Entri Hari Ke-7; Cabaran 30 Hari Entry, adalah berkisar tentang Buku Kegemaran Penulis. Buku kegemaran yang menjadi pilihan saya ialah Reader Digest. Buku yang bersaiz mini ni, lebih kecil daripada buku …
Entri Hari Ke-7; Cabaran 30 Hari Entry, adalah berkisar tentang Buku Kegemaran Penulis. Buku kegemaran yang menjadi pilihan saya ialah Reader Digest. Buku yang bersaiz mini ni, lebih kecil daripada buku tulis agak ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Kisah Reader Digest ni sebenarnya bermula sejak zaman belajar dulu. Kiranya untuk mempertingkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan dalam Bahasa Inggeris lah katakan. 🙂
Buku Reader Digest ni terasa agak santai untuk dibaca kerana menggunakan Bahasa Inggeris standard dan struktur serta gaya bahasa yang mudah difahami.
Selain daripada itu, walaupun buku ini bersaiz kecil, namun ianya sarat dengan pelbagai topik dan isu semasa. Di antara bahagian-bahagian utama di dalam buku ini ialah Advice, Health & WellBeing, Stories & Interviews, Food & Recipes serta Home & Garden.
Sewaktu saya bekerja sebagai IT Officer di salah sebuah Syarikat Oil & Gas, setiap ketua bahagian perlu memberi sedikit ucapan beserta sebarang isu sewaktu slot perhimpunan pagi mengikut giliran yang telah ditetapkan. Biasanya saya suka membawa isu Kesihatan dan Keselamatan yang sebahagiannya diambil dari buku ini. Sungguh membantu rasanya 🙂
Pada saya, di samping dapat meningkatkan lagi Bahasa Inggeris, buku Reader Digest ini turut membuka mata kita tentang isu-isu semasa termasuklah isu-isu global. Walau kita belum menjejaki lagi sesuatu ke tempat tu, tapi banyak perkara kita boleh tahu tentangnya.
Kalau nak baca secara online pun boleh. Pergi sahaja ke laman web Reader Digest khas untuk Asia.
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Syoknya nak berangan pasal rumah impian, perkara percuma kan…hehehe Rumah yang menjadi impian saya ni ada unsur-unsur gabungan tradisi dan moden. Saya taklah mengimpikan rumah mewah sebesar istana gitu, tak dapat …
Syoknya nak berangan pasal rumah impian, perkara percuma kan…hehehe
Rumah yang menjadi impian saya ni ada unsur-unsur gabungan tradisi dan moden. Saya taklah mengimpikan rumah mewah sebesar istana gitu, tak dapat den nak round satu rumah kalau terlampau besar sangatlah, tak gitu?
Saya suka rumah banyak bilik, dalam 7 buah bilik gitu. Master bedroom sudah pasti, 1 bilik khas untuk tempat solat, 1 mySOHO, 2 bilik anak, 2 bilik tamu.
Macam besar plak rumah tu? Saya suka kalau tiap bilik tu ada closet, jadi tak perlu guna almari. Bilik pun nampak lagi kemas. Ni kes pengaruh rumah masa posting kat US dulu lah ni.
Saya suka rumah dalam taman dan kebun. Kawasan laman rumah tu biar lapang. Bahagian depan rumah ditanam dengan pokok bunga dan hiasan tapi yang sederhana, bukan sarat sangat.
Pokok orkid pun ok sebab tak cerewet nak jaga. Dulu arwah ayah siap anyan kulit sabut kelapa buat pasu untuk orkid. Kemudian taruk arang. Pastu gantung depan rumah. Sayalah tukang siram pagi petang. Mak saudara yang datang rumah suka kidnap anak pokok orkid tu sebab bunga dia lawa-lawa.
Kawasan belakang rumah saya suka kalau ditanam dengan pokok buah-buahan seperti rambutan merah dan hijau yang menjadi kegemaran anak sulung dan saya sendiri, manggis, pulasan, rambai, mangga, jambu dan betik.
Macam nak berkebun jer??? Hehehe…cukuplah sebatang dua tiap jenis pokok tu.
Pastu nak tanam gak sayur dan herba serba sikit macam sawi, bendi, kacang buncis, cili, kankung, kunyit, halia, lengkuas, bunga kantan dan macam-macam lagi….macam nak jual kat pasar pun ada.
Sebenarnya bercucuk tanam ni adalah hobi arwah ayah. Bila pokok yang beliau tanam keluarkan banyak hasil, beliau akan bahagi-bahagikan pada jiran dan sanak-saudara yang tinggal berdekatan. Saya ni tumpang rasa seronok time kutip hasil jer….kikiki
Satu lagi kesukaan saya sejak dari kecil ialah buaian. Best apa bersantai-santai atas buaian 🙂
Sebab saya suka rumah banyak bilik dan kawasan laman yang luas ni kerana saya nak jadikan rumah saya tempat berkumpul anak cucu, anak beranak, kawan-kawan dan keluarga Myliferia. Senang nak buat aktiviti nanti.
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Wah, mencabar juga Cabaran 30 Hari Entry ni. Ada masanya, apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Tapi tak mengapa, takkan kumengalah. In shaa Allah akan sahut cabaran ini sehingga entri terakhir. …
Wah, mencabar juga Cabaran 30 Hari Entry ni. Ada masanya, apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Tapi tak mengapa, takkan kumengalah. In shaa Allah akan sahut cabaran ini sehingga entri terakhir. Entri hari ke-5 ni agak santai. Wordless Entry-5 gitu…
Ni adalah video Kashful dan Asif bermain bola sepak di dalam rumah. Kiranya indoor activity lah pulak kalini…hihihi
Layannnn 🙂
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Rasanya kalau nak bercerita pasal mak ayah, 7 hari 7 malam tak habis lagi pun. Silap haribulan, mau lahir novel bersiri plak…hehehe Ok, saya bercerita pasal arwah ayah (kan dah datang …
Rasanya kalau nak bercerita pasal mak ayah, 7 hari 7 malam tak habis lagi pun. Silap haribulan, mau lahir novel bersiri plak…hehehe
Ok, saya bercerita pasal arwah ayah (kan dah datang sebak dah) dulu. Arwah ayah saya ni seorang yang tenang, tegas dan sangat penyayang.
Beliau tak perlu cakap banyak, bagi pandangan jer, anak-anak dah faham…hehe. Bila dah besar skit, kita berani lah buat sengeh kerang busuk kalau buat silap.
Kenangan yang saya tak boleh nak lupa tentang beliau, masa tahun 1 saya masuk UTM, Skudai dulu. Pernah sekali saya call (public phone jer…zaman ni handphone pun takde sangat) bertanya khabar.
Dalam borak-borak tu, saya kata rasa nak pakai inai jer. Bukan bersungguh-sungguh pun. Tup-tup tak lama lepas tu, sampai parcel yang ada inai yang siap tumbuk. Ayah tumbuk sendiri inai tu. Mana tak meraung saya tiap kali ingat pasal ni. First time berjauhan.
Kalau dah dekat nak exam tu, mesti nak dengar gak kata nasihat daripada mak dan ayah saya. Walaupun tahu yang nasihat tu hampir sama jer tiap kali call, tapi semacam ada semangat baru yang datang lepas bercakap dengan mereka.
Betapa penyayangnya arwah ayah dan mak saya, teringat saya masa zaman nak balik ke UTM dulu lepas cuti semester. Satu kuali mak dan arwah ayah saya buatkan sambal bilis. Nak buat bekal untuk saya. Kalau air tangan mereka, memang saya akan habiskan jugak. Jadi menu saya dalam seminggu dua tu memang add on sambal ikan bilis lah. Berselera jer makan.
Mak saya pula suka bercerita dan borak-borak dengan kitaorang. Pernah kitaorang masa zaman kegemilangan dulu (masa bujang ler…ekekeke) duk berborak sampai tengah malam. Kadang-kadang sampai pagi buta. Bukan hal orang pun, hal kita-kita jer.
Satu lagi, kalau mak baru lepas dengar ceramah agama ke, motivasi ke, sebelum borak panjang tu, mesti beliau nak share dulu topik yang beliau dengar tadi. Yang ni sampai sekarang pun masih sama. Kalau saya call nak bertanya khabar, kebetulan lepas tengok siaran yang berkenaan, sayalah kene dengar sesi ceramah dan nasihat pendek dulu….hehehe…comel kan???
Dulu masa kecil-kecil, menikus gak dengan ayah, kalau dengan mak, banyak main lagi. Tapi bila dah besar tu, kitaorang rasa more to friendly dengan ayah dan mak.
Ayah suka usik mak, kitaorang yang dah remaja masa tu sama naiklah. Pastu mak yang agak pemalu ni, tersipu-sipu malu. Tapi mak saya peramah dan mudah didekati tau. Biasanya kiaorang suka tanya kisah-kisah zaman muda mak dan ayah. Buat modal nak usik mak sekali. Tersenyum sorang-sorang teringat suasana tu.
Kitaorang dulu kalau mengaji dengan arwah ayah memang kecut perut. Rotan tak tinggal. Tapi yang selalu kene rotan, lantailah…hahaha. Hasilnya, Alhamdulillah, celik al-Quran kitaorang adik beradik walaupun masih banyak lagi perlu belajar.
Apa yang amat mengagumkan tentang ayah saya, beliau memang seorang yang serba boleh. Dari kerja kayu, kerja elektrik, bercucuk tanam dan pengurusan memang beliau sangat bagus walaupun bukan tahap pakarlah. Rosak apa-apa kat rumah ni, beliaulah yang tukang baiki.
Sehinggakan katil budak yang beliau buat untuk kitaorang adik time kecil-kecil dulu, masih boleh guna sehingga cucu beliau. Dua generasi tu. Bukan setakat budak, mak budak pun boleh duduk sekali dalam katil tu.
Kalau mak, bab masak tu, suami selalu puji. Beliau kata, masakan mak saya dan mak beliau sama-sama sedap. Ringan jer mulut nak tanya masakan saya macam mana? hehehe… Sampai sekarang, tiap kali balik kampung, mesti ada bekal lauk nak balik Putrajaya. (^_^)
Sesungguhnya pada saya, arwah ayah dan mak saya adalah insan terhebat yang pernah saya kenal. Saya sentiasa rindu dengan nasihat arwah ayah saya sehingga sekarang. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ayahanda saya yang tercinta dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Juga semoga Allah merahmati kedua ibu bapa saya termasuk mertua. Ameeennn….
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Pejam celik, pejam celik, sudah 3 hari rupanya berlangsung Cabaran 30 Hari Entry ni. Macam-macam perasaan berbaur, cemas takut tak dapat buatlah, excited nak siapkan entrilah, mencicit-cicit nak handle anak-anak, rumah …
Pejam celik, pejam celik, sudah 3 hari rupanya berlangsung Cabaran 30 Hari Entry ni. Macam-macam perasaan berbaur, cemas takut tak dapat buatlah, excitednak siapkan entrilah, mencicit-cicit nak handle anak-anak, rumah dan lain-lain hallah, tapi yang pasti, terasa seronok plak 🙂
Kali ini adalah berhubung Percutian Keluarga. Saya yakin ramai yang mempunyai pengalaman bercuti bersama-sama keluarga tidak kira sama ada di dalam atau di luar negara. Tentu best kan?
Kitaorang in shaa Allah memang akan pergi bercuti sebulan sekali. Nak tahu ke mana? Destinasinya ialah kampung kamilah. Oppss, jangan buat muka pelik ye…hehehe…sebabnya saya ada alasan tersendiri kenapa saya cakap macam tu.
Alhamdulillah, sebelum saya dan suami berkahwin, suami telah diarahkan bertugas ke luar negara. Maka, perkahwinan kami dipercepatkan agar saya pun boleh join skali Incik Hubby ke sana. 🙂 Kalau biar lama-lama, nanti diambil orang plak. Sape tu, sayalah…hahahaha….bajet glamer lah konon….iklan jer ni 😛
Kami berlepas ke bumi Uncle Sam pada 28 Mei 2008. Memang tak terjangkau dek akal yang saya akan menjejakkan kaki di negara 4 musim. Macam-macam perasaan berbaur, sedih, gembira, sayu, teruja, pilu, cemas, tertanya-tanya dan sebagainya. Segalanya berselang-seli di jiwa.
Di sana kami menetap di Vienna, Virginia. Alhamdulillah, kawasan yang agak damai dan selesa. Kejiranan pun ok, ramai diplomat dan foreigneryang berjiran dengan kami. Kami di Amerika selama lebih kurang 3 1/2 tahun.
Macam-macam pengalaman yang kami timba. Memulakan kehidupan berumahtangga tanpa keluarga di sisi agak mencabar. Hanya tawakkal dan doa yang mengiringi kami.
Apa yang agak menduga jiwa saya ialah pemergian ayahanda tercinta selepas hampir 2 minggu pulang daripada mengerjakan Haji tidak dapat saya ada di sisi. Walaupun kami mengambil tiket paling awal, namun, atas dasar jarak perjalanan yang panjang, sempat saya sampai di Malaysia pada subuh ke-3 pemergian ayahanda.
Saya redha dan perkara ini dah diingatkan awal-awal oleh suami. Kata beliau, hidup merantau ni mind setkene kuat. Apa yang paling saya bersyukur, impian ayahanda saya untuk mengerjakan Haji dimakbulkan Allah.
Kami pulang kembali ke bumi bertuah, Malaysia tercinta ini pada 3 Disember 2011.
Kami beruntung kebetulan satu kampung. Tak perlu perang saraf kalau nak balik raya…hehe. Jadi kami menggunakan peluang yang ada untuk menziarahi keluarga terutama ma, mak dan ayah kami. Kadang-kadang walaupun hanya cuti hujung minggu, kami tetap pulang. Jadi, memang tak sempat puas nak bercuti.
Jarak perjalanan di antara Putrajaya-Kemaman lebih kurang 4-5 jam. Walaupun ada masanya terasa penat, tapi kepuasan tu memang tidak dapat digambarkan.
Kalau ada rezeki, in shaa Allah saya kongsikan pengalaman di luar negara serta percutian dalam negara nanti 🙂
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Setiap sesuatu tu pasti ada nama yang mempunyai makna yang tersendiri kan? Kenapa Myliferia? Blog Myliferia lahir pada mulanya kerana saya terlibat dengan Shaklee. Ianya sebagai platform untuk saya berkongsi kebaikan produk ini sekaligus membantu seramai mungkin …
Setiap sesuatu tu pasti ada nama yang mempunyai makna yang tersendiri kan?
Kenapa Myliferia?
Blog Myliferia lahir pada mulanya kerana saya terlibat dengan Shaklee. Ianya sebagai platform untuk saya berkongsi kebaikan produk ini sekaligus membantu seramai mungkin orang yang mempunyai masalah kesihatan, sekaligus yang ingin mendapat pendapatan sampingan di luar sana.
Selain daripada itu, maklumat yang ingin dikongsi turut merangkumi tentang pelbagai aspek termasuk keibubapaan, kekeluargaan, tips dan pertua, malah perkara-perkara yang agak santai.
Hal ini semua sememangnya berkaitan seluruh kehidupan kita atau “LIFE“.
Dengan berkongsi maklumat dan mengenali individu yang mempunyai nilai diri positif yang sangat tinggi, ia turut sama memberi impak auranya terhadap diri kita. Selain daripada itu, pada diri saya, kepuasan hidup yang sebenar dapat dirasai apabila kita boleh membahagiakan orang lain.
Caranya terpulang sama ada dengan bantuan material, sokongan moral atau bertukar-tukar info serta pengalaman dan sebagainya.
Betapa saya sangat teruja setiap kali mendapat feedback positif dari pengguna, hanya Allah yang tahu. Itulah “RIA“, positif dan sihat jasmani, rohani, akal, nafsu, EQ, IQ dan keseluruhannya. Kita memberi tanpa syarat untuk menerima tanpa had.
Hasrat jangka panjang saya ialah Myliferia bakal menjadi brandtersendiri yang berdiri gagah seiring dengan brand-brandtersohor dunia suatu hari nanti, bukan sahaja untuk Shaklee, malah lebih meluas. Saya berharap TARGET BESAR dalam hidup saya tercapai dengan pelaksanaan target-target kecil yang berterusan, ameennn…inshaa Allah.
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Sebagai usaha memaksarelakan diri mengemaskini blog supaya tidak bersawang, saya akan menyahut cabaran daripada diaryofmuhammad.com untuk Cabaran 30 Hari Entry. Macam-macam perasaan berbaur, excited, cuak, tercabar, rasa masa yang menghambat dan …
Sebagai usaha memaksarelakan diri mengemaskini blog supaya tidak bersawang, saya akan menyahut cabaran daripada diaryofmuhammad.com untuk Cabaran 30 Hari Entry. Macam-macam perasaan berbaur, excited, cuak, tercabar, rasa masa yang menghambat dan nak pengsan takut tak dapat buat pun ada…hehehe
Berikut merupakan topik yang perlu dibuat selama 30 hari. Terasa kembali ke zaman kampus plak… 😛
Hari #1: Pengenalan tentang diri anda. Gambar terbaru
Hari #2: Makna di sebalik nama blog anda
Hari #3: Percutian keluarga
Hari #4: Segalanya tentang ibu bapa anda
Hari #5: Video tentang telatah anak/anak saudara anda yang mencuit hati
Hari #6: Rumah impian anda (lagi bagus kalau letak gambar)
Hari #7: Buku yang anda suka
Hari #8: Lokasi pelancongan impian anda
Hari #9: Impian yang sedang anda usahakan
Hari #10: Outdoor activity kegemaran anda
Hari #11: Quote yang sangat bermakna buat anda
Hari #12: Kereta impian anda (lagi bagus kalau letak gambar)
Hari #13: Jika income anda sejuta ringgit sebulan, setiap bulan, apa perancangan anda?
Hari #14: Restoran kegemaran anda
Hari #15: Cadangan untuk menjadikan Malaysia a better place to live
Hari #16: Sesuatu yang anda rindui
Hari #17: Perkara terbaik yang berlaku kepada anda pada minggu ini
Hari #18: 3 perkara yang anda sukakan tentang personaliti anda
Hari #19: Perkara yang membuatkan anda takut
Hari #20: Perkara yang membuatkan anda tercabar
Hari #21: Binatang kesukaan anda
Hari #22: Pakar motivasi kegemaran anda
Hari #23 Insan terpenting kepada anda
Hari #24: Cara terbaik habiskan masa lapang
Hari #25: Obsession anda
Hari #26: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada ibu bapa anda
Hari #27: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada pasangaan anda
Hari #28: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada anak-anak/anak saudara anda
Hari #29: Apa definisi kejayaan menurut anda
Hari #30: Impian anda untuk 30 hari akan datang
Ok, cabaran Hari #1: Pengenalan Tentang Diri Anda. Gambar terbaru
Saya merupakan ibu kepada dua orang anak syurga lelaki yang semakin membesar. Anak sulung saya ialah Kashful, berusia 4 tahun, manakala yang ke-2, Asif, baru nak masuk 14 bulan.
Jarak umur Kashful dengan Asif hampir 3 tahun lebih. Kiranya sedikit jauh jugak lah kan? Pada awalnya, Kashful agak sukar nak sesuaikan diri dengan kehadiran adik ni. Maklumlah dah biasa bersendirian.
Cabaran yang timbul terutamanya nak minta dia berkongsi barang-barang serta sayangkan adik. Memang risau kalau keadaan ini berterusan. Apa saya buat?
Ajar berkongsi. Selalu cakap kat Kashful sharing is so much fun! Mama kene mix language sebab dia lahir di luar negara, tapi sekarang, Bahasa Melayu dia dah kira jauh lebih baik walaupun ada jugak sengau slang tu…hehehe
Ajar Kashful tentang giliran seperti nak tengok channel TV, guna barang-barang, dan sebagainya
Tunjukkan keseronokan bermain dengan Asif – kalau Asif ketuk kepala atau tepuk-tepuk muka saya – saya ketawa (sambil-sambil tu cakaplah “adik, tak boleh buat macam ni, sakit nanti”)
Lakukan aktiviti bersama – mandikan dia bersama, main bersama
Positifkan perkara negatif – “Elak guna perkataan ‘marah, geram, benci, bising dan sebagainya’. Gantikan dengan perkataan ‘perlahan, lembut, baik, sayang’. Maknanya kalau nak larang, JANGAN kata “Jangan marah adik“, sebaiknya guna “Cakap perlahan dengan adik/be nice/be gentle with adik“.
Minta Kashful jaga Asif sekejap kalau nak ke bilik air/solat/ambil barang (dalam pemantauan juga ye)
Puji Kashful selalu bila dia buat sesuatu yang positif dengan adik – contoh:-
Mama bangga sangat Kashful suka tolong mama jaga adik
Pandainya kashful jaga adik
You are the best kids
You are the best big brother
Tunjukkan Asif sayang/cari Kashful, cakap kat Kashful
Asif love you very much
Kashful, adik nak main dengan abang ni
Kashful, cepat datang, adik nangis nak Kashful
Doa sentiasa kepada Allah. Yang ini sudah pasti sebab DIA yang memegang hati kita.
Hasilnya sangat Alhamdulillah. Kashful sekarang bukan setakat nak peluk cium Asif, siap serah diri kasi adik lenyek dia lagi. Pastu riuh-rendah panggil mama minta diselamatkan. Dah adik punya berat kurang 3-4 kg jer dari abangnya. Mana tak semput kawan tu….hahahaha
Sedikit perkongsian daripada pengalaman sendiri. Walaupun hidup dalam cabaran, sentiasa tenang dan redha menghadapinya. Pasti Allah hikmahkan dengan sesuatu kemanisan yang tidak terduga.
Kepada pembaca myliferia.my yang budiman, kalau nak join cabaran ni pun sekali, jomlah. Nanti tinggalkan komen ye. Boleh saya menjejaki kalian pula. Seronok beramai-ramai buat assignment ni 🙂
Terima kasih 🙂
Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan seluruh Malaysia,
Omega-3 sememangnya mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan kita. Ianya sejenis lemak politaktepu yang boleh didapati di dalam minyak ikan. Jenis Omega-3 dalam minyak ikan ialah DHA dan EPA. Ianya dikategorikan …
Omega-3 sememangnya mempunyai banyakkebaikan untuk tubuhbadan kita. Ianya sejenis lemak politaktepu yang boleh didapati di dalam minyak ikan. Jenis Omega-3 dalam minyak ikan ialah DHA dan EPA. Ianya dikategorikan sebagai keperluan atau essential kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan Omega-3 dengan sendiri. Omega-3 inilah yang boleh ditemui di dalam OmegaGuard Shaklee.
