Baru entri ke-24 kita. 😛 Entri kali ini adalah berkenaan Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang. Selalunya masa lapang sering diisi dengan hobi atau perkara yang disukai., kan?
Masing-masing ada cara yang tersendiri memenuhi masa lapang mereka. Ada yang gemar membaca, mengumpul barang antik, menambah koleksi setem, berkebun dan sebagainya.
Dulu saya suka mengumpul resipi, walupun, jarang memasak. Maklumlah, zaman bujang, tahu-tahu semua hidangan dah tersedia…hehehe
Salah satu hobi saya yang masih diteruskan dan jarang diketahui ramai ialah belajar menghasilkan haiku dan tanka. Bukan bermakna saya mengabaikan puisi Melayu, sekadar menerokai dunia puisi baru.
Haiku dan tanka ni merupakan puisi Jepun yang mempunyai disiplin-disiplin tertentu. Puisi ini agak berbeza dengan puisi Melayu. Sebagai contoh, haiku biasanya dihasilkan dalam 3 baris, baris 1 dan 3 mempunyai 5 suku kata, manakala baris 2 pula mempunyai 7 sukukata.
Cabaran menghasilkan haiku terletak kepada unsur alam yang perlu dimasukkan serta bagaimana menyesuaikan metafora yang ada.
Tanka pula merupakan karya yang sedikit santai berbanding haiku. Tanka mempunyai 5 baris ayat. Baris 1 dan 3 mempunyai 5 suku kata manakala baris 2, 4 dan 5 mempunyai 7 suku kata.
Walaupun tanka lebih kepada perasaan, namun cabarannya timbul apabila kita perlu memasukkan ayat pemutar untuk mengaitkan 3 baris pertama dan 2 baris terakhir. Tanka juga dapat dihasilkan dengan menggabungkan haiku 3 baris tadi dengan 2 baris akhir ayat penyudah.
Tiba-tiba plak naik semangat bercerita pasal haiku dan tanka ni…hehehehe
Sebenarnya kita boleh tenggelam dalam dunia karya Jepun ni tau. Terasa bagai haiku dan tanka ada di mana-mana. Mungkin akan datang saya boleh bercerita panjang lagi berkenaan karya dari negara matahari terbit ini
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia
Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga
Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku
Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak
Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?
Hari #8: Brunei Negara Impianku
Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan
Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya
Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya
Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan
Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya
Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live
Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui
Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini
Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya
Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut
Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar
Hari #21: Binatang Kesukaan Saya
Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya
Hari 23: 5 Insan Terpenting Kepada Saya
Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe
Terima kasih 🙂
Naimah Wahab
baru aiza tahu mengenai haiku dan tanka itu.. baru pertama kali mendengar istilah itu.. hehe..
Mizz Aiza recently posted…Wordless Wednesday # 29 – Kreativiti Sisa Habuk Pensel
Seronok belajar haiku n tanka ni, aiza. Boleh tak ingat dunia….heeee
menarik tu.. bagus habiskan masa lapang dengan aktiviti berfaedah begitu..
Mizz Aiza recently posted…Jiwa yang Kosong
Thanks aiza, dah ada buah hati bertuah ni, hobi pun dah campur2….hehehe
baru puteri tau tentang haiku dan tanka ni..nanti leh la kongsi lagi tentang ni 🙂
puteri kasih recently posted…Kunci-Kunci Kejayaan
Insya Allah puteri 🙂