Ibu Pejabat Shaklee Baru Yang Serba Elegen
Tahun lepas, HQ Shaklee telah berpindah daripada bangunan Pinnacle ke lokasi baru yang berdekatan iaitu Sunway GEO Tower. Tapi masa perasmian ni KIM tak dapat pergi. Tengok jerlah gambar dan video …
Tahun lepas, HQ Shaklee telah berpindah daripada bangunan Pinnacle ke lokasi baru yang berdekatan iaitu Sunway GEO Tower. Tapi masa perasmian ni KIM tak dapat pergi. Tengok jerlah gambar dan video …
Tahun lepas, HQ Shaklee telah berpindah daripada bangunan Pinnacle ke lokasi baru yang berdekatan iaitu Sunway GEO Tower.
Tapi masa perasmian ni KIM tak dapat pergi. Tengok jerlah gambar dan video yang diaorang share kat sana.
Bestnya tengok masing-masing teruja dengan ibu pejabat baru sampaikan KIM excited nak pergi.
Akhirnya pada 4 November 2017, berjaya juga KIM jejaki kaki ke Shaklee Home Office. KIM pergi sebab ada program hujung minggu untuk leader.
On the way ke sana memang rasa teruja. Bila nampak gambar Shaklee kat bangunan Sunway GEO Tower tu, terus woaahhh! Hahahaha…jakun sekejap ahkak?
Best konsep baru ibu pejabat Shaklee ni sebab menggunakan konsep “pick and pay”. Ala-ala pasaraya.
Ambil bakul, ronda-ronda, pilih mana yang berkenan, pergi kaunter dan bayar.
Memang best sangat-sangat datang sini. Environment pun sangat fresh. Rasa macam nak lepak lama-lama jer kat sini tau.
Tak perlu nak daftar bagi IC bagai bila nak masuk ke bahagian nak shopping ni berbanding dekat pejabat lama.
Tapi kalau nak masuk ke bahagian pentadbiran, memang kene register lah.
So, maknanya, sesiapa sahaja boleh beli produk Shaklee ni.
Tapi masa nak bayar nanti, kita kena beri nombor ahli untuk harga yang super duper menguntungkan.
Jadi, kalau rasa nak shopping kat sini, hubungi KIM untuk tolong daftarkan ahli.
Daftar ahli ni memang akan dapat terus harga ahli yang lagi best dan jimat, malah boleh merebut promosi bulanan ???
Naimah Wahab
019-937 7380
Founder of KIM Family
Selama ni kita duk makan, duk guna jer produk Shaklee kan? Apa kata kalini kita berkenalan pula dengan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Shaklee ni. Pengasas Shaklee Dr. Forrest C Shaklee yang …
Selama ni kita duk makan, duk guna jer produk Shaklee kan? Apa kata kalini kita berkenalan pula dengan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Shaklee ni.
Dr. Forrest C Shaklee yang mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.
Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®
Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar.
Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.
Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa.
Beliau dilahirkan dengan disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering) dan diramal hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun
Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
Akhirnya doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan jangkaan doktor tadi adalah meleset. Beliau terus hidup walaupun tidak secergas dan selasak remaja lain.
Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’.
Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science ofchiropracticcare.
Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer.
Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi.
Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan.
Dari semasa ke semasa, pusat rawatan tersebut semakin berkembang maju.
Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis.
Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.
Akhirnya beliau disahkan mengalami kanser oleh pakar kanser Chicago dan dicadangkan untuk dipotong (amputated) lengan kiri dan kaki beliau bagi menyekat sel kanser.
Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.
Beliau tidak dapat menerima hakikat terpaksa dikudungkan.
Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.
Dr. Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi
Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa.
Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa.
Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positf an juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.
Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih.
Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar.
Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser.
Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.
Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan.
Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.
Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau.
Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.
Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy.
Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.
Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945.
Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature).
Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).
Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen.
Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation.
Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.
Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini.
Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.
Kredit: Dilla Jalil
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Begitu telitinya Shaklee untuk hasilkan supplement, setiap bahan/ingredients di dalam supplement Shaklee kena lalui ujian klinikal sebanyak 350 kali terlebih dahulu. Ujian pun bukanlah dijalankan secara percuma. Pihak Shaklee telah membelanjakan …
Begitu telitinya Shaklee untuk hasilkan supplement, setiap bahan/ingredients di dalam supplement Shaklee kena lalui ujian klinikal sebanyak 350 kali terlebih dahulu.
