Tips Kekal Cergas Sepanjang Hari
Pernah tak hari-hari yang dilalui terasa sangat lambat, badan terasa tersangatlah lemau, sampaikan nak berfikir pun otak terasa tepu dan kosong? Ada masanya kita rasa takde mood malah, moody sepanjang masa? …
Pernah tak hari-hari yang dilalui terasa sangat lambat, badan terasa tersangatlah lemau, sampaikan nak berfikir pun otak terasa tepu dan kosong? Ada masanya kita rasa takde mood malah, moody sepanjang masa?
Haaa, mesti pernah kan? Sebelum ni saya pernah berkongsi tentang Punca Letih Lesu Yang Sering Berlaku Tapi Tidak Disedari Ramai. Nah, kali ini saya kongsikan pula tentang Tips Kekal Cergas Sepanjang Hari.
Kekal Cergas Dengan Pemakanan Yang Sihat
Untuk kekal cergas dan bertenaga, perkara pertama yang perlu diambilkira adalah pemakanan seharian kita. Pastikan makan dengan seimbang dan sentiasa melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang sentiasa diamalkan boleh membantu membersihkan usus sekaligus mencegah badan daripada mudah jatuh sakit.
Serat yang sangat tinggi di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan membantu membersihkan dinding usus dan juga menyingkirkan toksin dari badan. Apabila kurang toksin dan usus bersih, badan akan menjadi cergas bertenaga.
Selain daripada itu, amalkan juga mengambil sarapan kerana sarapan pagi akan membantu badan mendapat tenaga sepanjang hari.
Kekal Cergas Dengan Kawal Pengambilan Kafein
Ramai di antara kita yang suka minum sama ada kopi atau teh sebagai sarapan pagi. Tahukah kalian yang kafein daripada kopi dah teh ini boleh menganggu penghadaman dan penyerapan zat penting daripada makanan. Keadaan ini akan menyebabkan badan menjadi letih dan lesu.
Sebab tu, apabila mengambil hidangan utama, digalakkan ambil bersama air kosong jika perlu. Kalau dapat jarakkan dalam setengah jam antara makan dan minum, lagi bagus.
Kalau mak-mak mengandung pun, memang nurse akan pesan untuk mengambil vitamin yang dibekalkan dengan jus dan elakkan kafein.
Kekal Cergas Dengan Bersenam
Kita digalakkan bersenam tiga kali seminggu dalam tempoh 30-40 minit untuk setiap sesi senaman. Bersenam ni banyak manfaatnya, di antaranya ialah meningkatkan kekuatan dan daya tahan badan melawan penyakit, meningkatkan kekuatan otot dan tulang, mengawal tekanan darah, mengurangkan tekanan (stress), meningkatkan kecergasan badan serta kecerdasan akal dan macam-macam lagilah.
Kekal Cergas Dengan Tidur Yang Cukup
Perasan tak, orang yang tak cukup tidur ni, muka diaorang macam zombie? Wajah yang tiada perasaan pun iya. Tindakbalas pun perlahan dan lambat jer. Kurang tidur juga boleh menganggu kesihatan seseorang seperti menjadi punca kepada masalah obesiti, depresi, tekanan dan sebagainya. Fokus juga pasti akan terganggu.
Sebaliknya, orang yang mempunyai tidur yang cukup akan kelihatan segar bertenaga dan sentiasa ceria. Sebab itulah tidur yang berkualiti sangat penting bagi memastikan hari-hari yang dilalui pada siang hari merupakan hari yang berenergi dan penuh motivasi. Pastikan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari bagi orang dewasa.
Kekal Cergas Dengan Mengambil Makanan Tambahan
Suplemen atau makanan tambahan ni mampu menampung kekurangan nutrisi seharian. Kekurangan nutrisi terutamanya Zat Besi boleh menjadi punca badan menjadi lemah tak bermaya. Suplemen ni bukan lagi pilihan apabila kita bandingkan kualiti makanan zaman sekarang dengan zaman nenek moyang kita dahulu.
Jadi, suplemen memang menjadi keperluan kita yang sangat menjaga kesihatan dan kecergasan. Orang yang mengambil makanan seimbang disyorkan juga mengambil suplemen, apatah lagi orang sentiasa sibuk dalam menjalani kehidupan seharian.
Kesimpulannya, untuk terus kekal cergas dan bertenaga, keseimbangan di antara pemakanan dan aktiviti sihat seharian perlulah dijaga dengan sebaik-baiknya. Untuk melengkapkan lagi keperluan jiwa kita, hubungan baik sesama manusia dan dengan Tuhan juga sangat penting untuk diambilkira. Apabila jiwa tenang, hati riang, fizikal pun semakin cergas gemilang 🙂
Naimah Wahab a.k.a KIM
019-937 7380
SID: 101144