
Resipi Ayam Masak Merah Simple & Sedap Versi Mama KIM
Dah lama betul rasanya saya tak share resipi kan? Harini saya masak ayam masak merah yang memang favourite anak-anak saya. Yang nombor 2, Asif memang suka pedas. Abangnya Kashful, dah mula …
Dah lama betul rasanya saya tak share resipi kan? Harini saya masak ayam masak merah yang memang favourite anak-anak saya. Yang nombor 2, Asif memang suka pedas. Abangnya Kashful, dah mula …
Dah lama betul rasanya saya tak share resipi kan?
Harini saya masak ayam masak merah yang memang favourite anak-anak saya.
Yang nombor 2, Asif memang suka pedas. Abangnya Kashful, dah mula belajar makan pedas. Senang kerja mama macam ni…hehe
Macam biasa, resepi saya simple
2/3 – seekor ayam
3 sudu besar minyak masak untuk menumis.
Sebiji bawang besar merah blend
2 ulas bawang putih blend
1 sudu besar cili boh
1 keping asam gelugur/asam keping
1-2 cawan air
Sedikit gula melaka, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Tumiskan cili boh dan bawang blend hingga garing.
Masukkan ayam dan air.
Masukkan asam keping, gula melaka, garam dan serbuk kunyit.
Biar mendidih dan kuah menjadi pekat.
Rasa dan siap untuk dihidangkan.
Nota: Ayam tu, boleh je gaul sikit garam kunyit dan goreng terlebih dahulu.
Boleh nak tambah serai ketuk dan sos chili serta buah tomato.
Rasai kelainannya.
Selamat mencuba semuanya???
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144
Resipi Hot Scramble Egg with Garlic Bread for Him & for Her ni resipi hujung minggu baru-baru ni. Sajer je lah nak buat resipi ala-ala couple gitu. Sebabnya, kalau hari bekerja …
Resipi Hot Scramble Egg with Garlic Bread for Him & for Her ni resipi hujung minggu baru-baru ni.
Sajer je lah nak buat resipi ala-ala couple gitu. Sebabnya, kalau hari bekerja atau bersekolah, memang saya macam lipas kudung.
Anak sulung jenis nak bawa bekal ke sekolah. Kalau tak dapat bawak tu, memang sedih sangat jadinya. Tak sampai hati mama. Walaupun kalut tiap-tiap pagi, tapi mama happy tau. Sebabnya, bukan semua budak suka bawak bekal. Nak-nak anak lelaki, betul tak?
Jadi, harapkan hujung minggulah nak melayan feeling-feeling gini…hahaha
2 sudu besar butter
4 biji telur ayam
3 biji cili padi dipotong kecil
20 ml atau 1/4 cawan susu segar – kalau tak suka basah sangat, ambil 2 sudu besar jer susu
Secubit garam
Secubit serbuk lada
Roti keping wholegarain/multigrains untuk lebih serat – tapi roti biasa pun boleh jer 🙂
Sedikit serbuk bawang putih
Butter
Ni dia serbuk bawang putih yang saya guna. Campurkan siap-siap 1/2 sudu kecil dengan 2 sudu besar butter. Lepas tu sapu pada roti tadi.
Susu ni saya guna susu tepung bancuh sendiri jer. Fresh milk dah yillek…pandai-pandai lah nak hidup…hehe
Untuk menyediakan telur atau scramble egg, panaskan butter (mentega) ke dalam kuali leper dengan api yang sederhana.
Sementara mentega cair, campurkan semua bahan untuk telur tadi, lepas tu pukul sehingga sebati dan sama rata.
Tapi kalau api dapur tu jenis cepat panas, sediakan bahan telur ni siap-siap sebelum cairkan butter. Kalau tak, nanti butter akan hangus.
Nota: Butter kalau nak kurang masin, boleh pilih “unsalted butter”. Kalau dah beli “salted butter”, kurangkan garam dalam bancuhan telur tu ye. Karang tak pasal-pasal pulak dah jadi terlebih masin 😛
Dah masukkan salam kuali tu, kacau sehingga masak.
Jangan tunggu terlalu kering atau garing, nanti jadi telur dadar hancur plak…hehe
Scramble egg ni, sedap dimakan basah-basah skit tau.
Roti tu nanti, boleh bakar atas kuali yang sama.
Tadaaaa…siap sudah resipi merpati dua sejoli…hohoho..
Zoooommmm skit 😛
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Mulakan hari dengan penuh tenaga, kelazatan dan penuh sihat. Baru sepanjang hari ceria sokmo. Jom try resipi smoothie mangga yang sihat, guna sukatan yang mudah dan semestinya lazat berkhasiat. Bahan-bahan …
Mulakan hari dengan penuh tenaga, kelazatan dan penuh sihat. Baru sepanjang hari ceria sokmo.
Jom try resipi smoothie mangga yang sihat, guna sukatan yang mudah dan semestinya lazat berkhasiat.
– 1 – 1 1/2 mug buah mangga
– 1 mug susu segar
– 1/2 mug ais
– 1/2 mug air sejuk jika perlu
– 2 sudu besar ESP
– 2 sudu besar Meal Shake
– 3-4 sudu besar plain yogurt
Cara Menyediakan Smoothie Mangga
– Kisar semua bahan dalam blender
– Zaaasss, siap dan boleh dihidangkan
Mudah jer ni, pakai mug jer. Ala campak-campak gitu. Bukan Naimah Wahab ler kalau resepi tak mudah….hahaha
Tapi ada kalanya, try jugak resipi yang renyah atau agak komplikated. Kalau bebudak ni suka makan, memang puas hati sangat. Kalau incik suami pun suka resipi baru tu, pun terangat lah mamanyer 😛
Berbalik kepada smoothie mangga ni, memang sangat sihat bila tambah ESP untuk keperluan protein harian dan Meal Shake sebagai multivitamin.
Anak-anak suka tau, cam aiskrim pun ye rasa dia.
Tak dan buat harini, boleh jadikan resipi hujung minggu esok!
Happy trying naih?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Mee @ Bihun @ Kuey Teaw Rebus versi negeri Terengganu ni rupa dia macam sup. Kuah air ala-ala transparent gitu. Sangat berbezalah dengan mee rebus Johor (saya pun suka juga mee …
Mee @ Bihun @ Kuey Teaw Rebus versi negeri Terengganu ni rupa dia macam sup. Kuah air ala-ala transparent gitu. Sangat berbezalah dengan mee rebus Johor (saya pun suka juga mee rebus Johor).
Mee atau bihun rebus versi Terengganu adalah menu paling nak cepat kalau saya tak sediakan nasi.
Juga menjadi menu segera a.k.a on the spot kalau tiba-tiba adik-beradik, saudara-mara atau kawan-kawan call bagitau nak datang rumah.
Saya masak haritu, terlupa nak ambil gambar. Al-maklumlah nak cepat. Kalut punya pasal. Ni saya pinjam gambar Mee Rebus Terengganu kat pinterest.
Selamat mencuba dan menjamu selera 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Singgang dan orang Terengganu berpisah tiada. Hehehe…baru anak ganue sejati, ye dok? Salam hujung minggu semua :D. Hari ni agak lambat bersiaran. Siang tadi bawa adik yang datang ke rumah meronda-ronda …
Singgang dan orang Terengganu berpisah tiada. Hehehe…baru anak ganue sejati, ye dok?
Salam hujung minggu semua :D. Hari ni agak lambat bersiaran. Siang tadi bawa adik yang datang ke rumah meronda-ronda Alamanda.
Harini saya nak share resipi Singgang Asam Pedas Kepala Ikan Merah Terengganu. Resipi ni lebih kurang macam singgang kunyit tu, cuma ada sedikit penambahan bahan kat dalam tu.
Jom kita mulakan!
So simple dan sihat kan? Jangan lupa tau, kurangkan garam dan gula.