Ujian pun bukanlah dijalankan secara percuma.
Pihak Shaklee telah membelanjakan sebanyak USD 250 juta setahun untuk tujuan ini.
Sebab apa?
Sebab nak pastikan yang ianya betul-betul-betul-betul-betul selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang.
Lebih menarik Shaklee sediakan satu laman web khas untuk maklumkan rujukan untuk bahan yang digunakan dalam produk mereka.
Kalau anda makan Shaklee, boleh lah tengok botol di bahagian ingredients, dan klik website di bawah untuk periksa maklumat tentang ingredients tersebut.
Shaklee komited mahu membantu kesihatan manusia.
Bukan cakap kosong sahaja. Memang beserta dengan bukti-bukti saintifik yang menyokong setiap penghasilan produk mereka.
Klik link http://healthresource.shaklee.com/clinical-research-study-…/
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Zaman sekarang ni memang ramai yang buat DUA kerja atau lebih bagi menampung keperluan hidup yang semakin meningkat. Kita bukanlah bertuhankan duit, namun duit sekarang ni dah jadi satu keperluan. Nak …
Zaman sekarang ni memang ramai yang buat DUA kerja atau lebih bagi menampung keperluan hidup yang semakin meningkat. Kita bukanlah bertuhankan duit, namun duit sekarang ni dah jadi satu keperluan. Nak keluar rumah je memang perlukan duit. Malah dalam rumah pun (kalau shopping online…hehe). Sebab tulah ramai yang buat bisnes untuk mencari pendapatan tambahan.
Sebut pasal bisnes ni, macam-macam bisnes yang boleh dilakukan. Terpulang kepada kecenderungan dan mana yang bersesuaian. Ada yang menjual barang, menyediakan perkhidmatan, tak kurang juga secara dropship.
Awal-awal haritu saya terjebak dengan Shaklee ni sebab kebetulan ambil cuti panjang menjaga anak. Sambung terus lepas pantang. Lepas tu cari pula sesuatu yang boleh isi masa lapang dan boleh tambah pendapatan.
Lagipun, bila guna ESP, best pula terasa. Masa anak kedua dulu, dengan ESP, saya dapati keguguran rambut saya semakin berkurangan. Jadi, apa salahnya kongsi kebaikan semua produk yang ada kan?
Hak yang menjadi kriteria utama saya memilih Shaklee untuk berbisnes pada waktu itu kerana ianya boleh dilakukan secara dropship (masa tu takde kereta sendiri lagi). Tak perlu keluar rumah. Lagipun, bila Shaklee ni sangatlah kids and family friendly, terus kujatuh cinta.
Bila dah lama dalam Shaklee ni, rupa-rupanya banyak kejutan best yang ramai orang luar tak tahu pasal Shaklee ni. Kalau tahu, mesti teruja. Di antaranya ialah seperti berikut:-
Semua produk yang dihasilkan oleh pihak Shaklee adalah daripada hasil kajian doktor dan saintis berkelulusan PhD. Siap diterajui oleh saintis bertaraf tertinggi, yang mana pernah dianugrerahkan Nobel Prize Winner.
Maknanya semua produk Shaklee ni dibina oleh pakar-pakar saintis yang bertungkus-lumus sepanjang masa melakukan pelbagai jenis ujikaji di makmal Shaklee Amerika Syarikat sana.
Saintis-saintis tu pulak, bukan calang-calang kelulusan mereka. Bukan main tangkat muat jer. Mereka semua dah mempunyai berpuluh-puluh tahun (tahun ye!) pengalaman dalam industri pemakanan dan kesihatan. Kelulusan mereka ni, paling cikai pun PhD, bukan yang paling bagus PhD ye.
Oleh kerana semua saintis kat Shaklee ni bijak, hebat lagi power mereka ni, maka hasil kajian mereka didokumentasikan di dalam bermacam-macam jurnal antarabangsa. Ni dah jadi bukti kukuh hasil penemuan hebat mereka berhubung produk Shaklee ni kan?
Jurnal-jurnal tu pulak bukan staf Shaklee je yang syok sendiri, tetapi telah mendapat pengiktirafan daripada saintis yang tidak ada kaitan langsung dengan Shaklee. Maknanya bukan yang bekerja dengan Shaklee. Ada berani ke nak buat macam ni? Jemput orang luar yang mungkin boleh jadi pesaing untuk buat ujikaji produk kita?
