Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Sudah lama terasa saya tidak bersiaran di dunia blog ni. Bukan sengaja tidak mahu muncul tapi baby kurang sihat.
Kebetulan minggu terakhir cuti sekolah tu, rumah saya tidak putus-putus menerima tetamu. 3 keluarga ipar silih berganti serta sahabat lama datang berkunjung ke rumah.
Tetamu tu kan membawa rahmat dan rezeki. Datang pagi, rahmat pagi, datang petang, rahmat petang. Kalau tetamu menginap, sepanjang masa mereka di rumah kita itulah rahmat. Alhamdulillah.
Berbalik kisah baby saya ni, Asif pada awalnya demam biasa, suhu dalam 37.8 gitu. Selang beberapa hari, suhu pertama kali cecah 40.5 darjah celcius. Ya Allah, biasanya dalam 38 darjah celcius dan dalam 2-3 hari jer.
Asif kene jangkitan kat tekak. Tu pasal demam tu. Selang 2 hari, suhu cecah 40.2 pulak. Ya Allah. Sekali lagi bawa Asif ke klinik dan siap kene nebulizer sebab nafas dah ada bunyi.
Selang beberapa hari selepas suhu dah ok, dalam pukul 3 pagi lebih, Asif batuk-batuk. Tengok badan dah menggigil. Suhu dalam 39 darjah celcius. Dah basuh kepala dan letak ubat kat punggung pun, suhu masih tak berubah dan menggigil lagi.
Encik hubby terus bawa ke emergency unit. Angkut abang Kashful yang sedang tidur nyenyak. Asif masa ni dapat pakej lengkap demam, batuk, selsema, muntah dan berak-berak.
Kalini kene 2 kali nebulizer dan ambil darah. Memang kalau boleh nak elakkan nebulizer tu, tapi dalam keadaan gawat camni, nyawa lebih berharga. Alhamdulillah result ujian darah ok, takde apa-apa jangkitan.
Sebelum tu, saya nak share perkongsian daripada ibu penyayang yang mengambil berat tentang kesihatan anak-anak mereka.
Tips Rawatan Semulajadi Demam, Batuk & Selsema Anak
Sekarang ni musim anak-anak demam, batuk dan selsema. Kalau natural remedy boleh try buat garlic oil, garlic socks dan potongan bawang merah.
Garlic Oil
Ambil 2 ulas bawang putih dengan kulit, layur atau bakar atas api hingga hangus. Campur dengan minyak zaitun 2-3 sudu besar serta minyak habbatussauda. Kalau takder, boleh campur dengan minyak masak asalkan bukan minyak panas. Selepas itu, sapu pada dada, belakang, labu betis dan tapak kaki anak.
Garlic Socks
Potong nipis bawang putih, lekatkan pada tapak kaki dengan hansaplast, kemudian pakaikan stoking yang berlubang-lubang.
Kalau takde stoking berlubang-lubang, carilah stoking yang dah lama-lama tu, buat lubang-lubang kecil.
Potongan Bawang Merah
Kupas sebiji bawang merah, potong 4 bahagian, masukkan ke dalam 2 mangkuk setiap 2 bahagian bawang merah tadi. Letak berhampiran kepala anak atau tempat tidur. Lakukan sewaktu tidur. Buang bawang tersebut esok hari. Malam seterusnya gantikan dengan bawang baru dengan cara yang sama.
Tips Shaklee
Di antara supplement untuk meningkatkan imun sistem anak anda yang berusia 1 tahun ke atas ialah Meal Shake, Omega Guard dan Chewable Vitamin C.
Dengan sukatan yang betul, anak-anak boleh diberikan Nutriferon.
Untuk mengelakkan anak-anak terhidrasi, boleh mengambil Performance Drink.
Bagi anak yang masih breastfeeding (menyusu badan), ibulah yang mengambil supplement bagi meningkatkan imun tubuh melawan penyakit seperti Nutriferon, Garlic, SR Vitamin C, Omega Guard dan Performance Drink.
Nak Tahu Sharing Lain Tentang Keberkesanan Shaklee Terhadap Tahap Kesihatan?
Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
Semoga anak-anak anda sentiasa sihat, cergas, ceria dan gembira.
Anak sihat, ibu bapa bahagia!
SHARING Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144