
Selamat Tahun Baru 2015 Yang Gemilang
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Bagaimana dengan azam tahun baru? Adakah target dan impian tahun lepas telah tercapai semuanya? Semoga tahun 2015 ni, lebih …
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Bagaimana dengan azam tahun baru? Adakah target dan impian tahun lepas telah tercapai semuanya? Semoga tahun 2015 ni, lebih …
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Bagaimana dengan azam tahun baru? Adakah target dan impian tahun lepas telah tercapai semuanya?
Semoga tahun 2015 ni, lebih banyak perkara-perkara positif yang dapat kita lakukan dan semoga segala impian yang dilakar dapat kita capai dengan jayanya.
Apa yang paling penting, sentiasa berterusan mengubah sikap dan pemikiran kita ke arah yang lebih baik.
Qalbu adalah nadi penting yang akan menyebarkan aura positif dan perangsang kepada tindakan yang menjurus ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
All The Best Buat Semua Sahabat, Keluarga dan Pengunjung Myliferia 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Semalam saya dan suami bawa Kashful dan Asif pergi ke Mini Legoland. Wah, bunyi macam Legoland kat Johor Bahru jer kan? hehehe…sila jangan bayangkan macam tu tapi memang tempat kanak-kanak bermainlah. …
Semalam saya dan suami bawa Kashful dan Asif pergi ke Mini Legoland. Wah, bunyi macam Legoland kat Johor Bahru jer kan? hehehe…sila jangan bayangkan macam tu tapi memang tempat kanak-kanak bermainlah.
Sebenarnya tempat ni adalah rumah kedai 2 tingkat yang dijadikan Pusat Permainan Kanak-kanak yang diberi nama Kid’s Atom Zone. Terletak di Taman Mawar, Sepang. Diberi jolokan Mini Legoland sebab permainan dia adalah juga ala-ala lego gitu, dari saiz kecil hingga besar.
Saya tahu pasal Mini Legoland ni selepas Tadika Bondamama Bijak IQ tempat Kashful belajar bawa pelajar mereka ke sana. Balik jer dari sana, hari-hari Kashful duk harut (merengek-rengek) minta dibawa ke sana.
Masa dia asyik ajak ke Legoland tu, jenuh jugalah terangkan pada dia yang Legoland jauh, papa masa tu oustation…bla..bla..bla…
Sekali bila dah tahu yang Legoland yang dimaksudkan itu adalah Kid’s Atom Zone, baru berani janji nak pergi. Budak-budak jangan sebarang janji, nanti mereka akan tuntut hingga tertunai…hehehe. Lagipun nak ajar mereka bercakap benar serta menunaikan janji kan.
Jom layan gambar kanak-kanak riang ini sedang teruja bermain 🙂
Kalau sesiapa berminat nak bawa anak-anak pergi ke sana, boleh hubungi pihak Kid’s Atom Zone seperti di bawah:
Para pakar mendapati ukuran otak kanak-kanak yang jarang diajak bermain 30 peratus lebih kecil berbanding otak anak normal yang sebaya dengannya. Rata-rata kanak-kanak yang cerdas dan ceria adalah kanak-kanak yang sentiasa diajak belajar dan berfikir ketika bermain.
Jadi ajaklah anak-anak untuk sentiasa bermain! Di mana-mana sahaja. Asalkan persekitarannya tempat bermain adalah selamat dan kondusif.
Pada saya harganya dah sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kegembiraan yang anak-anak akan dapat nanti. Ikutkan diaorang, memang tak mahu balik. Berkampung kat situ pun takpe….hehehe. Tapi janganlah dibandingkan dengan KidZania pulak, jauhlah bezanya, padanlah dengan harga kan? 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Anda ingin dapatkan B Complex? B Complex Shaklee mengandungi 120 biji dan berharga RM 53.75. Anda boleh Order Sendiri B Complex tersebut secara online. Boleh juga hubungi saya …
B Complex Shaklee mengandungi 120 biji dan berharga RM 53.75. Anda boleh Order Sendiri B Complex tersebut secara online.
Boleh juga hubungi saya seperti sekiranya anda ingin:-
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Tahun 2014 ni beruntung semua hamba Allah yang mendapat jemputan daripada Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadah haji. Pada tahun ini, wukuf di Arafah jatuh pada hari Jumaat, …
Tahun 2014 ni beruntung semua hamba Allah yang mendapat jemputan daripada Yang Maha Esa untuk menunaikan ibadah haji. Pada tahun ini, wukuf di Arafah jatuh pada hari Jumaat, yang mana haji tahun ini dikira sebagai haji akbar atau haji besar (utama). Ganjaran pahala 70 tahun mengerjakan haji.
