• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Entah kat mana silapnya, selepas berhenti daripada mengikuti satu program diet untuk kurus, berat badan makin naik pulak. Malah lagi berat daripada sebelum ikuti program tersebut.

Program diet tu bukannya murah, malah mencecah sehingga 4 angka. Sepanjang mengikuti program tersebut, memang berat turun. Malah hampir 15 KG dalam masa 4 bulan.

Tapi yang sadisnya, lepas berhenti daripada program diet tersebut, naik mendadak sehingga 20 KG.

 

tips kurus dengan pantas
Berat badan sebelum berdiet daripada no.2 dari kanan boleh melonjak kepada saiz kanan sekali akibat kesan yo-yo diet.

 

Asal jumpa kawan-kawan lama, mesti masing-masing tunjuk reaksi terkejut. Malah ada yang dah tak kenal diri kita. Kalau yang jenis mulut laser tu, suka-suka hati jer panggil gajah.

Yang mulut ada insuran sikit tu, panggil gergasi pulak. Ya Allah, malu, down dan stress sangat. Pernah setiap kali hujung minggu, memang berkurung jer di dalam rumah.

Pakaian semuatu toksah cakaplah, memang kene ucapkan selamat tinggal. Dengan berat yang dah mencecah 85 KG dan tinggi 155 CM ni, memang payah nak cari baju yang dah siap.

Dah macam-macam produk dan cara nak turunkan berat badan dicuba, tapi hasilnya hampa.

Kesian kan kalau berhadapan dengan situasi macam ni?

Sebelum kita pergi jauh berkenaan cara nak turunkan berat badan dengan lebih efisyen ni, kita perlu fahami dan tahu beberapa persoalan penting mengenai perkara tersebut.

 

Apakah Weight Loss (Turun Berat Badan)?

Weight loss (turun berat badan) adalah keadaan di mana tubuh kita kehilangan lemak, air atau otot.

Namun begitu, turun berat badan secara sihat menumpukan kepada kehilangan lemak yang tidak diperlukan.

 

Apakah Fungsi-fungsi Lemak

Lemak ni tak semua lemak jahat atau tidak elok. Malah lemak baik sangat penting untuk tubuh kita yang berfungsi untuk:-

  1. Membina membran sel
  2. Merupakan bahan binaan hormon
  3. Membantu badan menyerap vitamin
  4. Melindungi organ utama kita

Oleh itu, pegang betul-betul yang Konsep Weight Loss ialah menghilangkan lemak yang tidak diperlukan (lemak jahat).

 

Bagaimana Nak Tahu Sebanyak Mana Lemak Kita Perlu Dibuang

Biasanya yang paling ideal adalah mempunyai 15% lemak di dalam tubuh.

 

Shaklee membantu untuk kurus dengan lebih cepat dan sihat. Shaklee membantu kawal berat badan di samping mendapat berat badan yang ideal

 

Apakah Kebaikan Capai Berat Badan Ideal Dengan Fat Loss?

Tenaga akan bertambah kerana tubuh kita akan memproses sumber bahan untuk dijadikan tenaga dengan lebih efisyen. Maknanya makanan dan minuman yang kita ambil tu, telah ditukar kepada tenaga. Tidak termendap di dalam tubuh.

 

Apakah Kebaikan Hilang Lemak Yang Tidak Diperlukan?

Dengan ketiadaan lemak yang tidak elok atau tidak diperlukan oleh tubuh, maka kita akan kurang mempunyai risiko mendapat penyakit terutamanya penyakit berbahaya.

 

Fat Loss vs Muscle Loss

Kalau kita mengikuti program diet yang ketat (crash diet), kita sebenarnya nampak kurus sebab turut kehilangan otot (muscle). Bila otot kurang, metabolisma akan menurun. Jadi, pembakaran kalori pun turut merudum.

 

tips kurus dengan pantas
Sebab itu, kalau dah habis program diet tadi, bila kita makan seperti biasa macam sebelum ikuti program diet tersebut, berat badan kita boleh mencanak naik. Tu pasal jadi lagi bertambah-tambah berat. Sebabnya pembakaran kalori dah terjejas.

Sebenarnya, kalau lagi banyak otot-otot sihat yang dibina, lagi banyak lemak yang dibakar, kita akan kelihatan kurus. Badan lagi nampat fit dan segar.

 

tips kurus dengan pantas

Bagaimana Cara Terbaik Nak Turunkan Berat Badan?

Cara paling baik nak kurus ialah gabungan 30% gym (senaman) dan 70% diet. Jadi memang terbukti bahawa kesihatan bermula daripada perut. Iaitu apa yang kita makan. Ianya turut mempengaruhi kadar berat kita.

Kalori yang masuk perlu seimbang dengan kalori yang keluar. Berat badan makin bertambah apabila kalori yang masuk sentiasa melebihi kalori yang dibakar.

 

tips kurus dengan pantas

 

Jangan lupa juga mendapat info tentang Kaedah Diet Asas dan Senaman Yang Dapat Bantu Menurunkan Berat Badan Dengan Pantas.

 

Berapakah Jumlah Berat Badan Terbaik

Berat badan terbaik adalah berat badan yang berada di dalam lingkungan ideal dalam sukatan BMI. Namun perlu diambil kira juga adakah berat kita merupakan berat lemak atau otot.

Ini kerana itu, walaupun tinggi adalah sama, orang yang kelihatan gempal, mungkin mempunyai berat badan yang sama dengan orang yang kelihatan slim dan fit.

Salah satu kaedah lagi adalah dengan cara mengukur kadar lemak pada tubuh ialah ukur lilit pinggang dibahagikann dengan ukur lilit pinggul.

 

tips kurus dengan pantas

Bagaimana Shaklee Membantu Dalam Menurunkan Berat Badan (Weight Loss)

Shaklee membantu dengan 3 langkah mudah 3B iaitu Bakar, Buang dan Bina. Langkah-langkah ini memenuhi proses lengkap untuk menurunkan berat badan kerana ianya menghalang kesan yo-yo diet.

 

tips kurus dengan pantas
tips kurus dengan pantas
tips kurus dengan pantas

Bagaimana Nak Tahu Produk, Diet & Senaman Yang Diamalkan Benak-benar Berkesan?

Setiap minggu:-

  • kira peratus lemak tubuh
  • ukur tubuh dengan pita pengukur
  • ambil gambar
  • baju muat/longgar atau tidak

 

Berapa Lama Untuk Lihat Kesannya Ke Atas Diri?

Sekiranya anda BERDISIPLIN dan KONSISTEN, anda akan dapat melihat kesannya dalam masa 1 BULAN. Pertambahan jisim otot pula boleh dilihat dalam masa 2 MINGGU.

 

Maka, sebelum mengikuti mana-mana program untuk menurunkan berat badan, pastikan keperluan asas untuk berdiet perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Kesimpulannya, untuk mendapat berat badan ideal adalah gabungan daripada:-

  • diet yang seimbang
  • senaman yang konsisten
  • amalan rohani serta sentiasa berfikiran positif
  • menjalinkan ukhwah yang sihat
  • suplemen semulajadi yang menampung keperluan nutrisi harian

 

Ingat Kurus, Ingat Kesihatan, Ingat Myliferia.

 

Semoga misi menurunkan berat badan akan berjaya. Lepas ni kalau orang kata gajah telah bertukar benjadi kerengga, mesti tak malu dah. Bangga ada lagi!

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Supaya Tak Digelar Gajah Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge