Kenapa Iklan Percuma Di Facebook Semakin Kurang Sambutan Pelanggan?
Perasan tak, Facebook sekarang ni sentiasa menukarkan algorithma diaorang tak kiralah untuk FB Ads terutamanya, Fan Page ataupun facebook yang biasa kita guna sehari-hari pada newsfeed kita. Kalau dari segi iklan …
Perasan tak, Facebook sekarang ni sentiasa menukarkan algorithma diaorang tak kiralah untuk FB Ads terutamanya, Fan Page ataupun facebook yang biasa kita guna sehari-hari pada newsfeed kita. Kalau dari segi iklan kat FB Ads tu ramai dah bersungut yang diaorang agak sukar nak cari makan berbanding dulu sejak Facebook keluarkan macam-macam rules yang baru dan sentiasa berubah-ubah.
Jadi, salah satu penjimatan iklan di Facebook terutamanya bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan bisness, selain menggunakan Fan Page, mereka turut menggunakan Personal Facebook. Namun, sejak akhir-akhir ini, macam kurang sambutan pula dengan iklan yang dipaparkan.
Kenapa Iklan Facebook Tak Keluar Pada Newsfeed Targetting Customer?
Kalau yang like atau komen iklan tu mungkin kawan kita yang kebanyakkannya turut menjalankan perniagaan yang sama dengan kita. Anda tahu tak kenapa hal ini berlaku?
Sebenarnya pemilihan keyword di dalam status update sekarang ni akan menentukan status tu keluar pada newsfeed siapa atau dengan kata lainnya, kat facebook kawan kita yang mana satu status kita tu dapat dilihat.
Sebagai contoh, saya yang merupakan pengedar Shaklee, maka kalau saya update status facebook saya tentang Shaklee, status saya akan keluar pada newsfeed kawan-kawan saya yang turut menjadi pengedar Shaklee. Jadi, baik tak payah share berkenaan Shaklee kan? Yang dapat iklan tu pun bukannya targeting customer, ye tak?
Solusi Untuk Dapatkan Targeting Customer
Jadi apakah langkah yang perlu dilakukan agar perkara ini dapat diatasi dengan cara yang lebih mudah, murah dan berkesan? Buat masa ini, selagi Facebook tidak menukar sebarang algoritma berkaitan, di antara cadangan-cadangannya ialah:-
1) Ceritakan Tentang Penyelesaian Masalah
Memandangkan Shaklee ni adalah produk kesihatan seisi keluarga, jadi sentuh tentang masalah kesihatan. Contohnya, Tips Makan Nasi Untuk Kurus, Tips Kulit Anjal, Cantik dan Berseri Dengan 5 Jenis Makanan, Rawatan Semulajadi Anak Demam, Batuk dan Selsema, Bagaimana Mendaftar Ahli SHaklee Secara Percuma dan sebagainya.
Boleh juga menyatakan tentang hasil yang prospek boleh dapat dengan menggunakan produk Shaklee ni seperti Testimoni Vivix Bagi Penyakit-penyakit Kronik, Rahsia Ibu Muda Beranak 3 Turun 10 KG, Testimoni Bertenaga Ketika Berpuasa dan sebagainya.
2) Jangan Sebut Perkataan Shaklee
Senang cerita jangan sentuh perkataan Shaklee sebab nanti Facebook akan point kepada mereka yang turut berada di dalam bidang yang sama. Jadi, tak lah status tersebut keluar pada newsfeed orang lain yang turut menyentuh tentang Shaklee.
3) Gunakan Fungsi Check-In
Sekiranya anda ingin newsfeed tersebut keluar pada orang-orang yang berdekatan dengan anda, masukkan sekali check-in di dalam status anda.
Facebook ni bukan calang-calang tau, diaorang ni pandai. Bukan senang-senang pengguna nak tipu, hehehe. Di antara cara yang digunakan untuk track, monitor dan analyze ialah:-
- Status anda
- Lokasi anda
- PM anda
- Website dan entri apa yang anda klik
Jadi nampak kan macam mana status Facebook kita ni sangat penting untuk orang yang nak buat bisnes. Kalau yang hanya nak update hal-hal personal tu, tak perlu nak ambil tahu semua ni. Boleh rujuk pada How to Game Facebook’s News Feed with Keywords (Until the Next Algorithm Update).
Apa yang saya berikan contoh di atas ialah berkenaan dengan Shaklee. Kalau anda ada bisnes lain, boleh sesuaikan dengan bisnes anda. Tapi kalau masa yang akan datang Facebook tukar lagi algorithm diaorang, tak tahulah pula macam mana. So sekarang ni, boleh pulun habis-habisan dulu cara-cara yang dicadangkan seperti di atas tu. 🙂
Credit to Muhammad Firdaus Azizi.
Hubungi saya untuk Order Produk Shaklee atau Mendaftar Ahli Shaklee,