• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Ramai orang nak kurus. Nak best lagi nak kurus dengan mudah dan cepat. Kalau boleh, dalam seminggu-dua jer dah nak betul-betul nampak hasil. Tapi boleh ke boleh jadi kurus macam tu?

Sebenarnya, nak nampak kurus ni, memang boleh dalam seminggu-dua tapi perlulah ikut tips-tips tertentu. Masalahnya, walaupun ramai yang ingin kurus, tidak kurang juga yang kecundang di tengah jalan. Ramai jer yang tidak dapat mencapai misi kurus akibat gagal mengikuti tips-tips tersebut walaupun semudah ABC.

 

 Punca Misi Kurus Tidak Berjaya

#1: Malas Minum Air Kosong

Tips paling simple nak kurus ialah minum air kosong. Ramai yang minum air kosong, tapi setakat 1-2 cawan jer sehari. Sedangkan keperluan air kosong untuk tubuh kita ialah 1L untuk setiap 25 KG berat badan kita.

Bayangkan, kalau orang yang beratnya 75 KG hanya minum 3-4 cawan sehari jer, bagaimana strugglenya tubuh kita nak jalankan fungsi-fungsi seharian dengan lancar. Ni tak masuk lagi nak buang toksin yang selama ni menjadi penghalang untuk menjadi kurus?

 

 

cara kurus paling best

#2: Jadikan Fast Food Sebagai Makanan Utama

Kenyataan yang agak menakutkan pada zaman yang serba moden dan canggih ni. Akibat kesibukan dengan tugasan harian, kita lebih suka memilih sesuatu yang serba cepat untuk disediakan termasuklah pemilihan makanan.

Makanan segera ni selalunya diproses dan mengandungi bahan tambahan seperti penstabil, perasa, pewarna dan sebagainya yang mana tidak bagus untuk kesihatan. Kandungan kolestrol pun tinggi. Maka, semakin “terbela”lah tubuh kita dari sehari ke sehari.

Jadi, jangan lupa untuk memilih makanan yang seimbang. Zat yang mencukupi akan membantu organ yang terlibat untuk proses kurus dapat menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

 

#3: Malas Bersenam

Menjalani hidup yang aktif pun sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan. Sememangnya tidak dinafikan, bila kita bersenam, badan kita akan berganda lebih cepat kurus.

Sebabnya, bila bersenam, kecenderungan tubuh untuk membakar kalori tambahan lebih tinggi. Lagi tinggi kalori dibakar, lagilah cepat kurus.

 

#4: Sentiasa Berfikiran Negatif

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Nak kurus, perlu yakin dan positif sentiasa yang kita mampu mencapai misi kurus.

Boleh dikatakan hampir 90% kegagalan hidup kita ekoran kerana diri kita sendiri. Sebelum cuba dah mengalah. Rasa rendah diri tak bertempat akan menggagalkan misi kurus kita.

 

#5: Tak Berdisiplin

Harini beria-ia jaga kalori, bersenam, minum air kosong, tapi tak sampai seminggu dah ke laut segala tips yang diikuti sebelum ini.

Kalau kita tak kuatkan hati untuk berdisiplin, macam mana nak berjaya capai misi kurus. Ye tak?

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Nak Kurus Dengan Mudah? Sila Jangan Berangan Kalau….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge