Pengalaman Bersalin Anak Sulung Di Luar Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Mengimbau kembali rentetan memori menjadi anak perantau satu tika dahulu adalah antara kenangan terindah dalam hidup saya. Kami berlepas ke bumi US pada 29hb …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Mengimbau kembali rentetan memori menjadi anak perantau satu tika dahulu adalah antara kenangan terindah dalam hidup saya.
Kami berlepas ke bumi US pada 29hb Mei 2008. Hati teruja untuk menjejakkan kaki ke negara 4 musim itu bercampur hiba kerana meninggalkan keluarga tercinta.
Alhamdulillah, selepas lebih kurang 2 bulan perkahwinan kami pada tanggal 29hb Mac 2008, saya telah disahkan hamil. Masa fly haritu, saya tak tahu pun yang saya dah hamil ke belum.
Bayangkan, baru sampai di negara orang, tanpa sanak saudara dan kenalan rapat, berbadan 2 pulak tu.
Dalam kepala ni memang sarat juga memikirkan macam mana nak bersalin nanti, macam mana nak jaga baby dan segala macam mana lagilah.
Kebetulan suami saya pula perlu outstation ke beberapa buah negeri dan memakan masa yang agak lama juga.
Saya cuba bertenang. Teringat pesan suami “jadi anak rantau ni, mindset kene kuat, kene prepare minda, kebergantungan hanya pada Allah.”
Mashaa Allah, terasa pelbagai keajaiban berlaku. Bermula dengan pengalaman mengandung yang boleh dikatakan zero alahan. Badan terasa sihat dan bertenaga. Siap boleh ikut suami outstation lagi pada bulan yang lain.
Saya buat checkup kat klinik Dr. Bita, doktor wanita Iran. Cantik doktor ni, muka ada iras pelakon Anne Hathway…hehe, sempat lagi tu.
Dah bersalin, macam mana nak pantang pulak ni? Urut? Sekali lagi datang pertolongan Yang Maha Esa…
Bos suami saya beri pinjam bibik beliau dari pagi sehingga anaknya pulang dari sekolah selama 11 hari. Lepas tu, kebetulan pula, ada bibik salah seorang bos jabatan lain yang pandai mengurut orang lepas bersalin.
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga pada Allah. Bila bercerita pada mak saya pasal ni, mak kata, kakak yang bersalin kat Malaysia ni pun, bukan main susah nak dapat tujang urut.
Itulah kan, pertolongan Allah akan datang dalam pelbagai cara. Berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dengan penuh yakin serta bertawakkallah kepada-Nya, nescaya Dia pasti membantu.
Terima kasih 🙂