Menurut National Institut of Health, supplement minyak boleh membantu mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan dan mereka yang mengalami hypertensi.
Bagaimana Omega-3 Berkerja Menurunkan Berat Badan?
Berdasarkan kajian oleh American Journey of Psysiology, Endocrinology & Metabolisme, pengambilan Omega-3 yang konsisten akan menurunkan paras lemak dan tindakbalas badan terhadap leptin.
Apa Itu Leptin?
merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel lemak,berinteraksi dengan bahagian otak yang kawal rasa lapar dan kenyang.
leptin yang bermutasi menyebabkan seseorang sering berasa lapar. Keadaan ini membawa kepada obesiti. Akibat obesiti, leptin tidak dapat berfungsi dengan sempurna, menyebabkan tubuh tidak dapat menerima isyarat leptin dengan baik – pada masa yang sama menjadikan seseorang itu sentiasa lapardan ingin makan.
Tips Meningkatkan Komunikasi Leptin-Otak
Makan Buah dan Sayur Segar
Makan 5-10 hidangan buah dan sayur segar setiap hari dapat memperbaiki fungsi leptin dan menghantar signal ke otak bahawa kita sudah kenyang. Buah dan sayur juga rendah kalori dan tinggi fiber. Jadi takde masalah kalau nak makan banyak-banyak. Pada masa yang sama, berat badan terpelihara.
Tidur Yang Cukup
Kekurangan tidur juga akan menyebabkan gangguan terhadap hormon. Keadaan ini turut mempengaruhi kadar leptin. Dengan tidur yang cukup, penghasilan leptin berada pada kadar yang optimum.
Megambil Omega-3
Terlalu banyak molekul terhasil untuk melawan inflamasi bagi mereka yang obesiti. Dengan mengambil Omega-3, bukan sahajan dapat memperbaiki fungsi leptin, malah membantu tubuh melawan inflamasi. Ini kerana Omega-3 merendahkan kadar inflamasi.
DapatkanOmegaGuard Shaklee yang bertaraf farmaseutikal, diperbuat daripada ikan-ikan terpilih yang lebih baik dari hati ikan.
Setiap keuntungan daripada pembelian produk Shaklee bermula Disember 2013 – Febuari 2014 akan disalurkan ke dalam Tabung Dana Mangsa Banjir.
5% akan saya ambil daripada pendaftaran ahli baru termasuk jumlah bayaran barang-barang sewaktu pendaftaran. Jumlah ini adalah dari wang saya sendiri. Bukan dibayar oleh ahli baru.
Nota: Menjadi memberbukan untuk bisnes sahaja tapi juga hanya untuk makan sendiri. Selain daripada mendapat harga ahli, anda layak mendapat cash back pada bulan seterusnya andai telah mencapai point tertentu.
Pada awalnya saya ingin menulis entry tentang produk Shaklee, namun saya batalkan hasrat saya tu. Saya rasa terpanggil dan sedih sangat mengenangkan nasib semua mangsa banjir yang terlibat. Sebagaimana yang kita …
Pada awalnya saya ingin menulis entry tentang produk Shaklee, namun saya batalkan hasrat saya tu. Saya rasa terpanggil dan sedih sangat mengenangkan nasib semua mangsa banjir yang terlibat. Sebagaimana yang kita ketahui, banjir yang sangat dasyat telah melanda Kuantan (Pahang), Kemaman (Terengganu), Kelantan, Johor dan Melaka. Namun, dua tempat yang paling terjejas teruk adalah di Kuantan dan diikuti Kemaman.
Mak dan adik-adik saya memang menetap di Kemaman, tapi kawasan rumah kitaorang Alhamdulillah tak dinaiki air. Namun ramai sangat kenalan serta saudara mara saya yang terlibat dengan banjir kali ni. Mengingatkan keadaan ini, jiwa terasa meronta-ronta ingin membantu. Berikut merupakan beberapa keping gambar keadaan banjir yang amat parah di Kemaman.
Sememang banjir sudah semakin reda. Namun, proses pemulihan banjir tersebut mungkin akan mengambil masa selama berbulan-bulan, malah sehingga bertahun-tahun. Bayangkan, Kampung Mak Chili yang sebahagiannya boleh digelar kawasan elit sebab banyak rumah mewah yang dibina, ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.
Dari seorang yang kaya-raya, boleh bertukar sekelip mata menjadi papa-kedana. Bukan sahaja mereka kehilangan harta benda, malah mungkin akan mengalami gangguan emosi serta trauma dengan tragedi banjir yang memang langsung tidak terduga ini.
Tengah tulis entri kali ni pun, saya sambil menangis teresak-esak. Saya sebak. Entah kenapa kali ni jiwa saya tewas.
Dengan itu, bermula dari bulan Disember 2013 sehingga Febuari 2014, saya ingin melancarkan “Tabung Dana Mangsa Banjir”. Buat sesiapa yang mendapatkan produk Shaklee dari saya di dalam tempoh yang dinyatakan tadi, segalakeuntungan hasil pembelian akan saya salurkan kepada tabung tersebut.
Begitu juga yang mendaftar ahli dengan saya. 5% akan saya ambil dari yuran keahlian termasuk pembelian barang-barang yang dibuat semasa pendaftaran untuk tujuan yang sama juga. Ni bukan new member perlu tambah duit, tapi saya akan guna duit saya sendiri.
Nak jadi member tu bukan untuk terlibat bisnes jer, yang nak makan sendiri pun sama. Sebab, bila jadi member, bukan sahaja dapat murah, malah bila dah capai pointtertentu, tengah bulan seterusnya akan dapat cash back.
Harta kita yang sebenar adalah yang kita kumpul untuk “ke sana” nanti. Yang kat dunia ni akan kita tinggalkan jer, kan?
Note: Terima kasih buat upline dan group member yang sentiasa mengingatkan untuk ke arah kebaikan – besarkan tabung infaq dengan pelbagai cara.
Terima kasih sudi meluangkan masa membaca entri ini 🙂
Senarai Doa-doa al-Ma’thurat Sughro 01. Surah Al-Fatihah Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan terkutuk. (1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. …
01. Surah Al-Fatihah Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan terkutuk. (1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. (2) Segala puji bagi Allah (SWT), Tuhan Semesta Alam. (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (4) Yang menguasai hari pembalasan (kiamat). (5) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan. (6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (7) (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan mereka yang dimurkai) dan bukan pula jalan orang yang sesat.Fadhilat Wirid
Dalam satu hadith yang diriyawatkan oleh Ubai Ibn Ka’ab (ra) sesungguhnya Rasulullah (SAW) bersabda
“Demi nyawaku yang di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada satu surah Taurat, dalam Injil, dalam Zabur dan dalam Al – Furqan seumpamanya (Al-Fatihah).Sesungguhnya ia tujuh ayat yang diulang-ulangkan dari Al-Quran al-‘Azim yang diberikan kepada aku.”
02. Al-Baqarah (1-5) (1) Alif, Laam, Miim. (2) Kitab (Al-Quran) ini tidak ada sebarang keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (3) Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki mereka yang Kami anugerahkan kepada meraka (4) Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan yang diturunkan sebelummu serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat (5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.
Fadhilat Wirid
Tiap pekerjaan yang penting yang tidak dimulakan dengan bacaan Basmalah maka ia kurang berkat.
Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al-Baqarah pagi hari, tidak dihampiri oleh syaitan hingga ke petang dan jika ia membaca seperti itu di petang hari, tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi dan tidak akan ia lihat sesuatu yang tidak diingini pada anak buahnya dan harta bendanya.
-Hadith riwayat Ibn Mas’ud (ra)
03. Al-Baqarah 255 (Ayat Al-Kursi)
Dialah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Dia yang sentiasa hidup lagi sentiasa mengurus hamba-Nya sendirian, tidak dipengaruhi oleh mengantuk dan tidur. Dialah yang mempunyai segala di langit dan segala di bumi, siapakah gerangan yang memberikan syafaat di sisi-Nya dengan hak tidak dengan keizinan-Nya? Tuhan mengetahui apa yang di hadapan mereka dan mereka tidak meliputi (mengetahui) sesuatu dari ilmunya melainkan barang yang dikehendaki-Nya. Maha Luas Kursi (kerajaan)-Nya meliputi sekalian langit dan bumi. Dan tiada berat bagi-Nya memelihara keduanya dan dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.Fadhilat Wirid
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud (RA), Rasulullah (SAW) bersabda: “… sesiapa yang membaca sepuluh ayat ini: Empat di awal surah Al – Baqarah, ayat Kursi, dan dua ayat berikutnya dan akhir surah Al – Baqarah, maka rumahnya akan selamat daripada dimasuki syaitan hingga ke pagi hari.”
04. Al-Baqarah 256-257 (256)Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu orang yang tidak mempercayaai taghut dan beriman kepada Allah, dia berpegang kepada simpulan (ajaran agama) yang teguh serta tidak akan putus. Dan ingatlah, Allah Maha mendengar, lagi Maha mengetahui.(257)Allah Pelindung(Yang mengawal dan menolong) orang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (Kufur) kepada cahaya(Iman). Dan orang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (Iman)kepada kegelapan (Kufur). Mereka itulah ahli neraka. Mereka Kekal di dalamnya.
05. Al-Baqarah 284-285 (284) Kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah (SWT) akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan kamu itu. Maka, Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.(285) Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.( Mereka mengatakan): ” Kami tidak membezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari Rasul-rasulNya”, dan mereka mengatakan : ” Kami dengar dan kami taat”, (Mereka berdoa): ” Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepda Engkaulah tempat kami kembali.
06. Al-Baqarah 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksaan (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan Kami janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berikanlah maaf kepada kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
07. Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(1)Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa”,
(2)Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
(3)Ia tidak mempunyai anak dan Ia jugak tidak diperanakkan
(4)Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya
Fadhilat Wirid
Abdullah bin Khubaib (RA) berkata: Di satu malam gelap dan hujan lebat, kami keluar mencari Rasulullah (SAW) untuk bersama – sama sembahyang dengannya dan kami temuinya lalu baginda bersabda sesuatu, maka saya tidak berjata apa. Kemudian baginda bersabda lagi hingga tiga kali, saya terus berkata: “Wahai Rasulullah, apakah yang saya hendak baca?” Maka baginda bersabda: “Bacalah surah Al – Ikhlas, Al – Falaq, dan Al – Naas waktu petang dan pagi tiga – tiga kali nescaya memadai untuk engkau segala sesuatu.”
(Riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan An – Nasa’ie)
08. Surah Al-Falaq
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(1)Katakanlah (Wahai Muhammad): “Katakanlah: Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian Makhluk,
(2)daripada bencana para makhluk ciptaan-Nya
(3)dan daripada bahaya gelap apabila ia (merangkak) masuk,
(4)dan daripada bencana kejahatan makhluk – makhluk yang menghembus – hembus pada pelbagai simpulan sihir
(5)dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
09. Surah An-Nas
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(1)Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia”,
(2)Yang menguasai sekalian manusia.