Tak seperti kebanyakan produk nutrisi yang berlambak-lambak kat pasaran, kan, sukar sangat kita nak cari yang produk mereka mendapat pengiktirafan oleh saintis di luar syarikat sendiri, ye tak?
Apabila produk Shaklee ni telah digunakan oleh individu dan atlet yang terlibat dengan kerja, aktiviti dan sukan yang paling extreme, nah, inilah bukti yang paling nyata bahawa produk-produk Shaklee ni betul-betul bagus. 2 thumbs up gitu! Lepas tu, takde langsunglah pulak atlet-atlet Shaklee ni kantoi ujian dadah dalam badan macam kes Dato’ Lee Chong Wei tu, oopsss!
So, kalau Shaklee ni dah terbukti berkesan untuk orang yang paling extreme, tentulah lagi-lagi terlebih berkesan dengan diri kita yang bersukan pun macam jarang bebenor ni kan? kikikiki
Sebelum orang Malaysia, orang lain dah cuba dulu kutuk-kutuk, burukkan produk Shaklee, cuba calarkan imej Shaklee dan sebagainyalah. boleh dikatakan, setiap tahun akan timbul isu panas malah yang berulang pasal Shaklee ni.
Namun, disebabkan produk Shaklee ni memang bagus dan ternyata berkesan, mereka dah habis idea nak kutuk ikut celah mana dah. Terpaksalah mereka akur yang Shaklee ni memang bagus. Lepas tu siap jatuh cinta lah pulak 😛
Kalau nak jadi pegawai penyiasat kejap, cuba tanya pemilik produk-produk yang mana kita tahu yang bersepah kat pasaran tu. Diaorang guna tak segala produk yang diaorang jual tu. Kebanyakkan sendiri pun tak berani nak pakai sebab dah tahu produk mereka mempunyai bahan berbahaya seperti paraben dan sebagainya. Penyebab kanser tu. Takuttt!!! Try lah tanya diaorang.
Ni belum dikira lagi peluang perniagaan serta pelbagai manfaat yang bakal diperolehi oleh mereka yang serius berbisnes dengan Shaklee. Salah satunya ialah 3C iaitu Cash, Car (dalam bentuk wang tunai) dan Convention (percutian dalam atau luar negara bertaraf 6 bintang). Aset yang paling bernilai juga adalah perniagaan Shaklee ni boleh diwarisi. Tak ler kalau kita meninggal, bisnes ni pun turut terkubur sama. Produk Shaklee pun halal dan pernigaan Shaklee ni pun patuh shariah.
Kalau nak tahu apa-apa pasal Shaklee atau berminat nak jadi ahli, contact saya tau 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Ya, sememangnya Shaklee menjalankan perniagaan yang menggunakan Multi-Level Marketing (MLM) sebagai medium pemasarannya. Apabila mengetahui tentang MLM, timbul pula persoalan adakah perniagaan Shaklee berteraskan Islam? Terdahulu saya ada berkongsi tentang Asas …
Ya, sememangnya Shaklee menjalankan perniagaan yang menggunakan Multi-Level Marketing (MLM) sebagai medium pemasarannya. Apabila mengetahui tentang MLM, timbul pula persoalan adakah perniagaan Shaklee berteraskan Islam? Terdahulu saya ada berkongsi tentang Asas Minima Perniagaan Yang Patuh Shariah. Termasuklah MLM.
Suplemen merupakan produk utama yang dihasilkan oleh pihak Shaklee bagi membantu kehidupan manusia yang lebih sihat. Di samping itu, memberi peluang kepada ahlinya untuk menambah pendapatan.
Sebagai contoh, Puan Aminah beli Set Bersalin Shaklee untuk mengalami proses berpantang yang lebih mudah, bertenaga dan selesa. Plus, badan pun makin slim. Manakala Encik Azman pula membeli Set Kurus Lengkap bagi menurunkan berat badan secara sihat.
Ini belum termasuk lagi si A, B, C yang mungkin mencari Vivix, Omega, ESP, VitaLea untuk masalah-masalah kesihatan yang lain seperti jantung, kanser, tekanan darah tinggi, eczema, gula dalam darah (diabetes), batuk, letih-lesu dan sebagainya.
Jadi, sememangnya produk Shaklee dibeli untuk tujuan yang jelas dan nyata.
Shaklee merupakan syarikat yang menhasilkan produk makanan tambahan (suplemen), penjagaan badan serta set pencuci yang langsung tidak ada kaitan dengan emas dan perak.
Insentif yang diberikan kepada ahli Shaklee yang layak terdiri daripada 3C iaitu Cash (Duit), Car (Berbentuk cash) dan Convention (percutian di dalam dan luar negara).
Sebagai contoh, Shaklee telah menyediakan satu jadual khas pembayaran bonus kepada ahlinya:-
Dalam Shaklee, setiap pembelian produk akan mempunyai point (UV) tertentu. Yang mana bonus dan keuntungan akan dikira berdasarkan jumlah UV tersebut.
Bagi setiap ahli baru yang mendaftar, tidak ada sebarang UV diberikan sekiranya mereka hanya membuat pendaftaran ahli tanpa sebarang pembelian produk.
Bagi mereka yang ingin mendaftar ahli Shaklee, tidak ada sebarang syarat wajib daftar dengan membeli produk terlebih dahulu. Setiap ahli yang bakal mendaftar bebas untuk mendaftar keahlian sahaja atau terus membuat pembelian dengan harga ahli yang lebih istimewa.
Namun, sekiranya mereka ingin mendapatkan bonus, syarat minimun adalah mencapai 150 UV dan sekiranya ingin mendapat kehlian percuma, syaratnya adalah mendaftar dengan 200 UV. Contohnya dengan membeli 2 botol Vivix atau 3 kotak Collagen.
Adalah menjadi tanggungjawab upline dalam Shaklee untuk membimbing downline yang turut sama ingin menceburi bidang perniagaan ini.
Sebagai contoh, kami di dalam group iReach yang awesome akan dibimbing tidak kira secara online (group coaching di FB, whatapps, webinar dan sebagainya) dan offline (kelas, bengkel, perjumpaan dan sebagainya).
Semuanya adalah percuma melainkan sekiranya perlu, ahli akan dikenakan kos tertentu yang masih dikira minima.
Shaklee tidak sesekali mengamalkan sistem piramid yang menindas orang baru. Dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih, mereka yang untung lebih. Malah banyak pencapaian dalam sejarah Shaklee, orang yang daftar kemudian mendapat rank yang lebih tinggi daripada mak nenek diaorang (upline/orang yang telah lama mendaftar). Adilkan?
Sebelum sistem secara atas talian dilancarkan di Malaysia, para ahli perlu menelefon atau mendapatkan cetakan bonus bulanan daripada pihak pejabat Shaklee.
Namun, dengan sistem atas talian (online) yang ada sekarang, setiap ahli Shaklee mendapatkan semua maklumat pembelian, bonus, keahlian orang bawah (downline) dan sebagainya dengan lebih mudah, jelas, terperinci dan senang difahami.
Biasanya setiap bulan, pihak Shaklee akan mengadakan pelbagai jenis promosi yang memberi keuntungan kepada ahlinya sendiri. Sebagai contohnya pada bulan lepas, bagi ahli yang layak, dengan pembelian minima 50 UV sahaja, mereka layak mendapat ESP atau Vita-C dengan harga 50% dan percuma Zinc Complex.
Pada bulan ini pula, bagi yang layak, dengan pembelian minina RM 200 – RM 399, layak mendapat free ESP yang harga pasarannya adalah RM 150. Berbaloi-baloi dan rugi sangat siapa yang tak rebut peluang ni.
Yang paling best lagi, bulan ni juga dilancarkan program Percutian Percuma 4 Hari 3 Malam Ke Bangkok Pada Tahun 2016. Tawaran yang julung-julung kali diadakan dan Malaysia adalah negara pertama yang beri offer macam ni tau.
Segalanya jelas dan akan dimaklumkan kepada semua ahli di dalam sistem atas talian atau ada sesetengah ahli yang dihubungi melalui telefon.
Sebenarnya, banyak lagi point yang boleh dikongsikan tapi saya rasa ni dah panjang berjela-jela ni,hehehe. Saya kira, dengan pelan pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak Shaklee ni, kita boleh fikir sendiri sama ada ianya patuh shariah atau tidak, kan?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Dah lama rupanya saya tertinggal nak sambung Sejarah & Latar Belakang Kejayaan Shaklee – Part 1 yang lalu. Banyak sangat perkara yang nak dikongsikan sebenarnya 🙂 Ok, jom kita sambung. …
Dah lama rupanya saya tertinggal nak sambung Sejarah & Latar Belakang Kejayaan Shaklee – Part 1 yang lalu. Banyak sangat perkara yang nak dikongsikan sebenarnya 🙂 Ok, jom kita sambung.
1981 – Shaklee telah mencipta Vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan. Untuk sebiji SR Vita-C Plus yang mengandungi 500mg Vitamin C, ianya akan dilepaskan sebanyak 100mg setiap jam.
Teknologi pelepasan ini akan membantu agar bekalan Vitamin C yang mudah musnah ni lebih lama berada di dalam tubuh kita. Secara tidak langsung, badan kita akan memperolehi bekalan Vitamin C yang lebih baik dan berpanjangan.
Dalam pada itu, Shaklee ni bukan sahaja menjadi pilihan seisi keluarga, malah ianya turut memperkasakan ramai perwira hebat dari seluruh pelusuk dunia.
1983 – rakyat Amerika pertama yang mendaki gunung Everest tanpa oksigen, dibekalkan dengan nutrisi Shaklee
1986 – Peswat Voyager yang dipandu tanpa henti mengelilingi dunia, yang dipandu oleh Dick Rutan dan Jeana Yeager yang diperkasakan oleh Shaklee.
1986 – Shaklee memperkasakan penjelajah Kutub Will Steger
1987 – Jacques Cousteau and The Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam.
1989 – Shaklee telah menganjurkan penanaman 1 juta pokok di Asia
1991 – Shaklee telah dipilih oleh Biosphere 2, sebuah pusat penyelidikan sains untuk digunakan di pusat mereka.
1993 – Angkasawan NASA telang menggunakan AstroAide (Performance Drink, Vitalizer) sebagai peneman di angkasa lepas.
Pergh, banyak kan anugerah yang Shaklee dapat serta yang menggunakan Shaklee ni bukan calang-calang orang atau organisasi. Ni belum cerita lagi pengguna Shaklee yang terdiri daripada peserta Sukan Olimpik serta keterangan yang lebih lanjut tentang anugerah berkaitan alam yang diterima oleh Shaklee. Nanti akan saya sambung ye.
Agak-agaklah kan, kenapa ye mereka pilih Shaklee?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Sana-sini asyik duk bercakap pasal Shaklee jer. Malah Shaklee sekarang dah jadi semacam satu fenomena. Google jer pasal masalah kesihatan, mesti produk Shaklee yang memenuhi ruangan senarai website yang tertera. Jadi …
Sana-sini asyik duk bercakap pasal Shaklee jer. Malah Shaklee sekarang dah jadi semacam satu fenomena. Google jer pasal masalah kesihatan, mesti produk Shaklee yang memenuhi ruangan senarai website yang tertera. Jadi sebenarnya, apalah yang best sangat pasal Shaklee ni?
Secara ringkasnya, Misi Shaklee adalah memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan juga kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa sahaja.
Setiap produk yang masuk ke dalam setiap botol Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, berfungsi tanpa kompromi dan mesra alam.
Untuk lebih detail lagi, apa yang menjadikan Shaklee lebih baik berbanding yang lain adalah:-
1) Sebagai syarikat pemakanan semula jadi nombor 1 di Amerika Syarikat.
2) Menjadi syarikat pertama di dunia yang diperakui Climate Neutral (pengimbangan pelepasan karbon secara total untuk memberi kesan impak yang sifar kepada alam sekitar)
3)Menjana 54 Pingat Emas di sukan Olimpik dengan produk Shaklee
4) Melabur lebih daripada US$ 250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
5) Ujian untuk ketulenan dan keselamatan produk dengan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
6) Bergabung tenaga dengan pengembara Jacques Cousteau, Nobel Laureate Dr Wangari Maathai Nobel Keamanan 2004, dan penyokong bumi lain
7) Memenangi anugerah untuk amalan perniagaan yang mampan dan reka bentuk dalaman yang mesra alam untuk ibu pejabat sedunia Shaklee
8) Mengitar semula 1,000, 000 kadbod daripada syarikat-syarikat lain
Anugerah award terkini yang diungguli Shaklee (Best Brand In MLM – Nutritional Supplements)
Apa yang best nya lagi, Shaklee ni mempelopori model perniagaan yang memberi pilihan kepada orang ramai untuk bekerja dari rumah. Jadi, kita dapat habiskan banyak masa untuk melakukan perkara-perkara penting bagi kita. Macam saya ni, suke! suke! suke!
Selain dapat pendapatan, sebagai pengedar Shaklee kita pun boleh bantu orang lain lebih sihat atau jana pendapatan juga.
Mana kita nak cari sebuah perniagaan yang bukan sahaja menawarkan ganjaran kewangan, malah perjalanan mewah ke lokasi-lokasi eksotik dan pengiktirafan untuk menolong orang. Ni dapat daripada 3C punya ganjaran.
Pada masa yang sama kita turut membuat suatu perbezaan untuk planet ini. Planet yang bakal diwarisi oleh zuriat keturunan kita.
Inilah dia sebahagian daripada apa yang menjadikan Shaklee unik, berbeza dengan yang lain. Bahagian lain adalah kecemerlangan produk tanpa kompromi.
BEST! BEST! BEST!
Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Sebelum ni asyik bercerita pasal produk Shaklee jer kan? Jadi apa kata kita ambil tahu serba sikit tentang latar belakang Shaklee terutamanya siapa orang yang bertanggungjawab memperkenalkan vitamin yang tidak asing …
Sebelum ni asyik bercerita pasal produk Shaklee jer kan? Jadi apa kata kita ambil tahu serba sikit tentang latar belakang Shaklee terutamanya siapa orang yang bertanggungjawab memperkenalkan vitamin yang tidak asing lagi di seluruh dunia ni, di samping kejayaan (milestone) yang telah dicapai oleh Shaklee.
1915 – Dr. Forrest C. Shaklee membangunkan multivitamin pertama di dunia yang dikenali sebagai Vitalized Mineral
1956 – Dr. Forrest C. Shaklee menubuhkan sebuah syarikat berdasarkan Living Harmony With Nature yang beriltizam menghasilkan produk-produk bagi memperbaiki kesihatan insan dan bumi.
1960 – Shaklee memperkenalkan Basic-H Concentrated Organic Cleaner, salah satu pencuci yang boleh dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama.
1961 – Dr. Shaklee mencipta Protein segera iaitu salah satu rumusan pengasingan protein soya yang pertama. Dikenali sebagai Energizing Soy Protein (ESP) yang memang merupakan hot item sepanjang masa.
1972 – Shaklee memperkenalkan salah satu serbuk pencuci pakaian yang boleh dibiodegradasi tanpa fosfat, nitrat atau borat yang pertama. Dikenali sebagai Fresh Laundry Concentrate.
Panduan Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman
Tulis banyak ni pun dah rasa teruja. Nanti saya sambung lagi part-part yang seterusnya. Dengan gambaran awal yang ada ni, sebab itulah Shaklee dengan penuh keyakinan berpegang kepada slogan produknya yang dijamin Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Semulajadi & Sentiasa Mesra Alam.
Falling in Love With Shaklee 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Berita terkini untuk semua pencinta suplemen Shaklee, ibu pejabat Shaklee yang sebelum ini terletak di Empire Towel, Subang Jaya telah berpindah ke Pinnacle, Bandar Sunway, Subang Jaya yang bersebelahan dengan pusat …
Berita terkini untuk semua pencinta suplemen Shaklee, ibu pejabat Shaklee yang sebelum ini terletak di Empire Towel, Subang Jaya telah berpindah ke Pinnacle, Bandar Sunway, Subang Jaya yang bersebelahan dengan pusat membeli-belah Sunway (Sunway Shopping Complex).
Perpindahan pejabat lama ke lokasi pejabat baru ni sudah pasti menjadi petanda yang Shaklee semakin maju, diterima oleh lebih ramai pengguna dan semakin berkembang pesat. Kenapa tu ye? Sebabnya pejabat di Sunway tu lagi besar, Sunway tu sendiri pun tempat tumpuan warga tempatan dan pelancong, lagi ramai orang kat situ. Lepas ni jangan pelik bila tengok ramai pula orang lalu-lalang kat situ, sana-sini shopping Shaklee…hehehe
Sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan dan mendapatkan alamat terkini HQ Shaklee.
Shaklee is pleased to announce that, to better serve its valued customers and distributors, the Malaysia headquarters will be moving to a larger office at the Sunway Pinnacle in Subang Jaya on the 25th of August.
Sekiranya anda ingin mendapatkan alamat cawangan (branches) Shaklee yang lain, boleh rujuk ke page Shaklee Branch.
Terima kasih 🙂