Resipi ni memang sesuai untuk orang yang tengah nak kuruskan badan. Ia pun mesra detoks parasit tau.
Tapi kalau cicah dengan budu atau sambal belacan, kene bersabar jelah dengan portion nasi kalau orang tengah berdiet ni…hehehe
Ok, selamat mencuba resipi Singgang Asam Pedas Kepala Ikan Merah Terengganu yang ringkas, mudah dan sedap ni tau:D
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Omelet ni adalah antara menu kegemaran incik suami dan anak sulung saya, Kashful. Kalau buat dengan 3 biji telur pun, diaorang boleh sapu licin omelet ni. Terbayang pulak omelet IHOP sewaktu …
Omelet ni adalah antara menu kegemaran incik suami dan anak sulung saya, Kashful. Kalau buat dengan 3 biji telur pun, diaorang boleh sapu licin omelet ni. Terbayang pulak omelet IHOP sewaktu menetap kat bumi Uncle Sam dulu, Lepas main bowling, lepak kat sini. Spinach Omelette kat IHOP ni antara menu pilihan kat sini. Dia ala-ala veggie omelette gitu
Kalau nak cepat atau tak cukup bahan, guna jer apa-apa yang ada. Abis-abis pun, jadilah telur dadar…hihi
Berminat nak join group detoks parasit bersama-sama saya?
Whatapps ke 019-9377380
Jom kita detoks parasit ramai-ramai:)
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Ini bukanlah siri terbaru cerita Boboiboy ye. Tapi resipi homemade cheesy meatball yang agak propa dan bakal buat semua orang tak sabo-sabo nak try. Percaya tak? Hehehe Kisahnya (asyik ada kisah …
Ini bukanlah siri terbaru cerita Boboiboy ye. Tapi resipi homemade cheesy meatball yang agak propa dan bakal buat semua orang tak sabo-sabo nak try. Percaya tak? Hehehe
Kisahnya (asyik ada kisah jer sokmo, nak masak je kot?), sebelum tu kami pergi shopping kat Alamanda dan saya grab lah kiub keju mozarella.
Memang sajer beli sebab ingat nak buat ala-ala cheese pizza kegemaran Kashful.
Dah habis keju mozarella tu, nak beli lah lagi. Lepas tu, pergi beli barang dapur lagi kat kedai biasa.
Dalam duk kalut-kalut tu, mintaklah keju dengan pekerja kedai tu. Tup-tup, sampai rumah, bukan si mozarella, tapi si cheddar. Adeh, camne boleh silap? Maybe saya tersalah mintak kot.
Daging kisar dah beli sebab plan nak buat bebola daging yang ada keju kat tengah tu.
Tapi, dah salah keju, buatlah ikut menu pada kotak keju tu tapi ada ubahsuai sikit ikut kesuaian bahan-bahan yang ada.
Panjang lah pulok kisahnya, hehehe. Jommmss kita masak!
Hehehe, inilah jawapannya:-
Daripada 1 jer resipi yang berlaku secara tak sengaja, terus dapat buat 3 lagi menu yang berlaian. Jumlahnya jadi 4 jenis makanan yang boleh dimakan pada hari yang berbeza. Kalau sempat buat bebola daging omelet ke atau murtabak bebola daging berkeju, wallah! Tak ke senang jer nak masak ni. Resipi campak-campak, toing!!! Dapat hidangan untuk seminggu…kekekeke
Selamat mencuba ye 😀
Berminat nak join group detoks parasit di bawah kelolaan saya?
Whatapps ke 019-9377380
Jom kita detoks parasit ramai-ramai:)
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Potato salad! Western food kita hujung minggu kalini. Minggu lepas dah terbang ke Jepun bersama sushi sempoi…hehehe. Memang mudah je buat salad kentang ni. Sebelah mata pun senang nak prepare… 😀 …
Potato salad! Western food kita hujung minggu kalini. Minggu lepas dah terbang ke Jepun bersama sushi sempoi…hehehe. Memang mudah je buat salad kentang ni. Sebelah mata pun senang nak prepare… 😀
Kentang tu saya potong dua, lepas tu rebus. Dah empuk tu, terus masukkan ke dalam air, senang nak kupas kulit, lepas tu potong je dengan sudu. Bentuk tu ikut suka hatilah (ni kes terlebih rajin ler nih…hihihi).