Mashaa Allah. Beruntungnya mereka. Semoga dikurniakan haji yang mabrur buat semua jemaah haji. Semoga Allah menjemput pula kami ke sana suatu hari nanti.
Hubungi saya sekarang 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Malam tadi suami ajak pergi makan nasi arab sebab teringin kata beliau. Ok layan, boleh gantung periuk belangan sekejap…hehehe Kami ke restoran Mr. Kabab & Biryani (Mr. KB) yang terletak di …
Hubngi saya sekarang 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Baru-baru ni saya teringin nak makan cendawan goreng bersalut tepung. Tepung buatan sendiri atau omputeh panggil homemade mix flour gitu 🙂 Resipi ni saya tak sempat google, apply kan apa yang …
Baru-baru ni saya teringin nak makan cendawan goreng bersalut tepung. Tepung buatan sendiri atau omputeh panggil homemade mix flour gitu 🙂 Resipi ni saya tak sempat google, apply kan apa yang diajar oleh kenalan kami sewaktu kami ke Los Angeles dulu. Resipi asal ni beliau buat ayam goreng ala-ala KFC.
Mudah jer sebenarnya. Bahan-bahan ni saya main campak-campak sahaja tapi nanti saya buat anggaran sukatan supaya senang korang nak dapat gambaran macam mana nak buat resipi cendawan goreng rangup ni ye.
TIPS MASAKAN: Selepas 2-3 kali memasukkan cendawan, tambah sedikit tepung beras ke dalam bekas untuk mengelakkan adunan tepung menjadi masin.
Ini kerana garam yang mempunyai tekstur yang lebih besar dan berat berbanding tepung dan rempah, mudah tertinggal di dalam bekas. Nanti cendawan yang kemudian tu jadi masin plak.
Selamat mencuba. Resipi ni memang enak, cepat dan mudah disediakan.
Hubungi saya sekarang 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Minggu lepas kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Kangsar. Sebenarnya percutian ni adalah pencutian yang tidak dirancang, berlaku on the spot gitu. Kisahnya, Sabtu lepas, sebaik sahaja menunaikan solat Zohor, …
Minggu lepas kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Kangsar. Sebenarnya percutian ni adalah pencutian yang tidak dirancang, berlaku on the spot gitu.
Kisahnya, Sabtu lepas, sebaik sahaja menunaikan solat Zohor, suami saya ajak jalan-jalan ke sebelah utara. Saya terus cadangkan untuk ziarah keluarga Kak Puteri dan En. Mee. Plan asalnya nak pergi beli barang basah kat pasar borong Selayang, tapi telah bertukar kepada percutian plak 🙂
Sebenarnya kami memang dah lama berniat nak ziarah Kak Puteri dan En. Mee sebelum ini, namun masa jer yang tak mengizinkan untuk bercuti. Kebetulan lepas raya haritu, 3 hujung minggu berturut-turut kami berulang-alik ke kampung sebab ayah mertua saya kurang sihat. Sekarang ni dah Alhamdulillah.
Tak sangka pula bila kita tak merancang, menjadi lah pulak…hehehe. En. Mee ni adalah orang pertama yang saya jumpa sewaktu kami touch down di Lapangan Terbang Dulles, Amerika Syarikat pada 29 Mei 2008 dulu. Beliau merupakan rakan sekerja suami saya di Kedutaan Malaysia di sana.
Lepas en. Mee jemput kami, beliau bawa kami ke rumah beliau di Virginia. Di sana, kami dijamu dengan nasi lemak oleh Kak Puteri, Alhamdulillah, terubat rindu masakan tanah air sekejap. Sekarang ni mereka tinggal di Taman Sri Chandan, Kuala Kangsar. Berdekatan sangat dengan Istana Iskandariah dan Masjid Ubuddiah.
Kitaorang sampai sana dalam pukul 8 malam lebih. Masuk jer rumah mereka, wahhhh, cantiknya. Rumah pusaka yang telah diubahsuai ala-ala Inggeris gitu. Tak puas saya layan setiap sudut rumah mereka ni. Walaupun rumah mereka sederhana besar, tapi susun aturnya sangat menarik.
Keesokannya sementara menunggu tamu en. Mee dan kak Puteri datang, kami dibawa melawat sekitar Kuala Kangsar serta beberapa tempat menarik seperti Masjid Ubuddiah, Makam DiRaja, Istana Iskandariah, istana lama yang dah jadi Muzium Diraja Perak dan Sungai Perak (Kangsar).
Lepas tu kembali ke rumah mereka dan menunggu ketibaan tetamu yang berasal dari Terengganu. Geng satu negeri ambe :). Tetamu mereka ialah Tuan Haji Mohd Dan dan Kak Ros (alamak, saya lupa nama penuh) serta rakan mereka Tuan Bahrain dan Kak Ani (hehehe…lupa nama penuh gak).
Yang tak sangka tu Tuan Haji dan Kak Ani, ni dah berpangkat Dato Datin tapi orangnya so humble dan cool. Marah kita panggil pangkat-pangkat ni. Tulah kan, orang kaya bertambah tawaduknya, jangan pula kita yang kurang kaya, meninggi sombongnya ye.
Lepas tu, kitaorang semua pergi ke kebun en. Mee. Kat sana diaorang buat bangsal ala-ala rumah. Siap ada tandas, TV, dapur dan barangan elektrik serta kelengkapan rumah yang lain. Macam rumah betul gitu, cuma masih dalam fasa penyambungan.
Kat kebun tu ada macam-macam pokok buah-buahan tapi bukan musim dia lagi. En. Mee bagitau, nanti dah musim durian beliau nak panggil kitaorang. Durian yang ada ni nama dia Durian Udang, lagi best dan tinggi gred dia berbanding Musang King. Wahhhh, bestnya, akan kutunggu saat itu!!!
Lepas tu kami dijamu dengan cempedak kebun goreng serta laksa kuala. Best!!! En. Mee nak beli cendol yang sedap kat situ tapi kebetulan hari Ahad kot, kedai cendol tu tutup. Takpelah, takde rezeki lagi makan cendol. Kalau nak tahu, laksa kuala dan cendol ni adalah signature kat sini.
Dah petang tu, kitaorang balik rumah en. Mee dan Kak Puteri. Lepas Isyak, kitaorang bertolak balik ke Putrajaya dengan perasaan yang happy sangat. Mungkin sebab niat nak menziarah, Allah besarkan lagi ukhwah kami kenal dengan orang-orang baru serta dapat pergi ke tempat-tempat yang menarik walaupun dalam waktu yang agak singkat.
Seronok tau Kuala Kangsar. Saya suka suasana dia sebab tenang dan tak sibuk macam KL. Oppss, orang kat KL jangan marah 😛 Maksud saya, Kuala Kangsar ni adalah salah satu tempat yang best untuk dilawati serta kalau nak tenangkan fikiran. Jom ler ke Kuale!
En. Mee dan Kak Puteri, terima kasih di atas hospitality. Seronok kami dapat berjumpa dan bercuti di sana. Semoga Allah sentiasa menggandakan rezeki serta rahmat-Nya buat akak sekeluarga.
Hubungi saya segera 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Nasi lemak ni memang evergreen punya makanan. Pergi mana-mana pun mesti tak boleh tinggal. Kalau lama tak makan, mesti nak pekena jugak. Boleh kalah mengidam orang tengah mengandung…hehehe …
Nasi lemak ni memang evergreen punya makanan. Pergi mana-mana pun mesti tak boleh tinggal. Kalau lama tak makan, mesti nak pekena jugak. Boleh kalah mengidam orang tengah mengandung…hehehe
Kalau diikutkan pelbagai resipi nasi lemak yang boleh diambil kat internet ni. Kalini saya nak berkongsi resipi nasi lemak yang simple jer tapi pada tekak saya ni, okelah, sehari suntuk pun boleh layan 😛
3 pot beras (saya guna beras basmathi)
4 pot campuran santan dan air tapis
1/2 inci halia yang dihiris
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Minyak untuk menumis
Cili kering kisar/cili boh
Bawang besar merah/bawang kecil merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bilis
Gula melaka
Garam jika perlu
Hirisan timun
Telur rebus/telur goreng mata
Basuh beras seperti biasa
Sukat air bersama santan, lebihkan campuran air dan santan jika menggunakan beras jenis keras seperti basmathi.
Masukkan hirisan halia
Masukkan daun pandan yang dicarik-carik seterusnya disimpulkan
Masukkan garam
Gaul perlahan setelah masak
Panaskan minyak
Tumis bawang dan cili kisar sehingga garing
Masukkan sedikit air
Masukkan bilis
Masukkan gula melaka
Jangan letak garam dahulu, sekiranya perlu, baru tambah garam
Jika anda ingin menggoreng asing bilis, masa kisar cili atau bawang, boleh masukkan sedikit bilis untuk beri rasa yang lebih enak pada sambal.
Biarkan sambal kering dengan api yang kecil, lagi lama, lagi best. Boleh tambah sedikit air jika sambal terlalu kering
Tambah bahan-bahan lain seperti timun dan telur rebus/goreng. Kalau suka, boleh tambah kacang tanah goreng, ayam berempah dan macam-macam lagi.
Selamat mencuba!