(3)Tuhan yang layak disembah oleh sekalian makhluk
(4)Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam,
(5)yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia,
(6)(iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”
(Pagi)” Kami hayati pagi ini ya Allah di mana pada pagi ini kerajaan alam ini di tanganMu. Puji untuk Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Tidak ada Tuhan sebenarnya melainkan Dia. KepadaNya kami bakal dihimpunkan.”Fadhilat Wirid
Rasulullah (SAW) selalu membaca ayat tersebut di waktu pagi dan petang.
(Riyawat Ibnu Sunni dan Al – Bazzar)
(Petang) ” Kami hayati petang ini ya Allah di mana pada pagi ini kerajaan alam ini di tangan-Mu. Puji untuk Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Tidak ada Tuhan sebenarnya melainkan Dia. Kepada-Nya kami bakal dihimpunkan.”
(Pagi) “Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimah Ikhlas (dan prinsip) keikhlasan. Berpegang kepada agama Nabi-Mu Muhammad (SAW), yang juga agama bapa kami (Nabi) Ibrahim dengan setulus hati. Dan (Nabi) Ibrahim sama sekali bukan seorang yang musyrikin.”Fadhilat Wirid
Rasulullah (SAW) selalu mengajar kami (para sahabat) membacanya apabila masuk waktu pagi dan petang.
(Dikeluarkan oleh Ibn Abdullah, Imam Ahamad)
(Petang) “Kami hayati suasana petang ini atas landasan fitrah dan perwatakan islam. Berpegang kepada kalimah Ikhlas (dan prinsip) keikhlasan. Berpegang kepada agama Nabi-Mu Muhammad (SAW), yang juga agama bapa kami (Nabi) Ibrahim dengan setulus hati. Dan (Nabi) Ibrahim sama sekali bukan seorang yang musyrikin.”
(Pagi) “Ya Allah, pagi ini kami kecapi nikmat pemberian-Mu, kesihatan dan perlindungan-Mu, maka sempurnakan nikmat, afiat dan perlindungan-Mu terhadap kami di dunia dan akhirat.”Fadhilat Wirid
Daripada Ibn Abbas (RA), dia berkata bahawa, Rasulullah (SAW) telah bersabda :”Barang siapa yang membaca pada pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka adalah menjadi hak Allah (SWT) menyempurnakan nikmat ke atasnya.”
(Riwayat Ibnu Sunni)
(Petang) “Ya Allah, petang ini kami kecapi nikmat pemberian-Mu, kesihatan dan perlindungan-Mu, maka sempurnakan nikmat, afiat dan perlindungan-Mu terhadap kami di dunia dan akhirat.”
(Pagi) “Ya Allah, apa saja nikmat yang kami dapati pagi ini dari mana-mana makhlukMu maka sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bagiMu. Puji dan kesyukuran (kami) untukMu.”Fadhilat Wirid
Berkata Abdullah bin Ghanam al-Biyadzi (RA), sabda Rasulullah (SAW): “Sesiapa yang membaca waktu pagi dan petang sebanyak 3 kali, menunjukkan ia telah naikkan kesyukuran kepada Allah hari dan malam tersebut.”
(Petang) “Ya Allah, apa saja nikmat yang kami dapati petang ini dari mana-mana makhluk-Mu maka sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bagi-Mu. Puji dan kesyukuran (kami) untuk-Mu.”
“Wahai Tuhan, untukMu pujian yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu.”Fadhilat Wirid
Daripada Abdullah bin Umar (RA), Rasulullah bercerita: ” Seorang hamba Allah (SWT) membaca (bacaan di atas) maka terasa lemah dua malaikat dan tidak tahu bagaimana untuk mencatit ganjarannya, lalu malaikat terus mengadu kepada Allah (SWT), katanya: ‘Ya Allah! Seorang hamba Engkau membaca satu bacaan yang kami tidak tahu bagaimana untuk mencatit ganjarannya’ Firman Allah (SWT): “(Yang memang mengetahui) Apa yang dibaca olehnya?” Maka jawab malaikat ” Ia membaca (bacaan di atas).” ‘ Firman Allah : ‘ Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hambaKu itu sehingga ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu’.”
(Riyawat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
“Redhalah aku berTuhankan Allah, beragamakan Islam dan bernabi serta ber-Rasulkan Muhammad.”Fadhilat Wirid
Daripada Abi Salam (RA), iaitu seorang khadam Nabi (SAW), dia berkata: ” Aku mendengar Rasulullah (SAW) bersabda: ‘Sesiapa membaca waktu pagi dan petang (bacaan di atas) sebanyak tiga kali adalah menjadi hak ke atas Allah memberi keredhaan’.”
(Riwayat Abi Daud dan Tarmidzi, An – Nasa’ie dan Al – Hakim)
“(Kami ucapkan) Maha Suci Allah dengan segala tahmidNya, sebanyak makhluk ciptaanNya, serela hatiNya, seberat timbangan ‘ArasyNya dan sebanyak tinta kalimahNya.”Fadhilat Wirid
Daripada Juwairiah Ummul Mukminin (RA) sesungguhnya Rasulullah (SAW) keluar aru tempatnya pagi-pagi hari apabila baginda selesai sembahyang subuh dan dia masih dalam masjidnya, kemudian Rasulullah (SAW) balik semula selepas baginda sembahyang sunat Dhuha. Lalu sabda Rasulullah (SAW) : “Engkau masih berada seperti dalam keadaan masa saya keluar tadi.” Jawab Juwairiah: “Ya.” Maka sabdanya lagi: “Sesungguhnya saya telah membaca selepas itu empat kalimah (bacaan di atas) sebanyak tiga kali di mana jika boleh ditimbangkan dengan apa yang dibaca sejak pagi tadi sudah tentu saya timbangkan.”
