Tidak kiralah sama ada sedang bekerja atau tinggal di rumah menguruskan keluarga dan anak-anak, pendapatan sampingan dah jadi macam satu keperluan.
Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat serta keperluan-keperluan wajib lain seperti yuran taska anak, peralatan persekolahan, kos pengangkutan dan sebagainya, memang memeritkan.
Dalam kita duk mencari pendapatan sampingan tu, mestilah kita nakkan sesuatu yang senang diuruskan. Yang paling penting ia tidak akan mengganggu tugas hakiki kita sebagai seorang pekerja atau surirumah.
Jangan sampai kita hilang fokus atau tidak mengikut keutamaan yang sepatutnya.
Apa kata Puan Fatimah Azzahra Ismail mengenai perkara ni?
Bisnes Pilihan Yang Menjamin Masa Depan
Biasanya cara paling mudah untuk mendapatkan pendapatan sampingan adalah melalui bisnes. Tak kiralah bisnes secara online ke atau pun offline. Ikut kesesuaian masing-masing. Mana yang kena dengan jiwa gitu.
Salah satu bisnes yang paling hot sekarang ni adalah MLM. MLM ni memang boleh memberi peluang dan pulangan yang lebih besar kepada orang yang terlibat dengannya.
Tapi bukan MLM yang “haram jadah” tu. Yang memijak orang bawah kaw-kaw, yang atas goyang kaki. Ala-ala head hunting pun yer.
MLM ni tak semua yang tak bagus. Akibat mereka yang tak bertanggungjawab serta mengejar keuntungan peribadi, habis nama dan imej baik MLM tercalar.
Malah, saya sendiri, suatu masa dulu, kalau sebut MLM, awal-awal lagi dah PANGKAH besar-besar. Kalau boleh tak mahu dengar pun pasal MLM ni. Sebabnya, banyak sangat dah saya terdengar atau terbaca pasal keburukan MLM.
Dasyat kan penangan MLM ni.
Itu, dulu lah. Sekarang ni kita dah boleh buat pilihan terbaik.
Apa yang penting, kalau nak ceburi sebarang bisnes sekalipun, pastikan ianya patuh syariah serta menjaga batas-batas dan bersesuaian dengan status kita yang masih bekerja atau telah mempunyai pasangan.
Kalau kita seorang isteri, pastikan dapat restu suami dahulu. Jangan sampai busy berniaga, anak-anak, suami dan rumah tangga jadi tunggang-langgang. Batas pergaulan pun nak kena jaga. Almaklumlah, bila kita dah terlibat dengan perniagaan ni, jaringan orang yang kita perlu berurusan tu semakin luas dan lebar. Berpada-padalah dalam setiap perkara, kan?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
i love bisnis and i wanna be enterprenure.thank you for your infromation.
vitri recently posted…pintu kamar mandi Jakarta
Your most welcome 🙂