14 Persoalan Perut Buncit Yang Perlu Anda Tahu
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂 Isu perut buncit memang tak akan berakhir. Tidak kira pada golongan lelaki mahupun wanita. Sebenarnya banyak perkara di sebalik berlakunya masalah perut buncit ini yang …
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Isu perut buncit memang tak akan berakhir. Tidak kira pada golongan lelaki mahupun wanita. Sebenarnya banyak perkara di sebalik berlakunya masalah perut buncit ini yang tidak diketahui umum. Ada yang menyangkakan apa yang diamalkan serta dimakan selama ini adalah betul-betul sihat, sedangkan ianya menjadi punca perut semakin boroi.
14 Soal Jawab Tentang Masalah Perut Buncit
Persoalan Tentang Perut Buncit #1
Benarkan lemak pada perut merupakan lemak paling membahayakan kesihatan?
Jawapan: Ya
Pengumpulan lebihan lemak di bahagian perut adalah berbahaya berbanding lemak berlebihan di bahagian pinggul dan peha. Lemak perut dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius seperti jantung, strok dan diabetes tahap 2.
Walaupun terdapat kegemukan akibat genetik, namun cara hidup yang kurang sihat akan memburukkan lagi keadaan ini.
Persoalan Tentang Perut Buncit #2
Benarkah makanan berlemak seperti keju, mentega dan daging berlemak adalah punca utama perut buncit?
Jawapan: Tidak Benar
Perut buncit bukan disebabkan oleh makanan tinggi lemak. Sebaliknya kalori yang berlebihan menjadi punca peningkatan saiz pinggang sekaligus perut buncit.
Namun, perut buncit juga boleh disebabkan oleh genetik, diet, umur dan gaya hidup seseorang.
Memilih tabiat pemakanan yang sihat membantu anda mengecilkan sekaligus menghilangkan perut buncit. Baca label makanan, kurangkan lemak tepu, banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, serta kawal dan kurangkan portion makanan anda.
Persoalan Tentang Perut Buncit #3
Adakah kalori daripada alkohol adalah penyebab perut buncit utama berbanding kalori lain?
Jawapan: Ya
Kalori yang berlebihan sama ada daripada alkohol, minuman manis atau terlebih makan boleh menyumbangkan kepada pertambahan perut buncit. Walaupun badan kita sememangnya memerlukan kalori, namun alkohol perlu dielakkan kerana kebanyakan kalori daripada alkohol ditukarkan kepada lemak.
Kajian menunjukkan bahawa alkohol boleh menyebabkan anda berasa lapar dengan mengganggu hormon yang mengawal rasa kenyang.
Persoalan Tentang Perut Buncit #4
Lemak jenis apakah yang bukan sahaja menggemukkan tetapi boleh dipindahkan dari bahagian badan yang lain ke bahagian perut anda?
Jawapan: Lemak Trans (Trans Fat)
Para penyelidik daripada Wake Forest University mendapati lemak trans yang terhasil daripada minyak separa hidrogenasi (partially hydrogenated oil) meningkatkan jumlah lemak di sekitar perut serta boleh mengagihkan semula tisu lemak ke perut daripada bahagian-bahagian badan yang lain.
Lemak trans boleh didapati di dalam makanan seperti marjerin, pastri, biskut, kerepek, makanan bergoreng dan makanan segera.
Persoalan Tentang Perut Buncit #5
Apakah makanan atau minuman yang sangat membantu menghilangkan perut buncit?
Jawapan: Teh hijau, Bluberi
Gabungan teh hijau dan senaman akan membantu mengurangkan berat badan anda menurut Journal of Nutrition (Journal Pemakanan). Pada pandangan penyelidik, bahan-bahan di dalam teh hijau yang dikenali sebagai catechins merangsang badan untuk membakar kalori sekaligus meningkatkan kehilangan perut buncit.
Bluberi turut membantu di dalam mengurangkan perut buncit. Dalam satu kajian, tikus yang dibela untuk menjadi gemuk telah diberi diet yang kaya serta rendah bluberi. Didapati bahawa tikus yang diberi diet tinggi bluberi mempunyai kurang lemak di bahagian perut.
Persoalan Tentang Perut Buncit #6
Kenapa makanan segera boleh menyebabkan perut buncit?
Jawapan: Tinggi Lemak, Kalori Berlebihan, Portion Besar (Makan Berlebihan)
Kebanyakan makanan segera mengandungi lemak yang tinggi, berberkalori dan dimakan dalam portion yang agak besar. Semua ini adalah faktor utama penyumbang kepada kalori berlebihan, pertambahan berat badan serta perut buncit jika dimakan dengan kerap.
Kebanyakan restoren makanan segera tidak menyediakan maklumat pemakanan. Menurut kajian, sekiranya maklumat pemakanan dinyatakan, pengguna lebih cenderung memilih makanan rendah kalori.
Persoalan Tentang Perut Buncit #7
Adakah menggantikan minuman ringan diet dengan minuman ringan biasa merupakan cara terbaik untuk mengurangkan perut buncit?
Jawapan: Tidak
Menurut Persatuan Jantung Amerika, minuman ringan dan minuman berperisa/manis merupakan punca utama pengambilan gula berlebihan di dalam diet Amerika. Gula tambahan (added sugar) bermakna bertambah kalori. Perkara ini adalah sesuatu yang perlu dielakkan sekiranya anda ingin kurus atau mengecilkan perut buncit anda.
Persoalan Tentang Perut Buncit #8
Adakah untuk bantu mengurangkan saiz pinggang, anda perlukan diet tinggi serat (fiber)?
