Resipi Ikan Tumis Asam Chef Hanieliza Mudah & Lazat
Pagi ni belek-belek buku Senangnya Memasak – Ikan & Makanan Lauk dari Chef Hanieliza. Saje nak cari idea untuk minggu ni punya masakan. Hari ni dah ada menu pun sebenarnya…hehe. Akhirnya …
Pagi ni belek-belek buku Senangnya Memasak – Ikan & Makanan Lauk dari Chef Hanieliza. Saje nak cari idea untuk minggu ni punya masakan. Hari ni dah ada menu pun sebenarnya…hehe. Akhirnya …
Pagi ni belek-belek buku Senangnya Memasak – Ikan & Makanan Lauk dari Chef Hanieliza. Saje nak cari idea untuk minggu ni punya masakan. Hari ni dah ada menu pun sebenarnya…hehe. Akhirnya mataku berkenan pulak kat menu Ikan Asam Tumis. Memang nampak simple je resipi dia. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak menyediakannya.
Mudah kan? Senang saya masukkan siap-siap dalam blog ni. Nanti kalau tiba-tiba terasa nak masak, senang nak rujuk kembali. Selamat mencuba juga ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Hehehe….iye-iye jer tajuk kan? Sebenarnya bulan Mac ni adalah bulan kelahiran saya. Jadi sempena bulan yang sangat bermakna dalam hidup saya ni, saya nak kongsikan kegembiraan bersama-sama pengunjung blog myliferia.my ni. …
Hehehe….iye-iye jer tajuk kan? Sebenarnya bulan Mac ni adalah bulan kelahiran saya. Jadi sempena bulan yang sangat bermakna dalam hidup saya ni, saya nak kongsikan kegembiraan bersama-sama pengunjung blog myliferia.my ni. Atas penghargaan untuk pengunjung blog yang datang ke sini, apatah lagi yang setia kembali sokmo, saya adakan Myliferia March Giveaway Bonanza, nak kasi hadiah kepada top 3 tukang komen, 3 blog sumber serta hadiah misteri 🙂
Syarat-syarat dia mudah jer. Di antaranya ialah:-
1) Buat satu entri ringkas berkenaan giveaway ni dengan tajuk “Myliferia March Giveaway Bonanza” dan buat pautan (link) kepada blog myliferia.my.
2) Jemput like page Myliferia.
3) Maklumkan serta buat link (pautan) terhadap blog sumber giveaway ni dalam entri tersebut. Maknanya nyatakan daripada blog mana anda dapat tahu berkenaan giveaway ni. Ada hadiah juga untuk pemilik blog sumber ni tau. Den tengah baik hati ni nak kasi hadiah kat ramai orang 😀 😀
4) Tak kisah siapa blogger yang terlibat, tinggal kat mana-mana pun (dalam atau luar negara) TAPI perlu ada alamat di Malaysia untuk pengeposan hadiah, in case terpilih sebagai pemenang kan?
5) Sebarang perubahan berhubung giveaway ni akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya perlu/ada.
6) Masukkan poster Myliferia March Giveaway Bonanza seperti di bawah pada bahagian sidebar atau mana-mana bahagian blog anda dan link kan ke entri ini.
7) Giveaway ini bermula daripada 1 Mac 2016 sehingga 31 Mac, 11.59 pm (mungkin terdapat perubahan waktu pada saat-saat akhir, jadi alert tau!)
Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-8 saya dan suami pada hari ini (29 Mac 2016), maka saya berbesar hati untuk memanjangkan sedikit tempoh giveaway ni selama 2 hari daripada tarikh asal. Jadi tarikh tutup terkini adalah 2hb April 2016, pada jam 11.59 malam.
8) Masukkan link entri blog anda berkenaan Myliferia March Giveaway Bonanza ke dalam kotak komen entri ini dan pada kotak komen di dalam page myliferia (sila klik dan masukkan link di sini).
9) Seorang pemenang boleh menerima lebih daripada 1 hadiah tapi hadiah utama (Top 3) hanya seorang pemenang sahaja. Namun, pemenang Top 3 boleh menang juga Hadiah Blog Sumber sebab mana tahu pemenang yang lain tu dapat info giveaway ni daripada blog anda kan? Ada lagi tau, anda juga mungkin boleh jadi pemenang Hadiah Misteri.
10) Komen minima adalah 7 patah perkataan (sempena giveaway ni je 🙂 )
11) Kepada pemenang nanti, hadiah perlu dituntut sebelum 1 bulan selepas tarikh pengumuman (so nanti, silalah beri alamat dan contact number ye, melainkan memang nak derma kat orang lain…kikiki).
Itu jelah, syarat-syarat Myliferia March Giveaway Bonanza, mudah kan? Satu lagi nak jemput follow Instagram: NaimahWahab. Tapi ni bukan syarat tau. Kalau sudi, terima kasih banyak-banyak 🙂
TAPI
Ada satu lagi hadiah nak bagi iaitu Mystery Gift. Pasal apa dapat gift ni? Tunggulah pengumumannya nanti ye.
InshaaAllah, pengumuman pemenang akan dimaklumkan dalam blog ini serta page Myliferia sebelum 7 April dan pengeposan hadiah akan dilakukan sebelum 15 April.
Cupcake & Cookies Stencils daripada Paula Deen, chef selebriti Amerika Syarikat terkenal nih. Barang ni bukan untuk cupcake dan cookies semata-mata je tau. Banyak kegunaan dia lagi. Boleh digunakan untuk buat kad ucapan atau macam-macam lagi lah.
Yang lebih best lagi tu, sesiapa yang ada anak kecil atau yang bersekolah rendah, boleh bagi diaorang guna. Secara tak langsung, barang ni boleh merangsang motor skill pada tangan serta daya fokus mereka juga. Boleh guna alat tulis ataupun peralatan mewarna seperti water colour. Best kan?
Untuk makluman semua, hadiah ni adalah dari Amerika Syarikat. Tapi jangan sedih pulak tengok tag “Made In China” sebab barangan buatan China untuk US ni tak sama macam yang jual kat negara kita tau. Ikut standard US tapi diaorang buka kilang kat negara China, jadi made in China lah.
Dah nama pun hadiah misteri, jadi kene tunggulah sehingga habis bulan Mac ni, baru dapat tahu….hehehe
Saya pulak yang tak sabar rasanya, terlebih excited sudah…hehehe. Semua hadiah untuk Myliferia March Giveaway Bonanza ni saya dah ketepikan untuk dipokan nanti. Hadiah Misteri jer yang sedang dalam proses ni. Jemputlah join ye semua pengunjung blog Myliferia yang dirahmati-Nya sentiasa. Semoga keceriaan jua mengiringi kalian.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Resipi nuget ayam ala-ala cinta hatiku ni terhasil secara tak sengaja sebenarnya, hehehehe. Ekoran buat jus lobak merah susu (carrot susu), maka terhasillah nuget ayam ni. Camana tu? Kisahnya, sebelum ni …
Resipi nuget ayam ala-ala cinta hatiku ni terhasil secara tak sengaja sebenarnya, hehehehe. Ekoran buat jus lobak merah susu (carrot susu), maka terhasillah nuget ayam ni.
Camana tu?
Kisahnya, sebelum ni saya ada buat jus carrot susu. Lepas tu ada hampas carrot tu kan? Hampas tulah yang saya guna. Sayang nak buang weh, kan tak baik membazir. Hak penting sekali tu sebab hampas tu kan tinggi serat. Manfaatkanlah untuk kesihatan, ya tak? 😀
Carrot tu saya blend asing. Campur susu kemudian.
Wokeh, jom tengok resipi dan cara nak sediakan nuget ayam ni.
Selamat mencuba ye. Mudah je ni, resepi nuget ayam ni main campak-campak jer. macam biasalah KIM (K Imah) kan suka yang mudah, ringkas tetapi sihat 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Tiba-tiba terasa pulak nak makan kuih koci. Kali ni saya tak buat lagi kuih koci tu. Cuma cari resipi terlebih dahulu. Untuk mengelakkan resipi ni hilang, saya share dululah kat sini. …
Tiba-tiba terasa pulak nak makan kuih koci. Kali ni saya tak buat lagi kuih koci tu. Cuma cari resipi terlebih dahulu. Untuk mengelakkan resipi ni hilang, saya share dululah kat sini. Nanti tercari-cari pulak kan.
Sebenarnya saya lebih gemarkan kuih koci inti kacang merah, tetapi kebanyakan resipi buat kuih koci ni dengan inti kelapa. So, mengodek-godek jugaklah tadi. Hasilnya adalah gabungan kuih koci pulut hitam dan inti kacang merah.
Bahan-bahan
Campur sebati tepung beras dan pulut hitam bersama air. Jangan curahkan air semuanya sekaligus, nanti doh terlalu lembik. Masukkan sedikit-sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan (macam nak buat onde-onde/kuih buah melaka).
Baki air tersebut dalam 3 sudu besar.
Tutup sekejap dengan kain untuk mengelakkan doh menjadi kering dan keras.
Bahan-bahan
Macam banyak jer step dia tapi bila dah buat rasanya mudah je ni kan? Selamat mencuba ye. Tapi kalau kalian ada resipi yang mudah lagi sedap, boleh gak share kat sini.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Biasanya saya suka berkongsi menu masakan dari Terengganu kan? Kalini nak tukar selera terus ke western food. Sekali-sekala tukar tune tekak ni, apa salahnya kan? hehehe. Hujung minggu ni, best juga …
Biasanya saya suka berkongsi menu masakan dari Terengganu kan? Kalini nak tukar selera terus ke western food. Sekali-sekala tukar tune tekak ni, apa salahnya kan? hehehe. Hujung minggu ni, best juga kalau bersarapan dengan Sup Cendawan Penuh Berkrim (Homemade Creamy Mushroom Soup) dan Roti Bawang Putih (Garlic Bread).
230 gram cendawan segar (biasa saya guna cendawan butang) dipotong nipis – kalau tiada pilihan, cedawan butang dalam tin pun ok.
2 sudu besar bawang besar yang dicincang kasar
1-2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar mentega
2-3 sudu besar tepung gandum – ketepikan.
2 cawan stok ayam
1 cawan krim cair (light cream) / 1 cawan susu sejat (saya guna susu segar)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 buku roti Perancis (kalau takde, boleh guna roti keping Gardenia tu jer 🙂 )
1/3 cawan keju Parmesan yang diparut (boleh guna yang dah sedia diparut dalam pek)
1/2 cawan mentega yang dinyahbekukan
2 sudu besar serbuk bawang putih (kalau takde, tumbuk lumat jer 2 ulas bawang putih…hehe)
1 sudu besar daun parsley kering
Kalau nak senang, sapu jer campuran mentega kat roti keping, goreng tanpa minyak atas kuali leper. Settle! Kalau takde oven pun, masih boleh makan garlic bread kan? 🙂 😀
Sebenarnya, kalau tak buat sarapan, buat makan petang atau untuk supper pun best jugak. Kalau order pizza kan, selalunya mesti nak jugak tambah sup cendawan serta roti bawang putih ni. Jadi, kalau nak puas makan satu keluarga, baik bikin sendiri. Boleh makan sampai pengsan… 😛
Selamat mencuba ye!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Tahun Islam 1436 Hijriah telah berlalu pergi dan kini datang pula tahun 1437 Hijriah. Terasa begitu pantas masa berlalu. Seperti baru jer semalam membacakan doa awal dan akhir tahun Islam. …
Tahun Islam 1436 Hijriah telah berlalu pergi dan kini datang pula tahun 1437 Hijriah. Terasa begitu pantas masa berlalu. Seperti baru jer semalam membacakan doa awal dan akhir tahun Islam.
Tidak hairanlah Allah telah bersumpah dengan masa di dalam surah Al-‘Asr yang mana kalau kita berfikir secara sepintas lalu pun, ini menunjukkan betapa pentingnya masa.
Semoga kedatangan Tahun Baru Hijrah ini membuka lembaran baru untuk kita menjadi lebih baik, lebih berani untuk mengubah masa depan yang lebih cemerlang.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Tawaran yang diterima oleh tunang saya untuk bertugas di Amerika Syarikat pada awal tahun 2008 yang lalu telah mengubah sedikit-sebanyak perjalanan hidup kami. Pada mulanya, majlis perkahwinan yang dirancang diadakan pada …
Tawaran yang diterima oleh tunang saya untuk bertugas di Amerika Syarikat pada awal tahun 2008 yang lalu telah mengubah sedikit-sebanyak perjalanan hidup kami. Pada mulanya, majlis perkahwinan yang dirancang diadakan pada bulan Ogos telah dipercepatkan kepada bulan Mac.
Walaupun agak rushing dan hampir setiap hujung minggu saya dalam keadaan yang agak sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan, namun Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Pada 29 Mac 2008, selamatlah kami diijabkabulkan. Penerbangan ke sana sepatutnya pada bulan April, tapi memandangkan ada dokumen yang terlibat masih dalam proses pada waktu tersebut, maka tarikh penerbangan ke sana telah diubah kepada 29 Mei 2008.
Kami menaiki pesawat Malaysia Airlines System (MAS) daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Taiwan selama 5 jam. Transit di sana selama 2 jam. Kemudian penerbangan diteruskan ke Los Angeles (LA) selama 16 jam. Transit lagi di LA selama 9 jam. Seterusnya dari LA, terbang ke Lapangan Terbang Dulles selama 6 jam.
Perjalanan dan transit memakan masa hampir 38 jam. Memang satu pengembaraan yang panjang. Kalau travel dengan anak-anak kecil, mesti lagi mencabar.
Sampai di Dulles airport, kami disambut oleh Encik Azmi, rakan sepejabat suami di sini. Beliau membawa kami singgah di rumah beliau terlebih dahulu.
Yang bestnya, kami dijamu dengan nasi lemak. Alhamdulillah, terubat rindu yang baru bertaut pada keluarga dan tanah air.
Sebelah petang tu, kami dibawa ke hotel di Oakwood, Vienna, Virginia. Hotel ala-ala apartment satu bilik yang lengkap peralatan dapur, mesin basuh dan peti sejuk, microwave dan mesin pengering baju. Kira sangat selesa rasanya.
Hampir sebulan juga kami kat hotel tu sebelum masuk ke rumah sendiri di kawasan berdekatan. Rumah kami dipanggil town house. Rumah 3 tingkat, dalam 4-5 rumah satu blok. Jiran-jiran pun kebanyakkannya orang luar. Ada dari Arab, Korea dan lain-lain negara.
Sebelum berlepas ke sini, ada juga kebimbangan di hati sesetengah ahli keluarga dan kenalan tentang layanan masyarakat setempat. Tetapi semuanya lenyap sama sekali dengan kemesraan yang ditunjukkan.
Antara perkara yang saya sangat kagumi adalah akhlak dan sikap (attitude) masyarakat di sini.
Salah satu yang paling ketara ialah sikap sewaktu di atas jalan raya. Pejalan kali memang terasa bagaikan raja di jalan raya. Katakan kita berada di hadapan pasar raya dan ingin melintas, memang semua kenderaan akan segera memberi laluan. Ibarat seperti tak perlu nak toleh kiri kanan, boleh terus jalan. InsyaaAllah selamat nak melintas.
Kalau nak dibandingkan di negara kita, pejalan kaki yang berada di lintasan belang (zebra line) pula yang terpaksa memberi laluan kepada kenderaan yang sedang lalu-lalang.
Kalau berada di atas jalan raya, mereka sangat bertolak ansur dan mematuhi peraturan jalan raya. Mengikut giliran apabila berada di simpang yang tiada traffic light.
Ibarat kata pepatah, akhlak Islam dan budaya timur yang boleh dijumpai di barat gitu. Bukanlah ingin mengagungkan mereka tapi ambil mana yang positif, apa salahnya kan?
Jangan lupa juga terjah entry saya tentang Pengalaman Memetik Buah Peach & Ceri serta Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di Luar Negara.
Tawaran untuk suami bertugas di luar negara ni bagaikan mendapat tiket honeymoon gitu. Tapi honeymoon yang panjang, sampai 3 1/2 tahun, hehehe.
Apa yang paling berharga ialah kami belajar hidup berdikari selepas berkahwin. Jauh daripada keluarga serta tanah air. Hidup di perantauan betul-betul membentuk jiwa menjadi lebih kuat, kental dan bergantung pada-Nya.
Alhamdulillah dengan secebis kenangan dan pengalaman yang sentiasa terpahat di hati. Semoga dikurniakan rezeki untuk ke sana lagi. Tapi kalini sebagai pelancong pulak. Baru best nak layan feel tu, ameen.
Jom layan gambar-gambar kenangan saya kat sana. Sengaja ingin saya abadikan di dalam blog ni agar ianya kekal menjadi kenangan terindah.
Rasa macam nak tempek semua gambar kat sini mengenangkan hard disk yang save kebanyakan gambar tahun-tahun terawal di US dulu dah crash. Memang sayang sangat. Harap-harap gambar sewaktu sebelum bertolak ke US serta yang dah hilang tu dapat dicapai kembali.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Rasanya macam dah lama tak berkongsi resipi kan? Almaklumlah, hujung minggu lepas pergi Program Pembangunan Kepimpinan Shaklee, hujung minggu ni pula Program Jejak Jutawan Shaklee. Tapi kali ni, nak juga kongsi …
Rasanya macam dah lama tak berkongsi resipi kan? Almaklumlah, hujung minggu lepas pergi Program Pembangunan Kepimpinan Shaklee, hujung minggu ni pula Program Jejak Jutawan Shaklee. Tapi kali ni, nak juga kongsi resipi mek comel Terengganu atau lebih dikenali sebagai cik mek molek.
Pernah tak makan kuih cik mek molek ni? Memang resipi yang saya nak kongsi ni mudah dan ringkas sangat.
Kalau ikut saya, memang main campak-campak sokmo, tapi untuk mudahkan kalian yang rajin bertandang ke sini, saya buatlah anggaran sukatan dia eh. Demi semua Myliferia yang dikasihi. Ewahhh, bermadah pulak…hehehe
Mudah jer kan? Nampak jer macam panjang berjela penerangan, tapi buat tu beberapa step jah. Saya buat juga kuih mek comel ni sebab incik hubby suka sangat makan kuih ni. Yang tak habis goreng bolh
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Pada 28hb Ogos baru-baru ini, dengan berbesar hatinya kami sekeluarga menerima tetamu daripada Okinawa, Jepun. Beliau ni merupakan novelis sastera berbahasa Melayu serta penulis buku haiku dan tanka yang agak dikenali …
Pada 28hb Ogos baru-baru ini, dengan berbesar hatinya kami sekeluarga menerima tetamu daripada Okinawa, Jepun. Beliau ni merupakan novelis sastera berbahasa Melayu serta penulis buku haiku dan tanka yang agak dikenali di dalam dunia penulisan karya Jepun (haiku dan tanka) di Malaysia.
Mengimbau kembali detik perkenalan saya dengan Puan Hajah Halela atau lebih dikenali sebagai Leyla Shuri ni bermula dalam dunia maya. Daripada jemputan untuk mengenali haiku di dalam slot karya dan sastera Melayu online, akhirnya membawa beliau ke rumah kami.
Dalam senggang waktu yang ada, saya menuntut ilmu haiku, tanka dan senryu dengan Sensei Leyla Shuri bersama rakan seangkatan Puan Elliza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Za.
Kami akan mengadakan perbincangan secara online sama ada melalui Skype, Facebook Group atau Messenger. Kesinambungan daripada itu, maka terhasilah projek Haiku Tanka Bicara Sakura yang telah melalui fasa akhir kemaskini baru-baru ini.
Memang lain tau bila sensei ada kat sebelah. Laju jer datang idea…kikiki
Jom layan gambar di sepanjang Kak Leyla Shuri a.k.a Sensei Leyla Shuri menjadi tetamu di teratak saya 🙂
Selamat tinggal Kak Leyla. Sekarang ni Kak Leyla berada di Singapura. Menziarahi keluarga di sana termasuk keluarga dua orang anak perempuan beliau. Rindu juga dengan cucu-cucu beliau yang comel-comel tu.
Sebenarnya, dengan kedatangan Sensei Leyla, bukan ilmu menulis jer yang dapat, ilmu kecantikan dan kesihatan pun tak habis-habis nak timba. Lepas ni semakin awet muda lah saya….hahaha
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Bila saya dapat resipi yang mudah, simple dan cepat nak disediakan, memang rasa tak sabar-saber jer nak share dalam blog ni. Kali ni saya nak kongsikan resipi spageti tuna yang memang …
Bila saya dapat resipi yang mudah, simple dan cepat nak disediakan, memang rasa tak sabar-saber jer nak share dalam blog ni. Kali ni saya nak kongsikan resipi spageti tuna yang memang sedap dan mudah sangat nak disediakan.
Resipi asalnya memang lagi simple. Ni saya ada tokok tambah serba sedikit, hehehe…
Macam yang saya bagitau tadi, resipi asal tuna spaghetti ni memang sangat simple. Kalau ikutkan boleh letak jer sebarang sos yang ada kat dapur. Tu pasal saya main campak-campak jer. Daun oregano dan basil tu pun, saya tambah sendiri jer. Kebetulan ada tamu datang rumah, bila makan spageti tuna ni, memang diaorang suka. Siap tapau bawak balik rumah lagi 🙂
Thanks Alom Lyna Noh for the simplest and yummiest recipe 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144