Kebanyakan penyakit yang kita hidapi hari ini berpunca daripada perut akibat tabiat pemakanan serta pemilihan makanan yang kurang sihat. Macam-macam penyakit yang datang, daripada yang biasa sehinggalah yang berbahaya seperti kanser perut.
Tanda-tanda Penyakit Kanser Perut
Menururt Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakuti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad, amalan pemakanan seseorang mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang dihidapi.
Kata beliau, “seperti penyakit-penyakit kanser yang lain, punca sebenar kanser perut masih belum dapat dikenalpasti.”
Bagaimanapun katanya, kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (NNitrose compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku.
“Terdapat andaian mengatakan makanan seperti acar, daging, ikan yang diasap atau mengandungi banyak garam seperti ikan atau daging masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian kanser perut dan pembiakan sel kanser tanpa kawalan pada perut,” jelas beliau.
Selain daripada itu, faktor baka dan individu yang dikategorikan dalam kumpulan darah jenis A, berisiko tinggi mendapat kanser perut anemia pernisiosa iaitu kelainan pada sel-sel perut yang bersifat autoimun yang boleh meningkatkan risiko kejadian kanser.
Aminuddin memberitahu lagi, kanser ini secara umumnya berlaku ketika usia yang lanjut.
“Lebih 60 peratus kes-kes kanser yang ditemui pada pesakit yang berumur 65 tahun ke atas yang biasanya terdiri daripada golongan lelaki, ” ujar beliau.
Tambahnya, negara Jepun dan Finland adalah negara yang mempunyai kadar penyakit kanser perut yang tertinggi di dunia.
Sebaliknya, di Amerika Syarikat pula menunjukkan bilangan pesakit kanser perut yang semakin menurun tanpa sebab yang jelas.
Kajian yang dijalankan oleh UKM dari tahun 1983 hingga 1989 mendapati kanser perut ini berlaku lebih kerap di kalangan lelaki iaitu 64.9 peratus berbanding wanita iaitu 36.1 peratus.
“Peratusan di kalanagan bangsa pula menunjukkan, Cina mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 68.0 peratus, India 16.5 peratus dan Melayu 15.5 peratus,” jelas beliau.
Beliau memberitahu, kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam menangani masalah kes kanser di Malaysia.
Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan tersebut berada pada tahap yang kronik dan terlalu lewat.
“Selama empat abad, jumlah kematian dan ketahanan hidup selama lima tahun, masih belum menunjukkan peningkatan kadar penyembuhannya,” ujar beliau.
Ini disebabkan, ketumbuhan penyakit ini berlaku secara senyap dan kronik serta lewat dikesan maka prognosisnya bergantung pada tahap pertumbuhan kanser tersebut.
Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer) berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat.
Antara ketumbuhan ganas yang paling banyak ditemui ialah dari jenis sel-sel rembesan (secreation) perut (adenokarsinoma) sel-sel limpa (limfoma) dan sel-sel serat (leiomiosarkoma).
Kanser perut ini berbahaya kerana ia boleh merebak tanpa kawalan dan mengakibatkan saluran makanan ke perut tersumbat.
Ia mengakibatkan terhalangnya pengaliran makanan ke usus dan menyukarkan laluan makanan yang masuk ke perut.
Jenis-jenis Kanser Perut
Semua kanser perut dikategorikan kepada empat jenis dari aspek bentuk ketumbuhannya iaitu:
- Polypoid
- Fungating carcinoma
- Ulcerated carcinoma
- Diffusely infiltrative carcinoma
Keempat-empat jenis kanser ini berbeza dari aspek peringkat, jenis dan bentuk ketumbuhan.
Baca juga tentang Gejala Pesakit Kanser Perut Yang Wajib Dikenalpasti agar rawatan awal dapat dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa.
Rawatan Pesakit Kanser Perut
Pembedahan merupakan rawatan terbaik untuk pesakit yang dikesan menghidap kanser peringkat awal.
Bagaimanapun, pembedahan ini hanya jika keadaan pesakit pada tahap yang lewat dan tidak dapat disembuhkan dengan sempurna.
Pesakit di peringkat lewat pula dirawat dengan kemoterapi dan menggunakan 5-Flourouracil atau kombinasi doxorubcin dan mito-mycin.
Ini kerana, pesakit kanser perut di peringkat lewat, rawatan pembedahan tidak memberi sebarang kebaikan kerana sel-sel kanser telah merebak di seluruh tubuh.
Suplemen Tambahan Sebagai Sokongan Alternatif Pengidap Kanser Perut
Suplemen antioksidan adalah alternatif yang boleh diamalkan oleh pengidap kanser perut. Ini kerana, segala jenis kanser biasanya terbentuk akibat kehadiran radikal bebas yang tidak terkawal.
Antioksidan adalah bahan penting dalam mengekang kehadiran radikal bebas.
Kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan berkualiti boleh diperolehi dengan mudah di dalam Vivix.
Rsveratrol adalah sejenis antioksidan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk pesakit kanser, anda disyorkan untuk menghabiskan 6 botol Vivix dalam tempoh yang ditetapkan kerana kanser ni tergolong di dalam kategori penyakit kronik serta memerlukan dos tertentu. (Hubungi saya untuk konsultasi terbaik).
Boleh whatapps 019-9377380 untuk mendapatkan Vivix atau membuat belian sendiri secara online dengan klik pada link Order 6 Botol Vivix.
InshaaAllah, semoga dengan usaha dan ikhtiar yang dibuat, kalian dapat sembuh daripada penyakit kanser perut ni.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144