“Ya Allah, sesungguhnya kami mohon perlindunganMu daripada mensyirikkanMu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampun kepadaMu daripada apa jua perkara yang tidak kami ketahui.”Fadhilat Wirid
Daripada Abu Musa al-Ash’ari : Suatu hari Rasulullah (SAW) telah memberikan ucapan kepada kami demikian sabdanya: “Wahai manusia, hendaklah kamu takut daripada syirik kerana ia merupakan satu benda sulit yang lebih sulit daripada melatanya semut.” Maka ditanya oleh seorang hamba Allah (SWT) : “Bagaimanakah wahai Rasulullah kami terus memeliharanya sedangkan ia lebih sulit daripada melatanya semut ?” Maka jawab baginda (SAW): “Bacalah olehmu sebanyak tiga kali setiap hari (bacaan di atas).”
“(Kami ucapkan) Dengan nama Allah yang segala sesuatu di langit mahupun di bumi tidak akan memberikan apa-apa mudharat selama bersama dengan namaNya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”Fadhilat Wirid
Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana-mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap-tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali insyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya.
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.”Fadhilat Wirid
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: “Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?”
Jawab Abu Amamah: “Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah.”
Maka jawab baginda : “Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?”
Jawabnya: “Ya!”
Lalu baginda bersabda: “Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas).”
Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud)
“Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badanku. Ya Allah, sejahterakanlah pendengaranku dan Ya Allah sejahterakanlah penglihatanku.”Fadhilat Wirid
Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah (RA), dia pernah berkata kepada bapanya: ” Wahai bapaku, saya mendengar bapa selalu mengulang-ulang doa (bacaan di atas) tiap-tiap pagi dan petang.” Jawab bapanya: ” Ya! Bapa dengar Rasulullah berdoa seperti itu, maka bapa ingin menyebut sunnahnya.”
(Riwayat Oleh Abi Daud)
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kufur dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. (Ikrar kami) Tidak ada Tuhan (yang sebenarnya) kecuali Engkau.”Fadhilat Wirid
Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah (RA), dia pernah berkata kepada bapanya: ” Wahai bapaku, saya mendengar bapa selalu mengulang-ulang doa (bacaan di atas) tiap-tiap pagi dan petang.” Jawab bapanya: ” Ya! Bapa dengar Rasulullah berdoa seperti itu, maka bapa ingin menyebut sunnahnya.”
(Riwayat Oleh Abi Daud)
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan diriku. Aku (hanyalah) hambaMu. Aku berusaha sedaya upaya untuk setia memegang janjiMu. Aku berlindung kepadaMu ya Allah akibat dari kejahatan yang terlanjur telah aku lakukan.
Ya Allah, aku mengaku sekian banyak nikmatMu kepada aku dan aku mengakui juga akan sekian banyak dosaku, maka ampunkanlah dosaku. Tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau.” Fadhilat Wirid
Daripada Syaddad bun ‘Aus (RA) daripada Nabi (SAW) bersabda: ” Penghulu istighfar ialah (bacaan di atas), sesiapa yang membaca penuh dengan keyakinan setiap pagi dan petang maka sekiranya ia mati di waktu itu insyaAllah akan dimasukkan ke dalam syurga.”
(Riwayat Al – Bukhari)
“Aku mohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan kecuali Dia, Tuhan yang sentiasa hidup dan berkekalan (mentadbir alam ini) dan aku bertaubat kepadaNya (akan segala dosaku).” Fadhilat Wirid
Daripada Zaid, Maula Nabi (SAW) berkata: “Aku dengar bapaku menceritakan kepada aku, daripada nenekku ia dengar Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca (bacaan di atas) maka diampunkan segala dosanya.”
(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
“Maha Suci Engkau ya Allah dengan segala kebesaran dan tahmid. Aku jadi saksi dan mengaku bahawa tiada Tuhan lain kecuali Engkau. Aku pohon ampun dariMu akan segala dosa kesalahan.” Fadhilat Wirid
Jubair bin Mat’am (RA) berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang membaca (bacaan di atas) hingga akhir, dalam mana-mana majlis zikir, maka adalah sama seperti meterai (cop) yang dimeterikan atasnya dan jika di baca dalam majlis-majlis yang bukan zikir adalah sebagai kifarat (penutup segala kesalahan dan dosanya).”
(Riwayat An – Nasa’ie, Thabrani dan Al – Hakim)
Ya Allah, restuilah dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad, sebagai hamba, Nabi dan Rasul-Mu yang Ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Kami pohon sebanyak bilangan apa saja yang di ketahui oleh-Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam-Mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab-Mu.
“Terima dan redhailah ya Allah akan penghulu-penghulu kami, Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya, juga para tabi’in dan orang yang mengikut jejak langkah mereka sehinggalah ke hari pembalasan. Terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya”. Fadhilat Wirid
Imam Nawawi menulis dalam kitabnya (al-Azkar) : “… kami riwayatkan dalam Hilyatul Aulia daripada Sayyidina Ali: Sesiapa yang ingin menyukat dengan penyukat yang lebih sempurna, maka katakanlah di akhir mana-mana majlis dengan (bacaan di atas).”
Surah Ali-Imran (26-27) (26)Katakanlah: “Katakanlah, Ya Allah, pemilik kekuasaan (kerajaan) alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghina siapa yang Engkau mahu. Di tanganMu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya, Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja. ” (27)Engkau mengganti siang dengan malam dan menggantikan malam dengan siang. Engkau menerbitkan sesuatu yang hidup dari sesuatu yang kaku (mati) dan Engkau menerbitkan sesuatu yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu.”
“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (ad-Deen) cara hidup yang jitu dan unggul selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah).”
Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para du’at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini ….(bayangkan wajah-wajah rakan persejuangan) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
Amin.