Jawapan: Ya
Untuk mengecilkan saiz pinggang, pilihlah bijirin penuh di dalam diet anda. Sebagai contoh, pilih beras perang atau beras liar berbanding beras putih. Makanan yang diproses boleh menyebabkan berat badan bertambah serta menganggu proses untuk kurus.
Satu kajian daripada American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa diet kalori terkawal yang kaya dengan bijirin penuh boleh mengurangkan saiz pinggang orang gemuk atau obesiti.
Persoalan Tentang Perut Buncit #9
Yang mana satukah merupakan bijirin penuh? Popcorn/Kuskus (Couscous)/Spageti/Cornflakes?
Jawapan: Popcorn
Kajian mencadangkan agar menggantikan bijirin halus dengan bijirin penuh bagi bantu mengurangkan saiz pinggang anda.
Kuskus, spageti dan cornflakes diperbuat daripada bijirin halus (walaupun mungkin terdapat pilihan dalam bentuk bijirin penuh). Tetapi popcorn adalah bijirin penuh yang tinggi serat. Cara terbaik menyediakan popcorn ialah menggunakan gelombang/tekanan udara (air popper) tanpa perlu menambah minyak untuk memasak.
Bijirin penuh lebih baik daripada bijirin halus kerana lebih tinggi serat dan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam. Keadaan ini akan mengurangkan rasa lapar dan mengurangkan kadar gula dalam darah serta mengurangkan lemak.
Persoalan Tentang Perut Buncit #10
Benarkah golongan lelaki lebih ramai mempunyai perut buncit berbanding wanita?
Jawapan: Ya
Secara keseluruhannya, lemak lebih cenderung terkumpul di bahagian perut golongan lelaki berbanding wanita ekoran pengaruh daripada hormon seks (jantina).
Sebelum usia 40 tahun, tubuh wanita lebih cenderung menyimpan lemak di bahagian pinggul, peha dan punggung. Akibat penurunan hormon estrogen selepas berusia 40 tahun, lemak badan akan diagihkan pula ke bahagian perut.
Persoalan Tentang Perut Buncit #11
Adakah lemak di bahagian perut lebih sukar dihilangkan berbanding bahagian badan yang lain?
Jawapan: Tidak Benar
Apabila mengurangkan berat badan, biasanya penurunan berat berlaku di sekitar bahagian tengah badan. Penurunan berat badan yang seimbang akan memecahkan lemak badan termasuk lemak di bahagian perut.
Cara terbaik bagi mengecilkan perut buncit ialah gabungan pola pemakanan yang sihat serta senaman yang konsisten.
Persoalan Tentang Perut Buncit #12
Adakah latihan sukan seperti sit-ups atau crunches mengurangkan perut buncit paling utama?
Jawapan: Tidak Benar
Aktiviti seperti sit-up, crunches, senaman abdomen atau yang lain membantu menguatkan otot teras dan juga kehilangan lemak tetapi tidak khusus untuk lemak di bahagian perut.
Satu-satu cara untuk menghilangkan perut buncit (atau sebarang jenis lemak) ialah melalui kombinasi diet yang seimbang dan senaman yang konsisten.
Senaman aerobik seperti berlari, berenang, berbasikal dan tenis adalah antara cara terbaik untuk mengurangkan lemak badan.
Persoalan Tentang Perut Buncit #13
Apakah masalah kesihatan yang dikaitkan dengan perut buncit?
Jawapan: Jantung dan pelbagai masalah kesihatan lain.
Buncit sangat berbahaya bagi jantung. Kajian telah mengaitkan perut buncit dengan masaah kegagalan jantung, aterosklerosis (atherosclerosis) dan masalah kardiovaskular yang lain.
Ia turut dikaitkan dengan osteoporosis , dementia, Alzheimer (nyanyuk), diabetes, kanser kolorektal, sindrom metabolik, tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan yang lain.
Persoalan Tentang Perut Buncit #14
Apakah pelan terbaik untuk mengurangkan perut buncit?
Jawapan: Kurangkan kalori dan lebihkan aktiviti fizikal
Kebanyakan bukti saintifik menunjukkan bahawa diet kalori terkawal yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, tenusu rendah lemak, kekacang, bijian, daging tanpa lemak, ikan, telur dan ayam adalah asas untuk diet yang menyediakan semua nutrien yang diperlukan dalam membantu mengempiskan perut buncit.
Pakar penurunan berat badan mengsyorkan agar pelan diet ini digabungkan bersama 30 hingga 60 minit senaman kebanyakan hari dalam seminggu.
Ketahui cara untuk menghilangkan perut buncit dengan cepat bagi membantu anda mendapatkan saiz perut yang sihat dan cantik.
Tips Shaklee Hilangkan Perut Buncit
Bagi menghilangkan perut buncit, anda disarankan mengambil Set Kempis Perut serta optional B Complex.
Set Kempis Perut terdiri daripada Alfafa, HerbLax, Omega dan ESP.
Anda boleh membuat order sendiri bagi Set Kempiskan Perut serta B Complex Shaklee
Jangan lupa hubungi saya untuk panduan pemakanan Shaklee yang terbaik ye.
Untuk mendapatkan penjimatan di antara 20-25%, anda boleh menghubungi saya bagi mendaftar sebagai ahli. Tidak perlu aktif, tidak perlu maintain pembelian.
Yuran keahlian hanya sekali seumur hidup!
Borang Daftar Online
Daftar Keahlian Percuma
(Contoh: Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda terus dapat harga ahli dan keahlian percuma serta bonus tunai pada bulan seterusnya)
Koleksi Video Testimoni Shaklee Effect Yang Super Best
Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144