
Hanya anda yang betul-betul ingin terlibat dengan bisnes Shaklee sahaja yang akan dimasukkan ke dalam group yang menjadi rebutan ramai ni tau. Melalui iReach juga anda berpeluang menyertai banyak program yang Super Exclusive seperti Jom Hebat Mega 2014.
Amacam? Syok kan? Program yang dianjurkan oleh iReach ni bukan sebarang program tau. Macam Jom Hebat Mega ni, selain daripada sesi dan slot tentang Shaklee, ada juga slot Magnet Diri yang dikelolakan oleh Encik Amin Idris.
Siapa tak kenal Encik Amin Idris, kan? Beliau adalah pengacara TV al-Hijrah, merangkap personaliti televisyen yang juga motivator terkenal. Memang termagnet kita dibuatnya.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang program Jom Hebat Mega 2014 di bawah iReach ni, nantikan entri saya yang akan datang.
Anda berminat ingin menjadi ahli? Tak perlu fikir panjang lagi. Daftar sekarang! Pasti anda tidak menyesal untuk berada di dalam group iReach ini.
Terima kasih.
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 -937 7380
SID: 1001144
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Entri kali ini adalah tentang Vitamin C Shaklee yang mempunyai keistimewaan sustained release. Sustained Release Vita-C Plus 180 tablet/ 180 sajian (6 …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Entri kali ini adalah tentang Vitamin C Shaklee yang mempunyai keistimewaan sustained release.
Sustained Release Vita-C Plus
180 tablet/ 180 sajian (6 bulan)
Vitamin C Semulajadi Dengan Pelepasan Jam Demi Jam
Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit-demi sedikit dalam masa lima jam.
Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrient yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel, serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah*
(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Kebaikan Vitamin C
#1: Pembentukan kolagen
Kolagen adalah struktur penting dalam pembinaan tulang, sendi, otot, gigi dan kulit. Kolagen akan menjadikan kulit lagi tegang, anjal, licin dan cantik serta luka cepat sembuh.
#2: Detoksifikasi
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti raksa, plumbum, arsenik dan lain-lain toksik dan membuatkan ianya tidak berbahaya kepada buah pinggang serta dapat dinyahkan daripada badan. Sangat bermanfaat kepada perokok (berhenti merokok adalah terbaik!)
#3: Menguatkan Salur Darah
Vitamin C membantu menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Justeru itu Vitamin C sangat disarankan kepada pengidap darah tinggi bagi mengelakkan jantung tersumbat dan stroke.
#4: Elakkan Penyakit Berbahaya/Luka/Lebam
Di antara penyakit yang disebabkan kekurangan Vitamin C ialah skurvi. Selain itu berlaku pendarahan dalam sendi dan otot, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut, lebam-lebam, pendarahan pada badan serta luka lambat sembuh.
Sekiranya anda kurang sihat, dos pengambilan Vitamin C perlu ditingkatkan untuk segerakan penyembuhan.
#5: Anti-Stress dan Interferon (Hormon Fungsi Imun)
Vitamin C berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon iaitu hormon untuk melawan penyakit. Ini kerana stress boleh memusnahkan Vitamin C, maka keimunan badan akan lemah. Seterusnya menyebabkan kita mudah dihinggapi penyakit.
#6: Tampung Kekurangan Vitamin C Badan
Walaupun kita digalakkan mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, namun ianya belum menjamin kita mendapat nutrient yang mencukupi. Ini kerana, nutrient tersebut boleh hilang sejak dari proses penuaian buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut.
Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Jom kita sama-sama menjaga kesihatan.
Terima kasih 🙂
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Sebut sahaja multivitamin dan multimineral ni, mesti ramai dah tahu kan? Multi ni bermaksud pelbagai/banyak jenis. Jadi di dalam VitaLea ni mengandungi pelbagai jenis vitamin …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Sebut sahaja multivitamin dan multimineral ni, mesti ramai dah tahu kan? Multi ni bermaksud pelbagai/banyak jenis. Jadi di dalam VitaLea ni mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral.
Info VitaLea
Iron Formula
120 tablet/60 sajian
Multivitamin & Multimineral
Multi Yang Hebat
Suplemen seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. VitaLea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Sekiranya diambil secara harian, VitaLea boleh:
Perbezaan VitaLea Shaklee
(untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar di bawah)
Maklumat Nutrisi VitaLea
Waaaahhhh, berjela-jela kandungan pelbagai jenis vitamin dan mineral di dalam VitaLea kan? Sebab itulah ia merupakan vitamin kesihatan menyeluruh.
Sekiranya anda berminat untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh, bolehlah menghubungi saya.
Terima kasih 🙂
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Menyentuh soal ibu dan bapa ni, mesti hati saya ada terbit rasa sayu terkenangkan arwah ayah. Sebenarnya lebih kepada rasa rindu. Kalau dibandingkan dengan jasa …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Menyentuh soal ibu dan bapa ni, mesti hati saya ada terbit rasa sayu terkenangkan arwah ayah. Sebenarnya lebih kepada rasa rindu.
Kalau dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan ibu dan bapa saya, memang tak terbalas dengan dengan segala yang ada di muka bumi ini.
Saya rasa sangat bertuah kerana hasil didikan ibu dan bapalah, kami adik beradik sentiasa bahagia dan aman damai.
Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membahagiakan serta menggembirakan mereka walaupun kita telah berumahtangga.
Saya tahu, ibu saya sentiasa merindui Baitullah walaupun pernah menunaikan haji bersama arwah bapa pada tahun 2012.
Mungkin detik-detik terakhir ibu bersama arwah bapa banyak terakam di sana. Tak sampai dua minggu pulang dari Tanah Suci Mekah, ayahanda tercinta telah kembali ke rahmatullah.
Pergi ayahanda dengan aman, redha bonda dengan tangisan.
Inshaa Allah, memandangkan saya telah berada di dalam Shaklee, yang mana menyediakan peluang untuk trip 6 bintang Umrah, akan saya bawa ibu saya nanti.
Saya nak kasi pengalaman paling best untuk ibu saya, 1st class punya treat gitu 🙂
Buat arwah ayahanda, doa dan sedekah amalan harian sering mengiringi hari-hariku.
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan saya dalam Shaklee dan kehidupan seharian.
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia
Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga
Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku
Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak
Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?
Hari #8: Brunei Negara Impianku
Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan
Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya
Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya
Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan
Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya
Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live
Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui
Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini
Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya
Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut
Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar
Hari #21: Binatang Kesukaan Saya
Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya
Hari #23: 5 Insan Terpenting Kepada Saya
Hari #24: Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang
Hari #25: Perkara Yang Menjadi Obsession Saya
Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe
Terima kasih 🙂
Naimah Wahab