Hubungi saya sekarang 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Collagen Powder ni sangat sinonim dengan awet muda. Sebut jer perkataan kolagen, mesti orang terbayangkan kulit yang gebu, cantik, awet muda dan berseri-seri. Malah sekarang ni, berlambak-lambak produk berasaskan kolagen di …
Collagen Powder ni sangat sinonim dengan awet muda. Sebut jer perkataan kolagen, mesti orang terbayangkan kulit yang gebu, cantik, awet muda dan berseri-seri. Malah sekarang ni, berlambak-lambak produk berasaskan kolagen di pasaran.
SCP atau Shaklee Collagen powder ni sangat-sangatlah istimewa. Kenapa tu? SCP ni bukan sahaja baik untuk kecantikan luaran kita, malah turut berperanan dalam kesihatan dalaman kerana tubuh kita ni terutamanya tulang kita, hampir 80% kepadatan tulang adalah terdiri daripada kolagen. Jadi, tak hairanlah Shaklee Collagen Powder ni mempunyai banyak sangat keistimewaan serta fungsinya untuk tubuh kita.
Nampak kan betapa pentingnya kolagen untuk tubuh kita. Collagen Powder ni inshaa Allah menyokong segala fungsi dan keperluan tubuh badan kita seperti yang dinyatakan di atas ni.
Oh ya, bulan ni ada promosi berkembar Meal Shake, Beli 3 Dapat 4, membeli sambil beramal, serta Collagen Powder, Beli 6, Dapat 7 Kotak.
Shaklee Collagen Powder ni mengandungi 15 sachet dalam setiap kotak dan berharga RM 298. Kalau join ahli, dapat harga yang tersangat jauh lebih murah. Walaupun 15 sachet, boleh tahan sehingga sebulan lebih tau, tapi ada caranya 🙂
Sekiranya anda ingin mencuba SCP ni, anda boleh Order Sendiri Shaklee Collagen Powder atau hubungi saya untuk mendapatkan penjimatan yang berganda atau keahlian percuma 🙂
Eh, baru perasan, topik wordless, tapi banyak pulak terlajak membebel….hehehe
Cuaca panas macam sekarang ni memang best kalau dapat minum air lai chi kang sebab air ni memang mengandungi bahan-bahan untuk menyejukkan badan. Baru-baru ni saya ada menjemput jiran bertandang …
Cuaca panas macam sekarang ni memang best kalau dapat minum air lai chi kang sebab air ni memang mengandungi bahan-bahan untuk menyejukkan badan.
Baru-baru ni saya ada menjemput jiran bertandang ke rumah. Sebenarnya beliau ada nak datang sebelum ni tapi kebetulan pula saya berada di kampung pada waktu tersebut. Menu simple jer, nasi lemak dan lai chi kang mewah. Dua-dua ni saya dah lama sangat teringin nak makan.
Kali ni memang saya bikin lai chi kang yang memang sarat dengan ramuan dia. Bukan apa, kalau beli kat kedai makan tu, ada sesetengah bahan dia tu ada yang tak kene dengan tekak, komplen nampak? hahaha
Saya rebus sekali longan, kurma merah, beras barli dan biji teratai. Kemudian masukkan bahan-bahan rendaman lain seperti cendawan kuning, biji selasih dan buah kembang semangkuk. Jangan lupa masukkan gula perang untuk beri rasa manis. Akhir sekali masukkan laici dan nata de coco.
Lai Chi Kang haritu saya hidang suam-suam sebab kebetulan tetamu saya kurang sihat. Kalau suka sejuk, boleh tambah ais. Simpan dalam peti sejuk pun best. Terasa original lai chi kang tu 😀
Amacam, terliur tak? hahaha….Betul-betul rasa puas sangat hari tu makan nasi lemak bersama lai chi kang yang sarat dengan bahan-bahan terpilih dan memang semua saya suka. Dari siang sampai malam. Siap boleh simpan lagi satu bekas air besar tupperware tu. Balik dari kampung, sambung lagi minum….kikiki
Nanti jangan lupa try resepi ni tau. Mewah tu sebenarnya sebab banyak bahan dia. Lepas tu kalau kat kedai, belum tentu dapat semuanya. Lagipun, buat sendiri, lagi puas hati nak minum dan makan bahan-bahan dia tu. Lepas tu pulak, terjamin pun kebersihan dia kan?
Lagipun, bahan-bahan dia mudah jer nak dapat, boleh cari kat kedai runcit terutamanya di kawasan berdekatan pasar atau pun di pasaraya. Ni pun ada lagi bahan-bahan kering lai chi kang yang masih berbaki. Lain kali pulalah nak bikin 🙂
Oh, ye, saya da buat satu lagi versi Laici Kang Raya. Sedikit bahan tambahan baru dimasukkan kat dalam Laici Kang tu. Nanti boleh try eh.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144