Mana cara paling cepat dan mudah, itulah yang kita pilih. Nak-nak bila dah ada hero-hero kecil ni, memang kene multitasking dan work smart gitu, ye tak? 😛
Selamat mencuba resipi salad kentang yang super duper senang dan selamat menajamkan skill campak mencampak naih 😀
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Penggemar sushi, sila jangan kencam ye…hehehe. Resipi sushi ni memang betul-betul simple sebab pakai barang yang ada je. Kalau ikut resipi asal, memang banyak sikit step dan peralatan dia, tapi sebab …
Penggemar sushi, sila jangan kencam ye…hehehe. Resipi sushi ni memang betul-betul simple sebab pakai barang yang ada je. Kalau ikut resipi asal, memang banyak sikit step dan peralatan dia, tapi sebab yang ni agak ringkas, so capai jelah apa yang memenuhi syarat (paling koman pun, wajib ada rumpai laut tu).
Harini nak buat pulut kelapa lagi, tapi terfikirkan 2 in 1 resipi. Nak bikin sushi ni sebab anak sulung saya, Kashful memang sukakan sushi terutamanya inti timun dan telur dadar, juga telur ikan oren tu.
Si adik Asif tu, tukang meriahkan suasana jer, tapi dia pernah makan sushi macam harimau terkam mangsa akibat penat dan lapar lepas berjalan, kikiki. Mungkin sebab sebelum tu minum susu je dan kurang makan walaupun dah puas pujuk.
Eh, panjang plak ceritanye, hehehe. Meh kita tengok resipi dan cara nak buat sushi ni haaa…
Tadaaa…ni sebab tak pakai penggulung dia serta guna rumpai laut yang jenis snek, jadinya agak keras. Nak gulung dan potong pun payah sikit. Serabai sikit pun ye….hehehe…Tak kisah lah, janji ada rupa dan incik suami makan pun dia kata sushi ni sodap! 😀
Tips: Guna pisau yang tajam agar senang potong sushi dan sushi tidak pecah atau mudah melekat pada pisau.
Info sushi: boleh pelbagaikan inti seperti buah avocado, isi ketam, telur ikan, ikan salmon, tuna, salad dan sebagainya.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Ewaahhh, tajuk tak hengat, hehehe. Harini teringin pulak nak makan pulut kelapa. Beras pulut pun dah beberapa hari lepas dah siap-siap beli. Gambar kredit pada resipidaria dan acardapur. Saya …
Ewaahhh, tajuk tak hengat, hehehe. Harini teringin pulak nak makan pulut kelapa. Beras pulut pun dah beberapa hari lepas dah siap-siap beli.
Gambar kredit pada resipidaria dan acardapur. Saya punya belum dihidang lagi. Settlekan baby dulu.
Pulut ni biasanya mak saya tanak atas dapur, tapi saya belasah rice cooker je. Dah ada hero-hero kecil ni, bimbang terhangit plak pulut tu (hehehe…alasan je kot!). Sebenarnya lagi senang pakai rice cooker, sambil-sambil masak pulut tu, bolehlah buat kerja lain, kan kan?
Ok, cikedaut!
Bahan-bahan Pulut Putih Kelapa Parut
Bahan-bahan Kelapa Parut
Bahan-bahan Lain
Cara Menyediakan Pulut Putih Kelapa Parut
Cara Menyediakan Kelapa Parut
Bila pulut dah masak, boleh lah nak bentukkan bulat-bulat atau tak, nak gaul dengan kelapa atau taruk je kelapa tu kat tepi, hidang bersama ikan kering masin dan taburkan beras pulut goreng tadi.
Sedap sedap sedap ?
Jom buat pulut yang senang sangat nih?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia