20 Tahun Akan Datang; Di Manakah Kita?
Kalau panjang umur, kalau 20 tahun akan datang, saya duk terbayangkan tinggal kat kampung. Tinggal di dalam rumah sederhana besar, dua tingkat sebab masih gagah panjat tangga. InsyaAllah masih kuat dan …
Kalau panjang umur, kalau 20 tahun akan datang, saya duk terbayangkan tinggal kat kampung. Tinggal di dalam rumah sederhana besar, dua tingkat sebab masih gagah panjat tangga. InsyaAllah masih kuat dan …
Kalau panjang umur, kalau 20 tahun akan datang, saya duk terbayangkan tinggal kat kampung.
Tinggal di dalam rumah sederhana besar, dua tingkat sebab masih gagah panjat tangga. InsyaAllah masih kuat dan sihat dengan mengamalkan cara hidup lebih aktif, dan sihat ?
Rumah yang berhalaman luas, tempat berkumpul anak cucu sekeluarga.
Dengan kebebasan kewangan yang ada (aameen, semoga rezeki melimpah-ruah), dapat mempunyai wisma sendiri dan menaja anak bangsa untuk menimba ilmu.
Semoga segala impian yang ditanam, dapat dilakar dan dikecapi satu persatu.
Nampak sukar namun tidak mustahil!
Korang, nanti 20 tahun akan datang, camne agak-agaknya eh? Cer bayang cer bayang!
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Semua orang akan bermula daripada sesuatu yang kecil. Setiap yang kita buat sekarang ni, mesti ada permulaannya kan? Teringat plak masa awal-awal join Shak€€ dan masa tu serius nak buat bisnes. …
Semua orang akan bermula daripada sesuatu yang kecil. Setiap yang kita buat sekarang ni, mesti ada permulaannya kan?
Teringat plak masa awal-awal join Shak€€ dan masa tu serius nak buat bisnes.
Bila ada customer contact nak tahu pasal masalah kesihatan ni, kite yang zero knowledge pasal produk, memang kelam-kabut contact upline nak buat rujukan.
Kalau yang jenis call direct tu, memang boleh kasi jantung berhenti sat.
Gelabah toksah kiralah. Muka cam dah tukar kaler hijau, biru kuning dah kot…hahaha
Kene plak time tu tak dapat contact upline.
Incik google lah yang jadi penyelamat….hehehe
Sekarang ni, Alhamdulillah, jauh lebih baik. Kalau orang tanya pasal Detoks, Nak Kurus, Nak Cantik, BF, Mak Pantang, Mak Preggy, Nak Berhenti Merokok, Vivix, InshaaAllah bolehlah jawab walaupun banyak lagi ilmu perlu diterokai.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Sebenarnya kalau nak share satu-satu kenangan masa zaman sekolah, memang tak habislah kisahnya, tapi ada satu kenangan manis yng masih kukuh tersimpan kat dalam memori ni. Masa kitaorang dah naik Tingkatan …
Sebenarnya kalau nak share satu-satu kenangan masa zaman sekolah, memang tak habislah kisahnya, tapi ada satu kenangan manis yng masih kukuh tersimpan kat dalam memori ni.
Masa kitaorang dah naik Tingkatan 4, kelas yang sepatutnya ada 21 orang jadi 20 orang je.
Sebabnya, yang ke-21 ni adalah satu-satunya kumbang kat kelas tu. Yang lain adalah bunga.
Segan barangkali kumbang tu tinggal sorang-sorang di kelilingi bunga-bunga yang cun melecun lagi havoc…kikiki, maka dia mintak dengan cikgu untuk tukar ke kelas sebelah.
Yang tinggal memang beberapa kerat je dalam kelas tu sebab ada yang dah pergi melanjutkan pelajaran ke asrama penuh atau ke sekolah lain.
Dalam kelas tu, masih ramai lagi yang cemerlang tapi tetap nak stay kat situ. Sayang sangat kat sekolah tu barangkali…hehehe
Maka, bermulalah episod penuh warna-warni kat kelas tu bila dah takde pelajar lelaki ni.
Part paling heaven bila ada yang lead ajak main bola sepak. Bola sepak guna buah jambu batu muda korang oiiii!
Dasyat betul bila geng-geng pompuan bergabung aura.
Biasanya kalau time cikgu tak masuk kelas, tutup semua pintu termasuk tingkap, maka bermulahlah projek bole sepak diaorang tu.
Walaupun saya ni adakalanya macam skema skit, tapi sama naik gak join diaorang main tapi sekali sekala jelah…hahaha
Kalau waktu petang, selalu jugak saya melawat dan melepak kat asrama sekolah atau asrama yayasan.
Kelas kitaorang, kalau setakat kene denda berdiri atas kerusi tu biasalah. Selalunya sebab bising.
Nakal-nakal pun kitaorang, guru tetap kami hormati. Kalau ada cikgu merajuk, nanti adalah yang jadi pegawai perunding. Kitaorang pun rapat dengan cikgu walaupun kat luar kelas.
Alhamdulillah semua cemerlang dalam pelajaran.
Tulah asam garam sebagai seorang pelajar. Antara saat paling indah dalam hidup.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Menjalankan sesuatu bisnes ni memang banyak cabarannya, tidak kiralah dari dalam diri sendiri atau dari segi luaran. Walaupun terdapat pelbagai cabaran daripada luaran seperti persaingan, andaian tidak benar pihak lain, namun, …
Menjalankan sesuatu bisnes ni memang banyak cabarannya, tidak kiralah dari dalam diri sendiri atau dari segi luaran.
Walaupun terdapat pelbagai cabaran daripada luaran seperti persaingan, andaian tidak benar pihak lain, namun, cabaran yang lebih utama adalah melawan rasa bosan melakukan perkara yang sama, konsisten serta menangkis segala suara anak kecil yang negatif dan kemalasan diri.
Yang sering menjadi pegangan saya apabila rasa down adalah kata-kata perangsang daripada suami saya tidak kira dalam bentuk nasihat atau gurauan sinis ?
Walaupun suami saya tidak terlibat secara langsung dalam bisnes Shal€€ ni, tapi restu daripada beliau sudah cukup bagi saya.
Ditambah pula kesudian beliau tolong hantar saya buat COD barang jika berkelapangan sewaktu hujung minggu pun dah buat saya gembira sangat-sangat.
Bila tengok beliau teruja saya dapat customer, khasnya boleh bantu orang, lagilah saya bersemangat rasanya.
Tapi kadang-kadang tu, ada juga saya terima gurauan sinis. Dalam duk bergurau tu, kalau nampak macam saya takde hasil sangat, beliau suruh saya tukar haluan jer.
Ishh, mana boleh!
Lagi tercabar rasa sebenarnya….hehehe.
Semoga impian kami terhadap apa yang dirancang bersama selama ini akan tercapai.
Mak saya pun sentiasa positif dengan saya setiap kali saya bercerita pasal bisnes ni. Boleh sokmo gitu!
Yang pastinya, saya sangat yakin doa suami, ibu bapa dan keluarga sentiasa mengiringi saya untuk bergerak lebih maju ke hadapan.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Tawaran yang diterima oleh tunang saya untuk bertugas di Amerika Syarikat pada awal tahun 2008 yang lalu telah mengubah sedikit-sebanyak perjalanan hidup kami. Pada mulanya, majlis perkahwinan yang dirancang diadakan pada …
Tawaran yang diterima oleh tunang saya untuk bertugas di Amerika Syarikat pada awal tahun 2008 yang lalu telah mengubah sedikit-sebanyak perjalanan hidup kami. Pada mulanya, majlis perkahwinan yang dirancang diadakan pada bulan Ogos telah dipercepatkan kepada bulan Mac.
Walaupun agak rushing dan hampir setiap hujung minggu saya dalam keadaan yang agak sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan, namun Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Pada 29 Mac 2008, selamatlah kami diijabkabulkan. Penerbangan ke sana sepatutnya pada bulan April, tapi memandangkan ada dokumen yang terlibat masih dalam proses pada waktu tersebut, maka tarikh penerbangan ke sana telah diubah kepada 29 Mei 2008.
Kami menaiki pesawat Malaysia Airlines System (MAS) daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Taiwan selama 5 jam. Transit di sana selama 2 jam. Kemudian penerbangan diteruskan ke Los Angeles (LA) selama 16 jam. Transit lagi di LA selama 9 jam. Seterusnya dari LA, terbang ke Lapangan Terbang Dulles selama 6 jam.
Perjalanan dan transit memakan masa hampir 38 jam. Memang satu pengembaraan yang panjang. Kalau travel dengan anak-anak kecil, mesti lagi mencabar.
Sampai di Dulles airport, kami disambut oleh Encik Azmi, rakan sepejabat suami di sini. Beliau membawa kami singgah di rumah beliau terlebih dahulu.
Yang bestnya, kami dijamu dengan nasi lemak. Alhamdulillah, terubat rindu yang baru bertaut pada keluarga dan tanah air.
Sebelah petang tu, kami dibawa ke hotel di Oakwood, Vienna, Virginia. Hotel ala-ala apartment satu bilik yang lengkap peralatan dapur, mesin basuh dan peti sejuk, microwave dan mesin pengering baju. Kira sangat selesa rasanya.
Hampir sebulan juga kami kat hotel tu sebelum masuk ke rumah sendiri di kawasan berdekatan. Rumah kami dipanggil town house. Rumah 3 tingkat, dalam 4-5 rumah satu blok. Jiran-jiran pun kebanyakkannya orang luar. Ada dari Arab, Korea dan lain-lain negara.
Sebelum berlepas ke sini, ada juga kebimbangan di hati sesetengah ahli keluarga dan kenalan tentang layanan masyarakat setempat. Tetapi semuanya lenyap sama sekali dengan kemesraan yang ditunjukkan.
Antara perkara yang saya sangat kagumi adalah akhlak dan sikap (attitude) masyarakat di sini.
Salah satu yang paling ketara ialah sikap sewaktu di atas jalan raya. Pejalan kali memang terasa bagaikan raja di jalan raya. Katakan kita berada di hadapan pasar raya dan ingin melintas, memang semua kenderaan akan segera memberi laluan. Ibarat seperti tak perlu nak toleh kiri kanan, boleh terus jalan. InsyaaAllah selamat nak melintas.
Kalau nak dibandingkan di negara kita, pejalan kaki yang berada di lintasan belang (zebra line) pula yang terpaksa memberi laluan kepada kenderaan yang sedang lalu-lalang.
Kalau berada di atas jalan raya, mereka sangat bertolak ansur dan mematuhi peraturan jalan raya. Mengikut giliran apabila berada di simpang yang tiada traffic light.
Ibarat kata pepatah, akhlak Islam dan budaya timur yang boleh dijumpai di barat gitu. Bukanlah ingin mengagungkan mereka tapi ambil mana yang positif, apa salahnya kan?
Jangan lupa juga terjah entry saya tentang Pengalaman Memetik Buah Peach & Ceri serta Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di Luar Negara.
Tawaran untuk suami bertugas di luar negara ni bagaikan mendapat tiket honeymoon gitu. Tapi honeymoon yang panjang, sampai 3 1/2 tahun, hehehe.
Apa yang paling berharga ialah kami belajar hidup berdikari selepas berkahwin. Jauh daripada keluarga serta tanah air. Hidup di perantauan betul-betul membentuk jiwa menjadi lebih kuat, kental dan bergantung pada-Nya.
Alhamdulillah dengan secebis kenangan dan pengalaman yang sentiasa terpahat di hati. Semoga dikurniakan rezeki untuk ke sana lagi. Tapi kalini sebagai pelancong pulak. Baru best nak layan feel tu, ameen.
Jom layan gambar-gambar kenangan saya kat sana. Sengaja ingin saya abadikan di dalam blog ni agar ianya kekal menjadi kenangan terindah.
Rasa macam nak tempek semua gambar kat sini mengenangkan hard disk yang save kebanyakan gambar tahun-tahun terawal di US dulu dah crash. Memang sayang sangat. Harap-harap gambar sewaktu sebelum bertolak ke US serta yang dah hilang tu dapat dicapai kembali.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Apa yang paling bermakna bagi ibu bapa semasa kehadiran Syawal adalah kepulangan anak-anak ke pangkuan. Bagi anak-anak pula, kemanisan berkumpul dengan ahli keluarga memang menjadi peluang yang dinanti-nantikan. Masa ni macam-macam …
Apa yang paling bermakna bagi ibu bapa semasa kehadiran Syawal adalah kepulangan anak-anak ke pangkuan. Bagi anak-anak pula, kemanisan berkumpul dengan ahli keluarga memang menjadi peluang yang dinanti-nantikan.
Masa ni macam-macam cerita lama yang muncul. Mengimbau kenangan lalu memang menyeronokkan bila dah ramai-ramai ni.
Raya tahun ni, gambar banyak kompilasi dari kamera adik-beradik, sepupu dan anak buah. Kan zaman internet, share jer lah…hehe
Sebenarnya banyak lagi gambar dan rumah saudara mara yang kitaorang pergi, tapi masukkan yang ini dululah…hehe
Last but not least, video khas raya ni saya share kan untuk kenangan bersama. Video ni anak buah kitaorang Kak Jie yang bikin. Punyalah bersemangat, dengar kata, tidur sampai pukul 4 pagi lebih sebab nak siapkan video nie….hehe
Thanks a lot Kak Jie, walaupun baru guna application tu, tapi hasil kerja Kak Jie memang terbaik!
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir batin atas segala salah dan silap selama ini. Semoga amalan baik pada bulan Ramadan yang lalu dapat diteruskan pada bulan-bulan yang akan datang.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Semalam, sewaktu turun ke tingkat bawah rumah, saya tengok Mat Toreh dah kaku. Terlentang tak bergerak. Hati dah tertanya-tanya, apa yang tak kene dengan Mat Toreh ni? Bila diperhatikan betul-betul, Mat …
Semalam, sewaktu turun ke tingkat bawah rumah, saya tengok Mat Toreh dah kaku. Terlentang tak bergerak. Hati dah tertanya-tanya, apa yang tak kene dengan Mat Toreh ni?
Bila diperhatikan betul-betul, Mat Toreh dah tak ada di muka bumi ni. Makanan yang saya berikan pun tak terusik. Sedih pulak rasanya.
Berita penting ni mesti disampaikan segera kepada encik suami ni. Beliau sangat sayangkan Mat Toreh tu.
Saya call handphone suami, tak berjawab. Mungkin tak sedar, mungkin juga beliau sedang meeting. So tinggalkan whatapps jer yang berbunyi “Abang, Mat Toreh dah tak ada”.
Tak lama lepas tu, suami saya call balik nak double confirmkan cerita sebenar. Balik jer dari pejabat, terus suami saya check Mat Toreh. Memang sah dah meninggal.
Suami saya terus ambil penyodok kecil untuk gali kubur buat Mat Toreh. Mat Toreh akhirnya disemadikan di belakang dapur rumah kitaorang.
Saya tahu suami saya memang sedih atas kehilangan Mat Toreh ni. Dah hampir 2 tahun lebih juga Mat Toreh hidup dengan kami. Dari selebar 1 1/2 jari dah membesar jadi 2 1/2 jari.
Memang suami saya sayangkan Mat Toreh dan kawan-kawannya. Tapi beliau tetap redha dengan pemergian Mat Toreh.
Gitu kisah Mat Toreh. Si Arowana perak. Mendapat gelaran tu sebab ia agak lasak.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Apakah best dan istimewanya nombor 7 ni? Rasanya banyak perkara yang agak sinonim dengan angka 7. 7 Wonders In The Word tu pun best. NTV7? Opppss! Saya jarang tengok TV…hehe. Nak …
Apakah best dan istimewanya nombor 7 ni? Rasanya banyak perkara yang agak sinonim dengan angka 7. 7 Wonders In The Word tu pun best. NTV7? Opppss! Saya jarang tengok TV…hehe. Nak tahu apa kaitan angka 7 dengan tahun 2015 ni dalam hidup saya?
Alhamdulillah, semalam genap 7 tahun ulang tahun perkahwinan saya bersama dengan insan yang banyak mengajar selok-belok kehidupan.
Terimbau kembali detik-detik bakal menamatkan zaman bujang dulu. Kalau zaman remaja, takleh nak share kat sini, karang jadi novel plak..ahakss!!!
Dipendekkan cerita, kami bertunang pada bulan Disember 2007. Plannya nak bernikah pada Ogos 2008. Tapi, nak dijadikan kisah hidup, pernikahan perlu diawalkan sebab bakal suami masa tu dipanggil bertugas ke luar negara.
Dapat tahu awal tahun yang beliau perlu bertugas ke US pada bulan April. Kitaorang bernikah pada 28 Mac 2008. Tapi disebabkan pemprosesan dokumen mengambil sedikit masa, jadi kami terbang ke US pada 28 Mei 2008.
Macam tak cukup kaki tangan. Tayar kereta yang 4 tu pun rasa nak kene tambah lagi…haha
Boleh bayangkan tak bagaimana kelam-kabut persiapan yang kena buat? Hampir setiap minggu balik kampung termasuk nak pergi mengundi. Sempat lagi tu…hehehe…tanggungjawab harus dilaksanakan, ya tak? Bangga sekejap jadi rakyat Malaysia 🙂
Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bunga telur saya ada buat sikit-sikit sebelum ni. Ada gak dalam 450 kuntum lebih gitu. Lepas tu saya ada jahit 3 helai gak baju lace walaupun cikgu jahit saya sponsor baju songket untuk hari kahwin. Sehelai baju lace buat untuk majlis bertunang.
Terharunya tu, beliau simpan khas baju songket tu untuk saya. Saya jadi perasmi baju tu. Beliau tak sewakan pun baju tu untuk orang lain.
Sehari sebelum majlis, beliau sponsor pakaian beragam termasuk Cheongsam, Gagra, Mexico, tapi tak dapat nak tayang sebab tak cukup syarat…kikiki. Posing pun sorang-sorang jer sebab status tak rasmi lagi kan. 😛
Berbalik pasal persiapan kahwin, tu tak termasuk cadar, tabir pengantin, tabir dinding, bunga tangan, bunga katil, bunga hiasan, bunga pahar yang cikgu jahit merangkap jiran saya yang ajarkan.
Beliau pesan, walau takde calon suami pun, buat jer sikit-sikit, nanti tak mendadak terkejut.
Alhamdulillah, berkat mendengar nasihat orang yang sangat berpengalaman, majlis perkahwinan kami berjalan lancar. Sederhana tapi tetap meriah. Macam dah buat persiapan yang agak lama jer 🙂
Terima kasih ma chek sekeluarga, mak cik Dah, Kak Su, Kak Ma dan semua yang banyak menolong sebelum dan sepanjang majlis yang penuh bermakna dalam diari hidupku.
Arwah ayah dan pengalaman di US adalah detik yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini. Sungguh bermakna.
Syukur, kini rumahtangga kami diserikan dengan kehadiran 2 orang permata hati yang sihat, cergas dan ceria sentiasa.
Semoga Allah memberkati rumahtangga dan kehidupan kami. Semoga rahmat dan petunjuk-Nya sentiasa. Juga buat kalian yang setia mengunjungi myliferia.
Walaupun jadi macam Ms Sotong (ni kes nak kene buat banyak kerja) macam dalam video kat bawah, tapi saya happy dan bersyukur dengan kehidupan sekarang.
Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Semalam saya dan suami bawa Kashful dan Asif pergi ke Mini Legoland. Wah, bunyi macam Legoland kat Johor Bahru jer kan? hehehe…sila jangan bayangkan macam tu tapi memang tempat kanak-kanak bermainlah. …
Semalam saya dan suami bawa Kashful dan Asif pergi ke Mini Legoland. Wah, bunyi macam Legoland kat Johor Bahru jer kan? hehehe…sila jangan bayangkan macam tu tapi memang tempat kanak-kanak bermainlah.
Sebenarnya tempat ni adalah rumah kedai 2 tingkat yang dijadikan Pusat Permainan Kanak-kanak yang diberi nama Kid’s Atom Zone. Terletak di Taman Mawar, Sepang. Diberi jolokan Mini Legoland sebab permainan dia adalah juga ala-ala lego gitu, dari saiz kecil hingga besar.
Saya tahu pasal Mini Legoland ni selepas Tadika Bondamama Bijak IQ tempat Kashful belajar bawa pelajar mereka ke sana. Balik jer dari sana, hari-hari Kashful duk harut (merengek-rengek) minta dibawa ke sana.
Masa dia asyik ajak ke Legoland tu, jenuh jugalah terangkan pada dia yang Legoland jauh, papa masa tu oustation…bla..bla..bla…
Sekali bila dah tahu yang Legoland yang dimaksudkan itu adalah Kid’s Atom Zone, baru berani janji nak pergi. Budak-budak jangan sebarang janji, nanti mereka akan tuntut hingga tertunai…hehehe. Lagipun nak ajar mereka bercakap benar serta menunaikan janji kan.
Jom layan gambar kanak-kanak riang ini sedang teruja bermain 🙂
Kalau sesiapa berminat nak bawa anak-anak pergi ke sana, boleh hubungi pihak Kid’s Atom Zone seperti di bawah:
Para pakar mendapati ukuran otak kanak-kanak yang jarang diajak bermain 30 peratus lebih kecil berbanding otak anak normal yang sebaya dengannya. Rata-rata kanak-kanak yang cerdas dan ceria adalah kanak-kanak yang sentiasa diajak belajar dan berfikir ketika bermain.
Jadi ajaklah anak-anak untuk sentiasa bermain! Di mana-mana sahaja. Asalkan persekitarannya tempat bermain adalah selamat dan kondusif.
Pada saya harganya dah sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kegembiraan yang anak-anak akan dapat nanti. Ikutkan diaorang, memang tak mahu balik. Berkampung kat situ pun takpe….hehehe. Tapi janganlah dibandingkan dengan KidZania pulak, jauhlah bezanya, padanlah dengan harga kan? 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Anda pengguna iPhone, iPad atau iPod? Pernah tak mengalami kehilangan salah satu gajet tersebut? Mesti rasa tak senang duduk kan? Apa yang penting adalah data …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Anda pengguna iPhone, iPad atau iPod? Pernah tak mengalami kehilangan salah satu gajet tersebut? Mesti rasa tak senang duduk kan? Apa yang penting adalah data kat dalam tu walaupun sayang jugak dengan gajet tu kan?
Sebenarnya suami saya baru jer kehilangan iPhone beliau semalam. Beliau pulang daripada kerja lebih kurang pukul 8.30 malam. Beliau maklumkan pada saya yang iPhone beliau hilang di pejabat. Berkemungkinan besar di dalam bilik air sewaktu mengambil wuduk solat asar atau di surau. Akibat terlalu sibuk dengan tugasan seharian, dalam pukul 8.00 malam baru beliau menyedari yang iPhone beliau dah hilang.
Sebenarnya ada cara nak trace sebarang gajet Apple yang hilang. Nasib baik beliau dah install siap-siap software “Find iPhone” dalam setiap gajet Apple yang ada. Seterusnya synchronize kan semua gajet tersebut. Jika anda hanya ada salah satu jer gajet Apple, boleh sync kan dengan pc anda.
⇒ Segera login ke “Find iPhone” software.
⇒ Pilih iPhone anda
⇒ Lepas tu pilih Lost Mode.
⇒ Jangan lupa masukkan password.
⇒ Untuk lebih berjaga-jaga, masukkan password juga sewaktu kegunaan harian.
⇒ Hubungi juga pihak service provider seperti Celcom, Maxis, DG dan sebagainya untuk block nombor telefon anda.
⇒ Status “Report Lost” akan terpapar pada skrin iPhone.
⇒ iPhone juga tidak dapat digunakan
⇒ Sekiranya iPhone itu dibawa ke kedai untuk dijual, pihak kedai boleh mengetahui bahawa orang yang membawa iPhone tersebut bukan pemilik asalnya.
Melalui penggunaan software Find My iPhone ni, bukan sahaja kita dapat tahu kat mana iPhone tersebut berada, malah kita boleh tahu pergerakan iPhone tersebut. Data yang ada turut boleh dipadamkan. Namun, selagi status report lost masih terpapar, inshaa Allah data tersebut akan selamat.
Hebatnya teknologi akhir zaman. Dengan izin Allah, iPhone tersebut telah dikembalikan oleh orang berkenaan kepada suami saya tadi. Alhamdulillah sangat-sangat kerana rezeki masih berpihak kepada kami.
Terima kasih kepada hamba Allah yang berhati mulia. Beliau adalah petunjuk yang kita masih mempunyai insan yang jujur dan bertanggungjawab.
Alhamdulillah atas dugaan perasaan yang diakhiri dengan kelegaan. Apa yang paling penting, cuba bertenang apabila menghadapi sebarang musibah. Justeru itu, dapatlah kita berfikir secara waras dan bertindak dengan lebih matang.
Harap dapat membantu pengguna Apple 🙂
Terima kasih 🙂